09062007
Ish, bodoh aje lah aku mengeluh-ngeluh gini nih. Buat menambahkan tension aku aje. Macam depressed sangat gayanya. Teruskan ajelah, memang aku dah tak boleh buat apa pun dah nih, kena sabar aje. Tak guna jugak whining melulu kan? Might as well aku buat macam tak ada apa aje lah. Tak nak fikir-fikir sangat dah. Tak apa lah aku pergi kerja, balik kerja, pergi kerja, balik kerja.
Dulu aku selalu jugak terfikir, apa yang aku terkejar-kejar sangat nak balik kerja, sebab bila sampai rumah, aku terus aje tidur (lepas lepak dalam sesejam, online, makan, sembahyang etc). Then besok paginya bersiap untuk pergi kerja semula. Day in day out. Sama aje routine nya kan?. Tak ada kesudahannya.
Dulu, kalau ada orang kata dia depressed sangat sampai terpaksa pergi jumpa ahli psikatrik, aku gelak-gelak kan aje. Aku kata, tak masuk akal nak depressed sampai macam tuh. Aku selalu kata yang orang yang selalu depressed nih, orang yang lemah dan tak kuat semangat. Lagipun, sebagai orang Islam, mana lah ada benda depressed-depressed gini kan? Itu yang aku rasa macam termalu kat diri sendiri jer tuh bila aku tulis blog entries yang berbaur kedepressan. Bukannya aku nih orang yang jenis mudah lemah semangat kan? Setakat lemah sementara tuh, itu memang lumrah. Then bila aku tersedar dari kelemahan aku, biasanya aku bersemangat balik.
So, ini kiranya aku bersemangat baliklah nih.
Hehehe, mentang-mentang lah tak lama lagi Daniel nak balik, kan? Mentang-mentang lah tak lama lagi aku akan dapat 2 hari off, untuk 3 minggu berturut-turut. Mentang-mentang lah aku akan dapat gaji di pertengahan bulan nih, dan dua minggu lepas tuh, aku akan dapat gaji untuk bulan 6 pulak. Uish, kaya Pak Cik nanti. Kaya kejap. Wakakakakaka Duit sewa dah bayar, hutang lain pun tak ada, nampak gayanya nak sumbat spenda buruk ajelah semua duit tuh nanti.
----------------------------
Sebenarnya kan, aku letih sangat nih, tak ada semangat sangat nih. Untuk buat apa-apa lah. Nak kerja, nak buat blog entries. Malas yang betul-betul malas. Letih yang betul-betul letih. Dah tahap tepu dah nih rasanya, Iyalah, sejak 18 Mei dulu, aku tak ada break pun, kerja setiap hari. Macamana pun, tinggal a few more days aje lagi nih.
Tengoklah macamana nanti. Harap-harap, lepas break nanti, fikiran aku dah ok balik, semangat aku dah naik balik. Aku tunggu habis bulan ini aje lah, lepas tuh, tengok lah macamana keadaannya, samada aku nak teruskan kerja di sini atau nak cari kerja lain. Cantik jugak idea cari kerja lain tuh kan? Ada banyaklah cerita aku nak tulis kat blog nanti, kan?
Kalau aku decide untuk terus kerja di sini, maknanya, entries aku nanti akan balik kepada benda-benda whining, merapu. Itupun kalau aku aku masih bersemangat untuk mengeluh. So korang fikir betul-betullah. Korang kena berterima kasih dengan aku nih sebeanrnya. Sebab, ditakdirkan aku berhenti kerja nanti tuh, akan banyaklah updates aku, dan akan adalah cerita-cerita baru, kan? Apa-apa pun, korang kena terima hakikat yang I'm doing a service to my readers sebenranya, yang baru aje realised that their life cannot be any worst than mine.
---------------------
Mak Nila merajuk lagi wei! Wakakakakaka. Dia merajuk dengan aku sebab aku macam layan tak layan aje dia. Kalau dia talipun, aku cakap sepatah dua perkataan, aku iya-iya kan aje, then aku tutup line. Itu yang satu malam nih, aku balik aje ke rumah, dia terus tanya aku,
"Apa ada Ibu bikin kamu tersinggung?".
"Tersinggung?", aku buat-buat tanya dia sambil mengerutkan dahi. "Kenapa harus tersinggung?", aku tanya lagi. Sambil tuh aku fikir jugak, obvious sangat ker yang aku macam kurang ajar dengan dia tuh? Tapi, dia tuh yang asyik nak mengepau aku, so aku kena lah ajar dia sikit kan?
Macamana pun, aku kesian sebenarnya dengan mak Nila tuh. Dalam pada dia cari peluang mengepau aku tuh, dia sorang aje lah yang ambik tahu pasal aku. Memanglah ada udang di sebalik batu, tapi at least dia yang bersusah payah pasal aku. Pasal makan minum aku. Dan, semakin hampir aku ke hari off aku, aku dah terfikir, yang aku tak akan sampai hati untuk beli rice cooker, sebab akan hilanglah some of her mata pencariaan nanti andaikata aku beli rice cooker dan masak nasi sendiri. Tak sampai hati aku.
Macamana pun, aku nak terus aje lah beli nasi 3 kali seminggu dari dia, di setiap hari makanan rantangan yang dia orderkan tuh, dihantar ke rumah. Selebihnya, kalau ada lauk lain nanti, kalau aku nak nasi, aku nak beli sembunyi-sembunyi kat kedai Cina aje lah. Dapat 3 dollars dari aku setiap minggu tuh, patutnya bersyukur sangat dah kan? Patutnya lah kan?
Entahlah, malas dah tulis panjang-panjang. semangat aku dah tinggal nyawa-nyawa ikan aje nih.