25062007
Pagi tadi aku bangun awal jugak walaupun semalam tidur lewat, walaupun aku mengantuk. Tiga malam berturut-turut aku jalan kaki aje dari kedai ke subway station sebab tak jauh dari kedai tuh ada Jazz Festival, bas punya route diubah, dan kalau ada bas pun, penuh sendat dengan gagak. Tak kuasa dah aku nak jalan cepat-cepat, takes me dalam masa 30 minit lebih nak sampai. Kebetulan semalam tuh malam terakhir concert tuh, so banyaklah gagak-gagak berkeliaran. Itu yang aku, bila nampak aje segerombolan gagak kat depan, aku melintas jalan. Then bila terserempak dengan segerombolan gagak betina, aku melintas lagi. Gagak-gagak betina, tahu aje lah kan, riuhnya mengalahkan gagak-gagak jantan.
Pagi tadi, aku macam tergesa-gesa gitu. Mak Nila ada di dapur, nampak resah jer. "Koq lauk kamu masih ada di kulkas, kenapa nggak dimakan sih?", dia tanya aku.
"Benter malem", aku cakap gitu, tak pandang dia pun.
Masa aku keluar dari bilik nak pergi kerja, aku tengok dia dah bungkuskan nasi, dah masukkan lauk aku dalam beg plastik. "Ini makanan kamu udah Ibu siapin", kata Mak Nila, dia duduk di kerusi.
"Benter malem aja Bu, waduh repot banget sih", aku kata gitu sambil terus turun. Aku tak pandang dia pun, tapi aku tahulah yang Mak Nila terkulat-kulat tengok aku sambil kata, "There goes another dollar". In Indonesian lah of course. Semalamnya pun gitu, aku balik aje, masa nak panaskan nasi goreng yang aku beli kat luar, aku tengok dak siap nasi satu container ada tersedia untuk aku. Aku tak sentuh pun. So, dari semalam dah dia kempunan sedollar aku tuh.
Hujan turun renyai-renyai masa aku keluar, sambil jalan tuh aku fikir, yang betapa jahatnya aku nih. Patutnya aku simpanlah makanan yang Mak Nila sediakan tuh kat dalam peti ais, ini tidak, aku biarkan gitu aje. Bukannya apa, masakan tuh tak sedap gayanya, sup bakso. Bakso ikan (bebola ikan). Adalah empat lima biji bakso, kuah sup nya memang banyak, tapi takat air kosong taruk garam aje. 6 dollars harganya. Memang cekik darah, kan? Bakso tuh dah dari Jumaat Rabu minggu lepas dah, memang aku tak nak makan pun, nak buang aje, cuma aku terlupa nak buang. Itu yang Mak Nila berusaha jual nasi putih dia tuh, untuk dimakan sama sup.
Aku fikir, sure Mak Nila akan merajuk sebab ituhari pernah dia macam merajuk dengan aku. Masa yang dia terasa` hati sebab tiap kali dia panggil aku, aku jawab dari dalam bilik aje, aku tak keluar pun. Besoknya, bila aku nak bayar harga makanan yang aku order, dia pun buat gitu jugak kat aku. Bila aku panggil, dia jawab dari dalam bilik aje.
Aku geram sebab semalam tuh dia ada talipun aku sampai 3 kali. Panggilan pertama tuh aku tak jawab, sebab talipun aku dalam pocket jeans, aku tak dengar, masa tuh aku dalam bas. Yang kedua pun aku tak jawab, tak sedar pun ada call. Dia tinggalkan mesej kat voicemail. Yang kali ketiga tuh aku jawab, dia marah-marah.
"Koq kenapa gak dijaweb? Telpon-telpon gak dijaweb, telpon-telpon nggak dijaweb", dia kata gitu.
Dia talipun tuh nak beritahu yang duit makanan yang aku order, yang aku kasi kat dia pagi tuh, salah. Aku kasi dia tak cukup. Sedangkan aku rasa aku kasi dia 18 dollars (3 hari punya order), duit 10 dollar, duit 5 dollar dan 3 keping duit sedollar. Tengah-tengah dia kata aku salah kasi duit tuh, baru dia terperasan yang jumlah duit tuh betul. Duit tuh melekat sesama sendiri sebab basah kena air. Aku baru lepas mandi masa aku kasi duit tuh kat dia, memang patut pun duit tuh basah. Itu baru kena air mandi tuh, belum air lain lagi tuh. So memang patutlah dari semalam lagi aku geram kat Mak Nila tuh.
Sampai masa kat subway pun aku masih terasa geram, dan masih fikir pasal karenahnya Mak Nila tuh. Yang buat aku rasa tak sedap hatinya bukan apa, benda-benda kecik gitu beria-ia sangat, sampaikan buat aku rasa tak tenteram, sampaikan buat aku terpaksa tulis kat blog.
Aku sampai awal kat kedai, Daniel terus blah aje masa aku sampai tuh, dia nak pergi beli barang, kata dia. Dah on kan laptop, baru aku terperasan yang alat wireless broadband aku tuh tertinggal. Ya Ampuuuun, rasa nak pitam aku dibuatnya. Maknanya aku tak dapat nak online lah seharian. Rasa macam nak pergi balik ke apartment aje, nak pergi ambik wire tuh. Apasal aku nih pelupa sangat sejak akhir-akhir nih? Kalaulah aku sedar ketiadaan usb modem tuh masa aku dalam train, harus aku berpatah balik dah. Aku akan paksa drebar train tuh gostan. Harus aku dah tertipu Daniel kata train mogok, so aku akan sampai lambat kat tempat kerja.
So, bodoh jer lah aku sepanjang pagi tuh, mengenangkan nasib malang yang menimpa. Ker aku terkena sumpahan Mak Nila nih? Hari hujan, manalah ada orang sangat yang datang untuk cuci baju, so banyaklah masa free aku. Nak bawak-bawak membaca, tak ada apa yang nak dibaca. Nak dengar lagu, cuma ada 3 lagu aje yang sempat aku download dari Limewire. Lagu Into The Ocean (Blue October), Chasing Cars (Snow Patrol) sama lagu Ode To My Family (The Cranberries), so lagu tu jer lah yang aku dok mainkan sepanjang hari.
Then aku teringat yang aku selalu beli pirated DVDs dan aku ada tertinggal some of the dvds tuh kat kedai. Setiap minggu, out of kesihan, aku terbeli 3 dvd kat satu Mamat nih yang selalu jual pirate dvds, kat kedai nih. Mula dulunya dia macam takut-takut nak masuk kedai nih, nak jual kat orang yang ada di kedai, yang tengah cuci pakaian. Tapi satu hari tuh aku terbeli dvds kat dia, murah aje, 3 for ten bucks.
Start pada hari tuh, setiap kali dia datang, aku akan terbeli 3 keping. Aku tak nak beli, tapi terkesian kat Mamat tuh, dia macam baik jer dengan aku. Yang buat lawaknya, satu dvd pun aku belum tengok, memang aku tak ada niat pun nak tengok, sebab aku tak suka tengok movie kat dvd. Aku lebih suka tengok wayang kat panggung. Dan yang buat lawaknya, aku tak berapa tahu sangat judul-judul movies yang Mamat tuh kasi aku, tapi semuanya latest punya movies. So aku cari-carilah kalau-kalau ada dvd yang tertinggal kat kedai tuh. Ada satu, tapi cerita Cina, Curse Of The Golden Flower (Chow Yun Fat, Gong Li).So kaedahnya, tak lah aku tengok dvd cerita Cina tuh.
Resah aku jadinya, duduk salah, berdiri salah. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. So, daripada duduk bodoh aje, lebih baik aku mengelamun, lebih baik aku berfikir.
Bila dah tak ada aktiviti nak buat tuh, mulalah aku melangut aje kerjanya. Sampai tersengguk-sengguk aku dibuatnya. Kebetulan pulak ada dua orang yang hantar pakaian nak dicuci tuh, semuanya pakaian yang besar-besar, yang senang aje untuk dilipat.
Memanglah sejak aku dapat off ituhari, aku terasa`lega yang teramat. Terasa fresh gitu. Tapi, kefreshan tuh sekejap aje. Tiap kali aku datang kerja, walaupun tak ada apa sangat kerjanya pun, aku rasa bosan yang teramat. Sedangkan masa ada internet pun aku rasa bosan, ini kan pulak masa tak ada internet, kan? Tuhan aje lah yang tahunya.
Dan yang paling menyetresskannya masa lepas aje pukul 6 petang, masa aku dah mula nak bersih-bersihkan kedai. Ha, masa tu lah aku selalu fikir yang tak ada kesudahannya aku kerja di sini nih. Aku selalu fikir, apa yang aku nak tergesa-gesa balik sedangkan balik nantinya pun, untuk tidur aje. Aku tak ada langsung masa untuk diri aku sendiri. Tak ada pun masa untuk baring-baring sambil merenung siling, sambil genggam-genggam telur macam yang orang lain buat tuh. Tak ada masa pun nak jalan-jalan keluar rumah untuk ambil angin, macam yang orang lain buat tuh. Aku kena buat dua tiga benda dalam satu masa, sebab nak save time. Itu yang makan sambil satu tangan lagi kat laptop. Itu yang aku rasa tension sangat tuh.
Itu yang aku, sambil mencuci-cuci kat kedai tuh, aku kata, ini tak boleh jadi nih. Aku tak boleh menyiksa diri aku lama-lama sangat, cukuplah beberapa bulan aku hidup begini.
Aku kena cari kerja lain nih, apa-apa kerja lah tapi biarlah kerja yang jam nya tak lama sangat dalam sehari. Yang paling lama pun, sepuluh jam sehari aje. Kalau kerja yang dekat-dekat, itu lagi bagus, aku dapat save masa untuk commute ke tempat kerja, kan?
Tapi......
Aku sedar yang ke mana-mana aku kerja pun nanti, aku akan buat the same shit day in day out. Semua benda yang sama. Orang macam aku yang gelap gelita statusnya di Amerika nih, tak boleh memilih sangat. Tak adanya lah kerja 8 jam sehari. Kalau ada pun, gajinya kecik aje sebab bayarannya pun way below minimum wages. Akan tertension lah lagi aku nanti kalau kerja dengan gaji yang lebih kecil dari sekarang.
Aku nih, walaupun Bangla aje, tapi maintenance tuh boleh tahan lah jugak kan? Nak bayar cellphone lagih, sewa rumah, bill wireless internet, tambang pergi balik kerja, makan. Mana nak buat facial lagih, nak urut , nak buat acupuncture. Semuanya tuh. Mana nak bersiap sedia untuk pengepauan Mak Nila lagi kan?
Banyak tuh kalau dikira semuanya. 2010 is fast approaching, aku kena ada duit nih. Kalau aku kerja di sini, di kedai laundry Daniel nih, dapatlah jugak aku save dalam seseribu sebulan. Tapi itulah, aku dah bosan, aku tak ada masa untuk diri aku sendiri.
Walaupun aku rasa cuak dan takut jugak untuk memulakan hidup baru, cari kerja di tempat lain, tapi aku rasa dah sampai masanya aku mengorak langkah. Dah dekat 4 bulan dah aku kerja. Sekejap aje dah lama, kan? Orang macam aku nih, manalah boleh kerja lama-lama kat satu tempat. Aku akan sentiasa mencari alasan untuk buat benda lain, untuk keluar dari sini. Kalau masa mula-mula kerja dulu, itu lain cerita, banyak benda yang kena belajar, kena tahu, so memang tak ada masa nak fikir yang bukan-bukan sangat. Lagipun masa tuh tak ada duit, so, memanglah tak boleh fikir sesangat kan?
Tapi, sekarang nih kerja dah aku tahu semua, dah jadi routine seharian, itu yang buat aku jadi bosan. Itu yang buat aku cuba nak cari jalan keluar. Memang payah jadi orang macam aku nih, dah elok-elok kat satu tempat, saja jer nak menyusahkan diri. Tapi itulah, korang tak faham, korang bukannya jenis adventurous macam aku.
Apa yang aku fikir, selagi aku ada kerja, apa-apa kerja pun lah, itu dah kira ok dah. Sebab aku kerja pun hanyalah untuk kumpul duit sesikit, untuk survival.
Kalau aku pindah kerja di tempat lain, akan lebih ligat otak di kepala (bukan kat bontot, ok?) aku berfikir. Iyalah kan, nak cari kerja, nak menyesuaikan diri kat tempat kerja, nak dapatkan peluang untuk online walaupun masa kerja (itu sudah mesti tuh), banyak lagilah benda-benda yang akan membuatkan aku ligat berfikir. Selama hampir 4 bulan nih memang kepala aku ligat fikir pasal benda-benda tu lah. Dan semuanya dah dapat pun, aku dapat menyesuaikan diri kat tempat kerja, Boss aku suka aku, customers pun ramai yang suka aku, aku dapat online sesuka hati, semuanya tuh. Semuanya tuh aku dah kautim. So apa lagi yang otak aku nak fikir nih?
Aku ada jugak fikir yang (funny, kalau aku tengah down tuh, banyak pulak benda-benda yang aku layan fikir. Tapi, mungkin sebab layan sangat fikir, itu yang lebih mengedownkan aku kot? Asalnya tadi, yang mengedownkan aku, aku terlupa bawak usb modem, then aku tak boleh nak berinternet seharian, itu aje) lebih baik aku teruskan aje kerja di sini, persetankan angan-angan aku untuk hidup happy macam orang. Tak akan happy nya lah aku nih, ke mana-mana aku pergi pun. Sebab aku nih kan ker jenis tak mudah berpuas hati dengan apa yang ada? Yang, kononnya nak cari pengalaman baru, nak buat benda baru. "Don't fix it if it's not broken", Mat Salleh kata gitu kan? Dengan aku, even if it is not broken, I'll just throw it away, sebab aku mudah bosan. Lebih kurang gitu lah.
Eh, tiba-tiba aku rasa nak stop kat sini aje lah, tak seronok pulak banyak-banyak sangat whine nih. Lain kali aku sambung lagi.
Move yourself
You always live your life
Never thinking of the future
Prove yourself
You are the move you make
Take your chances win or loser
See yourself
You are the steps you take
You and you - and that's the only way
Shake - shake yourself
You're every move you make
So the story goes
Owner of a lonely heart
Owner of a lonely heart
Much better than - a
Owner of a broken heart
Owner of a lonely heart
Say - you don't want to chance it
You've been hurt so before
Watch it now
The eagle in the sky
How he dancin' one and only
You - lose yourself
No not for pity's sake
There's no real reason to be lonely
Be yourself
Give your free will a chance
You've got to want to succeed
Owner of a lonely heart
Owner of a lonely heart
Much better than - a
Owner of a broken heart
Owner of a lonely heart
Owner of a lonely heart
After my own indecision
They confused me so (Owner of a lonely heart)
My love said never question your will at all
In the end you've got to go
Look before you leap (Owner of a lonely heart)
And don't you hesitate at all - no no
Owner of a lonely heart
Owner of a lonely heart
Much better than - a
Owner of a broken heart
Owner of a lonely heart
Owner of a lonely heart
Sooner or later each conclusion
Will decide the lonely heart (Owner of a lonely heart)
It will excite it will delight
It will give a better start (Owner of a lonely heart)
Don't deceive your free will at all
Don't deceive your free will at all (Owner of a lonely heart)
Don't deceive your free will at all
Just receive it