Saturday, September 29, 2012

Eyes Wide Open


So setelah lebih 10 hari di rumah Cindy, kitaorang pun bersedia untuk pindah balik ke apartment lama tempat kejadian rogol tuh. Sebab budak Tibet yang dua orang tuh, tinggal berdua aje di apartment. Diaorang tak tahu menahu pasal kejadian tuh. 

Aku jalan kaki aje dari mall ke apartment malam tuh, walaupun hujan turun rintik-rintik. Aku tak ikut diaorang, aku tinggalkan barang aku di kereta Cindy, cuma aku janji nak tunggu diaorang di depan apartment. Sebenarnya aku nak jumpa Haim, nak jumpa Adi, nak kasi makanan yang aku bungkuskan untuk diaorang. Kitaorang bertiga lepak ajelah kat car park, aku hisap rokok, diaorang lahap makan. Kesian jugak aku tengok budak Israel dua orang tuh. 

Belum pun sampai kat blok aku tuh, aku dah nampak kereta polis berlegar-legar beberapa rounds di sekeliling apartment complex. Terpanik aku sekejap dibuatnya. Sambil menyorok-nyorok di celah kereta-kereta yang dipark. Sambil aku buat pura-pura talking on the phone, mata aku ke sana sini menengok kalau-kalau ada polis. 

Diaorang bising aje, macam happy aje bila sampai di depan apartment. Iyalah, akhirnya berpindah balik semula ke apartment lama. Aku tak cerita pun pada diaorang yang aku tadinya nampak kereta polis berlegar-legar di depan blok. Kalau aku cakap, sure nanti diaorang ingatkan aku nak menakut-nakutkan diaorang. Sure aku akan digelakkan dek Cindy.

So bila masuk apartment, diaorang semua tuh sibuklah membersihkan apa-apa yang patut. Vacuum sana sini, sapu sana sini, susun apa-apa yang patut. Atur apa-apa yang patut. Bertukang sana sini. Ketuk itu ini. Tension sengsorang aku jadinya sebab bunyi bising gituh. Aku nakkan biar suasana sunyi sepi, ini diaorang bagai nak rak buat bising. Macam pendatang haram Indo (yang kat Malaysia) buat kongsi aje gayanya. Berebut-rebut. So aku keluar ke balkoni, aku hisap rokok. Sejak aku di rumah Cindy, aku tak hisap rokok pun tapi bila di apartment lama, bila rasa tension, aku nak hisap rokok aje kerjanya. 

"Lihat, di sono ada mobil polisi", aku tunjuk kat diaorang. Senyap masing-masing jadinya. Yang tengah mengvacuum terus matikan vacuum cleaner. Yang tengah menukul terus letakkan hammer. Pintu dikunci, lampu dimatikan dan masing-masing semuanya bersedia untuk tidur. 

Aku terpaksa tidur di bilik yang dulunya Jose sama amigo duduk tuh. Masa aku mula-mula sampai dulu, aku tidur di bilik itu, then aku pindah ke bilik lain yang lebih besar masa Suki datang. Terfikir jugak aku, kalaulah aku tak pindah duduk sama Suki dulu tuh, katalah aku tetap sebilik dengan Jose, harus aku dah kena tangkap. Harus aku pun digari sama. Iyalah, sure masa kejadian rogol tuh aku akan disuruh merogol sama. Rogol dalam paksaan. Kan ker diaorang masa tuh tengah mabuk? Aku faham sangatlah kalau amigo-amigo mabuk. 

Memanglah aku tak dapat nak lelapkan mata langsung. Dah lah bilik tu kecil, rasa macam terkepung sangat. Selimut bantal pun tak ada. Selimut dan bantal aku dulu tuh di bilik aku yang lama, yang dah diduduki dek budak Tibet dua beradik tuh. Sure diaorang guna selimut bantal aku tuh. Aku cari kat bilik-bilik lain pun tak ada selimut, sure barang-barang Jose dan amigo dah dibungkus dan dibuang dek Ari sama Cindy. So aku cuba tidur berselimutkan tuala ajelah. Berbantalkan jeans yang aku lipat-lipat kasi tebal. 

Dan bila ada bunyi aje, aku akan terbangun. Bunyi kereta, bunyi orang buka pintu. Even bunyi Romeo (yang sebilik dengan aku) tarik selimut pun buat aku jadi kaget. Buat aku tak boleh tidur. Dan bukan malam itu aje aku tak dapat tidur. Malam-malam berikutnya pun aku tak dapat nak lelapkan mata. Dan bukan aku sorang saja yang tak dapat tidur. Pak Ed cerita dengan aku yang dia pun sama tak dapat nak lelapkan mata. Dan Ari pun, yang tak ada di apartment masa kejadian tuh, masa polis datang tuh, dia pun sama tak dapat nak tidur. 

Dan walaupun masing-masing cuba menyedapkan hati sendiri tapi deep down semuanya rasa takut. Benda yang dah dua minggu berlaku, apa yang nak ditakutkan? Entah-entah Jose sama amigo tuh dipenjara, entah-entah diaorang dah dihantar balik ke Mexico. Tapi, memanglah dah dua minggu berlaku. Dan dalam masa dua minggu tuh kitaorang tak ada di situ. Mungkin banyak benda-benda lain berlaku. Mungkin setiap hari polis datang cari kitaorang, nak kan kitaorang kasi statements, nak kan kitaorang jasi saksi. Sebab kejadian tuh berlaku di apartment kitaorang, kan? Tentu polis tuh fikir, takkan kitaorang tak sedar langsung masa kejadian tuh? 

Tapikan, ini aku nak cakap kat korang semua. Aku memang tak sedar langsung, aku masa tuh di bilik aku sendiri. Pak Ed pun tak sedar apa-apa, dan bilik dia pun di sebelahnya bilik Jose tuh. Bilik aku kat hujung. Yang aku sedar, masa polis tuh ketuk bilik aku pagi besoknya. Romeo sorang aje yang saksi sendiri kejadian tuh sebab dia tidur di hall. 

So begitulah, dalam keadaan takut tuh, bermacam-macam benda yang aku fikir, aku cuba menyedapkan hati dengan kata yang everything's gonna be allright. Tapi, dalam pada itu pun aku tetap fikir, when is this going to end? 

Satu lagi, yang buat aku tak dapat tidur, badan aku gatal-gatal. Seluruh badan. Dari kepala sampai kaki. Aku pun tak tahu apa sebabnya. Nak kata sebab winter rash, orang lain tak rasa gatal-gatal pun. Mungkin jugak sebab garam scrub yang aku beli dari Haim tuh kot, sebab aku guna scrub tuh almost daily. Almost setiap kali mandi. Patutnya guna like 2 to 3 times weekly. Aku suka pakai scrub yang direndam dalam minyak tuh sebab badan aku jadi licin, jadi berminyak aje bila kena air. Badan aku jadi lawa, jadi macam badan body builders yang berminyak-minyak tuh. Aku selalu fikir, kalaulah perempuan tengok, sure merembas punyalah diaorang. 

So begitulah setiap hari yang aku lalui. Masa kerja aku tenang aje. Balik ke apartment tuh yang buat aku tak tahannya. Setiap hari ada aje nampak kereta polis buat rondaan. Kadang tuh kalau kereta polis tuh berhenti di depan apartment, aku lepak ajelah dulu kat luar. Bila dah pasti polis tu dah blah, barulah aku masuk ke apartment. 

Kitaorang pun disuruh supaya jangan keluar ke mana-mana selepas habis kerja. Bererti, kalau nanti laptop aku dah diambil dari kedai tuh, aku dah tak boleh nak turun ke lobby apartment untuk berinternet. 

Sunday, sebab kerja pun sampai pukul 6 aje, aku buat keputusan untuk ke downtown, dah dua minggu aku tak pegang komputer, tak berinternet, nanti lupa pulak macamana cara nak on kan komputer kan? Kebetulan pulak Haim sama Adi ada offer nak hantar aku. Diaorang ada kereta. So dapatlah aku save masa. Diaorang hantar aku betul-betul ke internet cafe tempat aku selalu lepak tuh. Diaorang tak nak aku bayar apa-apa tapi aku nih jenis keras hati, jenis mudah terhutang budi. So, masa aku keluar dari kereta, aku campakkan duit 5 dollars ke dalam kereta, diaorang tak dapat buat apa sebab aku terus aje jalan.