Friday, October 5, 2012

Ya Udah, Gue Pasrah Aja


18062007

"I have something to do this Wednesday, it's my son's graduation day", kata Daniel. Ala, anak dia graduate dari kindergarten. Tak terkata apa lah aku tapi aku rasa`sedih jugak sebab aku sebenarnya dah banyak buat plan untuk dua hari off aku tuh. Sharifah dah booked aku sebenarnya, untuk menghabiskan masa sehari suntuk bersama dia. Servis aku diperlukan. So itu yang buat aku terkilan sangat tuh, Sharifah pun dah nak balik Malaysia minggu depan, kalau aku tak jumpa dia kali ini, maknanya tak akan jumpa lagi dah nanti tuh. 

Terus patah semangat aku. Terus hilang. Bererti, aku akan hanya ada sehari cuti, cuti yang dua hari tuh ditunda ke minggu berikutnya. 

Masa menyapu sampah malam tuh, masa mengemop lantai, aku buat sambil lewa aje. Sambil kepala aku ligat menukar plan, apa yang aku nak buat nantinya. Nak teruskan plan nak berhenti kerja akhir bulan ker? Bila masa aku nak jumpa Sharifah? Bila masa aku nak ke New York City? Apa aku nak buat nanti cuti-cuti yang lain tuh? 

"Put more water, otherwise it will not clean", kata Daniel, sambil tunjukkan dengan kaki, ke arah bucket yang berisi air tuh. Aku tengah tunduk mengemop lantai masa tuh so aku buat macam tak nampak ajelah, aku angukk-anggukkan kepala aje. Tapi dalam hati aku kata, nak kena sula ker vavi sekor nih? Aku terfikir jugak, selalunya tak pernah pun Daniel berkurang asam macam gitu tuh. Atau, memang dia tak ada niat pun nak buat kurang ajar. Atau, aku jer yang mudah sangat terasa? Tapi itulah, kalau dia boleh baca hati aku, dia tak akan buat begitu. Aku letih, dah dekat sebulan kerja setiap hari, dan bila dia balik, aku tak dapat off dua hari macam yang dijanjikan dulu tuh. Kalau dia tahu hati aku melolong, dia tak akan buat begitu. 

Sebenarnya, aku taruk sikit jer air kat dalam bucket tuh bukan apa. Bucket tub rodanya rosak, so kalau aku taruk penuh-penuh, puaslah nak mengheretnya ke sana ke sini. Berat. Itu yang aku taruk sikit jer air tuh. Lagipun, itu taktik aku nak menghalau gagak-gagak yang tak reti nak balik tuh sebenarnya. Kalau aku mengemop, dan mop tuh aku rendam dalam air yang penuh bucket tuh, tak ada lah bau tengitnya. Tapi, kalau air tuh tak penuh bucket, mop tuh tak habis terrendamnya, so akan berbau busuk dan tengit lah jadinya. Aku dah terbiasa dengan bau tuh so tak jadi masalah bagi aku. Some of the gagaks tuh tak tahan bau busuk mop tuh. Semakin diaorang kata, "Urrrggghhh...that stinks", semakin aku berlegar-legar dekat diaorang, buat pura-pura sibuk mengemop. Saja nak suruh diaorang cepat-cepat blah, sebab aku nak tutup kedai. 

Aku rasa`merah jugaklah telinga bila Daniel kata gitu tuh. Iyalah kan, dah 3 bulan aku kerja, bererti selama ini lantai tuh tak bersihlah kot. Sebab aku tak pernah pun taruk air banya-banyak. Macamana pun aku buat tak tahu aje lah, aku tak fikir sangat pun. Apa yang aku ingat, aku nak cepat-cepat balik. Sebab aku letih. Aku mengantuk. 

Hujan turun renyai-renyai masa aku blah tuh, dan bas pun lambat sampainya. Aku nampak Daniel blah, ingatkan dia nak tolong hantarkan aku ke subway station, tapi tak ada pun. Iyalah kan, masa tuh hujan, weekend pulak tuh. So adalah dekat 45 minit aku menunggu bas. 

Isnin dengan Selasa pun sama jugak, hujan ais turun di sebelah petang. Tak sibuklah kaedahnya sepanjang hari. Dan aku pun masih tak ada mood nak online. Tak sampai 5 minit online, aku tutup laptop. Then melepak aje lah. 

Pagi Rabu, aku terbangun awal. Kepala aku pening sebenarnya. Malam sebelumnya aku makan tah apa-apa pun. Saspen aku dibuatnya sebab kalau pening kepala aku tak hilang, macamana aku nak kerja? Buatnya semakin parah? Mampos aku. 

Laptop aku sentiasa on walaupun aku tidur. Then pagi tuh, bila aku jeling kat laptop, aku tengok screen dia biru, ada that dreaded message yang kata, "Your computer encountered serious problem....blah blah blah... 

"Shit! `Apa hal nya lagi nih?", kata aku dalam hati. 

Aku off kan, on kan balik. Tak sempat lama, laptop tuh padam dengan sendirinya. So aku on kan lagi. Benda yang sama berulang. Fuck! Takkan sebab dua tiga hari lepas aku jarang on kan laptop masa di tempat kerja, laptop aku nak merajuk? Sampai rosak, kononnya? Berpuluh kali aku cuba, semuanya tak menjadi, so aku terus aje lah mandi.

Ya udah, gua pasrah aja, kata aku dalam hati. 

Aku tak lah risau sangat sebenarnya sebab dah aku tahu, dah aku boleh agak yang aku akan terpaksa ambil laptop baru. Cuma yang buat aku terkilan, hari tuh, hari Rabu, sepatutnya aku off. Kalaulah aku off hari tu tuh, sure dah mencanak dah aku ke kedai laptop yang talk berapa jauh dari apartment aku tuh. 

So pagi tuh aku keluar awal sikit sebab aku nak ambil fresh air, nak makan dulu. Nasib baik aku dapat lelapkan mata masa dalam train tuh, thanks to 3 biji Tylenol yang aku telan sebelum pergi kerja. Sempat makan breakfast kejap kat satu kedai orang Korea tuh, makan kentang lecek sama omelett, sama roti selek butter. By the time aku sampai kat tempat kerja, pening aku dah agak berkurang. 

"I'm going to install internet connection next week. You can go online from here", kata Daniel, penuh semangat. Aku senyap kan aje. Then dia kata yang dia nak pasang internet so that dia boleh monitor aktiviti kat kedai tuh dari laptop di rumah dia aje. Sebijik macam masa aku kerja di kedai Mr Yong dulu tu lah. 

"You have to install more cameras then", aku kata kat dia. Kat kedai nih ada 3 bijik kamera aje, bukan macam kat kedai Mr Yong dulu tuh, sampai dekat 20 bijik kamera dipasang. Sampaikan aku nak garu telor pun kena menyorok-nyorok sikit. Kat kedai nih selamba aje, jangan kan nak garu telor, kadang tuh satu tangan layan customer, satu tangan lagi bela parking kote. Selamba aje aku. 

So kaedahnya kalau Daniel pasang internet nanti, terbataslah pergerakan aku, kena selalu maintain ayu lah nampak gayanya, kena selalu buat-buat buat kerja lah nampak gayanya. Kena sentiasa berlakun lah nampak gayanya. 

"I already have my own internet connection", aku kata gitu kat Daniel sambil tunjukkan USB modem aku. "I can go online from anywhere", aku kata lagi. 

"Really?", tanya Daniel, muka dia macam muka orang terkilan aje. Dia ingatkan, bila dia kata nak pasang internet, sure aku akan melompat kegembiraan, kan? 

Bila dia kata dia nak cuba guna usb wireless aku tuh, aku katalah yang laptop aku rosak. "I'll have it repaired tomorrow, maybe I'll buy a new one", aku kata gitu. 

Then dia kata yang adik dia pandai repair komputer, dan dia selalu suruh adik dia repairkan komputer dia. Bila aku on kan laptop aku, dan dia tengok blue screen tuh, dia katalah yang laptop aku boleh diselamatkan. 

"Can you wait until Monday?, dia tanya aku. Sebabnya, dia nak hantar laptop dia hari Ahad tuh, so by Monday, semuanya akan siap direpair. "I know you cannot live without the internet but if you can wait until Monday, I'll ask my brother to have it repaired", kata Daniel lagi.

Amboi, celuparnya molots, dia kata aku tak boleh hidup tanya internet yer? Dia tuh apa kurangnya? Dulu, Daniel yang tanya aku, dia tanya, boleh ker aku hidup tanpa internet? Of course lah aku cepat-cepat kata, "No, no, no....." sambil geleng-geleng kepala. Dia pun kata dia tak boleh hidup tanpa internet, dalam sehari dia mesti spend a few hours online. Aku memang boleh kenal muka orang yang suka internet nih, sebab, setiap kali ceita pasal internet, muka dia berseri-seri, excited aje gitu. Dan kalau pagi-pagi masa aku sampai tuh, Daniel macam tergesa-gesa aje nak balik. Aku tahu lah, dia nak online tuh. Atau nak konket dengan bini, sebab anak-anak semuanya pergi sekolah.

Kecuali kalau ada hal penting aje dia akan stay back for a few hours, dia balik lambat sikit. Tapi tak apalah, aku suka tuh, mencanak dia balik sebab nak online, mencanak jugaklah aku menge-on kan laptop aku. Eloklah tuh, dua-dua mencanak. Bos mencanak, kuli pun mencanak. 

Aku beritahu dia yang since aku off esok harinya, aku nak cuba hantar repair dulu lah. Dan kalau masih tak elok jugak, aku akan suruh brother dia repairkan, walaupun masa tuh nanti mungkin aku dah terbeli laptop baru. '

Aku cuba-cuba godek sana sini laptop aku tuh, bila aje Daniel blah. Tapi, kata-kata dia tetap terngiang-ngiang kat telinga aku. Yang dia kata aku nih tak boleh hidup tanpa internet. Terasa hati aku tau dak? Ada ker patut dia cakap gitu? Teruk sangat ker aku nih, addicted sangat ker aku nih? Tak apa, aku akan buktikan pada dia, pada semua orang, yang aku bukanlah hamba internet. There's more to life than being online lah. Aku akan buktikan tuh. 

So, aku mula lah plan, mula lah mengatur strategy. Ok, esoknya aku off, aku nak pergi hantar laptop tuh kat kedai komputer untuk direpair. Kalau boleh siap dalam masa sehari, Alhamdulillah. Kalau tak boleh siap, aku akan ambil minggu depannya aje lah, on my day off minggu depan tuh. Dan aku tak akan beli laptop baru. Buang duit aje kan? Aku kerja bagai nak mampos, takkan nak buang duit gitu aje kan? Lagipun, dah berapa bijik laptop aku selama ini, tak malu ker nak tukar laptop macam tukar spenda? 

Aku akan pastikan yang bila aku ke kedai komputer tuh esoknya, aku tak akan bawak duit lebih dari 500 dollars. Biarlah tokey kedai tuh memujuk rayu aku sampai keluar airmata darah sekali pun, aku akan buat macam patung cendana aje. Aku akan tepis-tepis aje tangan dia nanti tuh kalau dia cuba-cuba nak pujuk aku sambil tepuk-tepuk wallet kat pocket belakang jeans aku. Dan kalau aku terpaksa carutkan dia yang tak henti-henti memujuk rayu aku suruh beli laptop baru, akan aku carutkan aje. Bukannya aku tak reti mencarut, kan?

Mulanya aku macam tak percaya jugak yang aku akan sanggup bersabar untuk tidak ada internet dalam masa seseminggu, tapi semangat untuk berpijak di bumi nyata tuh semakin membuak-buak. Selama ini aku hanyalah berpijak di bumi cyber. So aku mula membayangkan apa yang aku nak buat selama seminggu tuh tak ada internet.Takkan aku nak melangut aje kerjanya? Sure mengantuk nanti tuh. Sure akan bosan gila, dah lah kerjanya lama. Boleh ker tidak nih? Boleh agaknya. Buat-buat boleh lah. Dan di dalam plan aku tuh, aku memasukkan agenda yang aku akan ke Kinko's untuk melepaskan gian berinternet, di sebelah pagi sebelum pergi kerja, dan di sebelah malam, masa balik kerja. Parah nanti tuh, sure tak cukup tidur nanti akhirnya. Tapi tak apa, seminggu aje. Dan kalau laptop aku tak boleh direpair, atau harga repair tuh mahal sangat, aku tak ada pilihan lain lah selain dari terpaksa, dengan hati yang maha berat, membeli laptop baru. 

So tengahari tuh bermulalah hidup aku tanpa laptop, tanpa internet. Sayu dan hiba jer rasanya. Sebab tak ada kerja lain, aku decided nak tulis blog entry. Memanglah aku nih songsang orangnya, masa line ok, masa laptop ok, aku malas buat entries. Tapi bila laptop rosak, masa tu lah baru nak tulis entry, tulis kat kertas, dengan harapan bila laptop dah ok nanti, aku taip ajelah semua entry-entry aku tuh. Little did I know, itu yang menambahkan kepiluan di hati aku. Tapi memang, hari tuh aku rasa bodoh semacam jer.

Sesambil tuh aku usik-usik jugaklah laptop aku, manalah tahu, kan? Off, on, off, on, dia off dan on sendiri. Paling lama pun, setakat Yahoo aku menyala, then dia padam semula. Aku cuba untuk disablekan auto sign-in YM tuh sebab nanti, katalah aku hantar repair, atau aku suruh adiknya Daniel yang repair, dibuatnya diaorang menyamar guna nama aku? Tak ker naya nanti? Aku nak deletekan urls blog-blog yang ada tuh jugak, takut nanti diaorang terclick. Kena play safe lah kan, mana tahu itu semua, kan? Sebab, kalau aku jadi diaorang, aku sure akan merisik khabar punyalah, sure aku akan bukak file-file, check folder-folder, check urls yang diaorang pergi. So aku memang tak nak diaorang tahu traces yang aku buat online. Nasib baiklah aku nih bukan jenis orang yang selalu pergi website kotor-kotor tuh. 

Kebetulan pulak lepas tengahari tuh aku jadi sibuk sebab ramai orang hantar pakaian untuk dicuci, so aku macam terus terlupa masalah yang melanda. Sebab masa pun dah tak banyak, waktu tuh dah petang pun dah, dan semakin ramai orang yang hantar pakaian untuk dicuci, aku dilanda perasaan tamak. Aku rasa aku boleh buat semuanya sebelum balik. Kalau aku tinggalkan untuk esoknya, Daniel yang terpaksa buat semuanya tuh, dan duit tuh akan dapat kat dia.

Esoknya aku off, tak apa lah aku balik lewat sikit, itu yang aku fikir. Tapi itulah, bila pakaian semakin banyak (dan banyaklah pulak pakaian kecik-kecik) dan kerja-kerja lain nak dibuat jugak, aku dilanda tension pulak. Terkejar sana terkejar sini aku nak menyiapkan lipat pakaian, dan untuk bersih-bersihkan kedai. Sampai basah berpeluh aku. Last-last aku surrender, aku tak dapat nak siapkan satu order yang banyak tuh. Aku tinggalkan aje untuk Daniel buat esok harinya masa aku off tuh.