Gila betul, kata aku dalam hati semasa dalam bas Greyhound dari Chicago ke New York. Merentas seluruh Amerika aku jadinya, dari west ke east coast. Tak sangka, ha, itulah yang ko nak sangat, kata aku dalam hati lagi. Aku fikir jugak, itulah kalau banyak sangat bergantung pada internet. Cuba kalau aku tak ada internet dulu. Pasti aku tak tahu apa-apa, pasti tak akan jadi benda-benda sebegini.
Tak boleh jugak aku menyalahkan internet, memang aku jenis gini, sedari dulu lagi, sedari kecik aku berangan-angan.Cuma masalahnya aku tak tahu macamana nak hentikan angan-angan. Aku ingat lagi, aku selalu cakap pada diri sendiri, aku kata aku ni yang sesuainya duduk di pulau yang tak ada apa-apa alat komunikasi, tak ada tv, tak ada papers. Tak ada everything. Itu tempat yang sesuai bagi aku. Sebab kalau tidaknya, fikiran aku akan melayang jauh, orang buat itu aku pun nak buat, orang tak fikir begitu, aku pulak yang fikir begitu. Sedangkan Tuhan kasi aku otak.
Mungkin aku ni jenis orang yang resah macam yang kakak aku cakap dulu. Dia kata ada dia dengar Ustaz yang kata bahawa ada sekumpulan manusia di dunia ni yang hidupnya resah, nak buat itu, nak buat ini, nak panjat gunung paling tinggi, nak terjun dari kapal terbang, buat benda-benda yang 'orang biasa" tak fikir nak buat. Mungkin aku tergolong dalam kumpulan itu walaupun aku tak dikategorikan sebagai parah.Tapi aku tak berapa setuju dengan pendapat Uztaz tu, apa kena-mengenanya pulakkan. Itu sure jenis Ustaz Sains Rumahtangga yang kasi idea.
Tapi aku taklah menyesal, aku rasa seronok pulak, aku jenis yang suka adventure gitu, my kind of thing. Kalaulah aku dapat masuk Amazing Race atau Survivor, atau Fear factor, atau The Apperentice, atau The Benefactor atau Dog Eat Dog, kan seronok? Tak pun kasi aku masuk The Bachelor, atau at leastnya, Average Joe. Ish...mengarut pulak aku nih...
Kemudian aku fikir jugak bagaimana kalau ada masalah lagi di New York, iyalah, mungkin kelas dah penuh ker atau aku tak diterima ker, gitu. Eleh, susah apa, aku merayau ajelah, yang pentingnya aku dah di Amerika. Lantaklah, aku bukannya nak belajar sangat, itu sebagai alasan jer sebenarnya. Aku fikir lagi, apasal aku jadi berani sangat ni? Kawan-kawan aku yang lain mampos diaorang nak buat benda-benda gini.Tapi itulah aku, aku buat benda ikut hati aku, ikut rasa aku. Dan aku tak susahkan orang lain, biarlah susah senang aku tanggung sendiri. Dan aku tidak akan menyesali apa-apa sekiranya keputusan yang aku buat tu buknlah keputusan yang baik. Regret is such a waste of time, kata aku.
Tak menarik langsung perjalanan ke New York yang mengambil masa lebih 20 jam tu, lembab jer rasanya, dahlah mendung, sejuk pulak tu. aku memang dari dulu masa di obersi dulu, I hate winter, tak suka. Muram jer. Masa jadi sekejap pasal siang jadi pendek. Nak keluar pun jadi malas pasal sejuk. Tidur ajelah aku dalam perjalanan ke New York, hujan turun jer sepanjang malam.......