Friday, September 21, 2012

Fairytale Of New York City


Sampai jugak aku akhirnya di New York, dengan sejuk yang mengigit tulang, aku pikul kedua-dua beg aku keluar dari Port Authority Bus Terminal. Ke mana nak dituju pun aku tak pasti, aku langsung tak plan apa nak buat. Bagi aku benda-benda kecil gitu tak perlu diplan sangat. Aku pergi beli Marlboro, saja mengada-ngada hisap rokok balik, nak rasa rokok Amerika konon. Lepas tu aku masuk balik ke terminal, cari makanan sikit, lapar gila sebab sejak semalamnya aku tak makan apa. Setakat minum sebotol Mountain Dew.

Melalui info kiosk di terminal tu aku cuba cari kalau ada B&B atau hotel murahan or even hostel. Mahal mintak ampun, kemudian baru aku terfikir, inikan New York, greatest city on earth.At last aku ambil keputusan nak tinggal di satu hotel murahan di luar NYC, dekat Jersey City. $45 sehari, paling murah. Itupun macam dorm aja, satu bilik 4 orang. Aku perlu berjimat cermat belanjanya. Sebab hari tu hari Jumaat jadi aku taklah berencana nak ke IFF yang di kawasan Financial District di Lower Manhattan tu, pasal aku nak cari masjid dulu and by the time aku selesai sembahyang dan nak ke sana pasti office tu dah tutup. Aku tak adalah masalah sangat gunakan subway pasal system diaorang taklah sesusah underground di London. Kalau underground/tube di London mudah difahami jadi tak ada masalah kalau naik subway di NYC. Aku cari masjid nak Sembahyang Jumaat, senang jer tanya orang sana tanya orang sini sure jumpa. 

Lepas sembahyang, aku jalan-jalan ajelah di kawasan Jackson Heights dekat situ, kawasan orang berbangsa Spanish, orang dari South America. Semakin ke hujung tu aku tengok kawasan banyak orang India,Pakistan. Lapar sangat, aku makan nasi briyani lauk gulai kambing kat satu restoran halal di situ. Sedap gila babi. Aku lepak kat kawasan tu ajelah pasal nak terus tunggu sembahyang Maghrib. 

Lepas tu baru aku ke Times Square, turunnya kat terminal bas tu tadi. Malam Sabtu kan, jadi ramailah orang, aku rayau-rayau kat Times Square tu dua tiga pusing. Aku tengok satu satu, inilah rupanya tempat Dick Clark buat New Year's countdown tu, kat sinilah tempat Tom Cruise lari sorang-sorang dalam cerita Vanilla Sky tu rupanya. Inilah bangunan Reuters, oh di sini Nasdaq rupanya. Wow, MTV. Aku macam rusa masuk kampung. Dalam hati aku kata, siapa sangka aku dapat ke NYC, duit sendiri lagi tu.

Sampai tengah malam aku merayau di daerah-daerah situ, sejuk-sejuk gitu pun ramai orang. Memanglah tak pernah tidur NYC nih.Sampai ke hotel tu dah dekat jam 3 pagi sebab aku tersalah naik train, jadi kena patah balik. Besoknya aku keluar pagi-pagi lagi pasal aku cadang nak tengok patung Liberty, sajalah nak pergi dekat-dekat, nak tengok sendiri. Dah lama aku mengidam jadi itu ajalah peluang aku. Hampir separuh hari aku di bahagian Lower Manhattan, aku jalan dari Battery Park sampai....sampai ke mana tak tahu tapi adalah tiga jam lebih. Bila terjumpa subway aku terus naik, menuju Upper Manhattan lagi. Berhenti di Madison Square Garden, aku jalan terus, tak tahulah aku di mana tapi aku jumpa Rockerfellar Center (masa tu pokok Krismas besar tu belum di buang). Lepak kejap aku di situ tengok orang ice-skating, aku teringat cerita Home Alone. Aku ada juga melewati bangunan Radio City, and a few other buildings yang namanya aku pernah dengar.

Itu ajalah yang aku buat sepanjang hari, merayau-rayau, dari pagi sampai tengah malam, macam tak ada waktu lain. Sedangkan aku akan berada di NYC selama hampir 3 bulan.