Sunday, October 21, 2012

KhamisJumaatSabtu192021032009


Khamis

Harinih kelas Spanish yang terakhir untuk Unit 1.2 nih, so banyaklah yang kena dihabiskan belajar, macam semput kitaorang dibuatnya sebab CikGu tuh mengajarnya express sangat. Minggu depan, Selasa, ada exam, sejam setengah, lepas tuh macam biasalah ada makan-makan sikit. Aku janji akan bawak cupcakes Magnolia Bakery lagi, jugak pinggan dan gelas.

Eh, aku ada beritahu yang aku rasa macam tak sedap hati aje seseminggu dua nih kan? Entah, aku pun tak tahu sangat apa yang buat aku macam tak ada mood, rasa bercelaru, rasa bosan gitu. Benda kecik-kecik gitu lah yang buat hal nya aku rasa. Saspen pasal exam Spanish, bosan kerja, bosan dengan King Mongkut, benda-benda macam tuh.

Ok, pasal exam Spanish tuh, itu semua orang tahu, kan? Aku tak pernah sesaspen macam nih sebenarnya. Mungkin sebab kali ini semakin banyak benda yang kitaorang belajar, so semakin banyak benda yang nak diingatkan, itu pasal jadi macam tuh kot. Aku pulak tak ada sangat buat revision pun. Tak macam dulu tuh, hampir setiap hari aku belajar, either kat buku atau kat internet.

Exam yang dulu tuh senang aje sebab tak ada banyak sangat yang kena tahu, boleh diagak apa yang akan ditanya, so senang nak prepare apa-apa. Tapi kali ini sebab banyak sangat benda baru, aku dah tak boleh agak apa yang akan ditanya dalam exam tu nanti. Itu yang buat saspennya tuh.

Walaupun aku belajar Spanish nih untuk suka-suka, tapi aku tak nak lah buat sambil lewa aje. Aku tak nak lah sampai tak pass exam, sebab aku dah registered untuk Unit seterusnya. Kalau result bagus, mungkin semangat untuk belajar dengan lebih kuat jadi bertambah, kan? Kalau aku fail, entah-entah aku tak jadi nak sambung dah belajar. Itu sebabnya tuh aku jadi tensen jer tuh. Sampaikan nak belajar pun malas, langsung aku tak sentuh buku-buku aku, sedangkan exam minggu depan aje. Dan itu yang buat aku tak ada mood tuh, buat aku rasa tak sedap hati jer tuh.

Itu satu.

Lagi satu, pasal kerja. Korang tahu lah, dah puas aku cuba menyukakan kerja aku nih, tapi aku masih tak suka-suka jugak. Aku rasa bosan yang teramat, bayangkanlah yang setiap hari aku terpaksa ke Forest Hills, perjalanan aje dah sejam. Walaupun weekdays aku cuma kerja 4 jam setiap hari dan weekends up to 8 hours, tapi kalau hari-hari pun bosan jugak kan? Tokay babi pun tak kerja hari-hari, kan? Dah setahun lebih aku berulang alik ke Forest Hills tuh, dah puas aku cuba tahan-tahan kebosanan, tapi seseminggu dua nih macam parah lah pulak jadinya.

Nak pergi kerja tuh bercinta rasanya. Tambah-tambah kalau sepagian aku tak buat apa. Dan bila aku melepak sesambil mengopi sementara nak masuk kerja, aku selalu terfi‏kir, yang aku patut cari kerja lain aje lah. Tak sanggup dah rasanya. Tapi, nak cari kerja lain pun aku tak sanggup jugak, sebab aku takut nanti kerja tuh tak sebagus macam kerja yang aku buat sekarang nih. Dan banyak benda lain yang aku kena buat adjustment.

Cuma, perasaan bosan tuh hilang bila aku dah sampai apartment diaorang tuh. Bukan sebab apa, cuma aku rasa kesian sangat dengan King Mongkut tuh. Bayangkanlah, dia kalau aku masuk aje apartment tuh, senyum aje dia sebab dia akan diurut. Kejap aje aku urut dia, teruslah dia tertidur. Berdengkur.

Masa tuh aku ada macam-macam perasaan, rasa bengang, rasa kesian. Kesian sebab itulah, dia cacat. Bengang nya sebab itu jugaklah, sedap aje dia tidur. Dia buat tak kisah aje masa aku urut dia, dia kadang tuh kentut. Bertalu-talu kadang tuh. Itu yang aku terpaksa taruk towel kat bontot dia masa mengurut badan dia tuh, at least towel tuh dapat menapis zarah-zarah kentut dia. Nasib baiklah Mat Salleh kentut diaorang tak sebusuk macam kentut Melayu, atau kentut Keling.

Itu pasal aku kalau mengurut dia, aku urut bahagian badan sekejap aje, aku lebih suka mengurut bahagian kaki aje. Sebab aku tak kena mengadap arah kepala dia, aku akan membelakangkan dia. Aku akan mengadap tv, aku akan mengadap arah tingkap. Kat tv, aku boleh nampak image aku. Dan aku akan jadi sedih (kadang kesian, kadang bangga) bila tengok imej aku tuh. So aku akan pandang keluar tingkap, dan aku akan mengelamun.

Tak ada lah aku mengelamun memasang angan-angan nak itu ini. Tak. Dalam hidup aku yang macam gini nih, aku tak nak benda-benda materialistik gitu tuh. Cuma aku nak dijauhkan dari ----- -----. Selalu aku fikir, janganlah aku -----. Janganlah aku ----- di tempat -----. Janganlah aku ---- dan --------- ------------- di negara orang. ------ kanlah aku ----- sebelum --- ----- ---- ----. Aku nak ---- dalam -----, aku tak nak ---- ----- di ------ -----. Aku selalu jugak fikir yang ----- tak patut ----- aku di-------- sangat sebab aku bukanlah ----- ------. Tak ----- ker -------- aku ------ ini?

So, itulah benda-benda yang buat aku rasa tak sedap hati aje dalam seseminggu dua nih. Aku bosan, dan bila bosan sangat tuh, macam-macamlah yang aku fikir.

Minggu nih jugak, sebenarnya, aku dapat message dari kawan aku, yang sedikit sebanyak menginfluence mood aku. Aku adalah kenal a few Malaysians yang tinggal kat overseas, semuanya melalui blog ni lah. Ada yang masih ikut blog aku, ada yang datang sekali sekala. Kitaorang pun sembang kat YM pun sekali-sekala gitulah. Ada di antara diaorang nih yang ada masalah jugak. Dipendekkan cerita, one of my friends nih dah berjaya (akhirnya) balik Malaysia, so the moment dia sampai Malaysia, dia YM aku. Dan dia adalah nasihat aku, suruh aku fikir elok-elok, dan jangan leka sangat duduk di New York nih. (Dah sampai Malaysia baru dia berani nak nasihat aku, Mamat nih! Ekekekekek)

So, perkataan "leka" tu lah yang buat aku rasa macam tak sedap didengar tuh, mungkin sebab ada betulnya kot? So, selalu lah aku termenung, melayan perasaan, mencari alasan-alasan yang aku bukannya "leka" duduk di New York nih.

Oh, the rhythm of my heart
is beating like a drum
with the words I Love You
rolling off my tongue.
No never will I roam,
for I know my place is home.
Where the ocean meets the sky,
I'll be sailing.

[Rod Stewart - The Rhythm Of My Heart]


Jumaat

Hari nih last lah aku nak melepak-lepak kat katil tak buat apa-apa. Kena stop lah. Tak boleh layan sangat rundum di hati. So aku ke masjid awal-awal, kat masjid senang sikit nak kontrol rewangan otak. Kalau kat rumah, kat tempat kerja, semakin mengelamun, semakin berat kepala jadinya. Kat masjid nih, semakin difikir, semakin ringan kepala jadinya. Sebab akhirnya kita akan berserah pada Tuhan, akhirnya kita akan sedar yang kita tak ada kuasa walau sikit pun, akhirnya kita akan berdoa.

Sepanjang hari, on the way nak pergi kerja, dalam train, on the way balik, aku dengar Quran aje lah kat cellphone. Tenang rasa hati, jalan pun tunduk aje. Macam terlama dah tak dengar Quran, sebab asyik dengar Spanish lessons aje kat cellphone.

David off harinih, so dia ada di rumah masa aku sampai. Tah apa pasal,terjadi ramah pulak aku dengan King Mongkut harinih. Baik aje aku layan dia, sembang pun banyak. Biasanya aku senyap aje, tak kuasa nak melayan dia. Dan dia pun tahu, yang dia tak reti sembang dengan aku, tak macam David. Dengan David, aku selalu gelak-gelak, sama King Mongkut tak pernah pun, paling kuat pun aku sengeh aje, itupun sengeh sebab kesian, kalau masa dia cuba buat lawak.

Diaorang ada jemputan dinner kat apartment jiran, Mat Salleh yang kawin perempuan Thai tuh, so awal-awal lagi aku dah siapkan King Mongkut. Sabar jer lah, nak ke tingakt 6 (kitaorang kat tingkat 7) tu pun nak bersiap gila-gila King Mongkut tuh. Nak pakai kasut bagai, baju nak tuck in, sweater nak yang match dengan kaler stokin.

Biasalah, memang lama kitaorang kat apartment Mat Salleh tuh, sampai 3 jam. Aku tak makan sebab diaorang order makanan luar, aku kata lah yang aku selalunya dinner lambat. Dekat pukul 10 barulah kitaorang blah, by the time aku siapkan King Mongkut untuk beradu, jam dah pun pukul 10-30 malam.

Sabtu

Walaupun kitaorang nak keluar pergi Roosevelt Field Mall, tapi David ke gym dulu pagi-pagi. Pukul 12 baru dia balik, King Mongkut punyalah tak sabar nak keluar, pukul 11 lagi dia dah suruh aku naikkan dia ke scooter yang lagi satu tuh. Aku ikut ajelah kata dia, baru dia rasa, terpaksa duduk kat scooter tuh sejam lebih tak bergerak-gerak. Memang kadang tuh King Mongkut nih macam budak-budak sangat. So dapatlah aku melepak sambil tengok tv, sementara menanti David siap bersiap.

Member segym Davd, Dave, ada ikut kitaorang ke mall so berempatlah kitaorang merempit. Boleh tahan jugak ramai orang kat mall, biasanya kitaorang datang awal masa orang tak ramai. Itu yang payahnya tuh sebab King Mongkut tuh selalu terlanggar orang.

Lama jugak kitaorang kat mall tuh, pukul 4 baru sampai apartment, masing-masing dah lapar gila. Aku tak makan pun sebab lagi dua jam nak habis kerja sedangkan masa tu lah King Mongkut nak suruh aku buat catherter, nak siapkan dia, semuanya lah, sebelum aku blah. Pukul 6 baru aku balik kerja, lama dah tak habis kerja pukul 6. for the last few months aku asyik balik pukul 5 aje kalau Sabtu.

Aku cadang nak tengok wayang tapi sebab habis kerja lewat, next show pukul 8-20 malam, so aku ke Pinang Restaurant lah dulu, makan nasi goreng tomyam, lama jugak melepak kat situ, sejam lebih. Syok sembang dengan tokay tuh, aku nak jugak sembang sama Ramon tapi dia takut agaknya nak sembang lama-lama sebab tokay ada.

Kepala aku pening (sebab masuk angin kot, makan lambat) tapi aku pergi jugak ke Lincoln Plaza cinema, nak tengok wayang cerita Sin Nombre (Nameless), filem bahasa Spanish yang baru mula main Jumaat lepas. Hebat review film tuh, itu yang aku nak tengok tuh sebab biasanya filem yang dimainkan kat panggung tuh, cepat ditukar ke filem lain, juat after a week aje.

Director filem tuh ada buat ucapan sebelum filem tuh mula, muda lagi orangnya, dalam 20an kot. Look out for this name, Cary Joji Fukunaga , he will make it big in Hollywood nanti nih gayanya.

Best filem tuh, walaupun a bit too violent for me. Kisah immigrant dari Honduras dan Mexico yang bersusah payah cuba masuk US. Ngeri menengoknya. Macamana pun, filem nih buat aku rasa macam nak pergi South America aje, now that aku pun tengah belajar Spanish kan?



Berdenyut-denyut kepala aku sebab pening, hampir aku keluar panggung yang penuh sesak tuh tapi aku tahan kan aje. Masa dlaam train, punyalah siksanya, nasib baik aku tertidur sekejap. So tak heranlah bila sampai rumah aje, teruslah aku tidur, kebetulan pulak esok aku akan masuk kerja pukul 11 pagi. Dan aku masih pun belum sentuh buku Spanish aku, sedangkan exam Selasa nih......