Diam tak diam, tidur tak tidur, dah dekat sebulan aku kerja di kedai laundry Mr Yong. Lama jugak dah kan? Tapi, belum pun ada sekelumit aku merungut, mengewhine. Pasal kerja, macam selalu tuh kan? Biasanya, kalau dah dekat sebulan kerja tuh, dah bertambun-tambun dah pengomelan aku kan?
Tapi tidak kali ini. Belum lagi kot? Atau sebab kerjanya ok sampai tak ada apa yang nak aku rungutkan. Kecuali pasal aku tak dapat nak tidur di sebelah siang tuh? Itu aje? Bererti, akan lama kah aku bekerja di kedai laundry nih? Tak ada pulak orang nak bet yang selama mana aku boleh bertahan kerja di sini, kali ini nih.Ker sebab aku masih belum sampai ke bab-bab yang aku tak suka pasal kerja? Atau sebab aku belum didatangi rasa bosan? Bukanlah aku kalau tak cepat bosan, kan?
Sebenarnya, aku sendiri pun tak tahu berapa lama aku akan bekerja di sini. Sepatutnya aku dah boleh agak, kan? Tapi dengan aku nih, biasalah kan, kalau dah elok-elok tuh, ada aje lah nanti sebab musababnya. Benda yang tak disangka-sangka kadang tuh, yang akan membuatkan aku berhenti kerja, atau terpaksa berhenti kerja. What with aku yang dah duduk di Philadelphia, yang anytime aje aku boleh blah dan cari kerja lain kan? Kalau dulu, waktu kerja duduk live-in, aku kena berfikir banyak kali sebelum mengambil apa-apa keputusan. Kali ini tak gitu pulak. Entah-entah esok, bangun tidur, aku buat keputusan tak nak kerja, mana tahu kan?
Entahlah, aku tak berani nak cakap berapa lama aku akan bertahan kerja di sini nih. Sure ada aje nanti tu tuh. Macamana pun, aku adalah jugak plan-plan, congak-congak, apa yang aku nak buat next. Contigency plan pun ada, aku kena fikir apa nak buat in case aku dah tak kerja di sini. Hidup sebagai Bangla gini nih, otak kena selalu jalan, walaupun nampak macam dah settle semuanya, macam dah ok jer semuanya, aku kena jugak fikirkan pasal my second line of defense kan?
Punyalah "settle" hidup aku sekarang ni kan, sampaikan aku dah tak ada apa dah nak tulis kat blog. Nampak gayanya, aku kena merapu aje lah, sementara "menunggu cerita baru", cerita yang "worth writing for". Aku rasa buat masa ini tak ada apa pun yang menarik yang nak ditulis. Tengoklah macamana, nampak gayanya aku kena lah certakan jugak pasal aktiviti masak-memasak aku, masukkan gambar-gambar hasil masakan aku, peduli apa akan kata yang dengan buat semuanya tuh nanti akan hanya menyerlahkan kenyahan aku. Emangnya gue pikirin? Gue udah ketandusan ide. Sebab bagi aku, kalau tulis blog tuh, bila ada cerita menarik aje baru aku rasa ada benda yang nak ditulis. Tapi kalau dah routine macam biasa seharian, nampak macam mundane aje lah kan? Tak ada apa pun nak diceritakan, kan? Bosan dah nak bertandang ker nih? Ataupun malas yang datang mengundang? Malas rasanya, sebab tak ada masa sangat. Banyak lagi benda yang aku kena tulis nih, benda yang aku tengah usahakan nih. Tengoklah nanti, macamana pun, aku nak tulis nih pasal kehidupan seharian aku, perjalanan hidup aku untuk waktu sekarang nih. Yang begini.
Aku mula kerja pukul 11 malam. Sampailah 11 pagi besoknya. Biasanya dalam pukul 9 lebih, sebelum 9-30 pm, aku dah berangkat, dah beransur pergi. Saja aje lah aku keluar cepat sebab aku kena naik bas/subway, train dan trolley, takut ada salah satu dari kenderaan tuh yang buat hal, yang akan melambatkan aku ke tempat kerja. So far Alhamdulillah, tak ada sangkut pun. Infact aku kadang tuh sampai ke stesen terakhir tuh 45 minit lebih awal. Nak lambatkan sikit berangkat kerja, takut pulak kalau terlepas train, terlepas trolley, tertinggal bas.
So waktu pergi kerja aku memanglah tak rush sangat, selamba aje jalannya, tak ada pressure langsung untuk pergi kerja. Lagi lama dalam kenderaan tuh lebih bagus, dapatlah aku lelapkan mata barang sesepuluh minit. Aku tak heran pun kalau tertidur dalam train/trolley, pasal semua stesyen yang aku berhenti, semuanya tuh stesyen terakhir. Sure tak terlajaknya kan? Aku pun duduk kat seat yang depan-depan aje, sebab kalau tertidur, dan tak sedar, sure akan tersedar sebab bunyi bising orang nak turun. Atau, kalau aku tertidur, sure akan ada orang yang kejutkan aku. Lagi satu, pasal aku nak cepat turun, sebab ikut scheduelnya, trolley tuh sampai betul-betul pukul 11. Selalunya adalah beberapa minit terlewat.
[Gambar kedai laundry tempat aku kerja]
Sampai aje di tempat kerja, terus aje Mr Yong (yang kadang tuh sama anak bini dia) bersiap nak balik. Aku ambil kunci, aku kira duit kat cash register, aku kira barang-barang stok, detergent mostly. Then aku start mengemptykan trash bins yang biasanya melimpah ruah tuh. Lepas tuh aku mulalah membersihkan washing machines yang ada dalam 50 bijik tuh. Then baru aku membersihkna cermin dryers pulak, dalam 50 bijik jugak. Semua tuh ambik masa dalam sejam lebih sikit. Biasanya kalau malam-malam tak sibuk, by that time, cuma ada sorang berdua aje orang yang kat laundry tuh. Tapi kalau weekend, waktu-waktu gitu masih macam pasar malam lagi keadaannya. Then aku mulalah menyapu.
Dalam pukul 1-30 am tuh aku biasanya akan online sekejap. Selingan lah tuh. Dapatlah setengah jam, it depends, kalau terralit chatting tuh, adalah dalam sejam. Masa tuh aku tak rasa selesa sangat nak online sebab aku rasa Mr Yong belum tidur, aku sure yang dia tengah tengok aku melalui camera di rumah dia. Dia tahu aku bawak laptop sebab ituhari, hari ketiga aku kerja kalau tak salah aku, dia ada beritahu aku yang kalau aku nak guna laptop, jangan guna kat luar. Guna kat dalam office aje, sebab dia tak nak nanti ada benda-benda tak diingini yang terjadi.
(So memang confirmed lah yang dia tengok aku kerja melalui camera kat rumah dia. Itu sebabnya, agaknya lah, aku selalu tengok dia macam orang kurang tidur aje. Dan kalau ada apa-apa hal, mesin rosak ker, apa-apa ajelah, dia suruh aku talipun dia. Anytime. Dan, kalau aku talipun, contohnya pukul 3 pagi, suara dia masih segar, tak macam suara orang yang dikejutkan daripada tidur)
Iyalah, memang kawasan tuh selamat, tapi kita mana lah tahu, kan? Aku berdalih jugaklah, aku kata, aku cuma guna laptop masa tak ada orang, atau masa ada satu dua orang aje. Kat dalam bilik tuh mana ada signal, itu masalahnya. Aku kena taruk laptop aku kat atas this one washing machine yang kat tingkap, kat depan jugak lah. Aku tak fikir sangat pun yang kalau orang tengok aku dari luar. Aku tak adalah bersangka buruk dengan orang. Takkanlah laptop pun nak kebas, kan? Laptop murah jer tuh. Macamana pun, aku seriau lah jugak kalau lama-lama sangat online, kalau ada orang datang, aku cepat-cepat bawak laptop tuh masuk ke bilik.
Lepas pada tuh barulah aku membersihkan lint compartmets kat dryer tuh, membersihkan filters. Kotor dan berabuk sangat kerja tuh, dalam banyak-banyak kerja, itu yang aku paling tak suka. Nasib baiklah buat kerja tuh pakai mask. Kerja terakhir aku, mengemop lantai. Senang jer, aku takat lalukan mop yang basah tuh sekali jalan aje. Tak payah lah nak mop sampai 3 kali macam masa aku kerja di tempat nenek dulu tuh. Dalam masa dua puluh minit boleh selesai mengemop lantai tuh.
So lepas tuh dah tak ada kerja lain dah, takat lepak-lepak kalau-kalau ada orang nak beli detergent, bleach, laundry bags, benda-benda gitu. Atau tunggu orang nak hantar pakaian untuk dicuci. Kalau ada, pakaian tuh aku timbang, then kumpul kat satu tempat. Kalau ada orang datang nak ambil pakaian yang dah dibersihkan, aku kena rekodkan jugak semua transaction. Kadang tuh ada mesin yang rosak, so aku samada kena kembalikan duit, atau cuba-cuba tengok apa yang rosaknya. Kadang tuh bukannya rosak, jenis orang yang tak reti guna washing machine, jenis yang tak sabar. Taruk aje pakaian, terus lah nak kan mesin tuh cuci pakaian. Kena lah tunggu cycle dia dulu, wei!
Biasanya dalam pukul 3, atau 3 lebih sikit, aku akan online pasal masa tuh aku sure Mr Yong dah tidur, dan aku pun dah tak ada kerja lain dah. Amanlah sikit nak online, kan? Lagipun kalau aku nak chat pun masa itulah kan, sebab orang kat Malaysia dah tengah bersiap nak balik.
Then aku panaskan makanan aku, aku makan. Lepas tuh aku masuk ke bilik dan kunci dari dalam. Ambik kerusi, taruk kat tepi, susun beg-beg baju yang dah dicuci tuh untuk dijadikan bantal tempat aku sandar kepala, then aku cuba tidur. Aku cuma ada masa dua jam untuk cuba tidur dan untuk tidur. Mula-mula dulu susah jugak aku nak cuba lelapkan mata, iyalah kan, dah lah tak selesa sebab tidur kat kerusi kecik, kadang tuh (biasanya) masa itulah ada orang datang, nak beli itu lah, nak tanya ini lah, nak ambil pakaian yang dah bersih lah, nak hantar pakaian untuk dicuci lah, semuanyalah. Jenis yang tak boleh tengok orang senang sikit, jenis yang tak fikir pasal orang, jenis yang tak ada perasaan kesian kat orang yang nak cuba-cuba tidur.
Mulanya dulu susah jugak nak lelapkan mata tapi sekarang nih dah jadi macam routine dah, dan aku pun dah tak peduli pun kalau masa aku nak tidur tuh masih lagi ada customers, masih lagi ada orang yang tengah mencuci pakaian. Aku selamba aje tidur. Kalau diaorang nak apa-apa, diaorang boleh ketuk aje cermin bilik tuh, bangunkan aku.