Happy jer Fran kerja, di hari terakhir dia. Aku pun macam happy jugak. Bukan apa, aku tak sabar nak tunggu Suki datang. Aku dah terbayang yang Suki nanti akan menggelabah sakan, dah lah tak reti English, orangnya pun kerjanya terkemput-kemput.
Jahat/busuk hati aku nih orangnya sebab berfikir begitu. Tak apalah, busuk pun busuklah, memang itu pun yang aku asyik dok bayangkan. Dan perhatian orang lain akan terus tertumpu kat Suki nanti pastinya.
Macamana pun aku ada jugak terfikir yang aku harus ajar Suki tuh nanti, ajar dia setakat yang aku tahu. So kalau nanti dia dah pandai, dan dia suka bekerja di restoran itu, at least aku akan ada kawan. Dan bolehlah aku kerja lama sikit. Dan adalah harapan untuk aku kumpul duit sesikit. Untuk buat modal hidup seterusnya.
Walaupun at the back of my mind aku tetap fikir yang Suki pastinya samada akan diberhentikan kerja, atau dia berhenti kerja sebab tak suka kerja di restoran tuh. Tak sanggup, tak larat, tak sesuai dengan dia. Dia dulu pernah jugak kerja restoran tapi sebagai dishwasher, then dia dibuang kerja sebab melawan cakap tokey.
Satu aje yang aku takut dengan Suki nih. Dia nih orangnya cerewet, mulutnya bisa sangat. Aku kenal dia masa di Philadelphia dulu tuh, pernah sekerja dengan dia kat satu kilang paper. Kawan lelaki dia tak ramai, dia lebih ramai kawan perempuan. Kawan lelaki pun semuanya yang jenis lembut-lembut. Dia nih dah berumur dah, agak lembut jugak gayanya. Memanglah spesis jenis dia nih agak cerewet, cakap berulang balik. Semuanya tak betul, semua orang tuh ada aje salahnya, semuanya serba tak kena.
So itu ajelah yang aku takutnya nanti. Aku dah terbayang-bayang yang dia akan salahkan aku nanti untuk menutup kelemahan dia macam aku jugaklah, aku akan mati-matian cuba salahkan orang lain untuk menutup kelemahan dan kesalahan aku.
Frank, sepanjang hari masa kasi sample makanan, dia asyik bisikkan kat orang yang berbelanja di restoran, "Don't give tips. Don't give tips". Mana lah orang faham. Sebenarnya dia tak nak orang yang datang makan, masukkan duit ke dalam tabung tips sebab duit tips tuh diambil oleh Cindy punya husband. Diambil dek boss.
"Juragan senang kamu jaga kasier kerna kamu ngomongnya pinter, banyak tamu yang ngasi uang tips", bisik Fran kat aku. "Kamu bilang sama tamu dong, jangan dimasukin uang tips", kata dia lagi.
Most of the customers yang dengar bisikan Fran, diaorang ingatkan Fran bergurau aje. So diaorang tetap masukkan duit kat tabung tips. Mungkin jugak sebab diaorang ingatkan Fran sindir diaorang, itu yang diaorang tetap kasi tips tuh.
Adalah a few times bila aku tengok tak ada orang (Cindy, husband dia, adik dia) di sekeliling aku, bila ada orang yang masukkan duit ke tabung tips, aku pun kata, "You don't have to do that Ma'am/Sir/Buddy. That money goes to someone else's pockets".
"O really? That's too bad, so sorry to hear that", biasanya diaorang kata gitu. Diaorang ingatkan, macam di tempat lain, duit tips tuh akan dikongsi beramai-ramai oleh pekerja. Little do they know yang duit tips kat restoran aku kerja tuh dibaham oleh boss.
"This is just another sweat shop, Ma'am/Sir/Buddy", aku kata gitu. Aku suka kalau tengok Mat Salleh bersimpati dengan aku. Dan aku rasa puas hati bila tengok airmuka diaorang yang macam marah aje bila tahu cerita sebenar. Kadang tuh ada jugak aku cakap, "I'd rather you take your money back". So adalah a few customers yang dah tertaruk duit kat tabung tips, diaorang ambil semula duit diaorang tuh. Ada jugak yang mintak aku kasikan diaorang one-dollar notes (so that diaorang dapat masukkan duit kat tabung tips), aku buat tak faham aje. Aku buat muka masam, orang bodoh aje yang kasi tips kat cashier restoran yang bermuka masam, kan?
Aku rasa tak sedap hati jugak terpaksa buat gitu tapi bila difikirkan yang hasil titik peluh kitaorang, duit kopi kitaorang, dikebas oleh orang lain, hilanglah sikit rasa guilty aku. Rasa puas hati pun ada. Itulah, kalau bab-bab busuk hati tuh, aku nih boleh tahan jugak orangnya.
Kitaorang suspen jugak takut Suki tak datang sebab everytime Fran talipun dia, tak dijawab. Masa aku datang dulu, pukul 8 lebih aku dah sampai kat Pittsburgh, dan aku sempat lagi datang ke restoran sebelum restoran tutup. Tapi, pukul 9-45 pm masa restoran dah nak tutup, Suki masih belum dapat dihubungi. Pukul 10 lebih barulah dia ada talipun, memberitahu yang dia dah sampai di stesyen bas. Terus Ari talipun Cindy suruh pergi jemput Suki di Greyhound Station Pittsburgh. Dekat pukul 12 barulah Suki sampai di apartment. Aku sama Fran dah pindah ke bilik yang dulunya awek Indo (yang dah berhenti kerja tuh) duduk. So malam tuh kitaorang bertiga lah sebilik. Aku, Fran dan Suki.
Suki cerita yang dia lambat sebab bas rosak dalam perjalanan. Lepas tuh ada pemeriksaan polis pulak, masa di King Of Prussia. Dia cerita, out of semua penumpang bas tuh, dia sorang aje yang tidak diperiksa IDsnya, walaupun semua beg-beg dia yang penuh dengan makanan Indo, diperiksa polis. Aku tak lah percaya sangat cerita dia sebab Suki tuh, cerita yang seinci, kalau dengan dia, boleh dijadikan beribu batu panjangnya.
Suki belikan aku tempeyek 4 bungkus (aku kirim kat dia masa Fran talipun dia ituhari) so sambil makan-makan tuh, kitaorang sembang ajelah. Pukul satu aku dah tidur, sebab letih kerja siangnya tadi tuh, ke sana-sini bekejar melayan customers. Tak ada duduknya pun selama 12 jam kerja tuh. Sembahyang pun kat dalam tandas.
Lagipun aku bosan sebab Suki sama Fran diaorang cakap bahasa Jawa (diaorang tuh Cina Indo yang berbangsa Jawa/Jawa Indo yang berbangsa Cina), lagipun diaorang tuh macam pelik sikit. Sambil urut-urut, mengomel aje kerjanya. Pot-pet pot-pet aje kerjanya.
Macamana pun aku tetap rasa macam tak sabar nak tengok selama mana Suki akan dapat bertahan kerja di restoran tuh. Kalau dia dapat bertahan lama, lebih lama dari aku, memang aku akan salute dia. Tapi gayanya, kalau tengok cara dia, aku tak rasa dia akan dapat bertahan lama.