Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba untuk aku pergi mengambil laptop yang dah ok tuh. Cuma masalahnya, masa aku talipun tokey kedai tuh dulu, aku kata aku akan hanya datang on Thursday, hari off aku. Kebetulan pulak minggu tuh aku disuruh off pada hari Rabu sebab Khamis tuh Cindy nak ke New York, tak ada orang yang boleh handle kerja di bahagian depan selain aku. Nak harapkan minah budak Tibet tuh? Lebih kurang macam Suki jer gaya dia kerja.
So lepas lepak sejam kat library, selepas lepak for a few hours kat internet cafe, aku talipun tokey kedai tuh, kata yang aku akan sampai dalam beberapa minit aje lagi. Rupanya laptop aku ditinggalkan kat rumah dia pasal dia ingatkan aku nak datang Khamis. Ini sure dia guna laptop aku for his own pleasure nih biasalah, kata aku dalam hati. "I have to have it today", aku kata kat dia gitu. So dia suruh aku datang semula in like 3 hours sebab dia kena balik ke rumah untuk ambil laptop aku tuh.
Aku naik bas pergi ke City Center, aku nak cari beg laptop sebab aku tak bawak beg. Lagipun memang aku kena beli beg baru, yang dulu tuh tinggal di New Jersey, kan? Aku masuk Macy's. Aku masuk Kaufmann. Aku masuk Sak Fifth Avenue. Tak ada pun beg laptop. Adalah a few yang kat Sak Fifth Avenue tuh tapi besar-besar semuanya. Harganya pun besar-besar jugak, tiga ratus lima puluh dollars. Aku kalau boleh nak cari beg selepang yang nipis tuh macam beg Calvin Klein yang aku dulu tuh, harga pun seratus lebih aje. Tapi, puas aku pusing sana sini, tanya orang sekeliling, tak ada pun yang tahu kat mana Calvin Klein Store. Kampung amat orang-orang Pittsburgh nih rupanya.
Tak mudah lah aku kan? Nak cari beg laptop pun nak cari yang harga ratusan dollars. Kononnya nak kasi padan dengan aku. Tak sedar, masa datang Pittsburgh dulu tuh, taruk laptop kat beg plastik merah tu aje. Beg plastik barang. Tapi, itu masa aku tak ada duit, kan? Masa tak ada duit, begitulah. Masa ada duit, kena lah lain caranya. Kan ker aku nih jenis yang boleh dibawak ke tepi ke tengah? Masa susah aku susah, masa senang aku nak lah senang. Last-last aku masuk aje satu kedai jual barang-barang murah, aku pun ambik ajelah satu beg nih yang aku berkenan. Sebelas dollars aje harganya. Ha, itu baru padan dengan aku, kan?
Lepas tuh terus ajelah aku ke kedai tuh, bayar lagi 140 dollars, so 400 dollars habis semuanya untuk repair laptop aku. Bukannya repair,takat ganti powerboard aje. Cepat-cepat aku fikir nak balik ke apartment sebab nak lepaskan dendam untuk guna laptop yang tersangatlah aku sayang tuh. Singgah CVS kejap beli ubat gatal, anti-itch cream. Tapi itulah, bila aku sampai aje kat lobby, bila aku on kan laptop, tak ada signal. Ada, tapi encrypted semuanya, dah kena pakai password semuanya. Sabar ajelah, patutlah dah tak ada orang yang sekepala dengan aku lepak kat lobby tuh memalam. Rupanya dah tak ada free wi-fi. So aku tak ada jalan lain, terpaksa pergi mall tempat aku kerja sebab di situ ada section untuk orang yang ada bawak laptop. Ada hot spot kat situ. Aku online ajelah sampai malam, sampai diaorang balik kerja.
Masuk aje apartment kitaorang tengok ada pekeliling dari pihak management kompleks tuh, pasal kejadian rogol itulah. The whole complex dah tahu rupanya, dan pihak management dah kasi warning yang sesiapa yang namanya ada kat list penyewa aje yang dibenarkan tinggal di apartment tuh. Diaorang kata yang Jose sama amigo tuh bukan penyewa, sebab nama diaorang tak ada kat list.
"Kamu harus ke kantor, masukin nama aku, nama Pak Ed, nama mereka semua", aku kata kat Ari.
"Iya, nanti", dia jawab gitu aje. Aku rasa lega jugak sebenarnya bila dapat tahu yang sebenarnya polis ramai sekarang tuh bukannya apa, pihak management dah hire polis bandar tuh untuk buat rondaan.
Dan malam tuh, for the very first time sejak pindah, aku tidur nyenyak sampai pagi. Aku pun tak rasa gatal badan sebab sebelum tidur tuh sapu anti-itch cream tuh ke seluruh badan aku. Sampai ke kote-kote (bukan plural tuh) aku sapu. Dan pagi besoknya pagi-pagi lagi aku dah bangun. Aku nak ke mall sebaik saja mall tuh bukak. Sebab aku nak berinternet. Kitaorang mula kerja pukul 9-30 pagi tapi mall tuh pukul 7 pagi dah bukak. Dapatlah sesejam dua aku online, kan?
So setiap hari begitulah routine aku, bangun pagi-pagi dan terus bersiap untuk ke mall. Tapi itulah, aku tercakap kat Pak Ed yang aku ada connection, aku beritahu dia yang aku ke mall awal sebab nak online. Dia pun nak menumpang. Sabar jerlah. Dahlah aku cuma ada masa dua jam, dia pulak nak tumpang guna laptop aku. He knows nothing pasal internet-maknet nih, apa yang dia tahu, anak dia ada kasi url Yahoo album. Itu yang dia nak bukak sangat tuh. Menaipnya punyalah slow. Hari pertama dia guna laptop aku, tak dapat nak access site tuh. Puas dia taip tapi tak keluar-keluar page tuh. Hari berikutnya aku kasi dia setengah jam untuk online, bila aku dah habis buat hal-hal aku online, barulah aku kasi dia guna laptop aku. Aku masa tuh pergi beli kopi, aku keluar sekejap merokok. Dah berhari-hari dia masih tak dapat nak bukak url tuh barulah aku tegur.
"Koq palang kamu miringnya ke kanan, seharusnya miring ke sono sih. Ke kiri", jahat aku nih sebab baru tuh aku tegur salah dia. Selama ini aku biarkan aje. Dia taip http:\\ , instead of taip gini, http://. So manalah dapat, kan? Lagi satu kalau korang notis, kalau orang yang nak bukak website masih taip http:// tuh, memanglah kita tahu yang orang tuh tak reti guna internet, kan? Yang baru nak belajar. Yang bila aku tegur, dia kata aku yang tak tahu. That was the reason apa pasal aku senyapkan aje bila aku sedar yang palang dia tuh koq miring ke sono.
Dari sehari ke sehari Ari masih tak updatekan nama kitaorang kat list penyewa di apartment tuh. "Nggak perlu riso sih, nanti kalo mereka tanya, aku bisa jawap", itu ajelah alasan dia. Semakin lama hidup aku jadi aman balik, walaupun kitaorang masih di bawah perintah berkurung, walaupun polis sentiasa ada membuat rondaan, walaupun kitaorang masih diarahkan supaya jangan sekali-kali bukak pintu kalau ada orang ketuk, tapi aku rasa semakin tenang. Semakin lapang.
Tapi begitulah, dengan aku nih tak akan lamalah aman dan tenangnya. Ada saja yang tak kenanya. Sekali tuh, for the very first time hari off aku, aku tak turun ke downtown Pittsburgh. Aku dah boleh online tanpa perlu ke library, tanpa perlu ke internet cafe, kan? So seperti biasa pukul 7, bila guard tuh bukak pintu mall, aku terus masuk ajelah. Sekejap aje online, tengok jam dah pukul 12 lebih. Ajak Haim sama Adi makan. Lepas tuh aku dah tak tahu nak ke mana. Nak ke downtown Pittsburgh dah terlambat dah rasanya. Lagipun memang tak ada apa nak beli pun. Nak pergi tempat-tempat lain pun Pittsburgh bukannya ada apa sangat. Sayang pulak rasanya nak habiskan day off aku tak berinternet, kan?
So aku balik ke apartment, aku cadangnya nak lepak kat lobby aje. Sambil-sambil tulis blog entry. Tak dan lama, aku nampak macam ada orang yang aku kenal aje kat tingkat atas, tingkat satu, kat main door ke apartment tuh. Dia pun toleh aku beberapa kali. Rupanya Ramon.
Tau tak Ramon tuh siapa? Tak tahu, kan? Sebab aku tak cerita pun. Well, aku ada cerita pasal Ramon nih kat entry dulu-dulu, cuma aku tak sebut nama dia. Aku bahasakan Mamat Indon aje. Itu, on my first day at work, malamnya, yang aku bersembang dengan this one mamat Indon. Dialah, Ramon. Ramon nih memang selalu datang lepak kat apartment kitaorang, sebab dia dulunya memang duduk di situ, masa dia kerja sama Cindy dulu tuh. Selama 11 bulan. Then dia bukak restoran, partnership ker apa tah, dengan a few Indons dan Chinese.
"Eh loe, mau ke mana loe?", aku kalau Cina Indon aku kadang ikut cara diaorang, guna term "loe" tuh. "Mau pindah? Ato ada pegawei baru mau pindah ka sini?", bila aku tengok dia bawak beg besar. Aku fikir, sure pekerja restoran dia nak pindah ke apartment kitaorang. Mula-mulanya dia kata nak pindah ke situ tapi bila dia bawak beg dia turun ke lobby, untuk sembang dengan aku, barulah dia kata dia nak pergi.
"Kemana sih?", aku tanya dia. Something's wrong somewhere nih gayanya, dia macam panik aje gayanya, asyik dok pandang ke tingkat atas, macam takut ada orang datang cari dia aje. Aku yang takut kat polis pun tak sampai begitu takutnya.
"Ayuh kita kabur ke Phila, ayuh!", dia ajak aku sambil gelak-gelak. Gelak-gelak kelat. "Kenapa?", tak faham aku. Sekurang-kurangnya ceritalah kat aku sesikit, barulah aku boleh faham. So aku dengan full of keselambaan, layan ajelah cakap dia, sambil-sambil korek rahsia, apa yang menyebabkan dia nak blah.
"Gue harus berangkat malam ini, mereka pasti cari gue di sini. Ayuh, kita ke Phila aja", dia kata gitu. Macam nak menangis aje aku tengok dia. Macamana aku tak terkesian tengok dia, kan? Lagipun, aku pernah berada dalam situasi gitu, tak ada duit and do not know where to go.
"Tenang aja, jangan terlalu emosi. Loe menginap di sini dulu dua tiga hari, setelah itu baru diskusi. Ari, dia kan temen loe, pasti dia bisa kasi cadangan", macam pandai aje aku menasihat Ramon.
"Ngak bisa sih, gue nggak mahu Ari tahu. Ayuh, bantuin gue dong, ayuh kita kabur ke Phila. Gue belum pernah ke sono", dia kata lagi.
Then dia ceritalah yang dia ada masalah di restoran dia dan dia nak blah begitu aje sebab orang pasti akan cari dia. Ini macam kes bunuh aje, kata aku dalam hati. Aku biarkan dia mengeluh, dia kata, masa-masa macam ini rasanya nak balik ke Indo aje. Dia, sambil guna talipun aku, terus menalipun kawan dia di Kentucky, tanya kalau-kalau ada kerja kosong. Rupanya dia nak balik semula kerja, sedangkan dia sebelum ini seorang tokey. Or at least dia ada share kat restoran dia tuh. Kalau dulu dia naik kereta mahal, aku tengok, apa pun tak ada dah. Macam aku aje.
"Gue cuma punya uang seratus dollar", kata dia sambil gelak-gelak. Bila aku tahu dia ada duit sebanyak itu, aku cuba tahan dia dari buat keputusan untuk berangkat ke mana-mana (Phila atau Kentucky) sebab aku tahu, tiket bas aje dah berapa harganya. Macamana nak hidup, kan? Aku dah masak sangat dah. Aku cuba usahakan supaya dia tunggu Ari aje, sure Ari dapat tolong nasihatkan dia. Dulu diaorang dua-dua tuh kerjanya di Kentucky sama-sama.
Agaknya dia termakan nasihat aku (aku kalau kasi nasihat memang bernas, masalahnya tak ada orang yang nak kasi aku nasihat yang bernas) so dia bersetuju untuk tunggu aku sebab aku nak ke mall, nak cari info pasal kerja melalui online newspaper Indo yang kat Philla, dan jugak nak tengok Greyhound punya schedule. "Untung gue ketemu loe di sini", kata dia. Aku pun terfikir jugak, selama ini, kalau hari off aku sure akan ke downtown tapi harini aku tak pulak ke sana. Mungkin ada hikmahnya, mungkin Tuhan nak kasi peluang aku tolong Ramon. Aku rasa macam Ramon tuh seolah-olah malkunkan watak aku aje. Itu yang aku rasa macam tahu aje apa nak tolong dia, apa yang aku buat next, aku tahu dia lapar, dia mengantuk dan aku tahu dia tak nak orang lain tahu.
Mati-mati dia pesan dengan aku supaya jangan beritahu Ari. Aku iya-iyakan aje tapi the moment aku sampai mall, aku cari Ari. Aku beritahu dia keadaannya bagaimana, Ari punya cadangan pun sama macam cadangan aku. Suruh Ramon tidur di apartment kitaorang aje dulu malam tuh. So aku online kejap, kebetulan pulak ada iklan yang hendakkan pekerja untuk kerja di warehouse di York, Pennsylvania. Live-in lagi tuh, oklah buat Ramon sebab dia tak payah risau pasal nak bayar sewa rumah. Duit dia yang ada sisa tambang bas tuh boleh dibuat untuk beli makanan sementara tunggu gaji. So aku balik semula ke apartment, singgah McDonald sekejap beli makanan untuk dia. Sure dia lapar.
Then bila sampai aje kat apartment, terus aku suruh dia talipun nombor tuh, ada dalam 20 orang Indo yang kerja di sana. Aku kenal one of them, adiknya isteri Anang, bapak saudaranya Yanti. So bila dia setuju, aku pun ceritakanlah macamana keadaannya nanti. Iyalah, Ramon selama 6 tahun di Amerika dia tak pernah kerja selain kerja restoran. Aku beritahu Ramon yang bila dalam keadaan begitu, terima ajelah, jangan banyak songehnya. Kerja dulu untuk cari duit sesikit. Dah ada duit nanti barulah boleh berfikir panjang sikit.
Bila Ari dan yang lain-lainnya balik, kebetulan pulak Ari ada bawak orang baru, orang Indo jugak, dari Phila, dia tak dapat sangat nak bercerita dengan Ramon. Macamana pun aku beritahu Ari yang aku dah dapat handle masalah Ramon, dia akan berangkat ke York pagi besoknya.
Dan aku lupa pulak nak tulis kat atas tadi tuh yang masa aku kat lobby apartment tuh, aku nampak ada empat lima orang amigos yang mengusung barang, diaorang pindah dari apartment tuh. Apa hal pulak diaorang nih pakat pindah beramai-ramai. Ini mesti ada apa-apa hal nih......kata aku dalam hati.