Sunday, October 21, 2012

Isnin16032009


Aku batuk-batuk malam semalam, apa pasal aku pun tak tahu, so banyak kali aku minum ubat batuk. Sekali batuk, aku teguk seteguk ubat batuk, sekali lagi batuk, aku teguk lagi seteguk. So tak heranlah aku tak sedar bila aku tertidur, macam adik Beyonce ituhari, pitam kat airport sebab banyak sangat minum NightQuils.

Pagi pulak, liat terus lah aku nak bangun, lagipun aku dah bebas, dah tak ada apa nak dibuat pepagi. Minggu lepas punyalah aku plan yang mulai dari minggu nih aku nak teruskan bangun awal pagi dan nak buat exercise, now that cuaca pun dah semakin tak sejuk. Tapi itulah, janji tinggal janji, tak apalah, janji dengan diri sendiri nih tak kisah kalau dimungkiri, kan? Janji dengan orang yang tak boleh dimungkiri tuh. 

Sampai sepuluh lebih aku terkapar di katil, bangun pun sebab lapar. Macamana pun, lepas dari tuh aku macam produktif lah jugak, aku pergi buat laundry, pergi potong rambut, pergi hantar seluar untuk dialter, pergi beli barang sesikit, jugak kemaskan bilik yang bersepah larah. Baru lah rasa lapang sikit keadaan dalam bilik aku bila benda-benda yang bersepah tuh disusun elok-elok. Kalau tidak tuh, macam tongkang pecah. 

David sama King Mongkut dah sibuk discuss pasal plan diaorang untuk summer nanti. Awal June diaorang ke Cape Cod, kat rumah rihat arwah bapak diaorang. Dah 25 tahun diaorang ke sana setiap awal June. Aku pun tertunggu-tunggu lah diaorang pergi sebab aku akan dapat cuti seminggu nanti tuh, itu ajelah cuti aku dalam setahun. Gila kan?

Then sembang pasal majlis perkahwinan anak sedara diaorang, samada nak tempah atau nak sewa aje tuxedo. Aku kata aku nak sewa aje lah, macamana lah gayanya aku pakai tuxedo nanti tuh, kena pakai topi tinggi tuh sama bawak tongkat ker?