Dua tiga hari selepas tu kemudian, Yanto pulak tak kerja. Jadi di rumah tu adalah empat lima orang yang tak kerja. Diaorang kata memang gitulah gayanya kehidupan pendatang haram di Amerika, kerja tak tetap. Untung aku masih ada saving. Yanto ajak aku jalan-jalan ke Atlantic City pasal dia ni suka berjudi, aku ikut ajelah. Kitaorang pergi naik bas di Chinatown, kitaorang berdua aje yang bukan Cina, selebihnya orang Cina Talu/Cina Daratan, dari mainland China. Riuh rendah dalam bas tu, masa balik aje yang senyap, sebab kalah judi memasing agaknya.
Di Atlantic City aku adalah jugak masuk casinos sana sini, Taj Mahal, Caesar, Sands, The Trump (tak nampak pun Donald Trump), Bally. Setakat masuk tengok orang main ajelah aku walaupun aku macam terliur jugak tengok orang main slot machines. Yanto main table games, entah, roulette ker blackjack, kejap jer kalah a few hundreds. Dia mintak pinjam duit, aku adalah $500 so aku kasi dia $200, takut jugak aku nak kasi pinjam lebih, takut jadi macam Pak Rori yang larikan duit aku dulu tu. Ramai betul orang Indo di casino-casino, yang dari Boston tu kebanyakannya Yanto kenal. Di sini rupanya diaorang berkumpul kalau hujung minggu. Lama jugak Yanto main dengan duit $200 tu, so aku tinggalkan dia and decided to venture outside. Aku jalan-jalan di Boardwalk, di sinilah rupanya. Birthplace of Miss American Pageant. Bersih betul kota Atlantic City, cuma ramai orang mintak sedekah, ramai yang homeless, yang kalah judi. Aku tak kesian pun dengn diaorang, tak macam masa aku di New York atau di Boston, aku kalau jumpa homeless punya orang aku kasi diaorang barang sedolar dua. Kasi rokok. I have been there, aku fikir gitu.
Balik dari Atlantic City, Yanto dapat kerja di kilang kertas tu balik. Aku dah malas nak kerja di situ (tak kerja lagi sedap) sebab tak steady gitu, masuk satu hari, tak kerjanya seminggu. Kebetulan malam tu ada yang talipun tanya kalau ada sesiapa yang nak kerja kembang (bunga), kerja di nursery gitu. Kawan serumah, Ricky sama Ferry ajak aku sekali, aku kata oklah kalau ada kawan. So besuknya kerjalah kitaorang, ada 6 orang semuanya, bebaya aku semua kecuali Ferry yang dah 40an. Ajen kerja tu, Mr Moun, orang Kemboja, baik sangat. Sebab dia dah kenal lama dengan tuan punya nursery/greenhouse tu, jadi dia tinggalkan aje kitaorang lepas dia hantar ke tempat kerja. Sebab aku sorang jer yang berbahasa Inggeris, jadi aku disuruh jadi leader kumpulan Bangla tu. Tom, tuan punya, kira oklah orangnya, di tunjukkan apa-apa yang kitaorang perlu buat, lepas tu dia ke office. So kitaorang buatlah kerja sesama kitaorang aje. Ada yang berat, ada yang ringan kerjanya, tapi sebab semuanya satu kepala, kerja jadi ringan gitu. Masing-masing cerita pengalaman memasing, kat mana pernah kerja, di mana tempat bagus kerja, tinggal di mana.
That kind of stuff. Yang bahagian berat kerja tu bila kena menyorong gerabak besi yang sudah disusun bunga-bunga di atasnya. Sorong bawak naik ke kontena, sehari adalah 5 kontena. Tiga empat orang oklah menolaknya tapi kadang-kadang tu kalau yang lain sibuk buat benda lain, itu yang peritnya. Macam menolak kereta naik bukit.
Macam kawan aku sorang tu, Hari T, selalu gerabak tu jatuh, pernah sekali dia di hempap gerabak tu, nasib baik dia jatuh ke kawasan yang ada lubang sikit, kalau tidak mati kataklah jawabnya. Tapi aku tengok masa dia jatuh tu, sebijimacam hantu bangun kubur (dalam filem lah). Aku selalu cakap dengan dia,"aku kira kamu pasti mati, kurang-kurangnya patah tulang", waktu kitaorang ingat-ingat balik insiden-insiden buruk sepanjang bekerja di situ.
Kerja yang bahagian ringan tu, menyusun pasu-pasu bunga, susun bibit-bibit bunga. Tom bukan main puji lagi kitaorang sebab kerja kitaorang cepat, bagus dan bersih. Tahun sebelumnya ada kumpulan orang Puerto Rico kerja di situ, tak serajin kitaorang. Dia katalah. Tengok sapa leaderlah kan? Macam-macam jenis bunga yang ditanam di situ, bunga raya pun ada. Yang banyak tu bunga ros. Ros putih, ros merah, ros kuning. Lawa jadi tempatnya, colorful. Kadang-kadang aku rasa romantis gitu dikelilingi bunga-bunga ros yang mekar kembang. Macam perli aku aje.
Macam yang aku cakap tadi, kitaorang sekepala semuanya, tak ada pun yang curi tulang, ada aje yang datang tolong kalau tengok yang lain sibuk. Mungkin sebab tak ada perempuan agaknya, aku lebih suka kalau kerja sesama lelaki, tak ada perempuan. Payah kalau kerja ada perempuan, cerewat, yang tua lagi, songehnya mintak ampun. Kerjanya tak seberapa, suruh itu, suruh ini. (I'm talking about perempuan Indo here :-), perempuan Malaysia lain kot? Gamaknya lah :-)
Satu hari tu, weekend aku rasa, aku jalan-jalan pergi tengok satu expo computer, sajalah to add some spice dalam hidup aku yang waktu tu mundane sangat. Pergi kerja, balik rumah, makan, tengok Wheels Of Fortune, tidur. Di rumah aku tak masak pun, sebab ramai sangat, aku malu. So aku beli ajelah nasi di one Chinese take-out, sebab aku tak ada rice cooker dan periuk belanga, lauknya sardin/soton memanjang. Canned stuff. Kadang-kadang jer goreng telur atau ikan, itupun aku buat masa orang tak ramai di rumah. Kalau tak tu makan tuna sandwich je. Pergi kerja aku biasanya bawak bekal sandwich dengan pisang. Tak pernah makan nasi. Kan orang Indo makannya banyak, itu yang diaorang pelik sangat kat aku, tak makan nasi tapi ada energy. Orang Malaysia lain, tu aje jawab aku.
Laaaa...aku tengah cerita pasal ke expo computer ni tadi, ituah aku ni, long-winded, mengarut, benda yang kecik-kecik pun nak dicerita macamlah aku ni orang famous yang setiap pergerakan aku perlu orang tahu. Ha, tengoklah tu, mengarut lagi. Ok, stop! Kat expo tu kan, aku tengok banyak jual used laptops, tak terfikir pun sebelum ini nak berlaptop maktop, aku rembat aje satu, $450. Laptop lama, Pentium 11, tebal, setebal muka aku. Aku pun beli pre-paid handphone pasal Yanti selalu jugak talipun, dia kata line rumah aku susah benar masuknya.
Memanglah, orang Indo ni kalau menalipun tu, berjam-jam. Diaorang lebih long-winded dari aku sebenarnya, kadang-kadang tu aku rasa nak gelak, aku selalu kata dalam hati. "Diaorang ni gini mentalitinya, benda-benda kecil macam tu pun nak cerita kat semua orang. Tapi aku kan, aku tak rasa aku ni banyak cakap gitu, pasal apa yang aku tulis ni separuhnya tu benda yang dalam kepala aku, apa yang aku fikir, jadi itu yang kadang-kadang merepek sana sini tu. Sebab aku banyak berfikir, kan? Itu yang nampak macam long-winded sikit tu kan?
Atau memang aku ni yang kurang siuman sikit?