Saturday, September 29, 2012

Nasi Lemak Buah Bidara


Dua tiga hari sebelum aku turun ke Phila aku ada talipun Ita, anak Yanti, aku kata aku nak balik so Yanti tak lah surprise sangat bila aku talipun dia pagi tuh. "Kamu kapan mahu ke sini?", dia tanya aku. Sebab dia kerja pukul 12 so aku lepak dulu lah di Love Park, sambil online, sementara menunggu dia tak ada di rumah. Barulah syok kalau tak ada siapa di rumah. Tapi sebab aku tak tahan sangat mengantuk, sebelum tengahari tuh aku dah ke rumah Yanti, dia tak perasan aku sampai kot so amanlah aku sorang-sorang kat bilik. 

Malamnya aje, lepas dia balik kerja barulah dia ketuk pintu bilik. Aku ceritalah sesikit kejadian tapi dia macam tak dengar pun. Aku sebenarnya malu jugak, aku rasa macam janggal aje nak bercakap dengan dia, sebab dia dah tahu yang aku ada ceritakan kisah dia kat Nani. Jugak sebab ituhari Nani talipun sambil marah-marah dengan dia. Dia cerita yang dia maki-makikan Nani, yang aku dengar cerita Yanti, memburuk-burukkan nama aku yang dahlah sentiasa buruk nih. Tapi aku buat selamba ajelah bersembang dengan dia. Eleh, bukannya aku tak pernah bermuka-muka dengan dia, kan? Kalau dengan Nani, aku mengutuk Yanti, kalau sembang dengan Yanti pastinya kitaorang akan mengutuk Nani. Terpaksa, nak hidup punya pasal. Nak hidup di kelilingi orang Indo punya pasal. 

"Udah, kamu lunasin aja utang kamu sama Nani, setelah itu jangan hubungi dia lagi", Yanti kasi cadangan. "Ato, kamu kasi aku uang, biar aku aja yang kasi sama Nani. Aku bilang kamu nggak ada di sini, kamu masih live-in di luar kota", kata Yanti lagi. 

Sampai ke malam aku tidur, dah malamnya mulalah tak dapat nak lelapkan mata. "Kamu lagi di mana? Udah nyampei di Phila?", Ari talipun aku. ""Kamu kapan ke New York? Aku mahu berangkat benter malam jam 12. Sama Sawang (suami Cindy- nama dia Wong tapi kononnya nak sangat American accent tuh, Wong tuh jadi Wang, itu yang kitaorang panggil Sawang tuh), naik bis Cina", kata Ari. Sabar ajelah, laki Cindy nak turun New York naik bas Cina aje? Apa pasal tak drive aje, minggu lepasnya Cindy ke New York, dia bawak kereta. 

"Aku turun besok", aku kata. Sebenarnya aku tak ada plan pun nak turun New York esoknya. Cadangnya nak turun lusanya atau the day after. "Kita ketemu di Chinatoon aja", kata Ari. Dia excited sangat sebab selama di Amerika, dah lima tahun lebih, belum pernah dia turun ke New York. Setahun dia di Dallas, Texas, 3 tahun di Lexington, Kentucky dan selebihnya di Pittsburgh, Pennsylvania.

So besok paginya aku lepas Subuh, terus tak tidur dah. Sebab terralit online itu yang cuma sempat naik bas pukul 8-30 pagi. Sebab jalam jam sesangat, sampai New York pun dah dekat pukul sebelas. Rugi sejam kat dalam bas. Puas aku menalipun Ari dan after a few times dia menalipun aku, bas dia masih tak sampai-sampai ke Chinatown. Dia suruh aku tunggu kat Hong Kong Supermarket, so aku tunggu dia kat sana. 

Dan waktu itu pulak perut aku buat hal, or should I say bontot aku. Aku nak terberak yang tersangat-sangat. Manalah ada public restroom kat situ. Kat Amerika nih, restrooms yang kat restoran atau apa-apa kedai, itu hanyalah untuk customers. Meaning kita kena beli something barulah dikasi guna toilet tuh. Mulanya aku tahan-tahan tapi lama kelamaan aku dah tak berdaya. Yang kalau aku tahan terkemut-kemut gitu, akan boleh terburai bila-bila masa aje. Berpeluh jugaklah aku mengemut so aku terpaksa jalan-jalan itik ke Skyway Restaurant (restoran Malaysia) yang tak berapa jauh dari situ. 

Belum bukak lagipun restoran tuh tapi bila pekerja tu nampak aku, terus ajelah dia suruh aku masuk. Sabar jer lah, aku yang tolong dia bukak pintu restoran tuh. "Take your time", aku kata kat minah tuh, sebab aku pun mengambil my sweet little time memerut kat restroom di restoran tuh. Aku order nasi lemak aje sebab dah dua hari tak makan nasi. Makan gitu-gitu aje, itu yang aku rasa lemah aje badan aku. Semakin tenat dah aku nih, dulu kalau tak makan nasik, tak apa-apa pun tapi sekarang nih tak makan nasi sehari dah rasa lemah seluruh badan. 

Tak sedap langsung nasi lemaknya, acarnya, sambal ikan bilisnya sejuk, aku makan nasi sama telur sama timun ajelah. Kacangnya pun lemau. Tak puas hati aku. Dah lah makan tu pun sambil angkat kaki sebab minah tuh nak sapu, nak mop lantai. Tak heranlah aku kasi tips pun 2 dollar aje.

Lama jugaklah aku menunggu Ari sama Sawang, akhirnya diaorang sampai. Nak tergelak aku tengok cara pakaian diaorang, bukanlah kampong tapi cara diaorang pakai tuh macam orang kampung yang cuba nak menyemart. Entah, mungkin sebab selama ini aku tengok diaorang dalam pakaian kerja, selekeh aje, itu yang rasa lain tuh. Tapi, diaorang pakai pakaian lawa-lawa pun, tetap nampak selekehnya, macam jakun jer lebih kurang. 

Diaorang nak jumpa aku tuh pasal nak suruh aku tunjukkan tempat MakCik Jenny. So aku bawakkan diaorang, on the way ke tempat MakCik Jenny, lalu depan this newly-opened Malaysian restaurant. Restaurant Bagus nama dia. Sempat aku baca menu yang kat window restoran tuh, macam restoran Cina yang lain-lain aje, takat ada a few Malaysian dishes, itu aje. 

Entah apalah Sawang bincang dengan MakCik Jenny, aku biarkan aje, walaupun aku tahu ada jugak diaorang bercerita pasal aku sebab aku nampak MakCik Jenny juihkan bibir dia hala ke aku. Aku boleh agak yang MakCik Jenny mengutuk aku, sebab sebelum tuh dia ada kata something like, "It's tough there, right? No girls, nothing. Di sini, di New York, pelempuan sinang dapat wo". Memandai jer lah MakCik tuh. 

Beria-ia Ari ajak aku temankan dia ke casino samada di Atlantic City atau di Foxwood, Connecticut. Aku kata aku boleh tunjukkan kat mana tempat nak tunggu bas, itu aje. Memang aku malas pergi. Sawang pun tak nak pergi sebenarnya, itu yang dia geleng-geleng kepala aje. So aku kata kat Ari yang aku ada hal, aku nak ke Times Square. 

So kitaorang berpisah di tempat MakCik Jenny ajelah. Macamana pun aku tak terus blah, aku bayar duit kat MakCik Jenny, suruh dia carikan aku kerja. Memang ada banyak kerja tapi aku macam nak tak nak aje, aku even kata kat MakCik Jenny supaya jangan cepat sangat carikan aku kerja. Sebab aku nak rihat lah dulu sampai hujung minggu, kalau boleh.

Aku terus naik F train ke Times Square, seperti biasa aku turun di Bryant Park. Tujuan aku untuk berinternet from there. Lawak kan? Tak masuk akal pun sama. Datang ke New York, then main internet kat park. Tapi, aku lain pulak fikirnya. Bagi aku, aku rasa lah, dapat lepak kat one of the tables kat park tuh, sambil berinternet (guna laptop), macam class aje. Bagi aku seorang Bangla nih, hanya itu ajelah benda yang nampak macam class yang mampu aku lakukan. So tak heranlah aku akan cuba sedaya upaya untuk cuba berinternet di situ. Satu achievement yang besar buat diri aku kalau aku dapat. Tapi masa aku sampai tuh, masa lunch hour, park tu packed dengan orang yang tengah lunch. Entah apa-apalah diaorang nih, nak lunch pun kat park. Macam tak ada tempat lain dah. Dua tiga rounds aku pusing, tak ada kerusi kosong, kat tepi-tepi, kat tangga pun ramai orang so tak dapat aku nak melabuhkan bontot aku. 

Disappointed, aku jalan ajelah ke arah Fifth Avenue. Tak payahlah aku cerita yang aku nak pergi ke EasyEverything yang baru (since yang kat 42nd Street tuh dah tutup for business) tapi tak jumpa. Rasanya betul dah alamat yang aku tengok tuh so aku jalan ajelah ke arah Madison Square Garden, aku jalan dan terus jalan. Ada agaknya dekat sejam aku jalan akhirnya aku balik semula ke Bryant Park naik subway sebab letih sangat berjalan jauh. 

Nasib baik kali kedua aku ke park tuh orang dah tak ramai so tercapailah hajat aku untuk logging on to the internet dari situ. So confirmedlah yang aku nih class jugak orangnya. 

Dah petang, sebelum balik semula ke Chinatown, aku meronda di sekitar kawasan itu ajelah. Sementara menunggu bas untuk ke Philadelphia, aku, macam selalu, pusing-pusing jugak nak cari kalau-kalau ada orang jual buah-buahan seperti rambutan atau manggis. Tak ada, tapi kalau tak salah aku, ada buah kundang yang dijual. Hampir aku terbeli tapi bila nak timbang tuh, aku ternampak pulak buah bidara. Besar-besar buah bidara Siam tuh so aku belilah 3 kilo, untuk buat dimakan masa dalam bas nantinya.

Kat dalam bas tuh, sambil makan bidara tuh (sampai habis), aku dengar lagu ajelah dari iLaptop aku. Aku asyik putar lagu yang aku baru download ituhari, lagu Don't Give Up (Peter Gabriel & Kate Bush). Tah apa pasal baru sekarang aku jadi suka sangat lagu tuh. Meremang bulu tengkuk bila dengar lagu tuh. Mungkin sebab aku rasa lirik lagu tuh kena sangat dengan keadaan aku sekarang. 


[Peter Gabriel] 
In this proud land we grew up strong
We were wanted all along
I was taught to fight, taught to win
I never thought I could fail

No fight left or so it seems
I am a man whose dreams have all deserted
I've changed my face, I've changed my name
But no one wants you when you lose

[Kate Bush] 
Don't give up
'Cos you have friends
Don't give up
You're not beaten yet
Don't give up
I know you can make it good