Friday, October 5, 2012

Live From Ground Zero


Khamis 24052007, jam 2 petang.


Dear Diary,

Ini aku tulis entry nih sesambil kerja, sesambil menunggu bebudak sekolah yang sekejap lagi menderu datangnya. Aku tulis entry lain tadih sebenarnya, then terberhenti sekejap pasal ada orang nak beli barang. So sambil melepak di kerusi nih, di kaunter nih, aku fikir, lebih baik aku cuba tulis entry blog nih macam secara live gitu. Bukan tulis kisah yang dah terjadi dua tiga hari lepas, tapi apa aje lah yang ada kat kepala aku sekarang nih.

Tak sampai pun seminggu Daniel balik ke China, terasa macam lama sangat dah. Patutnya harini aku off, kan? Atau semalam. Ambik calculator nuh, kira lah, 13.5 jam (kadang tuh 14 jam) x 7 hari. Dah berapa jam aku kerja? Nih ada 20 hari lagi sebelum aku off. Besar angkanya, nak nengok pun malas. Tak sanggup. 

Aku rasa letih sangat, aku rasa lesu sangat. Aku rasa tak bermaya sangat. Aku rasa tak ada mood sangat. Tapi aku nak buat macamana? Semalam aku minum energy drink, Red Bull tuh, tapi tak ada kesan apa-apa pun, lemah macam biasa aje jugak. Ini lagilah lemahnya kot sebab tadi pagi, aku makan pulut hijau. Masa nak pergi kerja, aku singgah kat kedai Vietnam nih, tengok ada jual pulut hijau yang taruk kelapa parut dan bijan. Lawa jer, terliur aku, so aku ambiklah satu. Ada jugak aku tengok, diaorang jual ubi kayu rebus, taruk kelapa parut. Buat aku merembas aje, kosser tau! Selalunya aku beli cendol, sedap cendol diaorang tuh, $1.25 sebungkus.

So itu lah, aku salahkan makan pulut lah yang buat aku jadi lemah gini nih. Tapi tak apa, aku baru aje lepas minum jamu. Culas aku nih minum jamu, dah dekat 3 minggu aku tak berjamu rupanya. 

Dari kejauhan, dari dalam office/kedai nih, aku tengok jer orang yang tengah mencuci pakaian, yang tengah menunggu pakaian kering kat dryers, yang tengah melipat pakaian. Yang tengah lepak-lepak tengok tv sambil menunggu pakaian kering. Bosannya aku menengok muka diaorang tuh sorang-sorang. Walaupun most of them aku dah kenal, walaupun some of them baik dan selalu tegur aku baik-baik. Tapi aku tetap rasa bosan aje.

Mula lah dah tu kan? Mengecheck signal, simptom daya kurang tahan, kan? 

Hari nih tak sibuk langsung pun, so far tak ada orang yang hantar pakaian untuk dicuci. Semalam pun sama. Aku suka kalau tak ada orang hantar pakaian awal-awal, boleh lah aku online dengan tenang, aku dapat chat dengan member pun dalam keadaan relaxed jugak (sekali-sekala orang datang beli barang atau tanya itu ini tuh, kira oklah). Kalau aku sibuk mencuci pakaian, melipat pakaian, jangan haraplah aku dapat online. 

So itu lah, walaupun aku dah kenyang, walaupun tadi aku dah dapat chat dengan a few online friends, walaupun aku ada kawan yang selalu teman kan aku di masa aku bosan, walaupun harinih aku tak sibuk, walaupun aku boleh online ikut suka, walaupun aku tak ada sesiapa sangat yang nak memerintah aku suruh buat itu buat ini, walaupun aku kerjanya rileks aje secara keseluruhannya, walaupun aku, sejak Daniel tak ada, aku bersih-bersihkan kan kedai sambil lewa aje sebab bini dia tak check apa pun, walaupun aku kenal most of the customers, walaupun aku masih ada duit dalam poket dan aku tak kisah langsung kalau Daniel nak bayar gaji aku bulan ini tuh, akhir bulan depan (sebab aku masih ada duit), walaupun aku tak ada hutang apa-apa yang perlu dibayar sebab semua bill cellphone dan internet aku dah bayar (diaorang pulak yang berhutang dengan aku, sebab aku bayar lebih ituhari), walaupun aku patut bersyukur yang aku boleh berinternet di tempat kerja dan di rumah, walaupun aku patut bersyukur yang aku berjaya membuang segala bentuk virus di laptop aku, walaupun aku ............walaupun aku semuanya tuh, tapi aku masih tetap rasa tak sedap di hati. Rasa kosong sekosong-kosongnya. 

Walaupun aku ada banyak benda lain yang boleh aku buat untuk memenuhi kekosongan aku tuh, tapi aku lebih suka membiarkan kekosongan aku tuh tetap kosong. Sepatutnya aku penuhkan masa aku membaca apa-apa yang patut, atau tengok movie yang berlambak aku beli dari budak yang jual pirated cds (aku beli tuh sebab kesian, sebab murah, 3 new movies for 10 bucks, memang lah murah. Masalahnya, aku tak tengok pun, dan cds tuh keep piling up sebab mamat nih datang dua kali seminggu. Dan aku akan sure terbelinya lah), tapi aku malas. 

Sebab aku tak bermaya, Sebab aku lesu. Sebab aku rasa kosong. Aku lebih suka melangut gini sambil memikirkan, sampai bila lah hidup aku nih akan kosong begini. 

Entah lah. Mungkin aku nih tamak, kot? Nak semuanya. Mungkin jugak aku nih tak bersyukur dengan apa yang aku ada. Mungkin aku nih tak sedar diri. Mungkin aku nih kesemuanya sekalilah, tamak, tak bersyukur dan tak sedar diri. 

Entahlah dear Diary, tak reti dah aku macamana nak kesian kan diri aku nih!