Friday, October 5, 2012

Three Days Of Rain


Hari Ahad lepas, masa aku sampai di tempat kerja, aku tengok pintu roller shutter yang besar dan berat tuh terbuka. Siapalah agaknya yang buka kan pintu tuh? Sejak Daniel tak ada, tiap-tiap hari, aku lah yang buka kan pintu tuh. Itulah kerja pertama yang aku buat, sebaik saja sampai ke tempat kerja, setiap pagi. Macam Apek kat Petaling Street aje aku kalau pagi-pagi tuh. Berlengas jugaklah ketiak nak membukanya roller shutter door tuh, roughly dalam 125 kali aku tarik, barulah terbukak pintu tuh. 125 kali. Memang aku bilang tuh. 

Kerja kedua pulak, bila aku sampai tuh, menyapu laman kedai. Eh, laman ker? menyapu di bahagian depoan kedai, di car park. 

Kerja ketiga pulak.....

Kerja keempat pulak.....

Itulah, nak kata bini Daniel yang bukakan pintu roller shutter tuh, tak mungkin. Unless malam semalamnya dia dah bertukar jadi The Bionic Woman. 

Bila aku masuk aje kedai tuh, baru lah aku tahu yang rupanya Daniel dah balik dari China. Tersenyum aku dibuatnya, dan aku pun nampak Daniel senyum. Aku terus buat selamba aje lah, aku sembang-sembang dulu dengan a few customers yang aku kenal. Dan aku nampak Daniel macam excited, macam nak sembang dengan aku aje, dia lambai tangan kat aku, kasi signal suruh masuk. Nak melepaskan rindu yang terpendam lah tuh kot? 

Masuk aje ke dalam, terus aku bukak beg dan keluarkan surat-surat yang dia suruh aku simpan dari pengetahuan bini dia tuh. Sesama lelaki nih senang nak simpan rahsia, kan? Dia suruh aku sorokkan surat-surat dia, aku selamba aje sorokkan. Kalau perempuan lah, sure dah heboh sana sini dah, sure semua orang dah tahu cerita dah, entah-entah tulis kat blog lagih. Aku? Aku rileks jer, selamba aje, aku tak cerita pun kat orang. Itu rahsia antara aku sama Daniel. Orang lain mana boleh tahu. 

Rupanya Daniel balik dua hari lebih awal dari yang diplankan. Tak kisah lah tuh, hari-hari untuk aku off semakin mendatang, itu aje yang aku fikirkan. 

Sebab dia pun baru sampai malam sebelumnya, dan belum pun tidur, dan banyak benda-benda lain kena buat, so dia blah awal. Dia kata dia akan datang balik semula malamnya nanti, untuk bayar gaji dan komisyen aku mencuci pakaian orang. Aku ok kan aje, sebab, makin cepat dia blah, makin cepatlah aku boleh online. 

"Take your time. No rush", aku kata gitu kat dia bila dia kata banyak sangat kerja yang kena settlekan, tapi dia macam nak selesaikan duit gaji aku dulu. Nak kena kira berapa jumnlah harga pakaian yang aku cuci etc. Itu ambik masa tuh. Aku fikir, kalau dia bayar gaji bulan Mei tu cepat-cepat pun, bukannya aku boleh belanjakan duit tuh. Nak kena tunggu hari aku off lah baru duit tuh dapat dimanafaatkan. Tapi, kalau dia bayar malam tuh, itupun kira ok jugak. Sebab, dapatlah duit tuh bertahan lama sikit kat tangan aku, kan? Kalau dibayar sehari sebelum aku off, memanglah tak lama duit tuh aku pegang. Sebab, sure aku akan terbeli itu ini. Sure nya lah. Dekat sebulan aku kerja tanpa henti-henti, sure banyak dendam yang nak dibalas, kan? 

Tapi sebelum dia blah, dia tanya aku, kalau-kalau sepeninggalan dia dulu tuh ada masalah-masalah lain. Aku kata tak ada apa pun, semuanya smooth sailing jer. Dia tanya aku samada aku suka kerja sama bini dia. Aku gelak aje. 

"What is this?", kata Daniel masa dia belek-belek a few notices yang bini dia tampalkan kat dinding, kat pintu, kata mana-mana lah yang senang dibaca. Semuanya notis-notis peringatan pasal kerja, suruh tutup lampu, kipas, off kan air-cond, dan segala macam notis lain lah. Siram bunga, sapu sampah, masak air etc. Semuanya tuh untuk aku kot, sebab dah dua kali aku terlupa tutup air-cond, masa nak balik. Iyalah, kalau malam-malam tuh semuanya rushing aje, nak cepat, sure ada benda-benda yang aku terlupa buat. Kadang terbawak balik remote control tv tuh, kadang kunci bilik air ada dalam jeans aku, kadang kunci yang sepatutnya aku tinggalkan, aku terbawak balik. 

Kalau dengan Daniel, benda gitu tuh kacang aje, tapi kalau dengan bini dia tuh, benda itu lah yang diulang-ulangnya. 

Mulanya aku nak cakap jugak dengan Daniel pasal benda yang aku tak suka tentang bini dia tuh tapi bila aku fikir balik, buat mengabiskan beras aje kan mengadu kat dia, so aku lupakan ajelah niat aku tuh. Paling-paling pun dia akan kata, "Women, they are all like that".Kan? Lain lah kalau dia tuh yang jenis, kalau aku report sikit pasal bini dia, dia akan kata, "Bini aku tuh memang gituh, tu pasal aku sorok-sorok surat aku. Aku tak cakap pun kat dia yang aku ada bank acount lain", Wakakakakakaka, lepas tuh dia gelak. Kalau yang jenis gitu, memang laju lah aku membatu-apikannya. 

Entah pasal apa, tak sampai sejam aku online, terus aku rasa`macam malas aje. Macam tak ada apa pun kat internet, tak ada apa dah yang mengexcitedkan aku. Semuanya hambar. So aku terus aje log off, aku tutup laptop. Dan aku lepak aje lah tak buat apa-apa. Semakin lah bosan jadinya. Dan mengantuk pun ya. Tersengguk-sengguk aku. Aku layan jer. Kalau ada customer yang datang, aku katalah yang aku letih, aku mengantuk. Then aku ceritalah yang aku dah dekat sebulan kerja setiap hari, more than 13 hours a day. 

Hujan turun lebat gila petang tuh. Besarnya kuasa Tuhan, dalam panas-panas tuh, boleh hujan ais? Tak pernah lagi aku tengok/alami hujan ais yang turun sebesar manik tuh. Ada lah dalam masa lima minit manik-manik turun dari langit. Bertempiaran gagak masuk ke kedai. So tak adalah sibuk aku di sepanjang hari tuh jadinya. Macamana pun, aku tetap jugak tak on kan laptop, aku tak online pun. Aku pun terkejut apa pasal aku malas berinternet. Harap-harap jangan lah berpanjangan ketidakadamoodan aku tuh. 

Malam tuh masa aku tengah sibuk membersihkan dalam kedai tuh, Daniel datang. Terus dia panggil aku, terus dia bayar gaji aku. Sadis amat sih. Duit tuh ditaruk dalam beg plastik, iyalah, banyak keping-kepingnya. Bill 50 dollars ada 6 keping, bill 20 dollars ada`60 keping, bill 10 doillars, bill 5 dollars. Bill yang sedollar-sedollar tuh pun banyak. Yang buat sadisnya tuh bukan apa, duit tuh semuanya yang aku pernah tengok, pernah pegang. Duit dari cash register. Patutnya tukarlah ke seratus dollar punya bill kan?

"I owe you 3 days off, right?", Daniel tanya aku. 

"Yeah", aku jawab gitu. 

Then dia tanya aku kalau-kalau aku bersetuju kalau dia bayar off aku tuh, instead aku ambil cuti. Aku kata aku nak off jugak, aku tak nak dia bayar dengan duit. Ala, bukannya banyak pun, lainlah kalau dia bayar lebih, atau bayar double ker, harus aku terbersetuju. 

"Well, it's up to you", aku kata gitu bila Daniel tanya aku sekali lagi. Macam lah aku nih pekak. Macamlah aku nih tak faham apa yang dia tanya. Tapi dalam hati aku kata, tak apa jugak sebenarnya kalau dia bayar dengan duit, hutang cuti aku tuh. Sebab, from now on, aku dah ada sehari cuti dalam seminggu tuh. Tapi sebelum aku terkesian kat Daniel tuh, sebelum aku tertukar fikiran dan terbesutuju dengan cadangan dia, aku kata lah yang aku nak kan off, sebab aku dah ada banyak plans yang nak dibuat. 

"Ok, you off Thursday", kata Daniel sambil tengok calendar. 

"Wednesday and Thursday, right?', aku tanya dia balik, sebab memang itu yang kitaorang setuju ituhari, dah ada dia tanda kat calendarr pun yang aku akan off pada hari Rabu dan Khamis, untuk 3 minggu berturut-turut. 13 dan 14, 20 dan 21, 27 dan 28 June, itu semua hari besar aku tuh.