Awal pagi aku bangun, nak menalipun tuan rumah aku yang surenya tengah tidur lagi. Aku tak peduli, aku talipun jugak dia, tanya kan pasal parcel aku. Siap aku sindir-sindir lagi. Biasanya tuan rumah aku nih yang sign untuk terima apa-apa parcel, tak pun posman akan tinggalkan kad suruh aku pergi ambik kat Pejabat Pos.
Since tuan rumah aku tak tahu menahu, dia suruh aku tanya-tanya orang kat bawah, atau jiran di sebelah menyebelah sebab selalu jugak posman tinggalkan parcels kat jiran. Aku tak puas hati, so berbekalkan tracking nombor, aku meredah hujan lebat, aku nak ke Pejabat Pos. Aku nak mengamuk kat situ nanti, nak maki hamun diaorang, apa pasal dibenarkan orang lain sign kan delivery tuh. Harta aku, hak aku, apa pasal dikasi kat orang lain, kan?
Kerani perempuan yang baik tuh, yang kenal aku tuh, terus dia tanya apa masalah aku. So aku explained kat dia, yang parcel aku ada orang curi agaknya sebab kalau mengikut tracking number tuh, parcel tuh dah didelivered kat poskod aku semalam.
Terus lah kerani tuh masuk ke dalam, tak lama lepas tuh dia bawak satu kotak, terus kasi kat aku. See, dia nih ingat kat aku walaupun tak payah tengok nama, walaupun parcel tuh datangnya dari Arizona. Kalau parcel tuh dari Malaysia, aku tak lah heran sangat. Rupanya parcel tuh belum pun dihantar ke alamat aku (akan dihantar hari ini menurut kata dia), cuma tracking tuh mengonfirmedkan yang parcel tuh dah selamat tiba di poskod nya Pejabat Pos tuh. Hehehhe, macam termalu aku sekejap pasal tak mengedan-dan. Nih NR lah yang punya pasal, dah termalu aku ekekekekek. Nasib baik aku tak sempat mengamuk, kan?
Anyway, thanks NR, dan sesiapa lagi lah yang bersubahat menghantar isi kandungan parcel tuh. So apa lagi, balik rumah aje terus lah aku goreng keropok. Aku goreng sepuluh keping aje, nak buat macam tu lah, setiap hari goreng 10 keping, so boleh lah tahan lama sikit kan? Nanti kalau goreng banyak-banyak sekali, sure termakan lebih dari 10 keping nya lah.
Walaupun aku orang New York, walaupun aku orang yang classy, tapi kan, masa goreng keropok tuh aku rasa sayu aje, rasa macam sedih aje gitu. Entah pasal apa, mungkin sebab aku dah lama tak menggoreng keropok - tengok keropok tuh kembang, mengembang jadinya hati aku.
Bila semuanya dah selesai, aku talipun AM, yang masa tuh katanya masih berlingkar kat katil kat hotel dia. So kitaorang janji nak jumpa kat Bryant Park pukul 12-30 pm sebab aku nak ajak diaorang ke Jackson Heights (aku nak pergi Sembahyang Jumaat) dan lepas tuh nak bawak diaorang makan kat Forest Hills.
Dari Bryant Park kitaorang naik F train ke Jackson Heights, aku ke masjid dan aku suruh AM sama Debbie jalan-jalan kat area Little India tuh, mana lah tahu kalau-kalau AM nak beli rempah kari etc. Hujan lebat selebat-lebatnya, masjid pun penuh, saf nya jarak dalam setengah kaki antara saf depan sama saf belakang. Itu yang masa rukuk takat boleh tunduk sesikit aje. Masa sujud pulak, sujud kat celah kangkang orang, bangun dari sujud kena slow-slow sebab takut terkena telor orang depan. Macam orang belakang aku tuh, sampai senak telor aku kena kepala dia, tiap kali dia nak bangun dari sujud.
Tokay Pinang Restaurant tak ada lah pulak masa kitaorang sampai tuh, kalau tidak sure dia boleh sembang-sembang dengan AM, orang kampung dia kat Penang. Kitaorang makan lunch special, sama sotong goreng, sesambil bersembang untuk kali terakhir. Sebab harinih hujan seharian, tak dapat lah nak jumpa dah malam nanti. Lagipun diaorang tentunya nak berihat-rihat sebelum terbang balik ke Oklahoma esok hari. Lagipun esok aku kena kerja pagi, so kena lah tidur awal sikit malam nih.
Sedih aje masa aku hantar AM sama Debbie ke subway station tuh, sempat aku tunjukkan kat mana aku kerja, yang lima blocks aje dari subway station tuh. Aku puas hati lah dapat tunjukkan AM tempat-tempat yang selalu aku mention dalam blog aku, Jackson Heights, Forest Hills, places like that. InsyaAllah di suatu masa nanti aku akan sampai jugak ke tempat diaorang nanti tuh.
Aku cadangnya nak buat style Mat Salleh, tak nak pandang belakang dah kalau berpisah tuh, tapi masa nak naik tangga, aku terpandang jugak ke belakang. Rasa sedih pulak AM dah nak blah tapi nak buat macamana kan? Thanks AM, Debbie pasal menceriakan hidup saya dalam beberapa hari nih. Wakakaka, tersekema lah pulak saya.
Ada dalam sejam sebelum masuk kerja so aku melepak kat Secret Garden, sebab masa tuh hujan dah sidang. Bodoh jer aku jadinya, sambil melepak tuh sesambil dengar lagu Desperado (Eagles) kat cellphone.
Berpanjangan bodoh aku petang sampai malam hari nih, biasalah kan, bukan aje teringat-ingat pasal dua tiga hari lepas yang aku rasa cukup seronok bagi aku, tapi terfikir pulak yang minggu depan aku akan berbalik ke hidup asal yang sorang-sorang, yang kosong. What with kelas Spanish aku dikansel sebab tak cukup students untuk level aku. Tadi orang Instituto Cervantes talipun aku beritahu pasal tuh, walaupun diaorang ada banyak kelas lain tapi time nya pulak tak sesuai dengan time aku. Tengoklah Monday nanti aku akan ke sana nak check kalau-kalau ada kelas lain yang sesuai. Esok aje lah satu lagi hari yang akan buat aku happy, sebab esok aku nak pergi konsert Bryan Adams, yang kali ke 5 kalau tak silap aku.
Tadi masa lepas dinner, masa aku tengah nak bersihkan grapes untuk kasi King Mongkut makan, tiba-tiba dia macam menjerit, so aku pandang dia. Muka kalut aje King Mongkut. Rupanya dia nak terberak. Kaki kiri dia kat atas lantai, kaki kanan kat atas lantai scooter, so dalam kekecohan tuh laju aje dia bawak scooter dia, sampai terlanggar sana sini. Lepas tuh sambil mengomel, mula lah dia macam marah kitaorang sebab buat selamba aje sedangkan dia nak terberak sangat dah. Biasalah kan, kita kalau nak terberak emergency tuh, mula lah nak marah orang aje kan?
Lagilah aku buat selamba, aku tak kisah kalau dia terberak atas scooter ker, walaupun menyusahkan aku, tapi hati aku puas sebab dia sure malu. Jahat aku nih kan? Hati aku jahat, ekekekekek