Pelik jugak aku memikirnya, apa pasallah Americans nih malas sangat? Nak cuci baju pun hantar laundry. Yang berfamily pulak tuh. Dan sekali buat laundry, berbakul-bakul, it's very common kalau satu orang guna empat atau 5 washing machines sekali. Aku selalu tertanya-tanya, apa pasal diaorang nih tak beli washing machine aje, kan ker jauh lebih jimat duit? Dan masa?
Kalau orang bujang tuh aku tak heran sangat tapi most of the customers yang datang tuh semuanya orang yang berfamily. Itu yang aku kata Americans nih pemalas sesangat. Dan sekali datang ke laundry, diaorang akan spend more than 20 dollars untuk masukkan coins kat dalam machines tuh. Itu belum dikira harga detergent, bleach, semuanya. Kalau beli washing machine sendiri kan ker senang? ? Boleh cuci pakaian setiap hari, sesikit, tak payah tunggu sampai bertimbun. Masa pun tak terbuang untuk drive ke laundromat, kan? Masa tunggu pakaian kering, boleh buat kerja lain, kan? Boleh menanak, boleh online ker apa ker. Diaorang nih sanggup menghabiskan duit untuk benda-benda yang tak masuk akal aku lah.
Itu belum tengok yang hantar drop off service lagih, yang itu lagilah malas nya. 1 lb 69 cents, takat basuh, kering dan lipat. Kalau pakaian tuh diiron, mungkin berbaloi jugak. Kadang tuh aku tengok, dah jadi macam family event pulak masa buat laundry tuh. Macam berpiknik jadinya, sambil bawak bekal lagi tuh semuanya. Dan yang buat aku berfikir panjangnya, ada jugak tuh yang datang buat laundry tengah-tengah malam. Pukul 2 pagi. Pukul 4 pagi. Pukul 6 pagi. Tak ker bangang namanya tuh? Bukannya diaorang tuh sibuk sampai tak ada masa nak buat laundry, tapi jenis yang tak boleh tengok aku senang gamaknya. Diaorang tak fikir yang dalam pukul-pukul 4 tuh, aku, kalau boleh, nak lah jugak melelapkan mata barang sesetengah jam.
Aku perhatikan sesorang, kebanyakan yang buat laundry tuh orang-orang biasa jer, housewives. Tapi diaorang ada something in common. Diaorang tuh orang malas. Aku memang boleh kenal orang malas dengan orang rajin. Dah lah, semakin aku tengok diaorang nih, semakin hilang respect aku.
===========================
Sejak aku berkecimpung di bidang masak memasak nih, kepala aku asyik dok memikirkan apa menu yang hendak dimasak aje setiap hari. Waktu dalam train/trolley/bus, di dalam perjalanan balik selepas kerja terutamanya, kadang tuh sampai tertidur aku dibuatnya sebab tak tahu apa yang nak dimasak.
Dan itu jugaklah yang buat aku sedar, buat aku teringat, yang aku harus respect pada para perempuan dan isteri serta ibu-ibu. Dulu aku selalu sangat mengutuk, aku selalu sangat tak faham, aku selalu terfikir, "perempuan nih, diaorang nih tak ada kerja lain gamaknya. Asyik-asyik cerita pasal apa nak masak tengahari kang, macamlah masalah besar sangat. Aku selalu perhatikan, kalau masa kecik-kecik dulu, aku perhatikan mak aku dengan jiran-jiran, "pot pet pot pet, nak masa apalah hari nih. Pot pet pot pet, petang kang ke bukit tuh cari pucuk paku. Pot pet pot pet, apa lah nak masak siang ni kang" Masalah besar sangat bagi diaorang.
Tapi sekarang baru lah aku sedar yang memikirkan apa yang nak dimakan dan dimasak setiap hari tuh adalah masalah besar. So, kesimpulannya gitulah, aku kesian dan respect gila pada perempuan-perempuan. Sebab aku sedar, aku yang bukan perempuan nih pun asyik dok memikirkan pasal apa nak dimasak, apa nak dimakan. Kalaulah aku nih perempuan, tak tahulah pulak macamana.
Masalah aku, sebab resipi aku tuh very limited, aku tak reti nak masak masakan yang susah-susah. Memanglah aku ada cadang nak masak itu ini, tapi aku tak ada dan tak tahu apa ramuannya. Apa yang aku ada, selain daripada rempah kampit yang tersedia (bumbu in Indonesian), hanyalah bawang (kecil, merah, putih), paprika powder, garam, serbuk kunyit, halia dan serai. Itu aje. Masakan Melayu kan ker cerewet, nak ada bunga lawang lah, kena taruk lengkuas, bunga cengkih, buah pelaga. Benda-benda tuh mungkin/memang ada dijual di sini tapi aku macam dah lupa, aku tak tahu bagaimana bentuk dan nama semua benda-benda tuh. Takat tahu nama jer sekarang nih.
[Rasanya kalau aku masak taruk rokok Gudang Garam boleh dak? Sebagai pengganti cengkih, kan ker dalam Gudang Garam ada cengkih? Kat sini mudah nak dapat Gudang Garam kat kedai Indo]
So gitu lah, masak hari-hari guna ramuan yang sama, masak lemak, masak kari, semuanya guna ramuan yang sama. Nama masakan jer yang membezakannya. Peduli apa aku, kalau aku masak gulai lemak tapi jadi masakan lain, bagi aku itu tetap gulai lemak.
So far aku dah masak a few masakan yang bagi aku boleh tahan lah sedapnya. Gulai lemak ikan + terung, kari ayam, sambal tumis sotong, rendang, pajeri nenas, gulai lemak telur, sayur kobis, sayur jantung pisang dan kari ikan kurung (sardin)
Dan aku jugak dah terjebak dengan bidang pembuburan. Nak makan bubur jer setiap hari. Bubur sagu, bubur jagung, pengat pisang, semuanya tuh macam kacang aje bagi aku sekarang nih. Pisang goreng, cekodok pisang, cekodok udang, itupun aku buat sambil lewa aje.
Yang lawaknya, sebab aku tak ada masa sangat, balik aje kerja, aku on kan dapur. Then on kan laptop. Masak nasik. Then taruk password kat laptop. Gilir-gilir gitu, sambil masak sambil berinternet. Biasanya dalam masa sejam aku dah selesai buat semuanya, masak, makan, online.
So tak heranlah kalau sekarang nih aku makannya agak banyak. 3 kali sehari pulak tuh. Tak pernah-pernah aku makan nasi sampai 3 kali sehari tapi sekarang nih lahap aje. Sebelum pergi kerja aku makan, pukul 2 pagi (waktu kerja) aku makan, then bila balik kerja aku makan. Sebab makan banyak itulah, berak pun sedap aje sekarang nih. Rasa macam berbaloi gitu. Sebab banyak isi yang nak diberakkan, bukan macam dulu takat berak keluar angin aje.
Dan aku rasa lah, sejak aku mula menerajui bidang masak memasak nih, selain daripada dapat makan makanan yang dah lama aku idam-idamkan, aku dapat save duit jugak sesikit. Cuma satu aje yang patut kurangkan sikit sekarang nih. Aku kena buang tabiat yang suka terbeli apa-apa masa on the way nak pergi kerja tuh. Sebab aku lalu di kawasan yang banyak kedai, dan sebab biasanya aku pergi kerja agak awal (so banyaklah masa terluang sementara nak tunggu trolley/train), selalu sangat aku termasuk ke kedai-kedai tuh. Beli benda-benda bodoh jer. Beli jajan. Beli paper. Walaupun tak seberapa, tapi kalau dah setiap hari, parah jugak dibuatnya. Kadang beli snicker bars, kadang beli asam taik idung Cina, kadang beli KitKat. Paper pun, buat rugi jer aku beli sebab aku bukannya baca sangat pun. Takat cari berita-berita pelik dengan cerita rogol jer. So korang boleh imagine lah aku pergi kerja, kat dalam trolley/train tuh aku sambil mengunyah jajan, sambil baca paper.
Pergi dan balik kerja sekarang nih aku guna weekly pass aje, jauh lebih murah daripada kalau aku guna tokens yang dalam 5 dollars sehari, pergi balik. Weekly pass cuma $19 aje. Nak beli monthly pass, walaupun lebih jimat dari weekly pass, aku takut rugi aje nanti sebab buatnya nanti aku tak kerja kat kedai laundry tuh lagi, macamana kan? Iyalah aku nih kan, semuanya tak dapat dijangka. Dah elok-elok kat sesuatu tempat, sure aje akan ada benda yang tak kena nya nanti tuh. Mark my words.
So kali ini aku tak nak fikir pun, aku tak nak janji pun, selama mana aku dapat bertahan kerja di laundromat tuh. I'll take one day at a time, aku nak tengok ajelah macam mana keadaannya dulu. Walaupun aku dah ada congak-congak buat rangka plan, buat back-up plan, tapi aku tak nak tulis kat blog lah. Macam aku cakap tadi, dengan aku nih, semuanya tak dapat dijangka. Satu aje yang dapat dijangkan, dapat korang agak. Yang suatu masa nanti aku akan berhenti kerja di kedai laundry nih. That's for sure lah kan?
Macamana pun, harap-harap tak ada lah cepat sangat kot, mintak-mintak lama lah sikit aku kerja di laundromat tuh. Sebab kerja nya ok, bos nya ok, boleh tidur dan boleh berinternet lagi masa kerja. Dan yang buat mahal nya, aku kerja sorang-sorang, tak ada siapa kacau aku. Itu yang kerja 12 jam tuh tak terasa lama sangat, walaupun kerja malam. Cuma itu lah, tempatnya agak jauh, dan sebab kerja malam, aku susah nak tidur siang. Memang tak cukup tidur pun dan aku berura-ura nak ambil sleeping pills aje lah nanti sebab sekarang nih pernah aku tidur hanya sejam lebih sikit aje sehari. Kira dua jam lah kalau dicampur masa aku tersengguk-sengguk masa kat tempat kerja. (I'll story about this cerita pasal sleeping pills nih dalam entry lain nanti kot)
Dan aku nak tengok jugak Mr Yong tuh macamana orangnya, pengelat ker tidak, gaji dibayar on time ker tidak, dibayar cukup atau tidak. Semuanya tuh aku nak tengok dulu sebelum aku buat keputusan lain.
All I'm focussed on now is that next dollar, itu aje. Macam bunyi cakap prostitute aje kan? Wakakakaka