Sunday, October 21, 2012

Isnin09032009


Pagi aku bangun harinih, pukul 5 aku dah tersedar. Mengalahkan orang nak pergi menoreh getah lagi gayanya. Semalam aku tidur awal, first time yang pertama rasanya tidur dalam pukul sembilan lebih. Breakfast siap-siap, aku siap bersiap untuk pergi kerja pukul 6 lebih sikit. Sampai Forest Hills 7-30 pagi, dan lagi mengopi untuk satu round lagi.

Macam suri rumah tangga aku jadinya, sesambil kasi King Mongkut minum juice, sesambil menanak oatmeals, aku ke basement untuk buat laundry diaorang. Pelik aku, nak masak oatmeals pun siksa jadinya, nak disukat dulu air, oats, then dikacau selama 20 minit, then ditaruk 8 bijik almonds. Then direnjis sikit cinnamon. Aku pun makan oatmeals jugak pagi-pagi tapi tak lah seteruk itu proses menyedianya. Biasanya sambil mandi aje aku masukkan semuanya tuh ke dalam microwave oven. Keluar bilik air, sesambil pakai spenda, pakai contacts etc, masa tuh aku masak air. Senang aje. Tapi dengan King Mongkut tuh lain pulak ceritanya, kena ikut waktu dan sukatan.

Kat laundry, terbertembung lah dengan Mrs Forman, musuh ketat King Mongkut /David. Mrs Forman nih duduk satu floor dengan diaorang, dia nih jenis perempuan tua yang kepoh, yang selalu melepak kat lobby, lepas tuh mengomen pasal orang-orang kat apartment tuh. Pasal semuanya lah, ada aje benda yang diikomplennya. Dulu ada dia tanya-tanya aku (jugak dengan caregiver yang sorang lagi tuh), so kitaorang mengadulah kat David apa yang dikomennya. David bengang, terus dia pergi jumpa Mrs Forman tuh, dimaki-makinya kat tengah orang. Mula dari hari tuh terus diaorang tak bertegur sapa, kitaorang pun tak dibenarkan sembang sama Mrs Forman tuh.

"You should wear gloves!", kata Mrs Forman, masa dia tengok aku mengloadkan washers tuh. "Don't put too much detergent", kata dia lagi. Orang mulut jahat, orang kepoh nih, ada aje benda yang nak dikomennya kan? Bitch!

"I don't talk to them no more, they are bad people", kata Mrs Foman lagi. Kesian aku menengoknya sebab dia sorang jer bercakap so aku bersuara lah. "I know, I should have not tell them anything. I'm sorry", aku kata gitu.

"No, you should've not tell them anything", kata Mrs Foman lagi. Then aku terus mintak diri.

Lepas kasi King Mongkut breakfast, bawak dia ke bilik air lah pulak, nak bercukur, gosok gigi, cuci muka etc. Then usung dia ke katil sebab nak diurut sebelum bersiap nak pergi gym. Hujan renyai-renyai kat luar, tapi dia nak pergi jugak ke gym. So dalam hujan-hujan tuh beraraklah kitaorang ke gym.


[King Mongkut nih kan, tau lah dia naik scooter, mentang-mentanglah scooter elektrik, laju aje dibawaknya, puas aku nak mengejarnya ekekekeke] 

Sementara dia di gym, aku pergi beli tuna sandwich untuk lunch aku, melepak sekejap sambil mengeteh, sesambil online guna cellphone. Masa aku balik semula ke gym, King Mongkut dah tunggu, dia dah siap bersenam. Tak sampai setengah jam pun. Pelik aku, entah apa lah yang dibuatnya kat gym tuh, dia tuh kan ker takat mampu angkat satu tangan aje? Tangan kiri. Seluruh anggota badan dia yang lain semuanya lumpuh. Tapi itulah, mana dia nak mengalah, kan? Orang ke gym, dia pun nak ke gym. Kononnya! Bukan lah aku nak mengutuk dia, tapi sepatutnya dia terima lah hakikat. 

Lepas kasi dia lunch (turkey sandwich), dia nak terberak lah pulak, so kena lah aku mengangkat dia ke throne. Memang dasar tak berjiwa rakyat lah King Mongkut tuh, ada ker masa dia tengah berak (lepas aku masukkan enema ke dalam lubang jubur dia), masa tu lah dia suruh aku lunch. Manalah aku ada selera, kan? So aku tengok tv aje lah. 

Lepas tuh barulah dia join aku tengok tv, aku tahu dia tension pasal dia nak tengok siri lama-lama, Here's Lucy, tapi dia tahu yang aku tak suka tengok benda-benda gitu tuh. So dia bukak Business channel, sebab aku suka layan tengok Market Reports, tengok stocks market. 

Aku tak kisah pun kalau aku terpaksa kerja sampai malam sebab aku macam terkesian lah pulak dengan dia, dengan Davd. Tapi semalam tuh Dav*d ada pesan kat aku suruh kasi dinner kat King Mongkut tuh awal-awal, taruk dia kat katil awal-awal, sebelum aku blah. 

So, lepas buat catherter kat dia, terus dia suruh aku bawak dia ke bilik air, nak cuci muka sebelum masuk tidur. Awal sangat lagi, masa tuh baru pukul 5. Dua hari lepas baru jam dipercepatkan sejam sebab Day Light Saving, so kalau ikut waktu sebenar, baru pukul 4 petang. Kat luar masih terang benderang. Aku kata lah yang aku boleh tunggu dua tiga jam lagi, or at least sampai David balik kerja tapi King Mongkut berkeras suruh aku siapkan dia cepat-cepat. Dia kata dia takut nanti David kata yang dia tuh menganiaya aku suruh kerja sampai melebih 10 jam. Sampaikan dia tak nak makan, dia kata dia kenyang. Aku tahu dia tipu, dia takut kat David sebenarnya sebab semalam tuh David suruh siapkan dia cepat-cepat. Sampaikan tak nak makan tuh. 

Ngam-ngam pukul 6, David balik kerja, terkejut dia bila tengok King Mongkut dah kat katil, so aku explained lah yang itu semua King Mongkut yang suruh. So terus aku blah, mengantuk kat dalam train, cadangnya nak lelap tapi orang ramai sangat. Singgah beli salad for dinner, dan lepas Isyak, terus aku tidur. Set kan jam pukul 6 sebab nak bangun awal sikit, homework Spanish aku belum dibuat, weekend aku langsung tak sentuh buku pun.