"Minggat? I'm not surprised", aku kata gitu.
"Kok kenapa, dia ada bilang sama Om dia mahu minggat?", Ara tanya aku.
"Nope but she did tell me dia nggak senang tinggal di sini. And she's only 13", aku kata gitu.
Sebenarnya aku tak tahu pun yang Ita lari dari rumah untuk kesekian kalinya, tapi kali ini macam nekad aje. The night before she left, masa aku tengah tidur, aku ada dengar Yanti mengamuk. Marah-marah kat Ita. Itu bisalah. Then tak lama lepas tuh aku ada dengar orang ketuk pintu bilik aku. Perlahan jer bunyinya. Sebab aku masih mamai, aku biarkan aje. Adalah beberapa kali pintu aku diketuk. Sebab aku tak bukak, dan dia tahu aku ada di dalam, Ita menyelinap masuk. "Om, can I borrow your phone for a minute", dia kata berbisik-bisik. Aku kasi ajelah sebab memang selalu dia pinjam talipun aku kalau Yanti ada di rumah. Sebab dia tak nak Yanti tahu yang dia menalipun kawan dia. Lepas dia menalipun di bilik dia, masa dia pulangkang cellphone tuh, dia kata Yanti suruh dia pinjam duit dari aku, 20 dollars. Nanti Yanti akan ganti balik. So aku kasi ajelah, sebab aku tahu dia nak keluar, tengok cara dia berpakaian tuh. Rupanya masa itu dia keluar dari rumah. Dan tak balik-balik dah. (Sampai hari ini nih, dah dua minggu dah)
"I don't understand your Mom. Dulu waktu Ita udah pulang, seharusnya dinasihatin. Ini nggak, masih dibiarin. Dua tiga hari aja Ita kelihatannya baik, setelah itu dia masih bawa temen-temennya ke rumah. And they were like monkeys, lari sana, lari sini", aku kata kat Ara.
"Barang-barang Om ada yang hilang gak?. Playstation, piso, DVDs Will semuanya hilang. Pasti mereka yang nyolong", kata Ara.
"Koq mereka masuk kamar gedek?", aku tak sangka pulak diaorang sampa berani masuk master bedroom, bilik Yanti sama Will.
------------------------
"Koq Ita minggat lagi?", aku tanya Yanti, the moment aku sampai ke rumah, esok harinya. Masa tu Yanti tengah bersiap utnuk pergi kerja.
"Iya, udah dua minggu. Kalo masih belum pulang, mahu telpon polisi aja", jawab Yanti.
"Tapi kalo kamu telpon polisi, nanti kamu mungkin udah nggak bisa ketemu Ita", aku kata gitu. Sebab dah beberapa kali Ita ditangkap polis dan kali ini, kalau dia dijumpai, dia mungkin akan ditempatkan di rumah pemulihan. Or something like that.
"Justru. Stress aku Joe, mahu gila aku dibuatnya mikirin anak-anak ku. Mahu bunuh diri aja rasanya", kata Yanti.
"Jangan terlalu dipikirin, pasti nanti dia pulang akhirnya. Dia masih anak-anak, gak bekalan lama minggatnya", aku cuba console Yanti.
"Susah punya anak di Amerika. Mahu pulang Indo udah malu", kata Yanti.
--------------------------
Besoknya Ara datang ke rumah, macam biasa, masa tuh aku baru jugak balik, dah bersiap-siap untuk tidur. "Om, aku mahu bicara di kamar mu, bisa nggak?", tanya Ara. Sambil dia online (guna laptop aku), sambil aku baring-baring, dia pun mulalah bercerita.
"Benernya aku udah nggak tinggal di Camden (New Jersey) sih, aku udah pindah di lima street (5th Street)", kata Ara membuka cerita.
"Pantasan kamu sering ke sini, Mama kamu tahu nggak?", aku tanya lagi.
"Nggak, nobody knows. Aku menyewa sama Papo (balak Puerto Riccan tuh), kamar kecil aja, studio gitu. Udah tiga bulan sih", kata Ara.
"Kamu sekarang gimana, happy nggak?", aku tanya gitu. Aku dah mula risau sebab aku harus tidur, malamnya aku nak pergi kerja. Masa tuh dah dua lebih dah. Tapi sebab aku rasa diaorang nih memang tak ada tempat dah nak cerita masalah diaorang masing-masing, itu yang diaorang cerita kan kat aku. Lagipun, dah berapa lama dah aku dengan keluarga diaorang nih, dah jadi macam saudara sendiri. Dulu, masa Ita dalam umur 9, sepuluh tahun, dia ingatkan aku nih adik Yanti. Masa tuh Iman (adik Yanti yang dah balik Indo tuh) masih di sini, di Amerika, Ita ingatkan Iman tuh abang aku. Ara pun, dengan aku, macam adik beradik jugak. Pernah dulu, masa dia masih belum kenal dengan Papo, masa dia masih tinggal di rumah Yanti, kadang tuh kalau aku tengah tidur, (selepas dia balik kerja) dia masuk bilik aku. Selamba aje dia tidur di sebelah aku. Siap tarik selimut aku lagi. "Capek Om, aku mau tidur. Aku nggak bisa tidur di kamar Ita, bising", itulah yang dia selalu kata. Aku tahu, hidup aku bergelumang dengan dosa, dosa-dosa gitulah. Dosa-dosa "tak sengaja". (Jangan pulak nanti ada orang salah baca, salah faham, then kata aku ada buat projek dengan Ara nih). Doa yang aku maksudkan tuh, dosa-dosa gitu lah, bersentuh-sentuhan gitu.
"Om, kapan aku harus bilang sama Mama ku about my pregnancy?", tanya Ara. "Aku nggak mahu Mama ku stress lah Om, udahlah Ita minggat", tanya Ara.
"Aku nggak tahu, but you have to be very careful, nanti Mama kamu bisa jadi gila. Dia bisa bunuh diri nanti", aku jawab gitu.
"Itulah, dulu waktu aku tinggal sama Mama, aku diperlakukan persis suruhannya aja. Aku tahu aku anak berlainan bapa. Om tahu nggak Bawang Putih Bawang Merah? Aku nih kiranya Bawang Putih", kata Ara.
"You know who your father was?", aku cuba-cuba korek rahsia. Well, not exactly rahsia sebab aku pun tahu cerita sebenar.
"I know who my father is. Om tahu?", aku tengok Ara tak lah macam terkejut.
"Was. I know who your father was", aku jawab.
"Iya, dia udah mati. Siapa cerita sama Om? Mama Tante ya?", tanya Ara.
"Iya, aku tahu semuanya", aku jawab gitu.
"Kapan kamu tahu, waktu kamu masih di Indo?", aku tanya lagi.
"Nggak. Waktu udah di Amerika. Tapi sewaktu kecil aku udah dapat rasaian, kerna singat aku, sewaktu aku kecil, aku mahu dibunuhinnya sama Mama Tante. Kalo Mama Tante ke rumah, aku sering disembunyiin Mama. Aku tahu itu", kata Ara.
Aku tak nak tanya lebih-lebih tapi aku tahu yang Ara tak tahu lebih lanjut cerita sebenar, apa yang dia tahu, dia tuh anak Yanti sama suami Mama Tante. Mama Tante tuh mak saudara Yanti, bererti suami Mama Tante tuh datuk saudara Ara.
Yang cerita kat aku semua tuh, Mama Tante sendiri, masa tuh Mama Tante (yang aku panggil Tante aje) tinggal sekejap di rumah Yanti. Dia nih selalu berulang alik ke Amerika, untuk bekerja. Dia datang sini for a few months, kemudian dia kerja. Sebelum tempoh stay dia expire, dia balik ke Kalimantan. And she has been doing that for the last 3 years. Datang Amerika, kerja, selama 5 bulan, then balik ke Indo. After a few months, datang lagi, dan kerja. Dia yang ceritakan kat aku semuanya, sebab masa tu dia gaduh dengan Yanti, dia tengah marah dengan Yanti. Biasalah kan, waktu tengah marah, semua keburukan orang akan diceritakan. Dan aku tak nak lah ceritakan apa yang aku tahu kat Ara. Aku rasa dia tak berapa tahu sangat cerita sebenar. So basically aku tahulah apa pasal keluarga diaorang nih semuanya berdendam aje, porak peranda semuanya.
"Kalau Mama aku tahu bagaimana perasaan ku sekarang, dia bisa nangis Om", kata Ara. "Papo tu baik amat orangnya, cuma Mama ku nggak mahu terima dia", kata Ara. "Mama ku mahu aku tinggal di sini, supaya uang ku semua diambilnya. Om tahu nggak, for the last year, setiap bulan, aku kirimin uang ke Indo, untuk lunasin uang yang Mama pinjam buat belanja mahu ke Amerika dulu", kata Ara.
"But you don't have too, kan?". Aku masih guna "kan", orang Indo tak faham "kan" tu apa.
"No, I have too, sebab dulu Mama ku bilang, kalau aku mahu tinggal sama Papo, aku harus lunasin segala hutang di Indo. Kalau nggak, gajian ku harus dikasiin sama Mama", kata Ara.
"I was thinking of moving out tapi aku kasihan sama Mama kamu, udah lah Pak Yus pindah, nanti kalo aku nggak tinggal di sini, lebih parah jadinya. Kurangnya, wang sewa aku bisa buat bayar bills", aku kesian jugak mendengarnya.
"Uang yang aku hutang sama Om, udah lama aku kasi Mama ku", kata Ara. Terbengang aku sekejap mendengarnya, aku terbayang yang macamana peritnya masa aku nak pinjam duit dari Yanti dulu tuh. Rupanya duit yang aku tolong bayarkan untuk college Ara dulu tuh di tangan Yanti rupanya. Sialan!
"Om masih ingat kagak, dulu waktu aku tinggal sama Mama, aku yang ngerjain semua. Sekarang lihat, rumah nggak ada yang ngurusin. Berantakan semuanya, persis kandang sapi aja kayaknya. Ita, umur udah belasan tahun tapi masak nasi nggak bisa. Kerna itu aku udah nekad nggak mahu tinggal sama Mama lagi. Udah lah bertahun-tahun aku tersiksa", panjang lebar cerita Ara. Aku tenung muka Ara betul-betul, aku cuba bayangkan muka orang-orang Indo yang di Malaysia tuh. She's different. She's only 21 but she has been thru' a lot in life.
"I was told, Papo tu such a stupid guy. And you are being used by his family", aku tanya Ara.
"Nggak bener sama sekali Om. Mama ku mahu aku kembali tinggal di sini, itu alasannya", jawab Ara.
"Who will take care anak kamu nanti?", aku tanya Ara.
"Sendiri. Mama ku pastinya nggak mahu nerima. Aku sama Papo lagi menabung, untuk buat biaya waktu aku melahirkan nanti", serious aje Ara jawab.
"If you're happy there, keep it up. Let your Mom worry about your sister, kamu jangan pusing", aku tahu yang itu bukanlah nasihat yang bagus.
"Aku dimarahinnya Mama, aku sering ditelponin", kata Ara.
Aku tertidur lepas tuh,tak perasan pun bila masa Ara keluar. Sedar-sedar dah masa untuk aku bersiap untuk pergi kerja.
------------------------
Dalam seseminggu lepas tuh, rumah jadi senyap aje. Sunyi sepi. Dan aku pun kesian tengok Yanti sama Will. Will tuh tak lah aku kesian apa sebab dia macam tak ada perasaan pun. Tak fikir apa-apa pun. Dia selamba aje. Mungkin sebab Ita tuh bukan anak dia. Lagipun dia American, kalau pasal budak-budak lari dari rumah tuh, itu memang biasa bagi dia. Tapi, apa yang aku perasan, Yanti sama Will jadi semakin rapat. Ke mana-mana, berdua aje. Baru lah aku tengok, diaorang pergi shopping berdua, ke sana-sini berdua.
Dan yang buat aku makin kesian, aku terserempak dengan Yanti yang tengah membersihkan bilik Ita. Disusun, dikemasnya bilik Ita yang berselerakan tuh.