Sunday, October 21, 2012

Jumaat27032009


Asyik menghabiskan duit makan kat luar aje aku sekarang nih. Tiap hari dah makan kat luar minggu ini. Breakfast pun kat luar, lunch, dinner semuanya. Malas sangatlah aku nak memasak, beras yang aku beli 3 minggu lepas tuh belum diguna pun lagi. Sayur-sayuran yang aku beli pun semuanya dibuang aje. Semakin teruk dah jadinya kemalasan memasak aku nih. Nak mengupas bawang putih sama bawang merah, untuk menumis, itu yang aku malas sekali tuh. Kalau dah ada bahan penumis, senang aje, taruk apa-apa yang patut, kuatkan api dapur, then tunggu aje, sesambil online, kan?

Tadi, lepas balik kerja, aku ke Union Square, aku ke Restoran Laut. Dah lama sangat aku tak ke situ. Sampai aje kat situ, terus tokay tuh tegur aku (perempuan), "Hey Joe, where have you been?", dia tanya aku. Tergamam aku, sebab dia boleh ingat nama aku, sedangkan aku dah dekat dua bulan tak ke situ. Tokay Pinang Restaurant yang aku pergi sampai tiga empat kali seminggu tuh tak tahu pun nama aku, tokay Laut Restaurant pulak boleh ingat nama aku. Terus aku rasa sedap hati aje, rasa macam orang penting aje.

Penuh restoran tuh, aku cadang nak tapau aje tapi dia suruh aku tunggu. Mungkin sebab esok Sabtu, itu pasal sibuk restoran tuh malam nih. Penuh sesak, aku macam jadi bangga aje menengoknya. Last-last dapatlah seat. Terus diaorang kasi aku teh ais, guna gelas yang lawa, ingat lagi diaorang kat aku, pasal dulu aku komplen sebab restoran tuh guna gelas biasa aje. So aku makan sambal tumis sotong, apa lagi yang aku boleh makan selain sotong dan udang, kan? Dikasi aku semangkuk sambal belacan. 

Ada waiter baru, budak Cina Indo, so sembang-sembang lah dengan dia sekejap. Dah lama dah dia duduk New York, dia faham sangatlah bila aku kata bosan sebab tak ada kawan. Itu yang dia kata, dua tiga tahun lagi dia nak balik Indo sebab tak tahan duduk kat New York nih sorang-sorang, asyik kerja aje kerjanya, nak jalan ke mana-mana pun tak best sebab tak ada kawan. 

Sebelum blah, aku beritahu Manager restoran tuh yang minggu depan aku akan datang lagi, mungkin untuk lunch. Kali ini aku nak datang sama kawan aku yang dari Oklahoma (AM), aku tipu dia, aku kata yang kawan aku nih nak sangat datang tengok restoran tuh sebab dia ada terbaca kat paper The Star Online pasal Restoran Laut tuh. "She was a food critic once", aku kata gitu. Terus lah Manager tuh suruh aku book in advance, takut dia agaknya bila aku kata gitu. Agaknya dia suruh book tuh sebab senanglah diaorang nak prepare yang best-best nanti. Tengoklah, silap-silap kitaorang dapat makan free kot.