Wednesday, October 3, 2012

Bener Nya Aku Tersinggung Juga Sih


28012007

Nih aku nak cerita pasal keluarga Yanti pulak. Mintak-mintak tak terpanjanglah aku tulis nanti, tapi kalau cerita pasal orang Indo yang berbelit-belit nih, aku rasa akan jadi panjang entry nih.

Yanti masih lagi macam dulu, dia juggles masa antara pergi sekolah kecantikan dengan bekerja. Bulan depan akan tamatlah persekolahan dia, tapi dia nak sambung for a few more months kot, untuk dapatkan lesen mengajar pulak. Kalau mengikut kursus yang dia ikuti sekarang, dia hanya boleh buka salon dan employ orang, tapi dia tak boleh nak mengajar orang. Boleh sebenarnya tapi tak akan dapat certificatelah sesiapa yang belajar dengan dia nanti. Itu yang dia nak sambung sikit lagi tuh, so that dia boleh jadi tenaga pengajar kecantikan jugak nanti. 

Suami Yanti, Will, ituhari berhenti kerja for a few weeks, sekarang dah dapat kerja lain dah. Dengar ceritanya, Will nak balik semula ke tempat lama, kat company yang Yanti turut sama kerja tuh. Sebab di tempat baru tuh kerja nya agak bahaya, ituhari dia ke klinik sebab mata dia dimasuki habuk kaca. Ada kawan sekerja Will yang mati kena mesin minggu lepas. 

Pak Yus dah tak menyewa di rumah Yanti dah sejak dia gaduh dengan pacar dia dulu tuh. Tak sempat sehari gaduhnya, dah berbalik semula. Sampaikan hampir sebulan sebelum dia pindah, dia tinggal sama dengan pacar dia tuh, tidur sama pacar dia. Sebab takut pacar dia diganggu pacar nya yang lama. Iyalah, masing-masing dah berumur semuanya, so tak ada pilihan sangat. Kebetulan pulak, kedua-dua Pak Yus sama pacarnya tuh, orang Manado. Kalau Pak Yus berpisah dengan pacar dia tuh, terkulat-kulatlah diaorang masing-masing sebab tak ramai orang Manado di sini. Daripada terkulat-kulat, itu yang diaorang rujuk semula tuh. Dapatlah berjilat-jilat. 

Ara, anak Yanti yang paling tua (21 tahun) duduk sama pacar dia mamat orang Puerto Rico tuh, di Camden, New Jersey. Seberang sungai dari Philadelphia aje. Memang dari dulu pun, adalah dalam dua tahun dah kot, dulu dia kata dia buat keputusan tuh sebab nak lari dari duduk sama Yanti. 

So, yang ada di rumah sekarang, Yanti, Will, Ita dan aku. Lepas dari Pak Yus keluar dari rumah Yanti, aku pindah ke bilik kecil yang dulunya Ita duduki. Pandai Yanti, dia suruh Ita sound kat aku, so aku buat-buat faham ajelah. Bilik yang aku duduk dulu tuh memang besar dan kalau ada keluarga Yanti yang datang (dia banyak keluarga di Amerika nih), adalah tempat untuk diaorang lepak. 

Setakat ini, sejak aku mula balik duduk di rumah Yanti nih, tak ada masalahnya pun. Pasal duit ker apa ker. Walaupun Yanti selalu cerita pasal tak ada duit, tak cukup duit, tapi tak ada gaya-gaya dia nak pinjam duit. Atau tanya-tanya aku pasal duit aku. Mungkin jugak sebab so far, setiap kali gaji, aku bayar balik segala hutang aku. Iyalah, dulu dikumpul-kumpul gitu sewa rumah, banyak jadinya. (Masa aku di New Jersey, di Pittsburgh,di Atlantic City, sewa tetap jalan). So dalam sebulan tuh aku bayar sewa sebanyak dua kali, satu untuk bulan tuh dan satu lagi untuk hutang sewa yang lama. Dah habis dah sekarang nih hutang aku sama Yanti. Dan itu yang aku rasa Yanti jadi macam takut jer sekarang nih. Pasal, dah lah Pak Yus keluar, aku nanti akan hanya bayar sekali aje setiap bulan. Tak macam dulu, aku bayar dua kali, dan dia dapat duit sewa dari Pak Yus jugak. So aku dah nampak yang akan datang nih Yanti akan tak ada duit semula.

Dengan Will pun Yanti selalu gaduh, semuanya pasal duit aje sekarang nih. Si Will pun satu hal, dia selalu gunakan credit cards Yanti untuk gamble di internet. Untuk tengok porn sites. Dia buat tuh sembunyi-sembunyi. Aku dulu selalu jugak terperasan yang he was up to something, sebab everytime aku balik, dan bila aku lalu belakang dia, dia akan menggelabah. Cepat-cepat diminimizekan windows. Jugak, aku selalu tengok yang dia selalu dapat snail mails yang dia akan koyakkan kecil-kecil dan dibuang separately. Aku yang kadang tuh ternosy pernah tertengok a few mails yang aku tahu, Will cuba sembunyikan dari pengetahuan Yanti.

Sampailah satu masa bila Yanti terperasan sama, yang terus dia confront sama Will. Will mengaku yang dia gunakan credit cards Yanti. Dia mengaku yang dia pun, despite his bad credits, dia dapat jugak apply credit cards. Supplementary cards. Dan dia mengaku yang dia kehausan seks. Yanti cerita semua tuh pada aku. Aku tak tahu sebenarnya apa yang Will fikir pasal aku sebab I know yang dia tahu aku tahu semuanya pasal dia. Pasal keluarga Yanti tuh.

Aku tak tahu lah apa hukumnya tapi, diaorang tuh sebenarnya dah beberapa kali cerai. Kalau ikut hukum lah. Sebab Yanti, kalau bengang, dia mintak cerai aje kerjanya. Dan Will pun selalu meng-ok- kan aje. Tapi sebab Yanti tak pernah ada masa, jadi tak ke City Hall lah diaorang. Then, esoknya diaorang berbaik semula. Selalu sangat jadi gitu, sampaikan aku yang lebih-lebih panik jadinya. 

Ita pulak, itu ligat jugak budaknya. Umur baru 13 tahun kalau tak salah aku tapi dah rosak habis dah budak tuh. Dimanjakan sangat. Tak reti buat apa. The whole day dia akan online atau on the phone. Bawak balik kawan-kawan dia ke rumah. Tak kira jantan betina. Pernah ituhari, for a few days, dia sembunyikan boyfriend dia kat rumah. Since kitaorang semuanya kerja, tak ada siapa perasan. Until barang-barang makanan yang kat fridge banyak yang hilang. Aku tahu, bilik aku tuh selalu ada orang masuk. Towel aku boleh hilang pulak tuh. Aku diamkan aje. Aku perasan yang that guy, sentiasa ada di rumah. Masa aku balik kerja, dia ada di rumah. Aku nak pergi kerja pun dia masih ada di rumah. Until satu hari tuh Yanti talipun aku. Biasalah, Yanti, dia kalau ada perkara penting, dia akan tunggu aku keluar, baru dia akan talipun aku. Agaknya kat rumah dia tak berani nak bersuara. 

"Aku mau tanya kamu tapi kamu jangan tersinggung sih", dia kata kat aku. 

"Kenapa sih?", aku dah suspen aje.

"Roti ku, telur ku, susu ku hilang. Siapa yang nyolong sih?", Yanti tanya aku.

"Eh, aku pun sama sih, telur aku (bukan "telur" yang itu), susu, sering hilang sih. Tapi aku diamin aja", aku jawab gitu. 

"Kamu tahu nggak, anduk (tuala) aku pun bisa hilang. Dulu Pak Yus mahu pintu dipasang konci tapi aku bilang ga' bisa bikin sembarangan, kerna itu rumah sewa, nanti dimarahin tuan rumah", aku kata gitu. 

Rupanya Ita sembunyikan balak dia kat basement, dan dialah yang kebas semua benda-benda tuh. "I told you, he (aku) doesn't eat bread", kata Will kat Yanti. Diaorang dapat tahu tu pun pasal the next day, Will intai Ita yang tengah tidur setilam dengan balak dia tuh.

Bengang jugak aku jadinya bila aku tahu yang diaorang mulanya ingatkan aku yang jadi maling (pencuri). Barang makanan aku hilang, susut, aku diamkan aje, tapi diaorang punya hilang, heboh ke sana ke sini. Tak tahu, anak sendiri yang jadi maling. Itu yang buat aku rasa macam nak pindah cari bilik sewa di tempat lain aje. 

Agaknya sebab malu, Ita tak balik ke rumah. Memang dia selalu tak balik ke rumah tapi kali tu, lama jugak. Sampai satu hari tuh, diaorang dapat panggilan talipun dari polis yang beritahu Ita ada di balai.