Friday, October 5, 2012

If I Could, I Would. I Swear


20052007

Punya lah frust aku tak dapat off Rabu lepas sebab Daniel ada hal, dia suruh aku masuk kerja jugak untuk gantikan dia. Khamis baru lah aku off. Tapi, Tuhan punya kuasa lah kan, kebetulan hari Rabu tuh hujan lebat sepanjang hari. Kalau aku off hari tuh, sure aku akan tension tak pasal-pasal sebab tak dapat pergi ke mana-mana.

Dan jugak, kebetulan hari tuh ramai orang yang hantar pakaian yang nak dicuci. Paling sibuk dalam sejarah kerja aku di laundry nih. Dari pagi sampai malam aku dok kerja membasuh dan melipat pakaian orang. Sampai bermandi peluh aku dibuatnya. Berpeluh yang betul-betul berpeluh, mengalir gitu. Walaupun hujan tapi panasnya Ya Rabbi lah, dibuat pulak aku terpaksa terkejar sana terkejar sini, mana yang nak dicuci, mana yang nak dikering, mana yang nak dilipat. Sebab semuanya yang hantar pakaian tuh, semuanya nak kan semula pakaian tuh sebelum 10 malam. 

Itu pun aku pasang kipas besar yang kat depan tuh. Sampaikan terbang-terbang bra dan spenda dan t-shirts yang aku lipat tuh. No, seriously, aku tengah lipat pakaian tuh, then ada orang panggil aku sebab nak beli soda. So aku masuk ke bahagian counter. Dari dalam tuh aku nampak spenda dan bra yang berterbangan, aku biarkan aje lah. Dah siap tuh barulah aku terkejar-kejar menangkap bra dan spenda lain yang diterbangakn dek angin kipas. Malu satu hal lah, tapi nak buat macamana kan? 

So kaedahnya,aku balik lewat lah jugak malam tuh. Tapi tak kisah, esoknya aku off, lagipun kommisyen yang aku akan dapat untuk hari tuh aje ada dekat 30 dollars. Banyak tuh. 

Singgah kat RiteAid sekejap, masa balik tuh, untuk beli barang, air, susu, cereal etc. 

Serba salah jugak samada nak sambung tidur atau nak terus bangun aje, pagi esoknya pasal banyak benda yang aku plan nak buat on my last day off. Online sekejap, tak ada sapa pun. So aku bersiap-siap lah nak keluar. Mulanya aku pergi potong rambut kat salon orang Vietnam tuh. Then seperti biasa lah, aku ke City Center sambil jalan kaki. 

Aku ke Sprints store dulu untuk bayar bill cellphone, sama bill wireless sebab nanti aku dah tak ada masa dah nak ke sana. So, aku dah tak payah nak bimbang pasal bill aku sebulan lebih yang akan datang. 

Aku ke The Shops @ Liberty Plaza, nak ke kedai yang secret tuh. Dah sinonim dah nama aku dengan Victora Secret, kan? So tak ada lah aku membawa kemaluan yang besar bila masuk ke kedai tuh. Memang tak ada rezeki agaknya, kerani kedai tuh kata yang barang yang dijual online, tak sama dan tak ada dijual di kedai tuh. Macam susah nak percaya tapi itulah hakikatnya, nak beli barang yang kat website tuh, kena order online. Memang tak ada dijual offline. Kat cawangan itu lah. 

Terpaksalah aku call member aku tuh sekali lagi, untuk memberitahu berita duka itu. Tadinya dah talipun dah, suruh dia describe kan barang yang nak dibeli tuh. Sungguh lah kurang asam dan kurang prihatin aku nih, kan? Benda-benda gitu tak sepatutnya aku tanya kat seorang perempuan. Tapi itu lah, sebab rasa macam dah rapat sangat, selamba aje aku tanya benda-benda gitu tuh. Member aku tuh tersipu-sipu lah nak menjawabnya. Tak terjawab pun. 

Aku ambik aje lah a few lotion, perfume dan tah apa-apa yang ada kat shelves, sebagai ganti barang yang tak ada tuh. So aku suruh Minah tuh ambilkan aku yang saiz paling kecil, S. Aku agak-agak aje lah sebab aku pun tak tahu saiz apa awek kawan aku nih pakai. 

"You have to know her cups size", kata Minah nih. Terus aku tergelak. Aku cuba untuk tidak mengimagine saiz kawan kita tuh, "I don't need to know her size, do I?", aku tanya balik Minah tuh. 

"Yes you do", dia jawab gitu. Baik aku nih, tak sampai hati aku nak let my imagination menjadi wild, aku buat kesimpulan umum yang mana ada tetek perempuan-perempuan Melayu yang besar-besar kan? So aku rasa, aku agak-agak, yang baju tidur yang aku ambil tuh sesuai dan padan lah untuk member aku tuh. 

Aku terlupa bawak spare shopping bag so aku masukkan semua barang-barang tuh ke dalam beg latop aku. Lepas tuh aku ke food center, lapar, aku belum makan apa-apa pun. Bagus tempatnya, besar dan agak kelas. Memang lah, tempat yang ramai Mat Salleh, memang bagus. Sambil makan, aku online. Rasanya aku nak datang lepak di situ lagi lah, bila aku ada kesempatan nanti. Walaupun crowded, cuma masa lunch hour aje, lagipun, ada tempat yang agak tersorok. 

Dari situ, aku ke Hallmarks. Jalan kaki aje. Beli a few barang, t-shirts, topi, etc, untuk membalas kiriman dari kawan di Japan ituhari. Boleh, dan lebih murah kalau aku beli barang-barang tuh yang ada jual kat tepi-tepi jalan, tapi aku kena lah beli benda yang agak kelas, di tempat yang agak kelas. Untuk member aku yang agak kelas. 

Walaupun kat bahu ada beg laptop dan di kedua-dua belah tangan ada beg plastik, tapi aku termasuk jugak ke Macy, on my way ke subway station. Aku dah nak balik dah sebenarnya, yang aku sengaja jalan kaki ke subway station yang jauh (sedangkan station lain ada), aku pun tak tahu kenapa. Mungkin kebetulan agaknya. Tersinggah Macy tuh, tershopping lah kan? Tak adalah shopping apa sangat, cuma terbeli t-shirt Perry Ellis, dua helai jeans, dan kasut Timberland. Kejap jer aku di situ, lalu aje, sembat satu barang dan terus jalan lagi, sembat kasut, then sembat jeans. Tak sampai lima minit pun semuanya. Aku nih memang tak kenal the art of shopping lah. Aku cuma tahu the art of perabis duit. 

On the way ke train station baru aku terasa macam tak sedap hati aje, rasa macam membazir aje. Patutnya aku happy lah ada beli barang, kan? Ini tidak, aku tak rasa gitu, sebaliknya aku rasa macam menyesal pulak. Mungkin itu the art of shopping seorang miskin kot? Aku cuba sedapkan hati dengan fikir yang aku patut bersyukur yang aku masih mampu bershopping dalam keadaan-keadaan aku yang macam ini. Jugak, aku fikir yang aku masih dapat merasa one of that small things in life, shopping. 

Singgah kat Post Office sekejap untuk ambil boxes untuk isi barang yang aku nak kirim tuh, then cepat-cepat aku balik ke rumah. Aku cuma ada masa dua jam untuk selesaikan semua urusan aku sebelum pukul 5, nak dinner dengan Sharifah. So, sementara buat laundry kat kedai depan rumah, aku ke Post Office sekali lagi. Semoga sampailah barang-barang yang aku hantar tuh, InsyaAllah. 

Ngam-ngam pukul lima aku siap untuk ke subway untuk ke Drexel U, nak jumpa Sharifah. 

Dan aku mintak maaf lah sebab aku tak nak tulis apa-apa pun pasal dinner date tuh. Ala, biasa-biasa aje lah, keluar makan, sembang-sembang, jalan-jalan (dalam hujan lagi tuh). Memang niat aku nak tulis panjang lebar tapi aku rasa cukuplah aku dah tulis pasal lunch itu hari kan? 

Bukan sebab Sharifah ada kata, "Jangan pulak you tulis kat blog nanti. There are things to be secretive about, between two good friends". Bukan sebab itu. Dia cakap tu pun pasal hal lain tuh. 

Memang lah kalau dikutkan hati, akan banyak dan panjang benda yang aku nak tulis tapi aku kena respect Sharifah, yang walaupun baru aku kenal, tapi banyak persamaan dengan aku. Dari cara kitaorang minum kopi, sampailah satu masa nih bila dia cakap aje, aku senyap dan dengar. Then tiba-tiba aku kata, "You suka bungee jumping tak?" Pendek kata, kitaorang boleh cakap pasal semua benda, apa-apa aje under the sun. 

So, aku tak nak lah apa-apa yang kitaorang ceritakan, bualkan, sembangkan, hampir 5 jam tuh, dipaparkan untuk bacaan orang lain, kan? 

Semuanya terlalu manis buat aku untuk dikongsi bersama.  

Lagipun, Sharifah tu kan ker isteri orang? Yang kebetulan pulak, dah jadi kawan aku jugak suami dia yang bertuah itu. 

So, Sharifah, thanks for your time. Untuk suami Sharifah jugak, thanks for being so understanding (cuma aku macam nak terasa jer masa aku baru jumpa Sharifah, ko ada talipun dia. Macam ko tahu-tahu aje masa tuh aku tengah jalan dengan bini ko. Macam ko tak percaya kat aku aje. **Peace!!!!!!)