Jumaat
Harinih mood nak marah aje kerja nya. Sejak pagi sampailah malam, asyik ada aje benda yang tak kena nya.Dah lah pagi tadi tak sempat breakfast, aku sampai Forest Hills ngam-ngam dekat pukul 8. Alarm aku berbunyi, tapi aku tak dengar kot, itu yang terlambat bangun tuh.
Bila sampai aje kat apartment King Mongkut, tak sempat buat apa lagi, dia dah beritahu apa aktiviti kitaorang harinih. Tak ada lah apa sangat, nak ke bank, nak ke kedai, nak ke gym. Tapi, cara dia menyuruh aku buat itu ini tuh yang buat aku geramnya, macamlah aku tak tahu. Satu persatu disuruh aku buat, ditanya berkali-kali pulak tuh. Dah masukkan credit card ke wallet dia ker? Kunci rumah kat compartment tengah ker compartment kecik bag? Duit 20 dollars ada berapa keping? Resit yang lama-lama dah di buang ker belum? Beg tak nak yang kaler hijau. Sweater keluarkan dulu, seluar jangan ditaruk kat scooter, nanti berkedut. Benda-benda gitulah.
Lepas kasi dia breakfast, dia nak suruh aku cuci muka dia dulu, gosok gigi etc, lepas tuh dia nak berak. Kat situ aku marah dia sekali sebab aku kata biarlah dia berak dulu, dah berak nanti barulah sekali harung bersihkan muka, cukur misai etc. "Ok, whatever you say...", kata King Mongkut. Dan masa berak tu pulak, biasalah, nak buat jugak benda lain. Masa tu lah nak menalipun, masa tu lah nak sign cek, masa tu lah nak suruh aku bukak computer. Aku meroyan lagi sekali masa tuh, aku suruh dia berak dulu, lepas tuh baru lah buat benda-benda lain. Tak aman dia berak sebab nak cepat, asyik tanya jam aje kerjanya.
Masa menyiapkan dia pun satu hal, kat luar taklah sejuk harinih tapi dia nak jugak pakai gloves, knit hat LLBean dia yang dia suka tuh, yang kalau pergi mana-mana, yang itulah dipakainya tiap kali. Lantak, aku pakaikan seweater, jacket, lepas tuh aku zipkan sampai ke leher. Biar dia kepanasan. Dasar orang tak reti bahasa.
Masa nak keluar rumah pun sekali lagi dia buat aku bengang. Dah aku kunci dah ketiga-tiga locks tuh, tapi dia dok tanya lagi. So aku bukakkan semula pintu, then aku tunjukkan dia satu persatu, aku even suruh dia beritahu aku samada nak pusing kunci tuh ke kiri atau ke kanan. Saja lah nak kasi dia bengang sebab masa tuh aku tengah bengang.
Kat bank pun dia buat palat. Dah aku kira dah berapa keping duit $100 yang dia withdrew tuh, tapi tetap dia tanya aku. Geleng-geleng kepala aku dibuatnya. Moncong jer King Mongkut. Then terus kitaorang ke gym, sementara dia di situ, aku ke Duane Reade, nak pulangkan pampers King Mongkut yang aku beli ituhari, yang tersalah saiz. Manalah aku check saiz apa yang dia pakai, sebab kat plastik pampers tuh tulis "one size fits all". Beli tuna sandwich for my lunch, lepas tuh mengopi sekejap sesambil online.
King Mongkut dah siap tunggu aku dah masa aku sampai semula kat gym, sekejap benar dia buat exercise nya. Aku tengok, tak ada gaya macam dia buat senaman pun. Aku tahu lah, tujuan dia ke gym tuh bukan apa, bukannya nak buat exercise, tapi nak ambik towel-towel. Setiap kali ke gym, dia akan bawak satu bag yang berisi towel kotor, yang hancing dan yang kena taik, untuk ditukar dengan towels bersih. Adalah dua puluh helai gitu. Satu hari dekat 10 helai towels yang dia kotorkan, either kena kencing atau sebab kotor lain. Then dia akan ambik like 2 bags of towels yang bersih, untuk dibawak balik. So itu tujuan sebenar dia ke gym rupanya.
Lepas tuh ke supermarket, nak beli juice, yogurt, roti, air mineral. Dah lah aisles tuh sempit, dia nak jugak merayau ke sana-sini, itu yang aku marah tuh, aku suruh dia stay put kat ceruk, biar aku aje yang ambik barang apa yang dia nak. Tapi itulah, King Mongkut tuh degil, dia merayau jugak, itu yang terlanggar sana sini tuh, berlaga dengan carts orang lah, terlanggar barang-barang kat shelves lah.
Dan yang buat aku marah dia sekali lagi tuh bukan apa, tengah-tengah aisle yang sempit tuh, masa tu lah dia suruh aku ambik cellphone dia sebab dia nak menalipun David. Lepas marah dia tuh, mencanak jer aku ke cashier.
Masa nak cross jalan, aku biarkan aje dia cross sendiri-sendiri. Dia tuh, mentang-mentanglah dia guna scooter, dia agak sure kereta akan berhenti nak kasi dia jalan. Itu yang dia tak peduli langsung, kadang tuh tengah-tengah jalan selamba aje dia bawak scooter dia tuh. Aku, sebab berat menjinjit barang, mana lah aku nak terlari-lari ikut dia, so aku biarkan dia sorang-sorang.
Then masa singgah kat satu kedai nih sebab nak beli mineral water (tadinya tak beli sebab brand yang dia cari tuh tak ada, tak nak dia minum air mineral brand lain), dia pun nak masuk jugak. Kena lah sound lagi sekali kat situ. Lepas tuh, yang buat aku gelak besar, yang buat aku hilang marah (sebab bengang sangat kot) bila dia suruh aku guna duit yang dalam wallet dia sedangkan kat tangan aku dah ada duit (duit pampers yang aku pulangkan tadi nya tuh). Berkeras dia suruh guna duit kat dalam wallet dia tuh, aku tinggalkan aje dia kat situ, terus aku masuk kedai, ambik 2 gelen air, terus menonok jer aku balik ke apartment sambil memikul barang-barang semua tuh. Biasanya barang yang berat-berat tuh kitaorang taruk kat scooter King Mongkut tuh tapi bila dah marah, benda berat jadi ringan rasanya.
Elok aje sampai kat apartment, dia suruh aku angkat dia ke katil sebab dia kata nak rileks sekejap sebelum lunch. Hilanglah sabar aku, terus aku membebel kat dia, aku kata yang aku nak kasi dia makan dulu, then barulah angkat dia ke katil. Sebab aku tak daya lah nak mengusung dia turun naik katil tuh, dia sedap aje mengarah aku kan?
Lepas tuh, sampailah masa aku nak blah pukul 6 tuh, aku diam aje, dia ajak sembang pun aku tak jawab apa pun. Masa aku buat catherter, masa urut dia, aku diam membisu seribu bahasa. Dia tau aku hangin. Memang harinih aku hangin, dah lah tak dapat Sembahyang Jumaat tadi tuh.
Sebelum balik aku terus ke Pinang Restaurant, makan roti canai, suruh tapau nasi goreng ikan masin sama bubur pulut hitam. Habis lah USD 23 semuanya campur tips.
Sabtu
Bosan gila harinih sebab David keluar, aku tinggal sama King Mongkut aje seharian kat apartment. Mulanya nak tengok wayang tapi King Mongkut nak melepak dulu kat katil. Masa memvacuum, aku buat slow-slow aje, aku tengok, King Mongkut terkebil-kebil nak tunggu aku siap, sebab dia nak aku urut dia. Makin banyak lemak si Mongkut nih, tau lah aku pandai mengurut.
Lepas lunch barulah dia suruh aku check listings, nak tengok wayang cerita apa. Aku tipu kat dia, aku kata yang show-show seterusnya pukul 3 (ada dua tiga filems yang main pukul 2, sempat kalau kitaorang nak pergi), so tak sempat kalau nak tengok show pukul 3 sebab nak buat catherter lagi nanti tuh lepas balik tengok wayang. So tak jadi lah akhirnya, kitaorang tengok tv aje lah kat dapur. Punyalah bosannya Tuhan aje yang tahu.
Ingatkan bolehlah aku balik pukul 5 tapi dia suruh aku tunggu sampai pukul 6, sebab esok aku boleh datang lewat sejam.