Kitaorang tak tahu apa apa kejadian selanjutnya tapi masa Ari masuk semula ke kitchen muka dia merah padam. Entah apa lah yang dia mengomelnya, tapi apa yang aku dapat faham dia puas hati sebab dapat marah Jose.
"Mau dipecat aja siJose tu, cari orang lain aja sebagai pengganti" dia kata gitu.
Seharian tuh aku tak nampak pun muka Jose, kecut gamaknya kena acah dengan pisau pemotong daging tuh. "Ari tu orangnya darah tinggi (panas baran) sih, gampang marah", kata Suki. Aku setuju jugak dengan pemerhatian Suki tuh, memang Ari tuh mudah sangat marah. Kat amigo-amigo tu especially. Nak kata dia berlagak, tak jugak. Tapi kan, kalau orang tengok cara dia, tentu orang ingat dia tuh tuan punya restoran, ataupun paling komannya adik beradik atau sedara-mara tokey. Sedangkan dia hanyalah pekerja biasa aje. Oklah, dia yang manage restoran tuh, so kitaorang anggap dia macam Manager lah. Dia suka sangat kalau orang kata dia Manager.
"Aku rasa Jose pasti berdendem sama Ari kerna sering banget dia dimarahin, diomelin sih", aku buat andaian aku pulak.
Malam tuh punyalah leganya hati aku pasal sebelum balik kerja, kitaorang dibayar gaji. Aku pun dibayar gaji jugak, gaji untuk 4 hari kerja setelah ditolak/digantung gaji untuk lima hari. Tak apalah diaorang pegang duit gaji aku selama 5 hari, sekurang-kurangnya aku ada duit sesikit untuk buat belanja sementara menunggu gaji penuh dalam masa dua minggu lagi. Aku tahu gaji aku yang digantung selama 5 hari tuh akan burn gitu aje nanti sebab katalah aku berhenti kerja nanti, aku akan berhenti begitu aje, on the spot, tak ada kasi notis apa-apa pun. Dan duit tu akan hangus gitu ajelah. Aku tak kisah tuh.
So kalau aku nak berhenti kerja, samada selepas 5 hb atau selepas 20 hb setiap bulan. Macamana pun, harap-harapnya taklah cepat sangat aku berhentinya sebab aku kena simpan duit, aku kena ada duit modal sesikit nih sebelum aku balik semula ke Philadelphia untuk menguruskan masalah duit aku kat bank dulu tuh.
Walaupun hanya dapat duit gaji selama 4 hari aje tapi aku terasa lega yang teramat sebab aku memang tak ada duit langsung dah masa tuh. Itu yang aku rasa macam bersemangat aje nak teruskan kerja aku. Boleh rasanya aku berduit balik, boleh rasanya aku bangkit balik, boleh rasanya aku bersenang-senang nanti nampak gayanya. Aku dah terfikir, aku dah congak-congak, kalau aku kerja a few months pun aku dah akan dapat a few thousands, aku dah boleh beli itu ini, aku dah boleh mengembangkan sayap aku balik semula. Just a few months aje, sabar aje lah kan?
Tapi itulah, tak mudahlah angan-angan Mat Jenin aku. Kononnya nak simpan duit. Untuk gaji pertama nanti rasanya tak dapat lagi aku nak simpan duit pasal aku masih ada hutang dengan Nani, dengan Yanti. Nak bayar duit talipun pun a few hundreds jugak tuh. Dan dengan aku nih, kalau ada duit tuh, walaupun sikit, memang akan habis punyalah.
Besok paginya terus aje aku ke kedai orang Korea yang di mall tuh. Beli kopi, beli kek, beli rokok, beli USAToday. Lusanya pun sama. Setiap hari pun dah jadi sama routine aku, sebelum masuk kerja aku akan lepak dulu kat bench tempat tunggu bas sambil minum kopi, makan kek, baca paper. Kalau masa tak ada duit tuh, tak ada pun aku bersenang lenang lepak-lepak gitu tuh. Bukannya aku tak boleh bancuh tea kat restoran bukannya, aku tak boleh makan mee makan nasi kat restoran tuh nantinya, tapi memang jenis gitu, ada jer cara menghabiskan duit.
Sabtu pagi sebelum aku pergi kerja, aku on kan laptop. Sambil-sambil tuh aku bersiap-siaplah itu ini. Aku tengok laptop aku gelap aje, blank aje screennya. "Apa pasal pulak nih", kata aku dalam hati. Tak pernah pun laptop aku meragam selama ini dan tak ada pun tanda-tanda laptop aku tak sihat. So aku off kan dan on kan semula laptop tuh. Still the same blank screen. Aik, berderau jugak jantung aku takut jugak manalah tahu kalau laptop aku buat hal pulak. Adalah dalam lima enam kali aku on dan off kan laptop aku tuh.
Dekat power on/off button tuh ada cahaya, bererti laptop aku tuh power dia masih ok, aku cuba pulak gunakan batteri aje. Masih sama. Dan aku tekan lagi sekali. Tetap sama, screen gelap. Aku off kan. Aku on kan. Aku off kan. Aku on kan. Entah kali keberapa aku cuba on kan laptop, terus cahaya kat power on/off button tuh padam. Habis!
Terus ajelah aku pergi kerja. Seharian tuh aku asyik fikir apa kenanya dengan laptop aku? Adakah laptop aku sudah pergi untuk selama-lamanya? Tapi...tak ada pun tanda-tanda yang laptop aku uzur, tak ada pun tanda-tanda yang laptop aku akan pergi meninggalkan aku di dunia yang fana ini. Adakah laptop aku telah meninggalkan aku tanpa pesan? Then aku teringat yang semalamnya masa aku online kat lobby apartment aku ada terperasan yang ada dua ekor anak lipas keluar dari laptop aku. Adakah itu puncanya? Yang laptop aku diinvade oleh segerombolan lipas-lipas yang tak berperikemanusiaan? Haramjadah punya lipas!
First thing I did masa sampai apartment lepas kerja malam tuh, aku cuba-cuba belek-belek laptop aku, kot-kot ada benda-benda yang boleh aku bukak. Nak bukak bateri pun aku tak tahu. Bukan tak tahu, aku tak ada screw. So memang tak boleh buat apa lah pun. So memang confirmed lah yang aku dah tak dapat berinternet, untuk suatu jangkamasa yang agak lama. Iyalah, laptop dah rosak, nak hantar repair aku pun tak tahu kat mana. Tak ada duit pun satu hal, terpaksa tunggu gaji lagi dua minggu. Aku cuba tidur ajelah pasal dah tak ada apa nak buat. Tapi puas jugak aku cuba melelapkan mata, tetap aku tak dapat tidur. Dengan aku nih, kalau ada masalah, biasanya aku akan tidur, aku memang boleh tidur. Itu kalau masalah-masalah kehidupan seharian. Memang aku boleh tidur nyenyak, dan esok paginya aku akan rasa fresh dan dapatlah aku memlan apa yang aku nak buat untuk mengatasi masalah aku tuh.
Tapi, kalau masalah pasal laptop, masalah pasal internet, lain pulak ceritanya. Aku memang tak boleh tidur kalau laptop aku ada masalah. Aku akan cuba fikir masa tuh jugak macamana nak meneruskan sisa-sisa hidup aku tanpa laptop. Itu yang buat aku tak boleh tidur tuh. Nak pergi hantar repair aku tak ada duit. Kena tunggu lagi dua minggu. Kat mana aku nak berinternet dalam masa dua minggu tuh? Dan berapa lama laptop aku baru dapat direpair? Dapatkah laptop aku direpair, diselamatkan? Buatnya laptop aku tuh betul-betul rosak yang tak dapat direpair, apa aku nak buat? Nak beli laptop baru? Kena tunggu sesebulan dua nanti tuh, nak kena tunggu kumpul duit dulu.
Atau beli laptop second hand aje? Argh, jatuhlah martabat aku kalau beli laptop second hand kan? Laptop aku dulu tuh aku beli dengan harga 1700 lebih, sure kalau aku nak beli laptop baru, aku kena cari yang lebih mahal, kan? Kena banyak kali gajilah nampak gayanya baru aku dapat beli laptop yang lebih mahal. Persoalannya, mampukah aku bertahan tanpa adanya laptop? Apa aku nak buat?
Aku tak boleh imagine semuanya tuh, aku tak dapat membayangkan kesengsaraan kalau aku tak ada laptop selama berminggu-minggu. Aku kena fikir cara untuk dapatkan laptop baru, secepat mungkin. Kalau laptop aku tak boleh direpair, aku sanggup turun daulat lah, beli laptop murah yang harganya di bawah seribu dollars. Tak apalah. Memang aku di antara dua darjat masa tuh.
Dan aku terfikir balik, aku teringat balik. Masa aku mula-mula kerja di restoran Pak Tua dulu, laptop aku pun rosak jugak, tak boleh direpair langsung (atau memang boleh direpair tapi aku tak fikir pun nak hantar repair sebab masa tuh aku memang mengidam brand new laptop?). Then selama sebulan aku tak ada laptop (online pun kat library aje). The same problem rupanya jadi kat aku. Berulang balik benda yang sama jadi kat aku. Aku nih sensitif sangat kalau pasal benda-benda berulang balik nih. Iyalah, benda yang sama keep repeating, keep reoccuring, tapi umur aku semakin bertambah. Itu yang tak daya nya tuh.
Last-last aku tertidur jugak. Dan besoknya bermulahlah kehidupan aku tanpa laptop, tanpa internet. Tak payah aku nak pergi jumpa ahli saikoloji lah, aku senang aje buat analisa sendiri. Yang kehidupan seharian seorang penginternet tegar akan menjadi kucar kacir tanpa adanya internet connection. Yang pembawaan seorang penginternet tegar akan terumbang ambing tanpa adanya internet connection. Yang pemikiran seorang penginternet tegar akan gundah gulana tanpa adanya internet connection.
Di sepanjang hari aku bekerja, aku lebih banyak diam. Aku lebih banyak memikirkan nasib laptop aku, nasib aku tanpa laptop. Aku tak fikir pun pasal lain. Aku tak fikir pun pasal kerja. Apa yang aku fikir, aku nak dapat online semula. Aku kena cari kalau-kalau ada internet cafe di Pittsburgh. Ada Kinko's, ada library. Tapi, kat Kinko's mahal. Dan kat library hanya sejam sekali aje. Seminggu sekali. Tak boleh tuh, mana boleh. Aku kena fikir cari alternatif lain. Aku kena ikat perut lah nampak gayanya nih, dapat gaji nanti kena sembatlah jugak laptop murah, atau laptop second hand. Dan until then aku kena bersabar aje lah. Bukankah aku nih orang yang penyabar? Benda-benda lain aku boleh sabar, boleh ker aku bersabar dalam mengatasi masalah laptop aku? Itulah satu persoalan yang aku rasa jawapannya aku tak nak dengar sangat.
Lagi satu, masa kerja, aku asyik nak marah aje, aku cepat melenting, aku mudah jadi baran. Mudah naik angin. Tak pasal-pasal aje darah aku cepat menyirap. Kalau ada customers yang buat hal sikit, yang banyak cekadak sikit, aku cepat sangat melenting. Aku hamput kan aje. Lepas tuh aku membebel sorang-sorang. Tak apalah, diaorang tak tahu yang aku sedang dilanda masalah besar, masalah kronik.
Ada sekali tuh, when this one makcik marah pasal aku "salah" kasi duit balance dia, masa tengah sibuk, masa ramai orang, aku perli dia pedas-pedas, aku sindir dia dalam-dalam. Kuat pulak tuh. Sambil aku gelak-gelak. Sampai anak dia pun kata, "Ma, just take the money, he's probably right". Sebelum makcik tuh blah pun aku dok sindir lagi. Dekat setengah jam kemudian baru aku terperasan yang sebenarnya makcik tuh betul, aku yang tersalah kasi dia balance. Aku kan, walaupun dalam berjiwa kacau, tapi aku masih ada rasa bersalah. Aku rasa guilty sesangat, aku rasa menyesal sesangat yang aku kutuk makcik tuh. Rasanya nak keluar aje dari restoran tuh nak pergi cari makcik tuh di seluruh mall, nak mintak maaf dengan dia. Rasanya, kalau tak dapat jumpa makcik tuh, nak aku taruk ads kat local paper, nak mintak maaf secara terbuka gituh.
Kalau masa kasi sample makanan pun, aku buat dak aje. Sambil berdiri tuh, fikiran aku melayang jauh, merancang apa-apa yang patut. Aku tak peduli sangat orang yang datang nak try sample makanan. Kalau diaorang nak try, ambil sendiri. Tak payah nak tunggu aku hulurkan makanan tuh kat diaorang lah. Banyak cantik, nak dimanja-manjakan sangat. Korang nak try makanan, pandai-pandailah ambik sendiri kat tray tuh. Aku takat pegang try udah ler. Kalau ada orang tanya pasal makanan tuh, aku jawab pun nak tak nak jer. "What am I sampling? What are we eating?", soalan-soalan gitu tuh. Mengada-ngadalah ko. Makan aje lah, tak payah nak buat-buat tanya gituh.
Itu yang kalau ada bebudak muda yang aku tahu memang jenis nak makan makanan free (yang aku kasi sample) tuh pura-pura tanya, aku pun jawab sambil le ajelah. "I don't know", aku kata gitu sambil cebek mulut. "What, you don't know?", diaorang gelakkan aku. "You should know", diaorang kata lagi. "No, I don't know, I don't want to know what it is", aku selamba aje jawab. Kadang tuh (aku tengok jugaklah orang macamana yang tanya) bila ada yang tanya gitu, aku jawab aje, "This is buffolo testicles and the other one is alligator meat". Terus diaorang blah.
"What's the different between this chicken and that one?", kadang diaorang tanya gitu. "I don't know, I don't eat Chinese food", aku jawab gitu.
Macamana pun, ada jugak yang kurang asamnya, kalau aku cuba-cuba kasi sample, diaorang jawab balik, "Give that to the dog". Pedas kan sindiran gitu? Rasa nak balas jer, rasa nak jawab jer. Itu bola tanggung sangat tuh sebenarnya. Diaorang belum kena penangan mulut lancang kuning aku nih. Tengah-tengah aku berjiwa kacau, jangan cuba-cuba nak bermain api lah.
So begitulah kehidupan yang aku lalui seharian sepanjang aku tak ada internet. (Kalau aku ada connection, begitu jugak kehidupan aku, cuma jiwa tak lah kacau sangat, hati pun tak lah gusar sangat).
Just imagine, balik kerja, aku tak ada aktiviti lain selain mendengar celotehan Suki yang semakin hari semakin membosankan. "Aku nggak senang sama Ari. Orangnya penjilat (kaki ampu)", itu ajelah yang diulang setiap hari. So bila aku dah bosan mendengar celotehan dia, aku tidur aje lah. Biasanya pukul sebelas aje aku dah tidur. Apa lagi yang aku nak buat selain tidur, kan? Esoknya aku boleh bangun pagi sikit, dan sempatlah aku lepak-lepak kat mall sambil baca paper, sambil minum kopi, ataupun sambil tulis blog entry kat buku nota aku. Sementara menunggu masuk kerja pukul 9-30 pagi.
Dan lama-kelamaan aku dah boleh tidur nyenyak. Aku pasrah ajelah, memang ditakdirkan aku tak akan dapat berinternet untuk suatu waktu yang aku pun tak tahu selama mana.
Tapi, satu malam tuh, dalam pukul 12 lebih, masa aku dah nyenyak tidur, aku dikejutkan dengan bunyi yang kuat. Bunyi orang berlari-lari. Bunyi benda-benda jatuh. Bunyi suara orang, suara orang yang aku kenal. "Ayuh! Bangun, Ari dipukulin Jose sampe berdarah-darah. Parah kayanya (gayanya)", kata Suki sambil dia intai dari lubang pintu bilik.