Wednesday, October 3, 2012

About A Boy


Nih aku nak cerita pasal pertemuan aku dengan Melayu, yang pertama, sejak aku tinggal di Philadelphia. Pertemuan kedua (kalau tak salah aku) dengan Melayu, sejak aku berada di Amerika nih. Yang pertama dulu masa aku jumpa satu orang blogger dulu tu kan, kat Washington DC. Sebelum ini adalah dua tiga kali aku terserempak dengan Melayu masa kerja di restoran di Maryland, di Pittsburgh dulu tapi that do not count. Takat terserempak gitu aje.

Ini betul-betul punya jumpa, siap lunch date bagai. Dan aku tulis ini pun sebelum aku pergi jumpa dia, yang akan aku panggil KL. That K tuh stands for Kak.

Ceritanya begini.

Mungkin ramai yang dah tahu pasal pledge untuk Adik Syazwan Johari buat operasi mata di US atau di UK tu kan? Kat tagboard aku ada jugak taruk link pasal pledge yang diusahakan oleh a few bloggers, yang tak payahlah aku sebutkan nama diaorang. Macamana pun, ada jugak, yang tak tahu menahu, yang saja buat tak tahu kononnya. Aku pun tak nak ambik tahu pasal itu. 

Kalaulah jadi buat operasi kat Hospital yang di Phialdelphia tuh, itu memang dekat jugak dengan tempat aku nih. Sepelaung jer. So bila aku tahu pasal kisah Adik Syazwan tuh nak datang ke Philadelphia, aku, sebagai tuan rumah  setinggan aku rasa memang tak patut sangatlah kalau aku buat tak ambil tahu pasal ini kan? Masa tuh jugak aku rasa, ini dah jadi macam tanggungjawab aku. No, bukan tanggung jawab dalam ertikata yang sebenar tapi, aku rasa, macamana pun aku kena jugak ambil tahu.

Not only that, aku kena tolong setakat aku mampu. Tapi itulah, aku nih kan ker Bangla aje, aku tak boleh ke sana ke sini, aku punya resources tuh very limited. Kaki aku, my hands, semuanya are tied. Takat boleh gerak-gerakkan hidung, bibir,mulut dan telinga dan anu aje. Tapi that will not stop me from memikirkan apa yang aku boleh tolong, Bangla style.

Masa sembang dengan XX, dia ada cerita pasal Rantauan.com yang aku dulu pernah jadi member tapi sebab site tuh tak sesuai dengan orang macam aku nih tak payahlah aku cerita, nanti lain pulak jadinya so aku dah tak ke sana dah. Nasib baik aku masih ingat password aku, biasanya aku guna satu dua password aje kalau nak register kat mana-mana websites. Aku baca-baca lah postings kat forum di rantauan.com tuh, then I came across satu nama nih yang aku tengok, alamat dia dekat jugak dengan tempat aku kat Philadelphia nih. Tak ada lah dekat macam boleh bau kentut memasing, tapi dekat yang dekat jugaklah. Lebihkurang macam satu di Kelang, satu di Ulu Kelang. Sedekat, atau sejauh itu. By American standard, itu dekat sangatlah kiranya tuh.

So aku terpanggil untuk salin nama, alamat, dan nombor talipun dia. Nama pun nama Melayu sesangat. Aku tak fikir pun macamana aku boleh tolong, iyalah, patutnya aku dah tahu yang aku, kalau aku berkemampuan, kalau aku ada duit, yang aku akan dermakan sebanyak ini. Sebanyak itu. Tapi tidak, aku tak ada idea pun nak tolong macamana, tak tahu apa pun yang aku boleh tolong sebenarnya.

Tapi aku tergerak hati jugak untuk menalipun this lady yang bila aku kata aku kat Philadelphia, terus dia tanya, "Have we met?". "Nope", jawab aku cepat-cepat. I was on my way nak pergi kerja masa tuh.

So daripada KL, aku dapat tahu yang sebab cost untuk berubat di Wills Eye Hospital tuh tinggi, besar kemungkinan operation tuh akan dibuat di London. Tak kisah lah kat mana-mana pun asalkan budak tuh selamat. Aku jawab tak jawab ajelah apa KL tanya pasal aku, dia pun macam terkejut jugak tiba-tiba aku muncul. Aku buat-buat tak dengar aje soalan dia. Sebab masa tuh aku fikir, this is not about me.. This is about the boy. That boy, Syazwan.

Then aku kata lah yang kalau operation tu nanti dibuat di Philadelphia, I want to be part of them lah. Yang menolong menguruskan, tolong tengok-tengok that boy, yang akan datang sama emak dia yang jugak buta, together with the doctor yang jaga budak tuh, kalau tak salah aku. Takat tolong jenguk sekali-sekali, belikan toys kat budak tuh, bawak makanan halal, belikan winter clothings, itu semua mungkin aku mampu kot. Takat hulur seseposen dua.Dan kalau tak jadi pun buat operation tuh di sini, aku, kalau nak hulur apa-apa, aku hulur terus kat orang di UK aje lah.

A few days lepas tuh aku dapat berita dari YYY yang dia nak mintak my favor nak transferkan duit yang dia dapat collect melalui Paypal yang dia baru set-up kan tuh, duit derma orang, ke Paypal aku sebab duit tuh dia tak dapat keluarkan di Malaysia. Paypal tak ada service itu kat Malaysia.

Mana YYY tahu yang aku ada Paypal, sedangkan aku tak kenal pun YYY nih siapa? Ada tak orang yang tanya gitu? Jawapannya? XXX yang beritahu YYY. The power of the internet kan?

Boleh duit tuh dimasukkan ke Paypal aku boleh aku tapi masalahnya, macamana aku nak keluarkan duit tuh nanti sedangkan account aku kat bank tuh masih belum settle? Masalah jugak, kan? Then bila YYY beritahu jumlah yang mulanya aku ingatkan ribu-ribu, terus aje lah aku kata yang aku guna duit aku sendiri dulu lah untuk bayar. Masalah Paypal tuh fikir kemudian. I'm sure duit tuh boleh disalurkan ke account orang lain, selain aku. Duit tuh then kena hantar pulak kat either balik ke Malaysia, atau kasi kat sesiapa yang in-charge, either di US nih atau di UK. Nak aku kasikan kat KL atau aku moneygramkan ke US atau UK, itu tak ada masalah.

Aku rasa duit tuh tak payahlah dihantar ke Malaysia dulu sebab nanti nak ditransferkan ke UK pulakkan, misal kata operatiion tuh dibuat di UK. Dahlah duit tuh seciput, exchange rate dah berapa, nanti sampai dua kali pulak kan, banyak manalah tinggalnya kan? Then aku setuju untuk kasi duit tuh kat KL aje lah., sementelah (aku pakai tibai jer guna perkataan nih) KL orang yang terdekat dengan aku.

Aku kerja malam, so bagi aku, pukul 6-30 pagi tuh dah kira macam siang sangat dah. Aku call KL on her cellphone. Melayu selalu bangun pagi, aku fikir gitu. Tak ada yang jawab. Aku tinggalkan pesan aje lah. Tak ada pun return call dari KL. Bila aku sampai rumah, bila aku nak tidur, aku terfikir yang aku nak email YYY ajelah, nak beritahu yang I did call KL tapi tak ada jawab. Orang macam aku, aku call sekali, tak ada jawab, that's it. Tak akan aku talipun number talipun rumah. Tak akan aku talipun kali kedua. Ketiga.

Bila aku nak tidur aje petang tuh, KL talipun aku, dengar KL punya explaination tuh teruslah perasaan buruk sangka aku hilang. Jahat aku nih kan, selalu sangat berburuksangka.

[Nak tahu dak contoh buruksangka aku? Masa aku talipun KL malam tuh, aku ada kata dengan dia yang aku nih illegal, aku tak ada papers. Walaupun aku tahu yang KL mungkin tak berapa faham sangat, tapi aku ada terfikir yang KL tak return my call tuh mungkin sebab aku dia tak nak ambil duit dari aku yang kerja kuli nih. Iyalah, siapa lah aku kan?

Sabar jer lah aku nih, sampai ke situ aku fikirnya. Buruk betul buruksangka aku kan?]

Masa tuh KL dah on her way back dari office dia so aku kata lah yang kalau nak jumpa kat mana-mana kat city center, bagi aku setengah jam untuk ke sana. "Do you have a car?", KL tanya aku. Aku buat tak dengar aje, aku kata yang aku boleh sampai in less than 30 minutes. Di kepala aku dah terfikir, "dia nih tak faham lah, aku dah beritahu dia yang aku nih orang gelap, dia dok tanya samada aku drive ker tidak. Itu sensitif sangat tuh. Maknanya dia tak faham lah nih". Aku macam dah nak terasa hati aje tapi aku buat selamba aje lah, sebab aku teringat yang, this is not about me, this is about the boy. That boy. So apa pasal pulak aku nak beria-ia fikir bukan-bukan, kan?

"Where do you live? I can pick you up", kata KL lagi.

"No, no, no, no", aku kata gitu. Lupa pulak berapa kali aku kata "no" nya tapi memang banyak kali.

"Do you have a car? Do you drive?", KL tanya lagi. Can't blame her, dia tak tahu situasi aku.

"You don't get it KL, I ni kan ker illegal, manalah I drive, let alone ada kereta. I have nothing", aku jawab gitu.

"So, where do you live in city center. I can pick you up", lebihkurang gitu lah KL kata.

"Not far from the city", aku kata gitu sambil kepala aku ligat cari idea macamana nak tipu KL, sebab aku tak nak dia tahu kat mana aku tinggal. Lupa pulak apa yang KL tanya aku seterusnya tapi aku ada kata yang aku tak nak dia tahu keadaan tempat aku tinggal, kondisi hidup aku, aku tak nak dia tahu pasal aku. "Why not?", KL tanya lagi bila aku kata yang aku tak nak dia datang ke tempat aku sebab aku malu. Kalau aku jadi KL pun aku akan tanya benda-benda gitu.

"I don't know but I don't deserve to be living like this. I just feel sorry for myself", aku tercakap gitu. Kalau aku jadi KL aku akan jadi confused dengar statment gitu. Ataupun aku akan rasa menyampah dengan orang yang cakap gitu. Sebab mungkin aku fikir yang Melayu yang duduk kat US nih semuanya yang bagus-bagus aje, yang kerja baik, yang ada papers. Ataupun students.

"Ok, in that case why don't we meet tomorrow, kat Penang (restaurant), I'll buy you lunch", kata KL bila aku bila aku beritahu dia yang aku nak jumpa dia sebab aku kasi duit tuh kat dia. Siapa kata there's no free lunch? Terus ajelah aku kata ok.

"So ok, we meet there tomorrow and you can tell me about yourself. I'm a good listener", kata KL.

So petang tuh puas jugak aku nak lelapkan mata. Satu, sebab aku chat sampai lepas Maghrib, then aku dok terfikir pasal aku akan jumpa KL nih. Lepas Isyak aku makan TylenolPM 2 bijik dan terus tidur. Ada beberapa kali aku terjaga, sempatlah jugak online, tapi tak sempat buat apa pun, aku sambung balik tidur.

Pagi tadi aje, aku dah mula terfikir. Macamana nih? Aku dah lama tak jumpa Melayu, aku belum pernah jumpa Melayu di Phila nih. Ini aku nak pergi lunch date bagai, sure KL akan tanya pasal aku. Aku nak ceritakan semuanya ker? Aku nak diamkan aje ker? Aku sure, KL akan tanya pasal aku sikit-sikit, kalau pun tak semuanya. Aku rasa aku nak cerita mana yang patut aje lah, sebab aku tahu yang kalau aku cerita semuanya nanti, aku sure tak akan dapat tahan airmata aku. Sure nya lah. Raja Air Mata kan? Ish, tak boleh aku imagine yang aku akan keluakan airmata di depan perempuan. Kat restoran, kat tempat ramai orang pulak tuh.

Ah, buat selamba aje lah. She sounded nice kat talipun tadi tuh, sure KL nih baik orangnya. Lagipun BBB (reader blog nih yang kat Delaware) kenal KL nih, diaorang selalu jumpa kat gathering Malaysian Community kat Pennsylvania, New Jersey dan Delaware States.

"Ini sure orang kelas nih", kata aku dalam hati. Lagilah kecut telor aku memikirkannya. Ah, lantaklah, tak nak lah aku fikir lebih-lebih sangat. Nak buat selamba aje lah.

Mula cadang aku nak keluar sekejap nak pergi beli jeans, nak cari jaket murah-murah. Sebab aku tak ada jacket lain, satu tu jer lah. Aku rasa aku kenalah presentable sikit untuk jumpa Melayu buat julung-julung kalinya kan? Tak apa lah, pakai jeans tak berbasuh ni sudahlah, KL tak perasannya lah. KL tuh bukannya jenis yang nak judge orang based on pakaian, aku aje yang fikir lebih-lebih. Lagipun KL bukannya tahu pasal blog-blog nih, dia tak akan tulis kat blog. Bukan macam aku yang aku rasa excited jugak sebab aku ada benda yang nak tulis kat blog. "I'm going to write about our meeting nih kat my blog", aku nak kata gitu kat KL nanti sebab aku macam nak dapatkan permission dia, aku nak dia tahu yang aku akan cerita benda nih kat orang.

So aku pakai baju baru, baju Polo yang aku beli masa Thanksgiving tahun lepas tuh. And for the very first time in years, aku masukkan baju aku dalam seluar. Tak lah menggelebeh macam selalu. Siap gunting bulu hidung lagih, pakai gel pun banyak jer. Well, aku rasa aku presentable enough, walaupun jeans buruk, jacket buruk.

So dalam perjalanan ke subway station, sambil menyelepang beg laptop, dalam hujan renyai-renyai, aku keep saying this to myself. Apa-apa pun, aku akan buat selamba aje, sebab this is not about me, this is about that boy....