Saturday, September 22, 2012

Roses And A Wedding (2)



Bila dah ada laptop tu, ada masalah pulak. Aku tak ada peluang nak go online. Talipun line sibuk memanjang, lagipun Cik Ina takut bill talipun naik, dia tak faham. Aku bayar bulanan, apa kena mengena dengan bill talipun. Nak explain sama dia pun susah jadi aku diamkan ajelah. So tak berinternetlah aku. Sebab bosan di rumah bila balik kerja, aku pun keluarlah, aku ke library. Bawak laptop sekali, tiap hari aku keluar, dari 7 malam sampailah library tutup, pukul 9. Taknak lah aku duduk di rumah, lebih-lebih baring, tengok tv. Satu hari on the way ke Penang Restaurant, aku terjumpa satu office tu yang ada internet facilities, aku masuk. Mahal nak mampus, a dollar seminit. Aku tengok ada one Asian guy tengah surf guna laptop, aku tanya dia, dia kata $5 untuk sessiapa yang guna laptop sendiri. Masa pulak unlimited, so aku apa lagi, mula dari hari itu aku balik kerja aje terus ke Kinko's, tempat internet tu.

That Asian guy tu orang Filipina, di ajak aku ke Starbucks di hotel sebelah Kinko's tu, so kitaorang tinggalkan aje laptops kitaorang, dari Starbucks tu boleh nampak kalau ada sesiapa masuk Kinko's. Kitaorang pun ada pesan sama Manager di situ, perempuan, yang kitaorang nak keluar minum. Lepas minum, orang Filipina tu belikan kek sama roti, dia kata untuk Manager tu. Aku kata dia baik. Dia kata, dia surf di situ tak pernah bayar, instead dia belikan kopi sama kek untuk Manager tu. Dia suruh aku buat macam tu jugak. So, setiap hari aku sama orang Filipina itu ajelah guna laptop di situ, dia dari siang lagi, dia buat business on Ebay. Aku dari jam 7 sampai 12 malam. Happynya aku rasa dapat berinternet. Sundays aku dah di Kinko's sejak pagi. Dapat surf free.

Yanti selalu jugak talipun aku, di rumah dia tu dah dipasang talipun (bengang aku, masa aku di situ dulu Mr Thuong tak ada pun masukkan line talipun). Dia cerita yang ada one Line Leader di warehouse OfficeMax tempat kerja tu yang berkenan dengan dia, masalahnya dia, Yanti tak pandai English. Aku tanya dia macamana Will boleh tersangkut dengan dia sedangkan Will yang aku kenal masa aku kerja di situ dulu tu orangnya pendiam, baik, selalu tanya aku kalau ada masalah. 

Yanti kata, sebenarnya dia yang buat-buat manja dengan Will, dia tolong ikat tali kasut Will,dia selalu mintak tolong dari Will, dia pakaikan jacket Will. Patutlah, bapok aje yang tak akan jatuh cinta gitu kalau ada awek yang bermanja-manja kan? Kalaulah ada awek yang nak bermanja dengan aku kan?

Dia tanya aku macamana nak layan Will, aku kata aku tak tahu, iyalah baru 2 minggu dah bercinta, berhoney-honey gitu. Lagipun, mana aku reti nak layan lelaki, aki nih kan ker lelaki? Aaaaaaw, I tak kuasa, you. Aaawwwww!!

Will tu orang hitam, tapi hitam dia taklah benar-benar hitam. Hitam dia hitam putih :-) Yanti selalu tanya aku lovey-dovey punya words pasal dia nak impress Will. Tak sampai seminggu kemudian Yanti talipun, suruh aku datang rumah dia sebab ada hal penting. Aku pun pergilah. Dia nak kawin dengan Will. Well, Will ajak dia kawin sebenarnya. Will ada datang, dengan Yanti senyum-senyum ajalah pasal Yanti tak tahu nak cakap apa.

Aku yang jadi interpreter, aku rasa malu jugak pasal dulu Will ni Line leader aku. Rasa janggal jugak pasal umur dia 44, berbelas tahun tua dari aku. Yanti suruh aku ceritakan sama Will cara hidup orang Asia. Tapi yang penting sekali, Will kena masuk Islam. Will kata dia nak masuk Islam. 

Kemudian aku tanyalah Will yang dia dah fikir habis-habis ker, Yanti tak payah tanyalah, memang itu yang dia nak selama ini. Aku boleh faham masalah dia, dia janda anak 2, tinggal secara haram di Amerika pulak tu. Sebab Will pendiam,tanya sepatah jawab sepatah, tanya dua patah jawab sepatah, aku ajak dia ke belakang rumah sambil duduk-duduk di kerusi picnic, sambil hisap rokok. So aku interviewlah dia, aku tanya dia macam-macam, macamlah aku sedara Yanti.

Tapi Yanti dah tak ada orang nak diharapkan kecuali aku, lagipun aku dah kenal Will tiga bulan. Aku kata dia kena masuk Islam dan kalau masuk Islam bukan for the sake nak kawin aje. Dia kata dia tak ada problem, dia ramai kawan yang Muslim. Aku tahu kawan dia tu sorang, tapi Muslim nama saja. Bismillah pun tak pandai. 

Jadi kitaorang setuju yang besoknya ke masjid di sebelah pagi sebab tengahari diaorang kerja. Kemudian diaorang plan nak kawin pagi Ahad sebab Sabtu Yanti terpaksa ke NYC ambil anak-anak dia. Malam tu aku tidurlah di sofa ruang tamu rumah tu. Pukul 4 lebih terpaksa bangun sebab aku kena balik, Mr Moun datang jemput pukul 5-30 pagi. Terlambat sampai aku, terlambat sepuluh minit gitu, Mr Moun dah bertolak. Tak kerjalah aku hari tu jadinya, bengang jugak pasal aku suka kerja di situ, bebas, orang respect. Iyalah, kerja sebagai kuli, respect ajelah yang aku hendak, setakat gaji tak berapa sangat. 

Selama aku kerja, di restoran tu dulu, di warehouse tu, aku banyak buat soul searching gitu, did I find one ? :-) Mula dulu aku tak boleh terima hakikat yang aku kena kerja kuli. Aku ada Diploma, aku ada Degree, aku dulu kerja best, tak puas dengan jadi Engineer, aku buat part-time kat ITM. malam-malam tak ada kelas, aku pergi belajar German kat Goethe Institut, Freanch kat Alliance Francaise, Jalan Gurney. Pendek kata, hidup aku dulu memang best, memang kelas. 

Yang buat lagi kelas nya, aku tak menyerlahkan pun norma-norma kekelasan aku tuh, tak sapa pun tahu how classy I was masa tuh (sebab aku buat selamba toya aje).

Puta madre, what am I talking about nih? ekekekekek Aku gitu lah, my level of ketensenan tuh boleh dibaca bila aku menulis. 

Ok, jokes aside, aku dulu quite somebody (in my eyes lah kan? if I may say so myself), apa sekarang ni buat kerja-kerja kuli?. Tak masuk akal kan? Tapi aku fikir, kalau ada benda-benda macam tu dalam kepala aku bererti memang besar ego aku. Aku kena buang fikiran-fikiran gitu, aku kena buat apa aje kerja, aku kena cari duit, I have to start from the very beginning. I have to pick up the pieces, and that's daunting. Not an easy task.

Di Amerika nih, dalam keadaan aku yang macam ini, aku tak boleh manja-manjakan diri aku, aku selama ini manjakan sangat diri aku, orang lain lagi susah dari aku, lebih siksa dari aku. Orang Indo tu, yang tua-tua, yang beranak bini, yang beranak suami (?), yang tak tahu bahasa Inggeris sepatah haram, diaorang sanggup datang Amerika. Aku? Aku sama taraf dengan diaorang, aku salah seorang dari diaorang tu semua. 

Tak ke mananya kalau "aku tak boleh buat tu, aku tak boleh buat ni, aku malu, aku tak biasa, aku tak pernah buat benda-benda gitu". Aku kena cari duit. Itu saja. 

------------------------ 

Besoknya pergilah kitaorang ke masjid yang tak berapa jauh dari rumah Yanti. Waktu aku kerja di warehouse tu dulu aku sembahyang Jumaat di situ. Muka Imam tu Ya Allah, berserinya, bercahaya. So, pagi tu Will pun sah jadi seorang Islam, dia macam terpinga-pinga bila sorang-sorang datang peluk dia sambil airmata meleleh jer masing-masing. Waktu aku peluk dia, dia kata Thank You, Brother. 

Lepas tu Imam tu kasilah kuliah gitu, adalah dekat sejam. Tinggal aku, Yanti sama Will aje masa tu. Sebab aku saksi dan aku ajalah yang rapat dengan diaorang, Imam tu kata sekarang Will tu jadi tanggung jawab aku. Aku kena pastikan yang Will ada perubahan, dari sewaktu dia bukan Islam dulu. Walaupun perlahan-lahan, tapi perlu ada perubahan. Dia kata kalau ada apa-apa masalah, datang ke masjid tu (Masjid tu masjid orang hitam). 

Lepas tu aku ke kedai, beli air botol biskut, epal dan pisang, untuk masjid tu. Yanti sibuklah buat persiapan nak kawin, Sofea yang pandai menjahit jadi tukang bikin baju hari kawin (nak kata baju pengantin, tak layak rasanya. Baju yang akan dipakai pengantin). Yanti tak cukup duit jadi balance aku di bank aku keluarkanlah. Itulah, dulu beli laptop, beli handphone, dah tinggal 10 dollars di bank. Tak apalah, hujung minggu tu nanti aku dapat gaji dari Mr Moun, aku buat sedapkan hati aku.

Hari Sabtu tu aku seharian di rumah diaorang, Yanti sama Will pergi beli barang-barang untuk dimasak pasal kitaorang nak buat jamuan untuk jemaah Zohor yang agaknya adalah 20 lebih. Yantilah yang masak, pegedil, nasi kuning, masakan kari Indo yang tak aku tau namanya tapi sedap bagai nak rak, ayam goreng and a few other dishes. Kesian aku tengok dia, sebab baru aje balik dari NYC ambil anak-anak dia. Pemalu kedua-duanya, comel siol, umur 16 dengan 9 tahun. Kesian sangat aku tengok diaorang bila fikir yang betapa seksa hidup diaorang yang terpaksa lari dari keluarga di Indo. 

Malam tu Yanti, sebab stress sangat agaknya, mengamuk-ngamuk sampai nak batalkan kawin. Dia bengang pasal Sofea jahit baju dia tak menjadi-jadi, sempit, ketat, herot petot lagi. Aku bengang jugak mulanya tu, aku fikir, bagi diaorang ni, masalah kawin buat senang jer. Dah lama tu aku kata pada dia, waktu dia dah cool sikit. Aku kata, kalau baju kamu masih belum siap, kamu kawin besok pakai t-shirt sama jeans ajalah, kok kamu kan kawin koboi? 

Tak tidur kitaorang berdua malam tu, Yanti di dapur memasak, aku berinternet. Kadang-kadang jer aku jenguk dia di dapur.Besoknya pagi-pagi lagi aku sama Will dah ke masjid, nak susun meja gitu, kemudian nak punggah lauk pauk khenduri tu. Sofea sama anak dia, aku,anak-anak Yanti, lepas tu adalah 3 orang di situ yang tengok waktu kawin Will sama Yanti. Sebab Yanti tak ada keluarga (mak bapak) di Amerika, Imam tu tanya bukti yang parents dia ada kasi permission atau tidak. Kitaorang gelabah jugaklah, memang kasi permission, tapi nak ke Imam tu percaya? Kemudian Yanti suruh aku talipun bapak dia di Surabaya. Untung aku bawak handphone, so dengan kad talipun yang dia kasi tu, aku diallah nombor bapak dia. Lepas dia cakap dengan bapak dia, Imam tu kata dia nak dengar saksi/wakil (aku) kata setuju, so aku bercakap dengan bapak Yanti. Aku tak faham sangat pasal dia Jawa, lagipun line was not too clear. Dia sampai nangis-nangis, dia tanya aku, betul ker Will benar-benar masuk Islam, dia tak mahu anak dia (Yanti) yang sorang ni keluar ugama sebab sorang anak dia dah kawin sama Minah Salleh di Amerika. Bila aku dah yakinkan dia yang benda tu betul, barulah dia kata dia mengizinkan anak dia kawin. Dia suruh aku jadi wakil bagi pihak dia.Lepas sain surat kawin, surat-surat lain, kitaorang bergambarlah sikit. Sebab Will kena kerja tengahari tu, jadi kitaorang mintak diri dulu. Aku kasi Imam tu $25, sebab tak ada duit. 

Aku tak tahulah mungkin sebab happy sangat agaknya, atau sebab diaorang ingat aku nak tunggu sampai Zohor, diaorang balik tanpa aku. Puas aku cari, kereta tak ada. So aku jalan ajelah, bagus jugak sebab masa tu lah aku dapat berfikir tentang apa yang Imam tu cakap. Aku pun rasa happy jugak diaorang kawin, takut pun ada. Benda-benda macam tu lah yang aku fikir sepanjang jalan tu.

Aku kata dalam hati, tak apalah, one day when I am old and gray, I can say to myself that I had an impact.