Friday, September 21, 2012

Dork Among Us


Besoknya jam 9 lebih berangkatlah kitaorang ke tempat kerja, restoran tu bukanya jam 11 pagi so kena buat persediaan gitu. Mr & Mrs Lee sebenarnya memang orang kuat Boss, Mr Kim, a Taiwanese, yang nak kata sombong tak jugak. Tapi serius sangat, kalau dia tak puas hati ker apa-apa, dia jenis yang terus berhenti bercakap and just leave. Macamana pun aku tak adalah urusan sangat dengan dia, aku kerja di bahagian paling belakang. Rank yang paling rendah. 

3 orang Mexico tu tak boleh harap langsung, sorang jer yang boleh faham simple English, yang dua laginya tak tahu apa-apa. Diaorang ni, biasalah, kalau dah bertiga tu, kira macam diaorang yang control dapur tu pasal majority rules gitu. Diaorang selalu pasang radio kuat-kuat, radio tu ditaruk kat belakang tempat aku kerja, lagu-lagu salsa, lagu Spanish. Bosan nak mampus aku pasal music diaorang tu, lagu-lagu Spanish semuanya sama rentak. Kekadang jer ada terkeluar lagu-lagu La Bamba, Macarena, atau La Vida Loca. Sambil cuci pinggan aku pun tergedik-gedik jugaklah kekadang tu ikut rentak lagu. Masa tak ada oranglah. 

Pak Rori orang Indo tu kerjanya sebagai Kitchen Helper, kesian aku sebab dia tak faham Inggeris, disuruh ambil string beans dia ambil trash bin, disuruh itu diambil ini. (Tapi aku respect dia, dalam tak berbahasa Inggeris tu dia sanggup ke Amerika. Itu yang kasi aku semangat sikit tu) Last-last aku yang kena pasang telinga kalau diaorang suruh Pak Rori buat sesuatu sebab aku kesian tengok dia yang selalu kena gelak pasal ambil benda salah,kekadang tu kalau dia betul-betul tak faham, dia pusing balik pusing balik gitu. So, dia jadi macam bahan jenaka dan sebab dia tak mahu malu gitu, aku rasa dia sengaja buat macam orang latah, macam orang *****. Orang lain lagilah gelakkan dia. Bosan jugak kalau aku tengok dia kena mainkan gitu jadi kalau ada apa-apa aku terangkan dengan dia. Kekadang tu payah jugak sebab aku punya Indonesia tu very limited, dia ni jenis Indo yang ulu, dari Madura. 2 orang waiters Indo tu aku tak dapat sembang banyak kecuali lepas waktu kerja. English diaorang jauh lebih teruk dari Julie Dahlan punya English. 

Kedua-duanya Cina tapi tak nampak sangat kecinaan pasal diaorang tak reti bahasa Cina, lagipun kulit diaorang agak gelap jugak. Andi, agak lucu orangnya, tapi perangainya pelik jugak. Kalau ada apa-apa yang tak kena, terus talipun bapak American girlfrienddia. Dengan English yang very limited, funny accent lagi, dia ceritalah, macam budak kecil mengadu kat mak. Tapi at least dia ada tempat mengadu. Dah lama dia di Amerika, bertahun-tahun, dia faham selok belok kehidupan orang yang tinggal secara haram di Amerika, (dia memang penduduk haram, aku waktu tu belum lagi ,cuma di takat makruh gitu) dan dia kenal quite a few "samsengs" and "alongs". Kat US pun banyak alongs, Malaysians pun ada. Di mana ada Chinatown di situ ada alongs.Henry pulak diam aje orangnya, waktu tu dia dah nak balik Indo, jadi dia kerjapun macam nak tak nak aje. 

Jadi, dengan chief tukang masak ajelah aku selalu sembang, knowledgable orangnya, kalau sembang dengan dia memang rasa seronok. Aku tak suka sembang-sembang kosong. Dengan dia banyak cerita lain, pasal Thai punya royal family lah, pasal Cambodia, pasal Vietnam, pasal benda-benda itu. Macamlah aku tahu sangat. Dia tanya aku apa pasal kerja jadi dishwasher, rugi aje pasal dia kata [baca bebetul: dia kata, bukan aku yang kata, aku cuma tulis aje :-) English aku bagus,aku ada rupa, gaya cakap aku macam gaya orang pandai gitu, kenapa tak kerja lain, ataupun kalau minat sangat bekerja di restoran, kenapa tak jadi waiter aje, tips nya banyak. Kerja dishwasher berapa sangatlah gajinya, takkan sampai tua nak kerja cuci pinggan.

Aku katalah aku tak ada experience, lagipun aku minat kerja di dapur, aku boleh belajar masak, who knows satu hari nanti aku boleh buka restoran. Aku tipu. Aku, belajar masak? Kah kah kah lawaknya...nak angkat kuali di dapur restoran tu pun tak larat, let alone nak goyang goyang or lambung lambung macam yang chef selalu buat tu. Kalau orang macam muka aku boleh jadi tukang masak, Azwan Ali boleh jadi body builder. 

Bila dah seminggu kerja, aku dikasi cuti sehari, kalau nak lepak aje di istana tu macamana nak makan, tak ada kedai, kawasan dekat hutan. Duit yang Hadi kasi dulu tu masih ada lebihkurang 30 dollars pasal dalam seminggu aku kerja tu aku tak keluarkan duit walau sesen pun. Makan free, tempat tinggal free, pergi kerja diaorang hantar. 

So aku ke New York selepas kerja, naik bas akhir, jam 12 lebih. Lega jugak sebab itu kali pertama kali aku di New York tanpa bawak beg. Sampai New York dah pukul 2 lebih, aku jalan-jalan ajelah sekitar Time Square. Perasaan aku agak lain sikit sebab aku taklah rasa pressure sangat, kalau dulu aku memang hancur habis tapi kali ini aku taklah sangat, at least aku dah ada kerja, dah ada tempat tinggal. Walau macamana pun malam tu aku lepak jugaklah di bilik sembahyang di restoran yang aku cerita tu dulu. Aku survived New York dulu tu so aku rasa kacang ajelah kali ini nya.So hari tu aku merayau-rayau lagi gitu, aku pergi jauh sikit, aku pergi Queens, aku pergi Brooklyn. Jauh bezanya dari Manhattan. Besok paginya aku balik semula ke tempat kerja, naik bas paling pagi, ngam-ngam sampai restoran pun bukak.