Friday, October 5, 2012

Kunang-Kunang Terbang Malam


22062007

"You look happy", kata Daniel bila aku sampai aje kat tempat kerja keesokan harinya. Pundek! Memanglah aku happy, dah lama tak off. Ha, dah dapat sebijik pundek dari aku. Kalau off dua hari macam yang dijanjikan dulu tuh, lagilah aku happynya.

So hari-hari berikutnya, aku kerja pun macam bersemangat lah sikit. Aku dah tak tengok dates pun macam dulu tuh, yang setiap hari membilang tarikh. Cuma aku tertunggu-tunggu dua hari keramat yang bakal menjelma. Yang buat tak seronoknya, aku tak dapatlah nak plan besar-besar sangat, sebab duit gaji aku pun dah tinggal separuh. Dulu punyalah bersemangat nak simpan, tapi tak sempat seminggu, terguna jugak duit tuh. Tak apalah, dalam seseminggu dua dapat gaji lagi, kan? Duit boleh dicari, kegembiraan di hati? Too bad kegembiraan di hati pun nak kena guna duit jugak. 

So aku tak ada lah plan apa-apa untuk dua hari off yang akan datang nanti, cuma aku plan untuk ke New York City pada 4th July, nak menyambut kemerdekaan Amerika. Dapat bermalam kat sana pun ok jugak, dah lama tak ke sana, dah 3 bulan lebih nih. Yang minggu akan datang, nak lepak Phila aje lah kot, paling pun aku ke Jersey Shores.

Hari Isnin, tiba-tiba aku dapat YM dari Bob, long-time reader blog nih. Kira macam peminat aku lah kan? Bob nih kat Delaware, lebih kurang 45 minit aje dari tempat aku. Dia sekeluarga baru balik dari Malaysia. Bob ajak aku datang rumah dia sebab aku cuti dua hari tuh. Terus aje lah aku bersetuju sebab aku macam dah termalu dengan Bob nih, dari dulu lagi dia ajak aku datang ke rumah dia tapi masa tuh aku samada kerja di luar Philly atau aku tak ada masa. Masa aku kerja, dia off, masa aku off, dia kerja. 

Aku rasa tak patut sangatlah aku aku kasi alasan tak nak datang ke rumah dia kali ini sebab dialah orang yang pertama aku kenal (melalui blog), orang yang dekat-dekat sini maksud aku, tapi aku masih belum berkesempatan jumpa dia. Sure dia terasa hati agaknya. Aku dah jumpa Kak Lina, aku dah jumpa Ruby, Sharifah, sedangkan Bob yang dah lama baca blog aku, aku belum jumpa. Memanglah tak patut sangat, kan? Lagipun, masa YM tuh, Boib ada kata, "aku kene buat kau jadi idola aku skarang. Aku respect giler kat kau" So, memang tak patut sangatlah kalau aku menghampakan harapan peminat yang nak jumpa aku kan? 

So aku janji nak ke rumah Bob pukul 6 petang hari Rabu, tidur di sana. 

Dan Rabu pun menjelma. Aku ada banyak masa, so aku tidur lah lama-lama, kan? Lepas bangun pagi tuh, aku tidur semula sampai pukul 10. Bangun pun sebab lapar. Aku tak ada lah tujuan sangat nak ke mana tapi aku jalan kaki aje ke city center. Aku bawak laptop, mana lah tahu kalau-kalau aku nak melepak kat bawah pokok ker, selalunya kalau musim-musim panas gini, aku pergi park, tidur bawah pokok. 

Then aku ke Banana Leaf Restaurant, makan Mee Kari Seafood, sesambil online. Termalas pulak nak jalan ke panggung wayang walaupun ada plan nak tengok movie mulanya. So aku jalan aje lah tanpa tujuan, sambil fikir, apa yang aku nak buat sementara tunggu masa untuk ke rumah Bob. Dulu, aku ada plan yang aku nak buat acupuncture treatment, nak urut, nak cuci muka, masa aku off. Aku dah buat acupuncture, dua lagi aku belum buat. Elok jugak kalau aku buat salah satu atau salah dua benda tuh kan? Sementara duit ada kat pocket kan? 

Chinatown kat Philadelphia mana lah besar, so aku tak ada pilihan sangat, aku masuk aje lah kat satu kedai nih. Mulanya saspen jugak, iyalah kan, nama pun Chinatown kan? Mana lah tahu kan, kang tempat buat cuci muka pun ada buat servis cuci kote?Tapi bila aku masuk ke salon tuh, terkejut jugak aku tengok, sebab macam professional sangat tempatnya. Ada tempat potong rambut, cuci muka, massage, foot refleksologi, semuanya lengkap. 

"Ish, ini sure mahal nih tempatnya", kata aku dalam hati. Memang pun, yang paling murah pun 55 dollars, so aku katalah yang aku nak cuci muka. Dah berkarat sangat dah muka aku nih benarnya. 65 dollars, dalam masa dua jam, aku ambik yang itu. Kat New York dulu tuh, 50 dollars selama sejam setengah. Aku nak tengoklah, kalau service nya bagus, akan sure lah aku terselalu datang nanti tuh. Mintak-mintak biarlah service nya tak bagus, tak apalah tak berbaloi dengan 65 dollars yang aku bayar tuh. 

Walaupun amoi tuh punya English tersangkut-sangkut, tapi dia banyak jugak sembangnya dengan aku. Tak tahulah kalau nak pancing aku sebab aku kata, biasanya aku buat facial kat New York, dan kalau lah service kat situ ok, aku akan datang lagi. So sesambil dia sapu lotion itu ini kat muka aku, sesambil tuh dia tanya, sembang-sembang. Sampi berembun muka aku dengan tempiasan air liur dia. Tak pakai mask rupanya amoi tuh, bukan macam amoi yang salon kat New York tuh. 

Sesiapa yang pernah buat facial, tau lah yang paling tak seronoknya masa diaorang cungkil kulit kat muka tuh, yang guna besi tajam tuh. Mulanya aku ingatkan dia picit pores, rupanya dia macam buat pores,. Walaupun mata aku ditutup dengan tissue, tapi masa dia tekan-tekan hidung aku dengan alat pencungkil tuh, barulah aku tahu yang dia melubangkan kulit aku tuh. Ya ampunlah sakit nya. Berair-air mata aku, ditambah pulak dengan wap steam tuh, nak terbersin aku dibuatnya, meleleh-leleh air kat hidung. Aku, kalau masa cuci muka, yang itu lah aku paling tak tahannya. Jauh lah lebih sakit dari buat acupuncture. 

Lepas tuh, bila muka aku diuli-uli, digomol-gomol, barulah aku terlena, masa nak keringkan lotion. Uish, rasa fresh aje lepas tuh. Then amoi nih tanya aku kalau-kalau aku nak buat "massage untuk lelaki", yang therapistnya lelaki. Tak nak lah aku sebab mahal, 60 dollars sejam. Tapi aku tertanya pasal foot massage, dah lama aku nak cuba buat massage tuh tapi tak pernah ada kesempatan. Lagipun, dengar cerita orang, sakit sangat kalau urut kaki tuh, boleh meraung-raung. Takut aku jadinya. Tapi, kali ini aku dah bersedia, kalau sakit sangat, aku tendang jer tukang urut tuh kan? 30 dollars untuk 45 minit, itu tak termasuk tips. Sabar jer lah dengan amoi tuh, dia siap kata gitu tuh, macamlah aku nih tak tahu adab mengetip. 

So berthreesomelah kitaorang. Si amoi tuh mengerjakan bahagian atas (muka) aku, si lelaki tuh mengerjakan bahagian bawah (urut kaki) aku. Kalau ada orang mengerjakan bahagian tengah kan sedap? Ooppsss

Tak rasa apa pun urutannya, tah apa-apa pun. Cuma geli aje, puas aku menahan kegelian, especially masa dia urut tapak kaki. Menahan dari terstim pun satu hal jugak. Tapi basically, tak ada maknanya langsung foot massage tuh, tah apa-apa. Yang orang sampai meraung-raung tuh, itu foot massage ker apa hah? 

So dalam masa 45 minit tuh, rasa seronok jer, rasa fresh aje, sampai aku terfikir, yang tak mudah lah aku nih kan? Tapi tak apa lah, aku akan buat apa aje untuk buat kan aku rasa happy, gembira. 

Sampai pukul 3 setengah barulah selesai semuanya, terbanglah 110 dollars (sama tips), dan aku pun berjanji yang aku nak datang lagi nanti. Dan aku kata kat diri aku yang janganlah aku terdatang setiap bulan nanti. Sekali dalam masa dua tiga bulan ok lah kot. Tapi aku macam tak percaya jer dengan diri aku nih, sebab aku rasa macam nak terdatang jer lagi dua tiga minggu nanti. 

Terus aku bergegas balik, tak sempat dah nak pergi buat laundry sebab aku teronline sejam. Lepas mandi-mandi, dah dekat pukul 5 pun. Singgah sekejap kat kedai Indo, beli tempeyek 2 bungkus, kek lapis ker apa tah. Aku rembat aje lah. 

Aku termiss train ke Marcus Hook/Claymont tuh sebab ramai sangat orang, rush hour masa tuh. Terpaksalah naik train pukul 6. Tak lama aku tunggu Bob kat train station kat Marcus Hook tuh, dalam 5 minit aje aku nampak Kia biru. Dari seberang sana tuh aku angkat tangan, Bob pun lambai aku. "Akirnya jumpa juga dengan Datuk Joe", kata Bob, lepas kitaorang bersalam-salaman. 

Aku tak ada lah rasa janggal sangat sebab Bob sama Aifa berulang kali kata, "Jangan malu-malu, buatlah macam rumah sendiri". Ya Rabbi lah sedapnya cekodok ikan bilis cicah cili sos manis tuh, aku pun tak tahu berapa bijik aku makan. Tambah-tambah Bob selalu kata , "makan lah lagi, ambil lah lagi, jangan malu-malu". So aku apa lagi lah kan? 

Aku tak ada lah banyak cakap sangat mulanya sebab (walaupun aku rasa comfortable aje, rasa macam dah kenal lama aje dengan Bob dan Aifa) aku tahu yang kalau tak Aifa, Bob nih baca blog aku. Setakat mana dia baca, itu aku tak tahu. So aku nak cakap tuh, nak kena ikut rentak soalan dia ajelah. Sesambil cungkil, sejauh mana dia tahu pasal aku. 

"Apa cerita pasal itu, apa cerita pasal ini", Bob tanya aku. "Uish, dia baca betul-betul baca nih", kata aku dalam hati. So aku ceritalah. Then dia tanya pasal kisah lain pulak. Cerita pasal Mak Nila lah, pasal Nenek kat KFC lah, pasal masa aku kat Pittsburgh lah, pasal aku kena hentam dengan amigo masa kat Elizabeth, New Jersey pun dia tanya. "Ini pembaca tegar nih", kata aku dalam hati. Aku jadi macam termalu jugak sebab kadang bila aku cerita tuh, dia yang sambung kan, dia yang tahu jalan cerita. 

"Eh, ko jumpa kat mana blog aku?", aku cuba-cuba korek dari dia. Manalah tahu kot-kot dia terjumpa url blog aku nih dari blog-blog bapok. Zaman-zaman dulu blog aku selalu jugak ada orang link kan kat blog bapoks. Sebab kebanyakan lelaki yang kat blog aku tuh, diaorang datang pun dari blog bapok kot?. Oooppsss. Sure lah semua tak nak mengaku. 

"Ada member kasi aku", kata Bob. Oklah kalau gitu. 

So sambil makan malam tuh kitaorang terus aje lah sembang. Lama dah tak makan berhidang gitu, 3 jenis lauk pauk pulak tuh. Gulai ayam, sayur, sambal tumis kentang + ikan bilis. Sambil menjilat jari aku makan, sambal tumis tuh aku rasa, aku sorang jer yang menghabiskannya. Aku memang gitu, sebab dah terbiasa makan satu lauk aje, kalau dah dapat satu masakan yang sedap, aku lupakan lauk lain. So gitu lah, sembang-sembang sambil makan. Aifa ada jugak menyampuk, dan dari cakap dia aku tahu yang dia ada baca jugak blog aku. Walaupun tak sedetail Bob. 

Lepas makan, lepas Sembahyang Maghrib, bermula lah sessi berborak luar rumah. Apartment Bob tuh di lantai bawah so selamba ajelah kitaorang sembang-sembang kat depan tuh. Aku pakai kain pelikat jer, cuaca pun nyaman. Memang seronok gila, terasa macam kat Malaysia aje, sembang-sembang sambil lepak depan rumah, sambil hisap rokok. 

"Eh Bob, banyaknya kunang-kunang kat rumah ko nih", lawa jadinya sebab banyak kunang-kunang yang merelip-relip kat rumput, kat pokok. 

"Ha ah lah, tak pernah lagi aku tengok kunang-kunang kat sini, malam ni banyak pulak. Ini sebab ko datang ni kot?', kata Bob.

"Eh, ko jangan tangkap kunang-kunang tuh, kang masa tidur ko di bawak ke kubur Cina", aku kata gitu. Masa kecik dulu gitulah kan, takut sangat nak tangkap kunang-kunang, takut nanti masa tidur, sedar-sedar dah kat jirat Cina. 

Ada aje benda yang aku sembangkan dengan Bob, rasa seronok sangat aku sebab walaupun itu kali pertama jumpa, tapi rasanya macam dah bertahun kenalnya. Dan Bob pun tahu semua cerita aku, so senang sangatlah sembangnya, tak payah aku nak explain beria-ia sangat. Aku kesian sebab Bob mengantuk, so dalam pukul 10 tuh aku dah masuk ke bilik. Biasalah kan, aku pun online. 

Pukul satu lebih agaknya aku tertidur, lena aku dibuatnya. Iyalah kan, dah bertahun-tahun lebih aku tak tidur atas katil. Biasanya tidur kat atas tilam yang ditaruk atas lantai tu aje. 

Aku terus ajelah bersiap untuk balik pagi tuh tapi Bob ajak lepak aje kat rumah dia. "Aku nak baliklah Bob, ko tahu aku tak biasa lepak-lepak kat rumah, kan? Biasanya kalau off aje, aku sure keluar", aku kata gitu. 

"Kereta, bini aku bawak pergi kerja lah", kata Bob. Eleh, alasan tak makan saman tuh. 

"Tak apalah, aku naik teksi aje", aku jawab gitu. 

"Sini kampunglah, mana ada teksi",kata Bob. Alamak. 

"Lepak sini ajelah, petang kang aku nak pergi Banana Leaf sama bini aku, boleh hantar ko sekali", kata Bob. 

"Tak apalah, aku tunggu ko kat sana aje lah", aku cuba kasi alasan. 

Tapi aku terfikir jugak, apa salahnya aku lepak-lepak kat rumah Bob tuh, after all aku tak ada plan lain. Kalau aku balik pun, sure terhabis duit buat benda lain, pasal banyak masa. Surenya lah aku akan terberjalan kat City Center. 

Mulanya rasa`macam kekok jugak lepak tak buat apa, sekadar sembang-sembang sesekejap, then tengok tv, main-main dengan anak Bob. Bukannya aku tak biasa melepak di rumah, tapi biasanya kalau aku melepak, aku melepak sorang-sorang. Ini, aku melepak bersama orang lain. Itu yang buat rasa macam kekok sikit tuh. Sikit jer lah, sebab sesambil tuh, aku online guna laptop, Bob online guna pc, sesambil tuh kitaorang cerita-ceritalah. 

Main-main kejap dengan anak Bob sementara dia goreng kueh-tiau (macamana nak mengejanya hah?). Rajin orangnya Bob nih, serba berkebolahan pulak tuh. Malu aku dibuatnya.

"Sorrylah termasin sikit", kata Bob. Diaorang nih kan, orang yang pandai masak nih, diaorang nih selalu aje kata ada benda yang tak kenanya dengan masakan diaorang. Kurang garam lah, terlebih garam lah, terpedas sikit lah. Tapi sebenarnya, tak ada cacat cela pun makanan tuh. Bukan main sedap lagi aku membahamnya, kalah kueh-tiau yang kat restoran tuh. 

"Blog sapa ko baca Bob?", saja aku tanya Bob gitu sebab masa tuh aku baru cuba-cuba nak sambung entry aku. Lagipun, saja aku nak tahu, aku nih berkongsi peminat dengan siapa kan? 

"Aku baca blog ko jer. Sama blog kawan aku", kata Bob.  

Aku senyap aje lah, sambil terus buat tak tahu aje kononnya, dah selalu aku dengar orang kata gitu tapi Bob lah orang pertama yang kata gitu di depan aku. Orang lain tuh (yang kat internet) takat beritahu aku untuk menyedapkan hati aku jer. Sebab tu lah aku tak pernah pun terperasan pun bila orang kata gitu. 

"Blog ko best baca", tak lama lepas tuh Bob kata gitu. 

Dah lah Bob, aku ada depan ko nih, bila lagi ko nak mintak otograf aku? 

Tak lama lepas tuh, Bob tertidur kat sofa, anak dia pun tertidur. Dan aku pun rasa mengantuk jugak, sebab suasana dalam apartment tuh, agak gelap dan senyap, memanglah mengundang mengantuk di mata kan? Aku masuk bilik, kononnya lepas Zohor tuh nak bawak-bawak tidur lah. Iyalah, bukan senang aku nak dapat peluang tidur di sebelah petang, kan? Tapi aku terralit pulak mengdownload beberapa program. Iyalah, laptop baru, kan? Dan sesambil tuh, terralit pulak berangan-angan. 

Terasa`lama pulak off aku hari tuh pasal bila aku bangun tidur, baru pukul 4 lebih. Dan aku rasa, yang buat aku rasa gitu, sebab aku tak ke mana-mana, tak ada nak rush pergi mana-mana pun. Pokoknya, gue santei total. 

Bob goreng cekodok lagi, aku dengan happynya lah makan. Lepas satu, satu. "Aik, tak ada gaya macam nak tinggalkan sikit untuk Aifa, kalau-kalau dia lapar masa balik kerja nanti, Bob nih", kata aku dalam hati bila Bob suruh aku habiskan semuanya. So, terhabislah cekodok tuh aku makan semuanya. Lepas tuh kitaorang teruskan sessi sembang-sembang, sementara tunggu Aifa balik kerja. 

"Eh, ituhari Sharifah ada offer aku guna account dia, ATM dia. Sebab dia dah nak balik Malaysia, dia tak datang sini lagi dah, memang tak ada guna kad tuh. Itu dia nak kasi aku tuh. Tapi aku tak nak. Kalau dia offer beria-ia dulu tuh, sure aku terima kot", aku kata gitu. Sambil gelak. 

"Ko boleh guna kad aku. Aku bukak akaun lain, ko guna jer lah akaun tuh", kata Bob. 

"Tak lah. Tak nak lah", cepat-cepat aku jawab. 

"Hek eleh ko nih, tadi kata nak. Ini orang nak kasi, tak nak pulak. Betul ni", kata Bob. Aku buat bodoh jer lah sebab tersalah cakap gitu tuh. 

Aku terus sambung buat entry aku kat laptop lepas tuh, tapi gaya aje buat entry, otak aku ntah ke mana perginya. Aku terfikir, kalaulah aku ada bank account, kalaulah aku ada Social Security, dah lama dah senangnya hidup aku nih. Dah lebar sayap aku nih sepatutnya. Bukannya aku orang bengap, bukannya aku nih tak ambitious, kan? Kalaulah aku nih berkemampuan, dah lama aku buat Options, Forex, dah lama aku buat online trading. Itu apa yang aku nak sebenarnya, tapi keadaan tak mengizinkan. Untuk sementara ini kot. 

Bukannya aku tak terfikir, macam apa yang one of my new readers kata kat aku baru nih. Dia kata dia tak sabar tunggu kesudahan cerita aku nih. Entah-entah nanti jadi macam filem The Pursuit Of Happyness. Aku pun ada terfikir gitu tuh sebenarnya. I have all the ingredients untuk menjadi seorang yang berjaya, tapi itulah satu yang buat palatnya. Palat paling besar pulak tuh. 

Tak lama lepas wife Bob balik, kitaorang keluar. Sebelum tuh, diaorang bungkuskan aku keropok yang dah siap digoreng. Mulanya diaorang nak kasi keropok yang belum digoreng tapi aku kata aku tak ada perkakas memasak. 

Sebab selalu sangat makan Assam Laksa, muak pulak rasanya, itu yang aku makan pun tak habis. Tak ada lah lama sangat kitaorang lepak kat Banana Leaf Restaurant tuh. Tokay restaurant tuh (Seong) baik dengan keluarga Bob nih nampak gayanya, layanan baik sangat, macam dah kenal lama. Sampai terasa`hati aku. Iyalah, mana tak terasanya? Dia buat tak nampak jer kat aku, tak bersalam pun dengan aku, tak sembang pun dengan aku. Sedangkan semalamnya aku ada makan kat restoran tuh. 


"Tak payah hantar aku balik lah, aku naik subway aje", aku kata gitu kat Bob. 

"Ala ko nih...bla...bla...bla..."kata Bob. 

Walaupun aku selamba jer kata, "...sebab aku tak nak ko tau aku duduk mana, aku tak nak ko tengok keadaan aku", tapi sebenarnya bukanlah senang aku nak cakap gitu. Itu yang aku guna satu ayat jer tuh. Aku malu nak beritahu yang aku tak nak dia tahu aku duduk kat mana exactly, sebab aku malu. Malu atas malu gituh. Kemaluan yang bertindih. 

Nasib baiklah Bob sama Aifa nih faham dan understanding sangat orangnya, diaorang tak adalah beria-ia sangat push aku. Aku dah terplan dah, kalaulah diaorang berkeras jugak nak hantar sampai ke apartment aku, aku akan blah aje gitu. Aku serious, aku tak nak diaorang tahu aku duduk kat mana, aku tak nak diaorang cari-cari aku duduk kat mana. Kalau terserempak nanti tuh, terjumpa, itu lain cerita. 

Tapi.....aku tak boleh blah gitu jer, sebab laptop baru aku ada dalam beg kat dalam kereta Bob.  

So sampailah masa nya untuk balik, berpeluk-pelukanlah sekejap dengan Bob, aku janji akan kontek dia lagi. So diaorang blah, dan aku terus menyusur jalan 
ke subway station. Rasa happy semacam akhirnya dapat berjumpa dengan Bob sekeluarga. Dan aku terfikir, siapa pulak lepas ini yang aku nak jumpa nih? Ini tengah kemaruk nak jumpa Melayu nih.