Friday, September 21, 2012

Makcik Jenny Ipoh Mali


Hadi tak pergi kerja besoknya sebab nak mencarikan kerja untuk aku di Chinatown. Tak habis-habis aku minta maaf sama dia pasal dia bersusah-susah untuk menolong aku. Iyalah, dia pun tak kenal aku, tak tahu aku, tiba-tiba muncul gitu, macamana dia boleh percaya gitu. Dia kata,"Kamu jangan fikir gitu sih, saya cuma sekedar bantuin sedaya ajanya, itu udah jadi kewajipan saya kerna kamu dulu mungkin sering bantuin orang. Sekarang giliran kamu perlu dibantu, dan giliran saya perlu membantu. Lagipun kita serumpun. Saya waktu pertama kali di Amerika dulu begini juga, kalau nggak ada yang bantuin pasti nggak bisa punya kerjaan begini". Lega aku dengar penerangan dia yang panjang lebar tu.

Aku bukan apa-apa, aku mintak maaf awal-awal tu sebab aku nak dia tahu how much I appreciate dia punya effort nak bantu aku. Aku taknak lah nanti dia kata aku tak mengenang jasa, atau worst dia ada perasaan curiga nak bantu aku. Sebab, macam yang aku kata tadi, we don't know each other. Dan aku macam orang lemas di lautan, dengan sehelai rambut pun aku nak berpaut. 

Dalam hati aku terfikir bagaimana aku nak balas jasa Hadi yang telah menyelamatkan aku. Tengoklah, kalau roda aku di atas nanti (waktu tu roda kehidupan aku di bawah) aku tak akan lupa dia. Di Chinatown tu kitaorang terus ke satu ajen kerja yang tokeynya orang Malaysia, dia bahasakan diri dia Makcik Jenny. Kecil jer tempatnya, macam cubicle tempat jual ticket di Puduraya tu. Hadi terangkan pada Makcik yang aku nak cari kerja di bahagian kitchen, apa-apa kerja ajelah,kerja yang agak-agak dekat dengan New York area. Pasal aku baru tiba, tak ada pengalaman, kalau nanti ada apa-apa masalah senanglah nak balik ke New York semula. Lepas dia belek-belek senarai kerja, dia tanya kalau aku nak ke Elizabeth, New Jersey, kerja cuci pinggan di satu Asian restaurant. 

Aku kata ok aje. Dia talipun tokey restoran tu, tak lama kemudian dia suruh aku bercakap dengan tokey tu pasal tokey tu nak tahu details. Dia tanya aku kenapa nak jadi dishwasher pasal English aku bagus, dia punya English setakat faham tak faham gitu. Aku katalah yang aku tak ada experience dan aku nak mula dari bawah. Bila aku setuju, dan dia pun setuju, Hadi pun bayarlah $35 service charge.  

"Apa pasat nama you macam itu nama olang Melayu?", Makcik Jenny tanya aku. Dia tak tahu aku dari Malaysia, aku kata aku pernah ke KL dulu. Aku tanya dia di Malaysianya di mana, dia kata, Ipoh. Pelanggan Makcik Jenny (orang yang mencari kerja) ni kebanyakannya orang Indonesia. Kemudian dia kasi aku map, tunjukkan cara macamana nak ke Elizabeth, bas apa kena naik, di mana perlu turun, siapa yang perlu dihubungi kalau dah sampai nanti. 

Dalam perjalanan balik ke apartment, Hadi terus nasihat aku, dia suruh aku bersabar, tahan kan aje kerja di restoran tu nanti sebab dia tahu kerja restoran ni agak berat, restoran orang Asia lagi. Perlu kuat mental. Aku tak tahulah samada aku bersedia atau tidak tapi beggars can't be choosers. Aku dulu pernah terfikir, keadaan terdesak gini kalau aku disuruh jadi male prostitute pun mungkin aku mahu. Aku adalah sikit-sikit pengalaman waktu di Barcelona dulu kan? Ooopppss

Itulah bila miskin, seperti juga bila kaya sangat, fikir benda bukan bukan. Sebelum aku berangkat, Hadi kasi aku $50 untuk tambang dan belanja beli jajan, untuk keperluan harian sebelum aku dapat gaji. Aku peluk Hadi beberapa kali, aku kata aku akan bayar duit hutang dan duit yang dia telah belanjakan untuk aku selama dua hari tu. Aku tak bawak semua barang aku, bawak satu beg aje, aku even tinggalkan laptop aku di apartment Hadi supaya dia tahu aku akan ke situ lagi. Hopefully untuk membayar hutang. Berat hati aku untuk meninggalkan Hadi sebab aku tahu aku berhutang dengan dia, hutang budi, hutang duit. Aku masa tu dah tak malu langsung mengalirkan air mata depan dia pasal tiap kali aku buka mulut, semua cerita akan berbalik pada keadaan aku, dan aku jadi emosi teramat, aku teringat yang orang kat Consulate yang kata "we are not a Charity" tu, aku ingat kisah aku dibiarkan tak makan, kisah aku dalam train yang menangis tengok budak makan chocolate bar.Semuanya itu bermain-main di kepala aku. Itu yang buat airmata aku mengalahkan airmata duyung.Dan tiap kali jugaklah Hadi akan usap-usap belakang aku atau tepuk tepuk bahu aku sambil berkata, "Tenang, sabar aja".

Berangkatlah aku ke Elizabeth, New Jersey menaiki bas Greyhound di Port Authority Bus Terminal di 42nd Street.