So kaedahnya, hari Khamis yang bersejarah tuh, aku off lah, setelah hampir sebulan bekerja terus-terusan. Pagi tuh aku sambung tidur sampailah pukul 9 lebih, sebab malam sebelumnya aku tidur agak lewat. Kalau ikutkan hati memang nak tidur sepanjang hari tapi aku ada a few plans yang nak buat. Yang paling penting, aku nak hantar laptop aku untuk direpair.
Sebelum tuh aku pastikan yang kat pocket aku ada a few hundreds aje, kurang dari seribu. Takut jugak nanti, takut terbeli laptop baru.
Tokey kedai tuh sengih jer tengok aku bawak laptop yang dah aku on kan tuh. Saja jer lah nak save masa, lagipun, takut nanti, kalau aku on kan laptop tuh masa kat kedai tuh, tiba-tiba tak keluar pulak screen biru tuh? Sure tokey kedai tuh akan gelakkan aku aje nanti, panik tak pasal-pasal. So, daripada laptop tuh memalukan aku, might as well aku bawak laptop yang dah tersedia berscreen biru tuh. Yang keras kejung tuh.
Seratus lima puluh dollars, kata tokey tuh. Upah nak reformat (aku dah hilang cd untuk buat reformat), upgrade kan memory, re-install OS. Tak apalah akan hilang semua file-file, data-data yang kat laptop aku tuh. Bukannya penting sangat pun. Tak ada pun pentingnya. Asalkan laptop aku elok, buatlah apa yang patut.
"What's that sound?", tokey tuh tanya aku bila dia tuntung laptop tuh, ada bunyi. Dia tuntung lagi, ada bunyi jugak, macam ada benda tercabut. Screw kot.
"I don't know, it has been like that", aku kata gitu, sambil suruh dia bukak laptop tuh tengok apa sebenarnya sound tuh.
"Ok, it will be done in a few hours, come back around 2", kata tokey tuh.
Happy rasanya bila aku rasa yang laptop murah haramjadah aku tuh akan dapat diselamatkan. Then aku teruslah ke Dunkin' Donuts untuk breakfast. Tengah aku nak minum, cellphone aku berbunyi.
"Eyyyy.....sombong yer?". Laaa, Sharifah rupanya. Aku memang ada plan nak talipun dia kalau-kalau boleh jumpa walaupun sesaat dua, sekadar nak ucapkan selamat berangkat kat dia yang akan balik Malaysia 18 June tuh.
"You dapat YM I dak? Pasal tak balas?", aku tanya dia.
"Dapat. I ada called you pun tapi you tak jawab", kata Sharifah. Entah, seingat aku tak ada pun missed calls kat talipun aku. So kitaorang plan lah untuk jumpa.
"Ok, I'll be there in an hour", aku kata gitu. Aku kena balik ke rumah dulu nih, kata aku dalam hati. Iyalah, masa tuh aku punya pakaian, ya ampun lah tak senonohnya. Jeans yang koyak rabak tuh. Memang rabak sangat dah jeans tuh, sampaikan pocket belakang yang di sebelah kanan tuh tinggal berapa urat benang aje. Yang aku rasa, kalau aku selalu sangat tunduk, selalu sangat membongkok, harus di bahagian bontot jeans tuh akan rabak. Takkanlah aku nak pergi jumpa Sharifah dalam keadaan begitu, kan? Aku nak pakai contacts jugak, nak kena ada sunglasses lagih. Pokoknya, aku nak jumpa dia dalam keadaan yang agak presentable. Bukan macam homeless man gituh.
Tak sempat sampai tempat dia dalam masa sejam ni kang kalau aku balik ke rumah dulu nih, aku fikir gitu. So aku ambik keputusan untuk terus aje lah naik subway ke arah International House di University City. Tak apalah aku berpakaian dan berkeadaan macam orang tak siuman aje, Sharifah tu kan ker bini orang? Apa yang aku nak malukan pulak, kan? Lagipun, selama ini aku memang dah lawa di mata dan di hati dia, apa salahnya aku berkeadaan buruk pulak kan? Lagipun, buruk di luar tak semestinya buruk di dalam, kan?
Aku nih memang gitu, kalau janji dengan orang pukul 1, pukul 12-30 tuh aku dah ada tunggu. Aku tak suka buat orang tertunggu-tunggu. Aku akan pastikan yang aku orang yang pertama sampai.
"Eh, I dah kat depan "rumah" you nih", aku phoned dan kata gitu bila sampai aje kat International House tuh.
"Cepatnya.........", kata Sharifah. Aku macam terfaham jer yang akan lamalah aku menunggu dia kat bawah tuh.
Nasib baiklah The New York Post yang aku beli sebelum aku masuk Dunkin' Donuts tadinya tuh aku tak buang. Biasanya aku, kalau dalam keadaan begitu, aku buang aje paper tuh, walaupun belum sempat dibaca. So aku baca `paper aje lah sementara menunggu tuan puteri turun dari bilk dia yang kat atas sana tuh. Hilang sabar aku sebenarnya, sebab menunggu dia tuh, jauh lebih lama dari masa aku ambil untuk sampai ke tempat dia tuh. Itu yang aku cakap dari dulu tuh, lebih cepat menunggu janda dari menunggu anak dara, ataupun bini orang. Kalau janda, sure dah berkejar-kejar turunnya.
Tak banyak ajenda yang kitaorang plan kan sebab Sharifah ada kelas ker apa tah, pukul 3 nya nanti. Ada dalam 4 jam aje lah untuk kitaorang bersama.
"Boleh jugak", kata Sharifah, bila aku cadangkan kitaorang pergi ke city center aje, ke Banana Leaf Restaurant. Sebab di situ tempat kitaorang pertama kali bertemu, lagipun aku mengidam nak makan Assam Laksa tuh.
Sementara tunggu makanan yang diorder, aku ajar lah Sharifah apa-apa yang patut pasal Options. Dia nih walaupun Cikgu jer memang business-minded punya orang, ada businesses kiri kanan. Memang dari dulu dia suruh aku ajar dia pasal Options, dan yang aku kata aku dah dibooked dek Sharifah tuh, pasal itulah. Dia nak aku ajar dia pasal Options tuh. Infact, masa kitaorang last jumpa dulu tuh, aku kasi kat dia dua bijik buku pasal Options yang aku beli kat Borders dulu tuh.
Tak lama lepas tuh, upacara makan bersuap pun mula lah kan?
Wakakakakakaka Tak lah. (Harus nak kena pelangkung dek husband Sharifah nih, aku nih)
Kitaorang share makanan, dia kasi dia punya seafood mee curry, aku kasi aku punya Assam Laksa yang extra pedas tuh. Sesambil tuh sembang aje lah. Macam biasa.
"Jom pergi Hallmark, I nak beli something untuk husband you. Untuk anak-anak you. Untuk you", aku kata gitu.
"Tak nak lah", kata dia. Biasalah kan, perempuan Melayu. Berbudi pekerti gitu. Puas jugaklah aku mengajaknya, nasib baik dia setuju akhirnya. Dan kat dalam Hallmark tuh, puas jugaklah aku suruh dia ambil apa-apa yang dia nak. Tapi dia tetap kata dia tak nak apa-apa. Nak suruh pilih t-shirt untuk husband dia pun punyalah lama, last-last tak jadi. Tapi aku nih pandai jugak, aku tengok jer benda apa yang Sharifah terralit tengok, apa yang dia belek lama-lama. Bila aku suruh dia ambil, dan dia tetap tak nak, aku terus aje lah ambilkan, aku pegang. Buku sebijik, dan adalah a few things yang lain. Aku yang ambil sendiri, nak harapkan dia, sampai tutup kedai nanti, sure tak ada apa yang dia nak ambik.
"Ha, jom pergi Hard Rock Cafe nak, beli t-shirt kat situ", tiba-tiba aku dapat idea gituh. Nasib baiklah merchandise section kat Hard Rock Cafe Philadelphia tuh kecik, so tak banyak pilihan barang. Kalau lah macam yang di New York yang sampai bertingkat-tingkat tuh, haruslah lama dia nak memilih barang. Insaf jadinya aku shopping dengan perempuan nih. Kena banyak bersabar.
"You ambiklah apa you nak, I nak ambik jugak satu kot", aku cuba pujuk cara gitu. Kalau tidak, sampai malam lah asyik dok belek sana-sini, belinya tak jugak. Kesian aku kat mamat yang jaga section tuh, sure dia meluat tengok kitaorang.
"You nak beli untuk sapa?, dia tanya aku. Ya ampuuuunnnn....ambik aje lah, kata aku dalam hati.
"Member kat Jepun, kat Malaysia", aku jawab gitu.
Akhirnya Sharifah ambil satu t-shirt yang dia suka, bukan yang putih dan ada tulis Hard Rock Cafe - Philadelphia tuh. Yang corak gitu tuh, kat Chow Kit ada jual kot?
"Ok, I ada something yang I nak, jom pergi Gallery", kata Sharifah bila dia menolak setelah berkali-kali aku suruh dia ambil apa-apa yang dia nak kat Hard Rock tuh.
So kitaorang ke Gallery, satu Mall kat situ jugak, yang dah lama aku tak masuk. Rupanya Sharifah nak beli beg, so aku bawaklah ke satu kedai nih yang aku tahu memang khas jual beg-beg. Rupanya kedai tuh dah tutup, bengkrap kot, pasal mahal-mahal harga beg di situ tuh.
Aku cuma tahu satu kedai lain yang jual beg, yang agak mahal jugaklah. Yang aku rasa, sesuai lah dengan Sharifah. Dia setuju nak pergi, so menapaklah kitaorang ke Broad Street.
Sharifah nih suka fotografi, so dia mulalah keluarkan kamera. Snap sana snap sini. Aku tahu, dia ada jugak snap gambar aku, itu pasal aku langsung tak toleh belakang. Takat gambar bontot aku kan, apa lah sangatnya. Aku tengok jam, dah pukul 1 lebih, Minah nih selamba aje gayanya, aku jugak yang macam tergesa-gesa. Dia dok lah ralit ambik gambar itu ini, aku dah jauh ke depan jalannya, dia masih lagi kat belakang. Kalau bini aku lah dia tuh, dah aku tarik-tarik tudung dia tuh.
Tak nak cakap banyaklah tapi kitaorang blah dari kedai tuh after about 10 minutes kat dalam. Semua beg yang aku pegang, semuanya dia tak nak. Sebab mahal. Yang paling murah pun, dalam 49 dollars tuh, itupun dia tak nak. Memang pantang tok nenek aku lah kalau pergi kedai tapi tak beli barang. Macamana pun, bukan aku yang nak beg tuh., so tak adalah sangat rasa keguiltyannya. Nasib baiklah aku tak terbeli beg tuh untuk aku, atas dasar kesian kat salesperson tuh.
Kitaorang menyusur sepanjang jalan kalau-kalau terjumpa kedai jual beg. "Cerewetnya kawan you nih, Ruby", aku kata gitu masa Sharifah mengepaskan talipun suruh aku cakap dengan Ruby.
Then aku ajak Sharifah masuk CitySports ker apa tah nama satu kedai nih. Lepas satu, satu beg diambilnya, semuanya dia tak berapa berkenan. Either harga mahal atau beg tuh dia tak berkenan. Aku pun merayau lah ke sana sini sebab tak sampai hati tengok salesperson tuh terpaksa menjawab bertubi-tubi soalan. "What's this lifetime warranty? What does it mean? What are these straps for?", soalan-soalan gitu. Siap taruk beg-beg tuh atas lantai lagi tuh, untuk ditengok satu-satu.
"Ya Rabbi, nak beli beg murah gitu pun nak tanya sampai ke akar umbi?", kata aku dalam hati.
"I nak tulis kat blog pasal ni nih, ituhari I tak tulis apa-apa pun sebab you tak kasi I tulis", aku kata gitu sambil duduk mencangkung, sama-sama tengok-tengok beg lah kononnya. Aku tak berapa sure sangat apa jawapan Sharifah, tapi aku nekad yang aku nak tulis jugaklah kat blog. Ala, bukannya apa sangat pun kan. At least sebagai tribute aku untuk dia yang aku rasa`sekepala dengan aku tuh (kecuali bab-bab shopping).
Tak payah lah aku tulis banyak-banyak, kang terpanjang pulak entry ni nih, tapi aku dah hilang sabar dah, aku fikir yang aku banyak lagi hal lain nak dibuat, tak kan nak buang masa di kedai itu aje. Dan adalah aku sampai terkata, "Kang I jentik idung you nih kang".
Last-last dia bersetuju ambil satu beg nih yang harganya kalau tak salah aku, 40 dollars. Itupun, masa aku beratur nak bayar tuh, dia berlari lagi nak tukar yang lain, tapi aku cepat-cepat cakap, "Dah..dah..dah..."
So kesimpulannya, memang beruntung sangatlah suaminya si Sharifah tuh.
Dari subway station ke International House tuh, kitaorang sembang macam biasalah, cuma aku terperasan yang Sharifah macam tak banyak cakap sangat dah. Banyak diam aje. Dan dia banyak ambik gambar. Atau pura-pura ambik gambar. Aku tahu dia ada ambik gambar aku dari belakang. Nak kata dia sedih sebab dalam masa a few minutes aje lagi, kitaorang dah tak jumpa lagi dah, takkan lah sampai tak nak cakap, kan?. Then dia berjalan seiringan dengan aku. Senyap. Then macam gelak-gelak. Then dia ke belakang. Gitu ajelah yang dibuatnya tiga empat kali. Aku rasa macam pelik sikit, so aku, sambil cakap-cakap tuh, aku jeling lah jugak ke arah dia.
Ya ampunn!!!!!!!!!!!!!!! Rupanya dia sedari tadinya curi-curi mengambik gambar aku senyap-senyap. Dia taruk camera dia tuh supaya dapat ambik gambar aku dari sipi. Then dia ke belakang tuh agaknya sebab dia nak tengok samada dapat dak capture gambar aku. Bila tak jadi, tak dapat, itu yang dia ke depan semula, berjalan seiringan dengan aku. Sabar jer lah.
Bila aku dah tahu dia nak ambik gambar aku, terus dia jadi berani, ambik gambar dari depan-depan lagi. Aku, rasa sebijik macam celebriti yang tak nak gambar dia diambik, sebab dia kena tangkap khalwat aje gayanya. Kalau ada jacket tuh, sure dah aku tutup muka dengan jacket dah.
So, that was it pasal pertemuan aku dengan Sharifah. InsyaAllah, panjang umur murah rezeki, jumpa lagi. Amin.
Terus aje lah aku balik semula ke Chinatown sebab aku nak buat akupuncture treatment tuh. Tersinggah sekejap kat Kinko's pasal rasa macam dah lama tak berinternet. Habislah sepuluh dollars kat situ.
Doktor tuh dah ingat nama aku, dia ingat jugak bila kali terakhir aku buat treatment tuh. 3 bulan lepas. Aku beritahu dia yang aku tak nak banyak sangat jarum dicucuk kat badan aku kali ini sebab aku rasa macam letih sangat. Takat 5 enam batang kat belakang dan sesepuluh batang kat seluruh bahagian depan badan, dah lah. Ada 4 batang jarum yang ditaruk kat kepala, tapi aku tak kasi dia sambungkan guna mesin elektro tuh. Tah, aku macam takut jer, tak boleh imagine aku kalau nantinya dia on kan mesin tuh, kepala aku bergegar macam orang berzikir. Takat tangan sama kakai aje yang bergetar tuh dah ok dah.
Aku suruh jugak Doktor tuh tolong ambilkan gambar aku, sebab ituhari ada orang suruh taruk gambar masa aku buat treatment tuh. Koq rakus amat Doktor tu sih. Direntap aje zip seluar aku sebab nak taruk jarum kat bawah pusat. Dah lah selamba aje dia taruk kotak jarum sama kotak wayar tuh atas kote aku. Sungguh kurang sopan. Kosser tau!
Aku berlari kejap ke Sprints, nak bayar bill cellphone aku, yang kali ini, terbanyak pulak jumlahnya. Itulah padahnya kalau menalipun Malaysia ker, mana-mana ker, aku tak guna kad. Aku call direct jer, senang dan cepat. Dan line nya clear. It shows yang aku nih mudah ambil jalan mudah. Tak nak susah-susah.
Then terus balik aje lah. Aku nak hantar pakaian untuk dicuci, dah dekat sebulan aku tak buat laundry. Sementara pakaian dicuci, aku ke kedai Indo sekejap untuk beli lauk, dan benda-benda lain. Then lari sekejap ke kedai komputer, nak ambik laptop aku. Aku masuk aje kedai tuh, tokey tuh geleng kepala.
"Shit!", aku kata gitu. Dia kata yang semuanya ok, except for sound card punya driver yang tiap kali dia download, tak dapat-dapat jugak. Corrupted file, kata dia.
"I've been trying for a few hours", kata tokey tuh. Sabar jer lah, tak ada sound card punya driver, maknanya akan bisu lah laptop aku. Mana boleh!
"Give me half an hour, I'll try again", kata tokey tuh. So berlari lah semula aku ke kedai laundry, untuk masukkan baju ke dalam dryer. Lepas tuh sempat balik rumah kejap, kemas-kemas bilik. Then balik semula ke kedai tuh ambil pakaian yang dah kering tuh. Lepas taruk aje pakaian, lari lagi semula ke kedai komputer tuh. Aku macam orang tak siuman aje jadinya, terlari sana terlari sini.
Aku balik semula ke kedai komputer tuh, untuk kali terakhir. Tokey tuh masih lagi cuba mengdownload sound card driver. "What did you do to your computer?", dia tanya aku. Geram sangat aku kalau orang tanya aku gitu, mana aku buat apa-apa sangat. Aku takat surf aje, tak ada pun aku gatal-gatal tangan nak godek sana sini. Aku sedar yang diri aku nih tak tahu apa-apa langsung pasal komputer, itu pasal aku tak berani nak sentuh apa-apa sangat laptop aku tuh. Dia pulak tanya aku kalau-kalau aku ada buat apa-apa kat laptop aku. Mana aku tak geram, kan?
"Something's wrong with your laptop", kata tokay tuh lagi. Ish, dia nih takjreti macam aku jugak ker? Kata dah install OS baru, dah reformat laptop tuh, apa salahnya lagi?", kata aku dalam hati. Aku nak kata yang aku nak hantar kat kedai lain ajelah untuk direpair, nak hantar kat orang lain yang lebih pandai, tapi tak sampai hati pulak aku nak kata gitu tuh.
"How much is that Toshiba?", sambil aku tunjuk kat satu laoptop yang aku tahu, dah berapa bulan ada kat display tuh. Sejak aku beli laptop dulu tuh lagi, Toshiba tuh dah ada kat situ.
"That's 700", kata tokay tuh.
"So, how much do you want to trade?", aku terkata, tertanya gitu. Then aku tergelak.
Aku tak ingat benda lain dah masa tuh, aku terus terlupa pasal niat aku tak nak ambil laptop baru. Tokey tuh senyap aje, tapi aku tahu yang dia tengah buat calculation, berapa dia nak jual kat aku.
"You pay me 500, that's a Toshiba", kata dia lagi.
"Alamak, lima ratus, aku tak ada duit sebanyak itu kat pocket, rasanya", aku terfikir gitu. So aku kecek lah tokey tuh, aku mintak dia iurangkan sikit harga sebab aku tak cukup duit. Aku siap kata yang kalau dia tak jual laptop tuh kat aku, tak ada siapa yang nak beli. Sebab laptop tuh dah berapa lama dah didisplay kat situ.
"You are crazy!", kata tokey tuh.
"You are crazy!", aku kata kat dia balik. Memang lah dia gila, kan? Dia berfikiran waras ker kalau dia ingat aku boleh guna laptop yang bisu? Dia berfikiran waras ker kalau dia ingat aku boleh biarkan hidup aku tanpa ada laptop? Dia berfikiran waras ker kalau fikir yang aku nih akan just wait and see? Aku nih bukannya jenis yang "tunggu dan lihat" lah! Aku nih yang jenis, tak mengedan-dan, yang kalau ada problem tak boleh disolve kan, aku terus aje ambik jalan mudah. Tapi, yang paling gilanya, ada ker patut orang nak beli laptop kat kedai dia, dia tak nak jual? Itu memang tak masuk akal, itu memang gila, kan?
"Five hundreds", kata tokey tuh lagi, terus dia berhenti dari berusaha untuk merepair laptop aku tuh, berhenti dari mencuba untuk mengdownload sound card driver tuh. Mungkin sebab dia dah dapat rasa yang akhirnya aku akan terbeli Toshiba tuh.
Sebijik macam Toshiba yang aku beli masa kerja di restoran Pak Tua dulu tuh, dulu aku beli harganya seribu tujuh ratus lebih, sekarang nih, dia nak jual dengan harga beberapa ratus aje. So memang bargain sangat lah kan? Orang bodoh aje yang tak tahu menilai harga sebuah laptop, yang tak akan mengambil kesempatan gitu kan? Jauhari yang tak mengenal maknikam pun akan sure terbelinya lah kalau harga semurah itu. Ini kan pulak aku yang laptopnya rosak, kan?
"C'mon now, sell it to me for four hundreds", aku kata gitu sambil keluarkan duit dari wallet, dari pocket. Aku saspen jugak sebab aku tahu, yang di badan aku, ada kurang dari 500 dollars aje. Sambil tuh aku fiki jugak, kalaulah duit tuh tak cukup, harus terpaksa aku berlari kejap balik ke rumah ambil duit lain. Aku dah letih sangat dah berlari ke sana sini, tapi kalaulah aku terpaksa berlari lagi, aku nak buat macamana kan? Kalau aku terpaksa merangkak balik pun, mungkin aku merangkak kot. Demi sebijik laptop.
Ngam-ngam ada $410 kat aku masa tuh, itupun nasib baik lah aku teringat pasal duit yang ada aku selit kat celah spenda.
"Look, this is all I have, 410", aku kata kat tokey tuh sambil tunjukkan wallet aku yang kosong tuh. Aku suruh dia raba spenda aku tapi dia tak nak pulak. Aku memang tak pandai merayu tapi dalam hati aku kata, kalau lah tokey tuh berkeras jugak, terpaksalah aku balik ke rumah ambil balance duit untuk genapkan jadi 500. Tapi nasib baik lah tokey tuh terkesian dengan aku gamaknya, terus dia ambil duit aku tuh.
"I don't need no box", aku kata gitu bila tokay tuh nak masukkan laptop ke dalam box tuh. Buat menyemak aje, orang akan tahu nanti yang aku beli laptop. Lagipun, kalau terus aje taruk dalam beg, tak lah terasa sangat kebaruan laptop tuh.
"By the way, you want to know the sound coming from your laptop?", tokey tuh tanya aku sambil gelak-gelak. Ker dia gelak sebab dia dapat jual laptop dia tuh kat aku without him having to tepuk-tepuk wallet aku macam yang aku bayangkan dulu tuh?
"What was it?", aku tanya dia, sambil fikir yang "bodoh" ker aku sebab ambik laptop baru tuh? Rupanya ada 2 keping coins yang tersumbat masuk kat laptop tuh, yang aku pun tak tahu macamana boleh termasuk kat situ. Aku agak-agak, masuk melalui dvd slot tuh sebab kat dalam beg aku memang ada coins.
So kaedahnya, dapatlah aku sebijik laptop baru yang aku trade kan dengan laptop Gateway aku tuh. Tak ada lah aku excited sangat benarnya, aku lebih kepada fikir yang, membazir ker aku nih? Dan di sepanjang jalan balik ke apartment, aku cuba kira, berapa bijik dah laptop yang jahanam di tangan aku selama ini. Dan yang buat sadisnya, aku dok fikir yang aku handle hidup aku pun sebijik macam aku handle laptop-laptop aku. Ada problem aje, buang, ambil baru. Tak tunggu masa nak fix kan problem.
Aku lose count dah sebenarnya yang itu laptop aku yang keberapa. Yang kelapan kot. Tapi tak apalah, laptop dan internet ajelah yang membuatkan hidup aku ceria, so tak apalah aku bergolak bergadai, atau terpaksa mengikat perut. Kalau aku terpaksa makan nasi kepal pun nanti, aku akan pastikan yang aku makan nasi tuh kat depan laptop.