Pagi jugak aku sampai NBC kat Rockerfeler Center, tapi AM sama Debbie lagi awal sebab diaorang nak tengok rakaman rancangan Today Show. Dengar ceritanya muka diaorang masuk tv beberapa kali, sempat bersalam dan bersembang dengan Meredith and Anne Curry, pengacara rancangan tuh. Jeles jugak aku sebab dulu aku pernah jugak masuk tv rancangan tuh tapi tak dapat bersalam dengan sesiapa pun. Aku tak melambai-lambai pun sebab tak ada sapa nak dilambaikan. Lepas tuh kitaorang ke NBC Store, ke cafe, untuk breakfast. Aku pernah lah masuk NBC Store tuh tapi tak pernah pun lepak-lepak kat cafe tuh. Bagus tempat untuk melepak kat cafe tuh sebab boleh nampak Rockerfeler Center/Ice Rink. Kat New York nih best kalau ada kawan-kawan, so kalau sorang-sorang memang tak best sangatlah nak jalan-jalan.
[Gambar Ice Rink @ Rockerfeler Center yang diambil dari dalam NBC Store]
Kat situ kitaorang plan lah untuk aktiviti pagi sampai tengahari, sebelum aku pergi kerja. Diaorang nak tengok Statue Of Liberty dan nak ke Ground Zero. So aku cadangkan naik ferry ke Staten Island yang free aje sebab boleh jugak nampak Statue Of Liberty dari atas ferry tuh, daripada naik boat yang ticketnya $15 untuk ke pulau tempat Statue Of Liberty tuh. Ataupun naik cruise boat yang lain, yang tiketnya dalam $20-30 untuk sejam dua. Aku dah dua kali pergi, itu yang aku malas nak ke pulau tu tuh, lagipun bukannya boleh naik ke atas sampai mata patung tuh macam dulu tuh. Baiklah naik yang free aje. Diaorang setuju, lagipun tak ada masa sangat dah kalau ke Statue Of Liberty tuh aje. So kitaorang ke Times Square, naik subway dari situ ke Whitehall Ferry Station.








Then kitaorang masuk World Financial Center sebab nak tengok Ground Zero dari situ, tengok bangunan Freedom Tower yang tengah hebat dibangunkan. Sebenarnya ada museum pasal Ground Zero tuh tapi aku tak beritahu pun diaorang sebab museum tuh jauh jugak, lagipun kalau pergi, sure tak sempat, sebab kitaorang dah lapar dah masa tuh. Kitaorang naik E train ke Chinatown, AM belanja kitaorang makan kat Restoran Jaya, restoran Malaysia, kat Baxter Street.
Debbie nak merempit lagi lepas tuh tapi AM dah nak balik, dan aku pun dah nak pergi kerja, so kitaorang tinggalkan Debbie kat Chinatown, dan aku sama AM naik subway ke Times Square. AM sama Debbie nih mengalahkan aku, diaorang selamba aje naik bas, aku yang dah 2 tahun duduk New York, tak pernah pun naik bas. Itu yang aku dapat idea, summer nih aku nak merayau naik bas aje lah, kalau naik subway nih tak nampak apa, kan? Aku kan ker guna metro card, so senang ajelah, boleh naik bas mana-mana.

Balik kerja (see, aku dalam sesehari dua nih langsung tak cerita pasal kerja pun dah, terus cerita pergi kerja dan balik kerja aje) aku dapat YM dari NR, dia tanya aku samada parcel kiriman dia dah dapat ke belum sebab orang lain dah dapat dah. Sepatutnya aku dah dapat parcel tuh sebab dia hantar melalui Priority Mail, so NR check kan tracking number, kasi aku. Memang confirmed yang parcel tuh didelivered.
Bengang aku jadinya sebab sure ada sapa-sapa yang dah kebas parcel aku tuh. Dalam kotak tuh, dengar ceritanya ada keropok, ubat yang ME kirim, jugak barang-barang dari puak-puak Reban Ayam. Sedih aku dibuatnya sebab tadi masa balik kerja, aku dah beli minyak masak, sebab aku dah cadang nak goreng keropok yang sepatutnya dah sampai semalam tuh. Itu yang aku macam tak ada semangat nak buat apa, rasa bengang aje, aku rasa esok pagi aku nak mengamuk, nak tanya tuan rumah aku, entah-entah dia yang kebas.
Ataupun keluarga orang Paraguay yang duduk kat basement tuh, ataupun keluarga Cina yang kat grond floor tuh yang curi parcel aku.Keropok Ubat tuh yang penting tuh, tak kan itupun nak dikebas, kan?
Ataupun keluarga orang Paraguay yang duduk kat basement tuh, ataupun keluarga Cina yang kat grond floor tuh yang curi parcel aku.
Jagalah diaorang, esok pagi-pagi aku nak mengamuk......