Saturday, September 29, 2012

Thank You Once Again For Going Greyhound


Seperti hari-hari lainnya, aku ke mall tuh seawal pukul 7. Cuma kali kini aku bawak barang aku, 2 beg. Satu beg tuh aku tumpang kat booth Adi aje. Tengah aku online, sementara tunggu restoran bukak, sementara tunggu tokey datang untuk aku ambil duit gaji, aku berceritalah dengan Annette. Dengan Haim dan Adi pun sama. 

Semuanya terkejut pasal aku akan pergi secara tiba-tiba. Aku tak adalah buat muka sedih, instead aku happy aje, walaupun sebenarnya di kepala aku tengah memikir bagaimana caranya untuk aku ke Philadelphia. Dulu masa Suki sama Aheng datang ke Pittsburgh, ada pemeriksaan polis/immigrasi di one of the stops. Di King Of Prussia. Tapi masa aku datang dulu, tak ada pulak pemeriksaan. Dan aku terfikir, bererti kalau aku balik ke Philadelphia, mungkin nanti akan ada pemeriksaan. Takut aku dibuatnya sebab, iyalah, aku lari dari Pittsburgh sebab pemeriksaan polis juga. Nanti, keluar mulut buaya, masuk mulut rimau. 

So aku cari jalan untuk balik ke Phila ikut route lain. Itu yang aku asyik mengecheck bus schedules ke bandar-bandar di Phila, ke Scranton, York dan Harrisburgh. Nak ke Phila semuanya akan berhenti di King Of Prussia. Aku tak ada jalan lain selain terpaksa ke Philadelphia melalu Washington DC. Dari Pittsburgh, naik bas ke DC dan dari DC naik bas ke Phila. Jauh memanglah jauh dan ambil masa sebab terpaksa tukar bas dua kali. Dan di DC tak ada pulak bas di waktu malam. Tapi tak apalah, aku dah tak ada pilihan lain. 

So pagi itu aku sembang-sembang dengan Haim dan Adi untuk kali terakhir, aku kasi diaorang 20 dollars suruh beli makanan untuk breakfast kitaorang. Diaorang siap bawak camera lagi untuk bergambar kenang-kenangan. So aku guna cellphone ajelah untuk ambil gambar aku. 

"When I talk to my mom in Israel, I always tell her about you, my very good Malaysian friend. She wants to see your picture", kata Haim.



Walaupun dah pukul 12 lebih dan walaupun aku dah dibayar gaji dek laki Cindy yang langsung aku tak pandang pun muka dia masa dia bayar tuh, tapi aku masih berlegar-legar di mall, di kawasan restoran. Sebab aku cadang nak naik bas either pukul 4 atau 7 malam. So aku memang ada banyak masa. 

Tiba-tiba Pak Ed panggil aku. "Kamu pergi lihat internet, jadwalnya bis ke Cincinatti Ohio, aku mahu ke rumah adik ku. Kalau nggak harini, besok". Terkejut aku mendengarnya. 

"Kenapa? Masa kamu mahu kabur?", aku tanya Pak Ed. 

"Kamu tahu nggak, kelmaren, menurut Romeo, ada penggerbakan polisi sama immigrasi. Di Blok satu. Mereka bergabung", kata Pak Ed sambil geleng-geleng kepala. "Udahlah, aku pergi aja", kata dia lagi. 

"Koq kalian mahu ninggalin aku sendirian di sini?", kata Ari. Yang menurut Pak Ed, dah macam goyang jugak dah. 

"Gakpapa Ri, kamu tinggal sama Juragan aja, kamu balik semula menginap di sono. Lebih selamat", aku kata gitu kat Ari.

Lepas makan tengahari sama Annette (aku belanja dia), kitaorang keluar untuk merokok. Aku ajak Annette cari tempat tersorok sikit, kat sebelah hujung sana tuh. The moment kitaorang nak duduk atas batu-batu situ, aku nampak Cindy datang ke arah aku. 

"When your bus? You go with Ed?", dia tanya aku. 

"4 o'clock, and no, I'm not going with Ed", aku terus ajelah hisap rokok.

"4 kelok? (o'clock)", Cindy tanya aku. Terus dia masuk balik ke arah restoran. Rupanya diaorang ingatkan aku yang beria-ia mengajak Pak Ed pergi, sebab aku masih berlegar-legar di mall tuh. So aku fikir lebih baik aku blah ajelah ke stesyen bas di downtown Pittsburgh. Lepas bersalam-salam, berpeluk-peluk dengan Haim, dengan Adi, aku pun terus tunggu bas untuk ke downtown. 

Bandar mati Pittsburgh tuh, sunyi sepi, especially kalau ada football kat stadium pada hari Sabtu. Puas aku merayau mencari teksi sebab aku tak tahu jalan ke Greyhound Station, at last aku ke Hilton Hotel dan tunggu teksi di situ. Daripada aku melangut di Pittsburgh tunggu bas pukul 7, lebih baik aku naik bas pukul 4. Akan sampai di Washington DC pukul 11-30 malam. 

Kebetulan, route bas tuh, akan berhenti di bandar tempat restoran Pak Tua dulu tuh. Even boleh nampak pun kompleks restoran tuh dari stesyen bas pun. So dalam sesetengah jam sebelum sampai kat bandar di Maryland tuh, aku sms Hector, beritahu dia yang aku akan berada di situ for like 15 minutes. Aku taklah kata aku nak jumpa dia, atau suruh dia datang ke stesyen bas untuk jumpa aku. Instead aku kata, aku teringat (teringat as in ter-remember) kat dia, sementelah aku akan sampai kat bandar tuh. Tak ada pun balasan sms dari dia. Tak apalah. 

So bila sampai kat bandar tuh, cepat-cepat aku turun bas sebab nak pergi kencing kat McDonald. Aku nak bukak aje pintu McDonald tuh, aku dengar ada orang panggil aku, "Hey CrazyMalay!. Terus aku tersengeh. Hector rupanya. Teruslah aku tak jadi kencing, kitaorang sembang-sembang gitu ajelah, aku tak cerita pun kat dia kisah seenar. Aku kata aku ambil cuti seminggu. 

Sepanjang perjalanan ke Baltimore aje baru aku dapat melelapkan mata sekejap, masa dari Baltimore ke Washington DC langsung tak dapat nak tidur. Bas pertama ke Philadelphia pukul 5 pagi so terpaksalah aku melepak di stesyen tuh selama 6 jam. Kalaulah kat situ ada free wi-fi alangkah seronoknya. So aku cuba-cuba tulis blog entry, sesambil dengar lagu dari laptop aku tuh. Sabar jerlah, orang lain semuanya guna iPod, aku sorang jer guna iLaptop.

Sabar jer lah sekali lagi sebab bas ke Philadelphia tuh singgah di Baltimore (berapa kali aku nak di Baltimore dalam sehari? ) sebelum berangkat ke Wilmington, Delaware. 

Dan pukul 8-30 pagi aku selamat tiba di Philadelphia. Alhamdulillah. 


[Route yang aku ambik, demi menyelamatkan diri]