Sunday, October 21, 2012

Rabu11032009


Masa aku sampai aje apartment King Mongkut pukul 8 pagi tadi, terus dia suruh aku angkat dia ke bilik air. Dia sakit perut, semalam punya sakit perut dia belum lena lagi. Tuala pengalas scooter dia tuh basah kena kencing, dan pampers dia pulak penuh taik. Nak menanggalkan pampers tuh pulak bukannya senang, nak elakkan dari taik bergelimpangan kat lantai, aku tanggalkan sikit-sikit masa dia dah kat atas throne. 

Jadi satu kerja pulaklah aku nak menangguk pampers basah yang berisi taik yang jatuh kat lubang bowl tuh, itu yang aku menangguk guna plastic bag tuh. Sementara King Mongkut berak, aku ke laundry lagi, bukan aje cadar tapi sarung bantal pun kena taik. 

Dekat 3 jam King Mongkut melepak kat dalam bilik air, sampaikan aku terpaksa suap breakfast dia sesambil dia berak tuh. Kesiaaaaaaaaaaaaaaan sangat aku menengoknya King Mongkut tuh masa tuh, terus rasa hilang perasaan-perasaan tak baik aku terhadap dia. Kadang jer aku terfikir, masa gitu memang aku kesian sangat kat dia, tapi kalau masa lain-lain tuh, meluat sangat aku dibuatnya. 

Berkeras jugak dia nak ke gym, puas aku menakut-nakutkan dia, aku kata, what if dia terberak kat gym nanti? So dia suruh aku angkat dia ke katil untuk rihat for a few minutes sebelum bersiap untuk ke gym. Aku cari jalan nak kelentong dia, so sebelum balik kan dia, aku katalah yang aku kena bersihkan badan dia, peha dan kaki, sebab ada kesan taik. Aku tipu aje, ekekekeke. Then tengah belek-belek tuh aku katalah, "You are not done yet, Hal". So kansellah dia nak ke gym, instead dia suruh aku angkut dia semula ke bilik air. Aku tak kisah kena berpindah randah mengusung dia, aku suka jugak sebearnya kalau dia berak lama-lama, bolehlah aku either tengok tv atau main internet kat cellphone aku. 

Tengah dia berak tuh, dapat call dari Mamat Filipino yang jaga dia semalam tuh, Mamat tuh kata dia tak dapat datang esok. Entah reason apa dia kasi aku pun tak pasti. Agaknya mamat tuh dah takut kot nak datang lagi. Panik lah King Mongkut, so bila dia tanya aku samada aku boleh datang esok pagi, aku katalah aku ada kelas Spanish, dan lepas tuh aku ada lunch sama classmates aku (aku tipu aje bab lunch tuh). Malaslah aku mengofferkan diri untuk datang pagi then pukul 9 bekejar ke kelas aku kat Midtown, dan bila habis kelas, bekejar semula ke Forest Hills. Macam yang aku cadangkan dulu tuh.

Terus aku beritahu King Mongkut yang aku ada kawan yang boleh datang jaga dia esok, Ramon lah maksud aku. Sebab ituhari Ramon ada tanya aku kalau-kalau dia boleh kerja ganti aku masa aku tak boleh datang. Ada jugak aku kasi cadangan kat Ramon ituhari yang kalau dia nak gantikan aku sehari seminggu pun ok jugak, bolehlah aku ambik satu hari off, kan? 

Kebetulan Ramon memang off hari Khamis. So aku beritahu King Mongkut, dia setuju, so aku kata aku kena lari sekejap ke Restoran Pinang, nak beritahu Ramon, tak best lah nak beritahu dia melalui talipun sebab dia kerja waiter, yang akan jawab panggilan bukannya dia, kan? Aku tahu lah keadannya macamana kalau kerja restoran orang Asia nih, mana boleh ada hubungan luar dengan orang, kalau masa kerja tuh. 

Sebelum aku pergi, King Mongkut suruh aku online sekejap sebab dia nak cari info pasal penyakit dia tuh. Dia tuh kan ker slow orangnya, satu webpage tuh semuanya nak dibaca, kalau kita orang yang experienced nih, kita scan baca yang penting-penting aje, kan? So itu yang jadi terlama online tuh.

Bila dah siap tuh, aku tanyalah dia, nak ker aku ke restoran tuh cari Ramon, tapi dia kata tak payahlah sebab dia tak kenal sapa Ramon tuh. Kalau boleh dia nak cari orang yang dia kenal. So dia suruh aku urut dia sebab dia sakit seluruh badan, dia masih lemah. Tak lama lepas tuh David talipun, bila King Mongkut beritahu pasal Mamat Filipino tuh tak boleh datang, terus David marah dia sebab dia tak berusaha pun nak cari orang lain.

So kelam kabut lah dia menyuruh aku menalipun orang sana-sini, dia ada a list of names yang dia kata boleh jadi caregiver. Dari satu nama ke satu nama, either nombor talipun dah ditamatkan service, atau diaorang tak boleh datang. Berjam-jam kitaorang menalipun, siap guna cellphone aku lagi tuh sebab cellphone dia dengan talipun rumah asyik nak diguna aje. Bila dah tak dapat orang tuh, baru lah dia suruh aku pergi restoran tuh cari Ramon. Selamba aje aku kata, "It's too late now". Bukan aku merajuk, saja jer lah aku malas. Lantak dia lah. Tadi aku beria-ia nak tolong, dia tak nak dengar cakap aku. Sekarang rasain lo! Dasar bawel! 

Sampai tak makan minum petang tuh King Mongkut, sibuk menalipun orang sana sini, aku selamba aje buat kerja sebelum blah. Last-last mak tiri dia (mak David) talipun, beritahu dia yang ada satu perempuan nih, in her 50's, yang boleh datang esok for a few hours, untuk kasi King Mongkut breakfast etc. Terpaksalah dia bersetuju akhirnya. 

David belum sampai apartment masa aku blah pukul 6 tuh, aku taruk King Mongkut kat katil, pasangkan tv, taruk talipun dan remote kat sebelah dia, macam biasa bila aku blah kalau David tak ada. 

Malam, lama jugak aku online, dekat 3 jam, sempatlah bukak-bukak buku untuk buat revision. Pukul 12 baru tidur, lewat jugak tuh, minggu nih kurang tidur aku dibuatnya. Tak kisahlah, dapat banyak sikit duit Ahad nanti, kan?