23052007
Dalam sehari, aku tak lama sangat spend masa di rumah. Iyalah kan, dah lah kerjanya 13 jam setengah, perjalanan pergi balik pun dah dua jam lebih, so aku ada masa dalam 8 jam saja di rumah. Masa tu lah nak buat segalanya, nak makan, nak online (mungkin macam tak masuk akal aje kan, yang aku nak online jugak kat rumah sedangkan kat tempat kerja aku dah boleh online sepanjang hari, masa tak sibuk tuh. Tapi itulah aku. Kalau dikira betul-betul, cuma sejam aje masa aku di rumah tuh (tak termasuk masa tidur)
Keluarga Nila dah tahu schedule aku, dan aku pun jarang sangat terserempak dengan diaorang. Masa aku balik biasanya Nila dah tidur kot, kakak dia pun sama, dah tidur agaknya, sebab diaorang keluar pergi kerja agak pagi, dalam pukul 6-30 gitu. Dengan Mak Nila aje yang aku hampir setiap hari terserempak. Ataupun dia yang menyerempakkan diri, tak tahu lah aku. Mungkin jugak kot. Biasanya kalau aku balik kerja, dan sebab aku terpaksa lalu kat depan bilik diaorang, aku selalu ternampak Mak Nila tengah lepak kat katil, sambil mengait shawl yang dia buat tuh. Ataupun itu satu lakunan aje, aku pun tak berapa pasti. Mungkin jugak kot, mungkin dia nak tunjukkan kat aku yang dia kerja sampai jauh malam nak mengait shawl tuh. Macam lah aku nih bodoh sangat kan, macam lah aku nih tak tahu yang dah malam-malam gitu, apa lah yang nampaknya kan? Mata orang yang berumur 75 tahun pulak tu kan?
"Waduh, apa Ibu belun tidur?", itu aje lah yang aku selalu tanya dia.
"Ini harus disiapin, kalo gak dibikinin sehingga jauh malem, gak bekalan selesei", dia jawab gitu. "Pegel rasanya seluruh badan", kata dia lagi sambil picit-picit bahu.
Macam lah aku nih bodoh sangat, macamlah aku nih tak tahu yang dia tuh, siang-siang, tidur aje kerjanya. Ituhari dia ada kata yang dia, di sebelah siangnya, dia tidur aje. Sebab panas.
"Nasi nya mau disendukkin? Ato mau ngambil sendiri?", dia selalunya tanya aku gitu. Masa tuh aku tengah kelam kabut menge-on kan laptop, sambil bukak jacket ker. Bukak lah apa yang patut dibukak.
"Gapapa, gapapa, gapapa", biasanya aku jawab gitu aje, kuat-kuat. Dan perlahan sikit aku sambunglah, "Ish orang tua nih, sabar jer lah!". Memang degil Mak Nila tuh, dia tahu aku jawab macam acuh tak acuh aje, dia tanya lagi, membebel lagi. Semuanya pasal makan. Aku dah beritahu dia ituhari yang aku, sebab tak ada masa, untuk beli lauk, apa lagi untuk masak, aku makan pun apa yang ada aje. Dia selalu tanya aku, apa pasal tak ada langsung makanan aku dalam peti ais. Aku beritahu yang sebab aku kerja awal pagi dan balik pun dah lewat malam, mana lah ada masa nak beli semuanya tuh. Kedai Indo masih belum bukak masa aku pergi kerja, dan aku balik kerja, kedai dah lama tutup. So, aku makan aje lah apa yang aku rasa senang untuk disediakan. Dan murah. Aku makan sandwich aje biasanya, tuna sandwich.
"Kamu tu harus makan! Lihat, kamu kurus banget sih! Uang bisa dicari tapi kesihatan perlu dijaga", dia membebel lagi.
"Bukan saya hemat sih, tapi saya gak punya waktu", aku jawab gitu dari dalam bilik. Dia ingatkan aku nih kaki kemut, sampai makan pun nak bercatu.
"Kamu senang makan apa, nanti Ibu masakin. Kamu bayar bulan-bulan aja", kata dia lagi.
Tak nak lah aku, so aku kata lah yang aku makan nasi sekali dua aje seminggu. Selebihnya aku makan roti aje. Aku tahu lah yang dia nak pau aku tuh. Dulu masa aku nak beli nasi dengan dia, bukan main lagi dia menolaknya. Tapi lepas tuh, dia lah yang lebih-lebih pulak. Kalau aku tak ambik nasi, dia yang masukkan dalam container, simpan kat dalam fridge, untuk aku. Aku bukannya makan nasi tiap hari, so banyaklah nasi yang jadi keras begitu aje.
Then ada sekali nih dia syorkan aku beli rantangan aje. Order makanan yang akan dihantar setiap hari. Aku tak nak, so dia kata, order 3 kali seminggu aje, so aku boleh makan untuk dua kali setiap masakan yang dihantar hari Isnin, Rabu dan Jumaat tuh. 18 dollars seminggu, itu tak termasuk nasi. Bererti, dia akan masakkan aku nasi setiap hari dan akan ada orang hantarkan makanan 3 kali seminggu). Ok jugaklah tuh, setakat pau gitu aku tak kisah sangat. Kalau aku nak beli nasi putih kat kedai Cina tuh pun, buang masa aku aje kan? (Nak suruh aku beli rice cooker? Hehehe, aku mana ada masa, kan ker aku kerja setiap hari sekarang nih? Itu hari masa aku off, tak teringat langsung nak beli rice cooker. Lagipun, rasa macam membazir aje kan beli rice cooker yang kecik tuh, harganya pun seratus dollars. Bukannya aku nak lama kat Amerika nih)
Pernah sekali dulu, aku tak makan makanan yang dihantar tuh, hari yang aku off ituhari. Sampai merajuk-rajuk Mak Nila tuh bila dia tahu aku tak sentuh pun makanan kat frdge tuh.
"Koq kenapa nggak dimakan? Kamu nggak senang masakan mereka (masakan yang aku order tuh), nanti Ibu telpon mereka bilang makananya gak cocok",dia tanya aku gitu. Masam jer muka dia.
"Bukan Ibu yang minta kamu beli nasi putih Ibu, kamu yang pengen, kamu yang suruh Ibu masakin kamu nasi, sekarang kamu nggak makan",dia tambah lagi.
"Yaaa, tadi saya makan di luar. Kerna itu saya nggak makan rantangan tu", aku jawab gitu sambil merungut. Masuk bilik, on kan laptop.
Besoknya, masa aku dalam bas, Mak Nila talipun, serious aje dia cakap, "Apa, rantangan mahu diterusin?".
"Terusin aja Bu, terusin aja", aku jawab gitu. Kesian pulak aku sebab dia macam terasa hati yang aku tak makan malam semalamnya tuh. Itulah, orang hati busuk memang selalu terasa, kan? Macam aku.
Mak Nila pun tahu yang aku suka buat acupuncture treatment, so ada satu kali nih, dia beritahu aku yang dia ada kenal someone yang memang pakar dalam bab-bab acupuncture. Orang Indo lah, yang tak bertauliah. Siang-siang lagi aku kata aku tak nak cuba sebab orang tuh tak ada lesen, nak buat treatment tuh kena tegok jugak orangnya. Pernah aku terbaca kat paper yang buat acupuncture nih kena hati-hati, boleh lumpuh seluruh badan kalau tak kena caranya. Itu yang aku setiap kali buat treatment, dengan Doktor Cina sorang tu jer lah yang aku berani pun.So itulah, asyik-asyik Mak Nila tuh tanya aku, bila aku free, sebab tukang buat acpuncture tuh nak datang.
"Udah berapa kali saya bilang saya nggak mahu?", aku jawab keras gitu. Terus dia tak tanya dah.
Lagi satu, dia tengah nak promote minuman untuk kasi tambah berat badan. Senang cakaplah, minuman untuk kasi gemuk. Banyaklah dia kelentong aku tapi aku tahu yang itu semuanya MLM, so aku kata aku tak nak join. Tapi nampak gayanya dia tak putus asa, dia siap panggil a few Nila punya kawan untuk explain kat aku. Masa tuh aku baru balik kerja, tengah-tengah malam, so aku terus kata yang aku capek, mahu tidur aja.
"Koq kamu mandinya nggak ada bau. Sabun apa yang kamu pakei?", dia tanya aku this one morning masa aku nak pergi kerja. Ya ampuuun orang tua nih. Sampai ke situ rupanya. "Kalo kamu nggak punya sabun, Ibu punya. Wangi sabunnya, Ibu senang sekali", dia kata lagi. Aku tahu dah yang dia nak promote sabun. Memang kebetulan sangat yang sehari dua tuh aku mandi tak pakai sabun pun, takat mandi style P Ramlee aje. Itu yang aku terfikir, sampai bau kat bilik air dia hidu, apa ke jadahnya? Dan aku pun mula lah fikir yang bukan-bukan. Tengoklah, nanti aku nak berak lepas tuh aku tak nak flush, biar dia hidu, taik aku busuk ker tidak. Orang tua gitu tuh, kena ajar sikit tuh. Geram akuh!
Sekarang nih, sebab aku pun kerja setiap hari, tak ada lah dia tanya aku bila aku off, sebab kalau aku off, ada aje lah benda yang dia nak suruh aku belikan untuk dia. Ayam goreng lah, soto lah, satay lah. Macamlah aku nih orang suruhan dia. Macam lah aku nih tak ada kerja lain kalau off tuh.
"Kamu jangan tersinggung sama Ibu ku", kata Nila satu malam tuh. "Kerna dia udah anggap kamu persis anak sendiri", kata dia lagi. Tersenyap aku sekejap. Kalau buat aku macam anak sendiri, apa pasal selalu sangat nak mengepau aku? Aku tetap rasa yang Mak dia tuh selalu cari kesempatan untuk buat duit, sebab aku nih mudah terkesian dengan orang. Aku masih bengang pasal shawl yang dia nak buatkan untuk aku tuh, yang seratus lebih harganya tuh.
Sebab tuh sekarang nih, kalau dia tanya aku, samada nak beli tak kuih-kuih yang dia buat untuk jualan, cepat-cepat aje aku kata tak nak. Ada apa-apa yang orang jual, yang dia nak pesan, aku pun cepat-cepat jer kata tak nak. Dulu selalu jugak aku ikutkan kata diaorang. Memanglah niat diaorang buat baik dengan aku, tapi aku nih gitu lah, bila orang kisah sangat pasal aku, aku akan jadi rimas. Tambah-tambah yang buat baik sebab nak kena kan aku, lagi lah aku cepat rimas.
Macamana pun, aku tak akan terkejut lah kalau suatu hari nanti, malam masa aku balik kerja, aku akan terserempak dengan Mak Nila, yang sambil mengait kat atas tilam dia tuh, menyanyi lagu nih.....
Anak ku JoeBangla dengarlah
Lagu yang ibunda karangi
Sifatkan lagu ku hai anak
Sebagai sahabat mu nanti