Friday, September 21, 2012

Bangla Aku, Bangla Amerika


Dalam pocket aku cuma tinggal lebih kurang sepuluh dollars tapi aku tak bimbang sangat pasal Mr Thuong kata sewa rumah tu akan dipotong duit gaji aje. Cuma aku bimbang pasal makan, dengan duit sebanyak itu apa yang dapat aku beli? Berapa lama aku baru dapat gaji? 2 minggu? 3 minggu? Aku perlu jaga makan pasal nanti kan kerja mengangkat benda yang berat-berat, aku perlu ada power, ada stamina.

Rumah tempat kitaorang akan tinggal tu, kepunyaan Mr Thuong, di luar kota Boston, di kawasan Mat Salleh semuanya. Macam rumah teres, luas backyardnya, kawasan bersih lagi. Aku sama XX akan tinggal di situ, sebilik berdua. Bilik yang lainnya dibiarkan kosong, mungkin nanti warehouse tu perlukan lebih banyak orang. Mr Thuong kata dia akan datang setiap hari Sabtu, jadi dia suruh kitaorang take care of the house. 

Di basement tu ada one Cambodian family menyewa tapi they have their own separate entrance. Sofea namanya perempuan tu, janda anak 3. Kitaorang pergi balik kerja sama dia sebab dia ada kereta, setiap minggu kena bayar $20. Ish, belum apa-apa dah potong sana-sini, berapa sen sangatlah dapatnya aku nanti? Sudahlah gajinya $6 sejam. Seminggu dapatlah $240. Baik kerja restoran, makan free, tempat tinggal free. Kena belasah pun free. Kerja ajelah, asalkan dapat duit, ini semua pengalaman baru hidup aku,itu yang aku fikir.

Masuk kerja pukul 3, tak berapa jauh tempatnya, lebih kurang setengah jam perjalanan. Kitaorang bertiga (temporary associates/TEMP) disuruh kerja bahagian packing and shipping. Besar warehousenya, tengok barang-barangnya pun takut aku dibuatnya. Semua barang ada, dari sekecil-kecil hinggalah gazebo, pokok bunga, furniture,semuanya. Macamana kalau aku kena usung benda-benda tu? Ngeri aku memikirnya. 

Sebab itu hari pertama kitaorang kerja, jadi disuruh kerja bahagian yang senang dululah. Sofea disuruh key-in data, aku dengan XX disuruh pilih barang yang dioder dan masukkan dalam kotak. Barang kecil aje mulanya, pen, pensil,buku nota, barang yang beratnya kurang dari 5 lbs tiap satu. Tapi kalau satu order tu mahukan sampai 100 boxes of barang, berpeluh ketiak jugaklah dibuatnya.

Ordernya banyak pulak tu, Belum habis satu, berpuluh order lain yang datang. Tapi aku rasa seronok jugak, mungkin sebab hari pertama. Sebenarnya aku rasa lain sikit compared dengan kerja di restoran, kerja di warehouse tu luas pandangan, boleh jalan dari hujung ke hujung picking barang-barang, rasa agak bebas gitu. Tak terperuk macam kat restoran. Dan aku boleh berangan-angan, boleh bermenung-menung sebab aku kan smart, kerja tak perlu diawasi. Ajar sikit aje dah pandai. 


Untung dekat rumah tu ada Dollar Store so dengan duit yang aku ada tu aku beli 2 dozens telur, beli roti, beli fries, beli minyak, beli susu. Habis sepuluh dollar tu.Di rumah ada periuk belanganya so tak ada masalah nak masak. Cuma masalahnya, apa nak dimasak. Makan benda tu lah, roti dengan telur sama kentang goreng. Tiap hari. Selama seminggu. Pagi jer buat French toast, susu campur telur, taruk garam sikir, kemudian rendamkan roti dalamnya, lepas tu goreng. Itu aku belajar dari filem Kramer Vs Kramer, aku rasa.

XX pendiam jugak orangnya, resah memanjang, tapi kepohnya boleh tahan. Tapi gayanya dia tak pernah buat kerja kuat, kejap dia buat pura-pura cari barang kat rak bawah, supaya dia boleh duduk. Batuk-batuk dia sebab warehouse biasalah kan, berhabuk. Kalau waktu break tu, makannya banyak. Sebab dia banyak makanan agaknya. Aku setakat makan roti aje. Hari seterusnya aku disuruh buat benda yang sama tapi di bahagian lain, di bahagian yang barangnya agak berat. Buku-buku. XX masih di bahagian sebelumnya pasal diaorang kata kerja dia lambat, banyak salah pulak tu. And for the first time walaupun kerja berat tapi aku rasa puas hati pasal penat lelah aku dihargai. Oleh Mat Salleh lagi. Semakin lama semakin ke bahagian yang agak berat, sebab kebetulan ada yang berhenti jadi kurang orang. Sebab kerja aku cepat, aku disuruh handle bahagian tu sorang-sorang. Mengangkatlah aku barang yang berat-berat, berpuluh pallet kertas aku angkat,aku seret, aku usung, setiap hari. Satu kotak tu lebihkurang 35 kg, tapi kalau 300 kotak sehari, tak rasa patah pinggang?

Aku tengok yang kerja di situ semuanya yang badan besar yang bagi aku sure diaorang boleh angkat benda berat. Tapi sebenarnya tak, yang kurus lah kerja mengangkat benda-benda tu semuanya. 

XX semakin lama semakin tak ada semangat nak kerja, dia kata nak turun NYC, tak sanggup dia kerja berat macam tu. Bagi aku tak beratlah tempat dia tu sebab perempuan pun pernah kerja di situ, biasa aje. Cuma dia memang tak pernah kerja berat mungkin. Tapi aku pun tak pernah kerja macam bangla jugak, kan? Well, aku lain sikit orangnya :-)

Akhirnya XX berhenti, dia blah gitu aje one Sunday morning. Dia kata tak tahan kerja. Jadi tinggallah aku sorang-sorang, aku tak terfikir pun nak ke mana-mana. Duit pun tak ada. Mr Thuong datang tiap minggu,bayar gaji. Tapi kan, sebab aku hutang sewa rumah, duit transport, jadi kerja seminggu duitnya tak cukup, so minggu depannya kerja untuk bayar hutang lagi.

Yang gantikan XX silih berganti jugak, masuk satu, sempat bertahan dua hari. Kemudian berhenti. Masuk yang lain, kerja seminggu, blah. Semuanya orang Kemboja. Bila dah hampir sebulan aku kerja, barulah duit gaji mingguan tu aku dapat simpan. Adalah dua ratus lebih, tapi tiap hari aku kira, walaupun aku tau berapa jumlahnya. Aku pun dah boleh minum kopi, dah boleh makan mashed potato, dah boleh beli barang keperluan seharian yang selama ini aku tak dapat beli sebab tak ada duit. Kalau hari Sabtu dan Ahad aku jadi betul-betul bosan, bulan pertama aku langsung tak keluar mana-mana. Duduk di bilik aje, bilik yang kosong yang tak ada apa-apa. 

Aku baca USAToday ajelah kerjanya, semua articles aku baca. Kat rumah tu walaupun bebas, tapi tak ada apa, no tv, no radio, no telephone, no nothing. Aku langsung tak fikir pasal internet waktu tu,kalau dulu aku 24 jam berinternet, aku sudah jadi 24 jam tanpa internet. 

Bulan kedua aje aku cuba-cuba keluar, aku jalan kaki ke stesyen bas yang jauhnya lebih kurang 20 minit jalan kaki. Waktu tu dah Spring, dah tak berapa sejuk. Aku cuba naik subway, pergi downtown Boston. Tak ke mana pun, setakat jalan-jalan itu aje, aku tengok kat info center, ada Chinatown. Aku pun jalanlah ke sana nak beli beras, dah lama tak makan nasi. Di kedai dekat rumah aku tu ada jual beras, tapi beras cokelat, beras apa tak tahu aku. 

Di Chinatown tu aku betul-betul teringat Malaysia pasal kat situ aku tengok ada orang jual terung panjang, kacang bendi, petola pun ada. Panjang betul petola Amerika, semeter lebih. Kemudian aku jalan lagi, walaupun kawasannya taklah luas tapi adalah a few blocks. Kemudian aku tengok ada Penang, Restoran Malaysia. Mak oi, aku terus masuk, bungkus roti canai 3, nasi lemak satu. Bangga jer aku di restoran tu yang aku tengok tak adalah sangat kemalaysiaannya. Nama restoran Malaysia sebab tokeynya orang Malaysia, tapi yang ada cuma roti canai, nasi lemak, and a few other dishes yang aku tak boleh makan. (Kalau tak salah aku Tokey Penang tu baru dapat Datukship, dulu dia kerja jadi dishwasher waktu baru tiba di Amerika)

 -------------------------------- 
Aku lupa: Waktu aku kerja di restoran di Elizabeth NJ tu dulu, kan aku belum ambil gaji aku yang seminggu tu. So, aku talipun diaorang, cadang nak suruh Mr Lee kirimkan aje pada aku. Mrs Lee yang jawab talipun, dia tanya Mr Kim. Boss kata duit aku dah dikasi sama Pak Rori. Aku mintak nak cakap dengan Pak Rori,dia kata Pak Rori dah berhenti kerja, Henry pun. Diaorang tak tinggalkan contact numbers. Tak tahu aku siapa yang nak dipercaya. Macamana pun, aku tak halalkan duit tu. Tapi kan, dia bukan Islam? Tetap aku tak halalkan jugak.
 ------------------------------------- 
Ada juga kekadang tu kitaorang kerja overtime, sampai 3 pagi. Tak apalah, sebab aku dibayar $9 sejam kalau kerja lebih dari 40 jam seminggu. Dapatlah tambah duit sikit sebab biasanya 2 minggu aku kerja hanyalah dapat bayar sewa bilik dan transport. Makan pun setakat ala kadar aje. Kalau aku ke Chinatown aku belilah sotong, ikan, benda-benda gitu. Aku cuba-cuba nak buka account di bank tapi sebab aku tak ada ID, tak ada Social Security Number, tak ada surat kerja (aku kerja tu kerja "bawah meja" gitu, warehouse bayar sama Mr Thuong $10 sejam. Kemudian Mr Thuong bayar aku, setelah dipotong "bahagian dia". Satu jam aku kerja dapat $6, dia dapat $4, tak buat apa-apa pun, main telor aje dapat $4 duit titik peluh aku) jadi tak dapatlah nak buka account. 

Aku ke Chinatown ajelah pasal di sana ada a few banks kecil yang cater for Asians. Satu bank tu kata aku boleh buka account dengan guna passport aje, teruslah aku simpan $400. I could have saved more tapi I gave myself a big treat, Bangla-style lah kan? Aku pergi Strawbridge's and bought myself some shirts, pants and stuff. Aku fikir, here I am, nobody cares if I'm miserable, so I might as well be happy. 

------------------------ 

Tahukah anda? :Hidup aku sekarang simple aje, aku cuma ada satu aje kunci. Kunci rumah. Tak ada key-chain lagi. No more car keys, no more gate key, no more mail box key. No more all those keys macam sewaktu di Malaysia dulu. I have no money, no resources, no hopes. I am the happiest man alive :-)