Berkesan jugak lakunan aku di depan bini Daniel tuh gamaknya sebab hari-hari berikutnya, dia cakap dengan aku pun gelak-gelak aje. Dan aku pun sebenarnya puas hati jugak bila dia tahu yang aku ada benda yang tak puas hatinya bekerja di situ. Atau mungkin dia ada talipun Daniel, buat lapuran kat Daniel agaknya. Mungkin dia tahu yang aku dah letih bekerja setiap hari.
Memang aku rasa letih sangat, aku pun tak tahu apa pasal. Nak kata kerja teruk, tak jugak. Sekarang nih musim panas, tak ramai orang, tak sesibuk masa winter dulu. Dan dalam sehari tuh, sekarang nih, dah jadi biasa kalau tak ada orang yang hantar pakaian untuk dicuci pun. Aku tahu, komisyen aku di akhir bulan nanti akan jadi sikit, tak dapat nak cover bayar sewa bilik. Tapi aku sikit pun tak kisah. Aku lebih suka sebenarnya. Sebab aku dapat banyak rileks, dapat online seharian. Itu lebih penting. Itu yang mengatasi segalanya. Itu aje yang buat aku rasa happy dan berat untuk meninggalkan kerja di sini. Tapi, mungkin itu jugak sebab aku jadi lesu kot? Jadi lemah. Jadi tak bermaya. Mengadap laptop aje kerjanya sepanjang hari. Bila ada customer, even sorang pun, aku dah mula merungut. Apa-apalah, tapi, walaupun aku tak ada kerja sangat, memang letih sebenarnya kerja setiap hari nih. Letih mental.
Nada cakap bini Daniel pun dah berubah sikit sekarang nih, dia pun (walaupun aku tahu itu hanyalah pura-pura dia) dah menyalahkan customers yang datang lewat untuk cuci pakaian. Kononnya lah. "They are crazy, they are very inconsiderate", dia kata gitu. Dia jugak yang cakap "We cannot turn them away", dulu tuh, kan?. Yang buat aku tension nya bukan apa, walaupun kerja tak sesibuk dulu, tapi, hampir setiap malam, akan ada aje customers yang buat palat. Yang datang lewat. Yang itu buat aku geram sangat tuh.
Tapi tak apa lah, aku nak buat macamana kan? Terima aje lah.
--------------------------
Tak lengkap lah kalau aku tak cerita pasal mak Nila kan? Orang tua kaki pau tuh. Korang ingat dia tuh jenis orang yang mudah menyerah kalah ker? Salah tekaan korang tuh. Dia lagi terrer.
Dia dah selalu menalipun aku masa aku kerja. Sebab benda bodoh-bodoh aje. Kadang dia talipun, nak ingatkan aku, suruh bawak balik containers kosong, tempat dia taruk nasi. Selalunya dia talipun tanya aku kalau-kalau aku nak order makanan sedangkan aku dah beritahu, aku nak order makanan 3 kali aje seminggu. Kadang aje 4 kali. Apa yang dia nak sebenarnya, dia nak aku order makanan setiap hari. So that aku akan beli nasi dari dia setiap hari. Serakah sangat orang tua tu kan?
Bayanglah, mana lah aku tak bengangnya. Tengah aku tension sebab tengah melipat pakaian (sambil fikir, bilalah siapnya nih, aku nak online nih), dia menalipun. Then kata, "Ibu mahu usul, kamu oder rantangan setiap hari lebih gampang, bisa makan dua kali sehari".
"Gak mahu. Gak mahu. Ok Bu, saya lagi kerja ni", aku jawab gitu aje.
Dan setiap kali aku balik kerja, lewat macamana pun, dia akan ketuk pintu bilik aku. Beritahu aku yang ada makanan dalam peti ais. "Rantangan kamu di kulkas", dia kata gitu.
"Koq gimana sih? Bilangnya cuma 3 kali seminggu, kenapa bisa setiap hari?", aku tanya gitu.
"Enak rawon udang tu, kamu belum coba", pandai dia nak kena kan aku.
"Gak mahu!", aku jawab gitu aje sambil tutup pintu. Sambil kata, "Ya ampuuuuuunnnnn. Sabar jer lah orang tua nih"
Aku mandi. Keluar bilik air, dia kata lagi, "Ambil lauk di kulkas".
"Gak mahu, gak mahu", aku jawab gitu. Tak pandang pun muka dia.
"Gak mahu gak papa, kiranya kamu mahu", alasan dia lah tuh.
Pundek, dah berapa kali aku kata aku tak nak. Dah berapa kali aku kata aku nak order makanan cuma 3 kali seminggu? Yang dia order setiap hari tuh apa pasal? Sebab dia nak aku beli nasi putih dia tuh dua kali sehari, dua dollars sehari. Itu pasal!
-------------------------
Ramai jugak regular customers yang datang cuci pakaian tuh tahu yang aku kerja setiap hari. Aku yang beritahu diaorang sebenarnya, yang baik dan rapat, dan yang selalu tegur aku tuh. Macam mengadu dan meraih simpati diaorang lah kiranya. Secara tidak langsung.
"That's too long man, that's too long" "Huh, that's far too many hours" "That's crazy.....", itu lah antara jawapan-jawapan yang diaorang kasi bila aku kata yang aku terpaksa kerja setiap hari for up to 14 hours a day for 26 days. Agaknya sebab aku tension sangat kerja, itu yang aku selalu tercerita, terberitahu diaorang yang aku letih, aku bosan. "It's gonna be alright........" "You can do it........" "Get a new job......", kata diaorang.
Tapi, dalam ramai-ramai yang terkesian dengan aku tuh, ada sorang Makcik (originally from Haiti) yang buat aku tersentuh. Mungkin kebetulan kot, dan aku tak pernah terperasan pun, yang setiap kali dia datang, aku mesti masa tuh tengah sibuk buat kerja. Samada mencuci pakaian, membersihkan mesin, atau melayan orang kat counter. Itu yang dia kata aku nih workhaolic, kerja setiap hari pulak tuh. Aku kata lah yang kalau aku ada pilihan, aku nak kerja macam orang lain jugak, 5 days a week, 8 hours a day. Tapi aku tak ada pilihan lain. Dia tahu yang aku illegal sebab dia pernah tanya aku dan aku yes kan aje.
So sekali tuh, masa tengah sibuk, dia datang ke kedai. Bukan nak cuci pakaian. Instead dia bawak bungkusan makanan yang gayanya macam dibeli kat Chinese Take-Out aje. Dia taruk kat kaunter. Untuk aku rupanya.
"I bring you some ribs, hope you like it", kata dia sambil terus blah.
Alamak. Pork ribs? Terus aku fikir, kalau benda lain, aku boleh terima, aku boleh kasi orang lain. Tafi itu vavi. Mana voleh, tak nak lah aku masuk camfur kalau venda-venda vavi gitu tuh. So aku fergi keluar, samvil fanggil-fanggil Makcik tuh. Aku cakaplah aku tak voleh makan vavi (venda lain tak semvelih fun aku tak voleh makan tafi aku tak veritahu dia). Nasib vaik dia faham, tafi dia macam terkilan gitu. Kesian aku kat dia so aku feluk dia. Bukan feluk vetul-vetul feluk, feluk-feluk gitu aje. Laki dia namfak, so aku kasi signal terima kasih.
Aku rasa macam terharu gitu samfai aku cerita kat orang lain fasal Makcik kasi aku vavi tuh. "See, there are good people here", kata Minah sorang tuh.
So lepas tuh aku rasa macam terhutang something aje lah kat Makcik tuh.