Saturday, September 29, 2012

And The Plot Thickens


Selama kitaorang tinggal di rumah Cindy, aku rasa agak lain sikit.Semangat-wise. Aku rasa seronok pulak kerja, tak adalah asyik dok fikir how boring it is untuk terus kerja di restoran Cindy tuh. Rasa takut pun terus hilang.Mungkin sebab aku tak ada masa sangat nak fikir lebih-lebih sebab balik kerja aje, terus mandi, then sembang-sembang sama Pak Ed, then terus tidur. Dan pagi esoknya sementara tunggu diaorang bersiap, aku akan keluar ambil angin kat cerun bukit dekat rumah Cindy tuh. Memang cantik di kawasan berbukit bukau tuh. Memang tak ada masa nak berfikir pun. 



Ataupun mungkin jugak aku rasa aman sebab Suki dah tak ada. That could well be the reason apasal aku rasa eager aje untuk pergi kerja setiap hari. Dan waktu kerja pun aku macam happy aje.

Pak Ed pun suka tinggal di rumah Cindy tuh, udara bersih, sebab letaknya di kawasan bukit. Sebab itu gamaknya apa pasal Ari dah tak nak balik ke apartment lama. Dia selalu suruh kitaorang balik semula ke apartment lama tapi tiap kali dia kata gitu, Pak Ed pun kata yang dia hanya akan balik ke apartment lama kalau Ari pun turut sama. Sebab Ari kan ker yang jadi Manager. Lagipun, sewa apartment tuh atas namanya Ari. So selagi Ari tak nak balik ke apartemtn lama, selagi itulah kitaorang akan tetap tinggal di rumah Cindy. 

Ada dua orang Mexicans baru masuk kerja di restoran tuh so diaorang disuruh tinggal di apartment kitaorang yang lama tuh. Kitaorang masih tetap tinggal di rumah Cindy. Then lusanya diaorang disuruh berhenti kerja begitu aje, alasannya one of the guys tak pandai kerja. Satu orang dibuang kerja so yang satu orang lagi tuh pun turut sama tak nak kerja. Sebenarnya diaorang tak suka tengok one of the amigos tuh, gayanya agak berlagak sikit, masing-masing trauma kalau tengok amigo yang ada gaya gitu tuh. Takut kejadian berulang lagi nanti. 

Terpaksalah Ari menalipun MakCik Jenny lagi. A few days later, datang pulak 2 orang adik beradik, orang Tibet yang dulunya tinggal di India, satu orang untuk kerja di bahagian depan dan satu lagi kerja di bahagian dapur. Yupa sama Tsetan nama diaorang. Masih budak-budak lagi diaorang tuh. Englishnya takat gitu-gitu ajelah, gaya cakap diaorang sebijik macam orang India cakap Inggeris. Sebijik macam Sherink kawan aku yang sama kerja waktu di restoran Pak Tua dulu tuh. 

Since diaorang dah sampai dah diaorang baru, so kitaorang pun buat keputusan untuk pindah ajelah ke apartment lama tempat kejadian rogol tuh. Ari agak berat hati jugak nak pindah tapi apakan daya, desakan aku sama Pak Ed memang dia tak boleh lawan. Kitaorang akan hanya pindah ke apartment lama kalau Ari pun ikut sama pindah. Lagipun dah 10 hari tinggal di rumah Cindy, diaorang tak berapa suka gayanya kitaorang tinggal di situ lama-lama.

------------------------------

Kat mall tempat aku kerja tuh, selain dari Haim sama Adi, aku rapat dengan satu cleaner nih, nama dia Annette. Orang hitam, ramah sangat orangnya. Selalu buat lawak, selalu sembang dengan aku. So, kalau tak dengan Haim sama Adi, Annette lah teman untuk aku bergurau senda. 

So tak adalah menyuprisekan kalau aku ceritakan semuanya kat siAnnette nih apa yang berlaku. *Terserlah ketempayanan mulut aku, kan?* Kat Haim sama Adi pun aku ada cerita jugak sebenarnya tapi diaorang lelaki, diaorang tak adalah beria-ia sangat nak tanya aku. Diaorang tahu pun setakat untuk pengetahuan diaorang aje. Tapi dengan Annette nih, tak boleh cerita sesikit, dia nak tahu semuanya biasalah, perempuan, kan? 

So terpaksalah aku ceritakan from A to Z apa yang berlaku. Ari selalu ingatkan aku supaya jangan ceritakan apa-apa yang berlaku kat orang. Aku iyakan aje, "Nggak, aku nggak ceritain sama sesiapa sih. Masa aku mahu ceritain", aku kata gitu. Kisah tuh pun ada tersebar jugak sebenarnya sebab dulu Suki pernah ceritakan pada awek yang kerja part time kat restoran tuh. Suki tuh bangang, nak cerita apa-apa, depan-depan. Orang boleh agak, boleh tahu. Lain kali buatlah macam aku, sambil aku ceritakan kisah tuh kat Annette, aku pesan kat dia supaya buat selamba, jangan buat macam nak tahu sangat. Sebab kamera ada tiga kat depan tuh, pergerakan kitaorang boleh diawasi.

Kadang tuh, kalau orang tengok dari jauh orang ingatkan aku sama Annette tengah sembang pasal rokok (sebab kitaorang pegang rokok, sambil tunjuk-tunjuk, sambil belek-belek kotak rokok kononnya) sedangkan itu semua lakunan aje. Aku ceritakan kat Annette apa yang berlaku. Annette hanya akan bersuara tanya things like, "So, what happened?", "Where are they now?", "Then?". Soalan-soalan macam tuh. Aku terus ajelah bercerita, kalau ada kesempatan. 

Nak dijadikan cerita, kisah penangkapan tuh masuk ada disiarkan kat local tv. Aku tak tahu menahu sebab aku hanya tengok CNN, itupun tengok screen besar kat mall tempat aku kerja tuh. Annette ada cerita kat aku pasal kisah penangkapan kat blok kitaorang tuh. Dan, awek tukang sapu (nama dia Barbie, aku tak sure itu nama dia yang sebenar atau nama panggilan aje) yang selalu kongket sama Jose setiap hari Khamis masa Jose off, dia nak sangat tahu pasal apa yang terjadi kat balak dia. Aku tetap pesan sama Annette supaya jangan cerita kat orang lain. Itu, apa yang aku cerita tuh, hanyalah untuk menambahkan pengetahuan am dia. Itu aje. 

SiBarbie nih suspect yang mesti ada benda buruk berlaku tapi dia tak berani nak tanya kitaorang. Memang dia tak pernah sembang dengan kitaorang pun. Setakat hi hi hello hello gitu aje. So Barbie nih asyik suruh Annette tanya kitaorang, aku sama Pak Ed, tanya pasal Jose. "I don't know, We don't know. He just left". Itu ajelah jawapan yang keluar dari mulut kitaorang. Itu ajelah yang Barbie harus tahu. Tapi Barbie tahu yang we are trying to hide something. 

Melalui Annette, aku dapat tahu yang Barbie ingatkan Ari ada buat lapuran polis pasal dia kena pukul dek Jose ituhari. Dan Jose ditangkap polis. "I'm gonna kick his ass", kata Barbie. Aku nak ceritakan kat Ari pun serba salah sebab kalau aku cerita, nanti terbongkarlah yang sebenarnya mulut aku nih dah menempayan kat merata-rata tempat dah. Kat Haim. Kat Adi. Kat Annette.

Dan Barbie nih pun menakutkan jugak. Dia akan berdiri bersandar kat dinding, sambil pegang alat-alat pembersihan, sambil tenung aje kitaorang dari jauh. Bila kitaorang terpandang dia, dia stare balik kat kitaorang. Menambahkan ketraumaan kitaorang aje. Macam terdengar aje kata-kata "I'm gonna get his ass", masa dia tenung kitaorang tuh. Dia tak tahu yang aku, dalam keadaan sentiasa takut, sentiasa berwaspada, benda-benda gitu akan buat aku semakin tidak tenteram. 

The next day Annette ada cerita kat aku yang Barbie ada talipun polis daerah situ dan dengar ceritanya Jose ditangap atas kesalahan "Public drunkness". Dan one of them telah dibebaskan oleh pihak polis. Oh tidak, the plot thickens nih, kata aku dalam hati. Siapa yang dibebaskan tuh? Jose ker amigo yang sorang lagi tuh? Buatnya diaorang balik ke apartment dan diaorang buat kacau sebab barang diaorang dah dibuang dek Cindy? Habislah kitaorang nanti. 

Tapi aku fikir, tak logik cerita Barbie tuh sebab for sure polis tak akan ceritakan apa terjadi, kan? For sure polis akan cakap beralas sikit, kan? Ini bukannya macam polis kat Malaysia, kan? So berita yang kata ditangkap pasal mabuk tuh taklah boleh dipakai, walaupun Barbie percaya sesangat yang Jose dia dah dibebaskan. So itulah, Barbie sentiasa mengawasi pergerakan kitaorang. 

Pernah sekali tuh, Ari cerita kat aku, masa dia nak balik ke apartment untuk kemas-kemaskan barang Jose sama barang-barang amigo (itu alasan Ari untuk lepak-lepak kat apartment aje sebenarnya), masa dia tengah lepak-lepak sambil tengok gambar anak bini dia di Indonesia, ada orang ketuk pintu. Dia kata sampai nak terpancut kencing dia sebab takut (dia ingatkan Polis atau immigration Officer). Rupa-rupanya Barbie tahu Ari balik ke apartment so Barbie mengekori dia. Barbie kata dia nak ambil barang dia yang di bilik Jose.