Besoknya masa tengah sembang-sembang dengan Ari kat food counter, datang this one girl, Sofia. A Mexican, dulunya pernah kerja di restoran tuh, sh'e married to another Mexican, diaorang legal sebab Sofia dulunya kawin sama Mat Salleh. Once dapat jadi citizen, dia cerai dan kawin dengan her present husband.
Sofia ada tanya kitaorang samada kitaorang nih ada papers atau tidak. Dengan Mexicans, kitaorang biasanya tak sembunyi-sembunyi, kitaorang cakap aje yang kitaorang semuanya orang gelap. Kebanyakan Mexicans pun orang gelap jugak, diaorang lebih teruk biasanya, langsung tak ada passport/visa. Tapi most of them ada papers yang dibeli dari network diaorang.
Sofia tanya kitaorang samada kitaorang ada dapat satu pekeliling yang ditulis dalam bahasa Sepanyol yang diselitkan celah pintu most of the tenants kat apartment complex tuh. Tak ada pun kitaorang dapat. Sofia kata yang pekeliling/surat tuh kata yang within that week atau the week after, akan dibuat penyerbuan polis dan immigrasi kat apartment tuh. Rupanya minggu sebelumnya ada dua amigos yang ditangkap sebab masalah dadah.
Di apartment complex tuh memang ramai amigos, almost 70%. Kalau masa mula aku datang dulu, masa agak panas, diaorang selalu lepak-lepak sambil minum, sambil pasang lagu kuat-kuat. Sejak kejadian tuh, dah tak ada dah amigos yang berani melepak-lepak di luar. Aku terus ajelah jadi takut. Bila Ari ceritakan pada Cindy, terus ajelah Cindy kata itu semua gossip belaka. Tapi, aku tahu, mesti ada sesuatu nih sebab semalamnya aku tengok sendiri yang ramai amigos yang pindah. Kalau tak ada angin masakan daun kat pokok bergoyang, kan?
So aku pun mulalah fikir yang aku buat something, aku harus melarikan diri aku dari situ. Dah tak selamat dah rupanya kat sini nih, kata aku dalam hati. Dan aku terfikir, bila masa yang sesuai harus aku berhenti? Memanglah selepas gaji, tapi gaji yang bila? Kalau aku tangguh-tangguhkan nanti, takut pulak ada kejadian yang aku tak ingini berlaku. Mulanya aku cadang untuk berhenti kerja sebelum Raya, kira oklah, dapat gaji on the 20th dan aku cabut sehari dua selepas itu. Just in time for Hari Raya. Aku dah terbayang yang aku nak pergi sembahyang Raya di Malaysian Embassy di Washington DC. Tapi, itu lama lagi, buatnya ada penangkapan orang-orang gelap? So aku fikir, macamana kalau aku percepatkan, aku blah sebelum puasa? Sebab gaji akan dapat 20 hb, aku boleh blah a few days selepas dapat gaji. Aku cadang nak blah gitu aje, nak beritahu Ari and blah. Tak apalah gaji aku selama 5 hari tuh burn gitu aje, memang aku tak harapkan duit itu pun.
Aku rasa macam tak bersedia aje pasal duit yang aku akan ada nanti sikit jer, walaupun aku rasa aku boleh survive for a few weeks dengan duit sebanyak itu. Bererti jugak aku harus terus cari kerja, kalau aku nak lepak pun takat a few days atau seseminggu aje. Lepas tuh aku kena start kerja semula. Di mana-mana ajelah. Apa-apa kerja ajelah. Bagus jugak idea tuh, iyalah, puasa pun dah dekat, entah-entah aku akan dapat kerja di sekitaran Philadelphia, akan amanlah sikit puasa aku tahun ini. Kot-kot dapat jugak aku bertarawikh di masjid.
So bila aku dah buat keputusan yang aku nak berhenti kerja sebelum puasa, aku pun beritahulah Ari. "Aku mahu berhenti ajalah Ri, di sini udah nggak aman. Mending aku pulang ke Phila aja, di sono hidup aku lebih tenteram", aku kata giu. Memanglah Ari tak percaya sebab selama ini dia tengok aku kerja pun ok aje, boss pun tak ada sepatah apa pun komplen pasal aku. Pendek kata, aku kerjanya memuaskan hati diaorang. Tapi, aku rasa yang paling berharga di situ, sebab English aku jauh lebih baik dari diaorang, itu yang buat aku diperlukan sangat untuk kerja di situ.
Macam-macamlah cara Ari pujuk aku suruh stay on, dia buat-buat tak percaya gitu yang aku nak berhenti. "Bener, kamu lihat aja nanti selepas tanggal 20, selepas gajian. Aku kabur Ri, aku kabur", aku kata gitu.
"Habis gimana, kamu mahu aku bilangin sama Juragan nggak kamu mahu berhenti?", dia tanya aku.
"Terserah, pokoknya aku udah bilang sama kamu. Dan aku, kalo aku bilang aku mahu berhenti, aku pasti berhenti", aku kata gitu.
Dengan Pak Ed pun ada aku beritahu dia plan aku tuh. "Udah Pak Ed, aku mahu kabur setelah gajian nanti", aku kata kat dia sambil senyum-senyum. "Nggak ada penyelesaiannya. Kamu lihat, mereka dulunya bilang nggak ada masalahnya tapi kasus (kes) ini berlanjutan. Mereka ngomong sekedar supaya hati kita tenang. Mereka nggak tahu apa bisa terjadi. Udahlah, aku udah bosen sama mereka, nggak mahu cari jalan penyelesaian. Aku berhenti ajalah, biar mereka rasain", panjang lebar aku terangkan sama Pak Ed.
"Jadi, minggu depan kamu mahu pergi?", Pak Ed tanya aku.
"Iya. Gajian tanggal 20, kapan-kapan aja setelah gajian, aku udah bisa pergi sih", aku dah buat keputusan begitu.
Terfikir aku, tak kesampaian jugak aku nak kumpul duit jadinya. Dah elok-elok kerja, tempat pun bagus, kerja pun ok, ada aje masalahnya. Dulu, punyalah bersemangat aku nak kumpul duit. Dulu, aku dah berangan-angan yang aku nak buat macam masa kerja di Florida dulu tuh, kumpul duit, simpan duit banyak-banyak, lepas tuh sorokkan dalam underwear kotor. Tak kesampaian akhirnya. Rupanya dapat duit takat boleh selit celah-celah spender jer sesikit.
Sempatlah aku beritahu Haim, Adi, Annette yang my days there are numbered. Terkejut diaorang mendengarnya tapi aku buat tak faham ajelah. Friday tuh, aku dah agak dah yang Ari akan beritahu Cindy pasal aku nak berhenti. Macamana pun aku buat selamba aje. Diaorang tak pernah approach aku, tak pernah tanya aku apa-apa, jarang sangat bercakap dengan aku. Sebab diaorang tak reti English sangat. Malam tuh, masa aku tengah membersihkan food counter, Ari tarik aku ke dapur.
"Ini, Cindy mahu bicara sama kamu", kata dia. Aku terfikir, apa sangat yang dia nak tanya aku, English dia pun very limited. Aku suruh Ari dengar, suruh dia translatekan into Mandarin, dan Ari translatekan ke bahasa Indo untuk aku.
"You scare? You scare, you go", tanya Cindy kat aku sambil gelak-gelak. Belum pun sempat aku nak susun ayat, nak cari words yang simple-simple so that dia boleh faham apa yang aku nak beritahu, yang aku bukanlah takut sangat cuma aku rasa tak aman aje kerja di situ sejak kejadian tuh (aku tak nak lah cerita yang aku bosan dengan diaorang yang tak nak cari penyelesaian lain like sewa apartment di tempat lain for example), dia tanya aku, "When you go?".
Terkejut sesangatlah aku, kan? Walaupun aku sempat fikir yang disebabkan English dia tuh jadi, susunan ayat, penggunaan words dia tuh jadi tak betul, yang dia tak bermaksud apa yang dia cakap tuh, aku jadi macam naik angin lah. Tak adalah aku marah cuma aku fikir, "Oooo, bitch nih nak aku pergi sebenarnya". Aku pun cakaplah, "If you want me to go now, I will!", bodohnya aku cakap gitu sebab aku sure sangat yang Cindy tak faham maksud "If you want me to..." tuh.
"Ok", dia kata gitu. Ha, lagilah terkejut aku. Aku langsung dah tak fikir yang dia tak faham maksud aku, so aku katalah, "Ok, you pay me now and I'll go tonight".
"Ok, ok", dia kata gitu. Tapi dia still duduk aje, tak bergerak ke mana-mana. Sepatutnya dia pergi kira duit gaji aku dan bayar aku, sebab aku nak blah malam tuh jugak. Dah tak ada masa dah. So aku keluar, aku nak pergi cari Haim, nak suruh dia hantarkan aku ke Greyhound Station. Terkejut beruklah Haim, macamana pun dia setuju, dan dia tunggu aku di depan restoran sebab aku nak kena balik apartment nak kemas barang.
"You work tomorrow", kata Cindy kat aku bila aku masuk semula ke restoran. Fucking bitch! Tadi setuju sangat aku blah, setuju aku blah malam tu jugak, ini apa pasal suruh aku masuk kerja besoknya? Bila dia kata yang minah yang kerja part time tuh tak masuk besoknya, aku rasa macam terkesian pulak sebab Saturday biasanya sibuk sesangat. Nak harapkan minah Tibet tuh sengsorang? Harus terkincit dia.
So aku setuju untuk kerja Sabtu esoknya, hari terakhir, dan aku kata yang aku akan bawak barang aku, malamnya selepas kerja aku akan terus ke Greyhound Station. Bila aku beritahu Haim yang aku tak jadi pergi malam tuh, teruslah aku balik ke apartment. Dalam perjalanan balik tuh, aku yang dah hilang rasa marahnya rasa nak tergelak pulak. Iyalah, aku dengan Cindy tadinya tuh, macam ayam dengan itik.Dia tak faham apa aku cakap dan aku tak faham maksud dia. Elok sangatlah tuh. Penterjemah (Ari) pun tak boleh diharap, dia tak expect Cindy akan tanya aku begitu, tiba-tiba aje.
Di apartment, Ari masih tetap suruh aku terus aje kerja di situ, aku tak cakap banyak tapi aku katalah yang with me, kalau aku kata nak berhenti, aku akan kotakan janji aku. Suruhlah Peking Duck sekor tuh Cindy jilat bontot aku, aku akan tetap berhenti. Ari talipun Cindy, berbalas-balas panggilan diaorang tuh, sambil Ari merepotkan pasal aku yang tetap degil nak berhenti esoknya. Tak lama lepas tuh, Cindy,suami dia, adik dia, diaorang datang ke apartment. Entah apa tujuannya aku pun tak tahu. Aku tak layan diaorang pun, aku siap dengar lagu kat laptop lagi. Aku tak marah pun sebenarnya (marah aku kejap aje) cuma aku nak tergelak aje bila fikir apa yang terjadi. Tak sangka begitu jadinya. Tak sangka, plan aku untuk berhenti selepas 20 hb dipercepatkan. Itu yang buat aku tersengeh sengsorang. Dan itu jugak buat aku respect gila dengan diri aku. Dalam keadaan gitu pun aku masih boleh tersengih. Aku buat tak tahu aje.
Pak Ed kata Cindy sekeluarga datang ke apartment tuh sebab diaorang rasa bersalah, sebab mungkin Cindy terperasan yang dia tersalah cakap. sebab Ari pun jadi bengang bila dia tahu Cindy tanya aku things like, "When you go? tadinya tuh. Dia kata Cindy ingatkan aku nak cuti for a few days aje. Tengah malam tuh Cindy talipun Ari, aku kata memang confirmed yang aku akan blah esok malam. Then, agaknya sebab marah, Cindy kata aku tak payahlah masuk kerja pagi besoknya. Aku dah cakap, dia tuh mulut itik!