Saturday, September 29, 2012

Band Bangla On The Run


Akhirnya semua setuju untuk balik ke apartment, nak tengok samada boleh dimasuki atau tidak. Kalau masih belum boleh dimasuki, semua akan tidur di rumah Cindy. Tapi aku sama Suki sama Pak Ed tetap kata yang kalaupun kitaorang dibenarkan masuk ke apartment, kitaorang tetap tak nak jejakkan kaki. Cindy and her gang gelakkan kitaorang. Ari pun sama. "You crazy. You talk, talk, talk and now you scare. Crazy!", kata Cindy sambil gelak-gelak. Hangat hati aku jadinya. 

"Mereka ini memang nggak bertanggung jawab. Kalau mereka bener-bener prihatin, pasti mereka udah tahu kedudukannya gimana, pasti mereka tahu apa yang udah jadi sama amigo berdua tu", aku kata gitu. 

Sampai kat bawah apartment kitaorang tengok yang apartment tuh terang benderang. Lagilah takut kitaorang jadinya. Cindy asyik dok bertekak dengan Ari suruh naik masuk tengok apartment tuh. Tak ada siapa yang berani. Lastnya Cindy sama adik dia naik. Tak lama lepas tuh diaorang turun. "Nothing, ok, no problem", dia kata gitu. Dah lama bertekak dengan Ari, barulah tahu yang rupanya Cindy tak masuk pun apartment, dia takat tengok kat pintu aje. Memang tak ada apa-apa yang ditempel di pintu. Cuma ada dipasang yellow ticker yang tulis "Crime Scene".

Kali kedua diaorang naik, itupun sebab macam terpaksa, barulah diaorang cuba buka pintu apartment. Kunci dah tak boleh dibuka. So memang tak ada jalan lain dah selain semuanya bermalam di rumah Cindy. 

Taklah jauh sangat apartment mewah tempat Cindy duduk tuh. Dalam setengah jam driving. Sepanjang perjalanan tuh, masing-masing senyap aje lah. Aku tetap fikir macamana caranya nak lari aje. Tak aman lah kalau macam nih, anytime aje polis boleh datang semula kalau kitaorang masih duduk di apartment lama tuh. Buatnya diaorang datang sama pihak Immigrasi, kan? Kalau masa polis datang pagi tadinya tuh aku memang tak ada jalan keluar, tapi sekarang aku dah di luar, seharusnya aku ambil kesempatan itu untuk memboloskan diri lah kan? 

"Udah lah, aku kabur aja", Suki keeps on repeating that sentence. 

"Tenang aja. Tenang aja", Ari keeps repeating that sentence. 

Dan Pak Ed pulak, dalam orang tengah tension-tension gitu, dia bantai menyanyi. Dia nyanyi lagu apa, korang nak tahu? Dia nyanyi lagu Ebiet G. Ade tuh, lagu Berita Buat Kawan

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan 
Sayang, engkau tak duduk di samping ku kawan 
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan 
Di tanah kering berbatuan

Aku pun jadi terkekeh-kekeh gelak. Sampai di rumah Cindy kitaorang terus lepak aje lah. Diaorang ajak makan pun aku tak nak. Tak ada selera. Diaorang tetap gelak-gelakkan kitaorang. Sabar ajelah, malam tuh tidur pun pakai pakaian kerja, tak mandi, even gosok gigi pun tak. Puas jugak aku nak melelapkan mata, walaupun mata aku sentiasa pejam tapi aku tetap tak dapat tidur. Bila dah senyap semuanya, bila Suki dan yang lain-lainnya dah tidur (Ari ada bilik sendiri, patutlah dia dah tak nak balik ke apartment lama tuh walaupun dah lama dah kejadian gaduh dengan Jose tempohari) aku ada terperasan yang Cindy, sebelum dia masuk bilik dia, dia berhenti sekejap sambil tenung kitaorang yang bergelimpangan tidur di ruang tamu rumah dia tuh. Ditariknya selimut biar menutup kaki aku. Baik jugak hati Cindy tuh. 

Tapi, kalau difikir balik, itu bukanlah baik sangat namanya. Memang sifat seorang perempuan gitu, kan? Macamana pun kira pandai jugaklah Cindy cuba collect points dari aku rupanya. Tapi, aku pun tak lah bodoh sangat kan? Takkan sebab Cindy menyelimutkan aku pun aku dah cair, aku dah nak kesian kat dia, sampaikan aku akan kerja bermati-matian untuk business dia, kan? 

Besoknya pergi kerja, semuanya kelat semacam jer. Iyalah, masing-masing tak mandi, pakai pakaian semalamnya, tak gosok gigi. Memang semuanya dirundung masalah besar. Itu yang aku masa kasi sample makanan kat orang lalu lalang kat depan tuh macam tak bersemangat aje. Iyalah, aku gatal sana sini. Kepala. Seluruh badan. So sambil berdiri tercegat kat depan tuh, aku pegang tray makanan sebelah tangan ajelah. Tangan satu lagi asyik seluk kocek. Kadang tangan kiri, kadang tangan kanan yang kat poket. Eleh, bukannya orang perasan yang aku seluk poket tuh bukan apa tapi aku garu telor, garu kote. Itulah akibatnya tak mandi seharian, spenda pun tak tukar, itu yang gatal sana sini tuh.

Petangnya barulah Ari talipun pihak yang manage apartment complex tempat kitaorang tinggal tuh, tanya kalau-kalau kitaorang dibenarkan balik ke apartment. At last kitaorang dibenarkan datang untuk ambil barang keperluan. So kitaorang, lepas kerja malam tuh, terus ajelah angkut barang semuanya ke rumah Cindy. Nasib baiklah aku tak ada banyak barang. Suki sama Pak Ed punyalah banyak barang yang dibawak sampaikan Cindy naik marah sebab dia suruh ambil barang yang perlu aje. Aku faham, Cindy tentu ingat yang kitaorang nak selamanya lepak di rumah dia. 

Selepas empat hari lepak di rumah Cindy, Suki buat keputusan muktamad yang dia nak berhenti kerja. Dia nak balik ke Philadelphia. So besoknya dia berangkat balik, tak sempat pun 3 minggu kerja. Minggu tuh, aku tak ada off sebab Ari nak pergi cari ubat.Dada dia sakit. Terpaksalah aku kerja gantikan dia. Tak apalah, minggu depannya aku boleh off dua hari lagi macam dulu tuh. Dan, nak dijadikan cerita, hari yang sepatutnya aku off tuh, mamat yang repair laptop aku tuh ada talipun. Dia kata aku dah boleh datang ambil laptop aku. Laptop aku dah ok. Rasa macam tak percaya jer bila dia kata laptop aku dah elok. 140 dollars aje lagi yang aku kena bayar. Ok, aku ada duit, tak payah tunggu gaji minggu depan. Cuma, aku terkilan sebab kalaulah aku off hari tu tuh, dah aku ke sana ambil laptop aku. Tapi apa nak buat, terpaksalah aku tunggu lagi seminggu.

Macamana pun, aku jadi bersemangat knowing yang dalam seseminggu lagi aku akan dapat berinternet semula. Penderitaan yang aku tanggung tak lama. Berkat sabar aku, berkat tak gopoh gapah aku aku tak ada duit sebenarnya.Kalaulah aku ada duit masa tuh, masa laptop aku rosak, sure aku dah sambar laptop baru.. Memanglah aku nih seorang yang penyabar. 

Dan sebab tak ada orang pengganti Suki, aku disuruh kerja jugak di hari off aku. Aku ok kan aje sebab Pak Ed pun disuruh kerja jugak dihari yang sepatutnya dia off. Tapi, kali ini tak dikasi dua hari off sebagai ganti, instead malam tuh aku dikasi duit sebagai upah sebab kerja hari tuh. 

Weekend tuh agaknya sebab Cindy semuanya kesian kat kitaorang yang kerja tak henti-henti, jugak sebab nak tenangkan hati kitaorang yang dalam keresahan, dia ajak kitaorang pergi makan kat buffet restaurant di sempadan nak masuk ke Ohio. Dekat dua jam perjalanan dari tempat kitaorang. Itu yang aku peliknya, diaorang nih sanggup drive jauh-jauh semata-mata untuk makan. Tapi kalau korang tengok diaorang makan, memang berbaloilah. Menggunung makanan yang diaorang ambik. Pinggan demi pinggan. Aku? Makan sepinggan nasi jer dah terus ke bahagian dessert. 

Diaorang sibuk makan, aku sibuk menalipun. Nani talipun aku sebenarnya. Dia cerita yang dia ada talipun Yanti, tanya pasal aku. Dia kata dia ada tanya Yanti samada benar atau tidak Yanti pernah pinjam duit aku. Yanti nafikan ada pinjam duit aku, instead dia kata aku yang ikut dia, ke mana saja dia pindah. "Mana satu mahu percaya?", Nani tanya aku. Aku jadi bengang mendengarnya. Ini sure Yanti akan marah dengan aku. Sedangkan barang aku masih di rumah dia. Baju-baju branded yang aku beli masa Thanksgiving Day yang belum pun aku pakai semuanya tuh, printer aku, barang-barang yang aku rasa berharga buat aku, semuanya masih berada di rumah Yanti. 

Dan aku terfikir, aku tahu yang soon aku akan balik ke Philadelphia semula, aku nak tidur kat mana nanti?