Masalah aku yang paling besar sekarang nih, pasal aku kurang tidur. Masalah kedua, apa menu aku nak masak. Dalam sehari tuh aku berapa jam aje tidur. Masa mula-mula dulu, aku ingatkan sebab aku tak dapat nak adapt dengan pertukaran waktu tidur, yang lama kelamaan aku akan terbiasa. Tapi tak pulak. Semakin lama semakin parah dibuatnya. Kalau dulu, balik aje kerja, lepas makan minum, aku dah boleh tidur untuk beberapa jam sebelum aku terbangun untuk Maghrib. Ada lah dalam 3 jam aku tidur, then lepas Isyak, aku dapat jugak lagi tidur untuk sesejam gitu.
Tapi sekarang nih, dapat tidur dua jam aje dah bersyukur. Sebab aku susah untuk melepkan mata. Itu satu. Dah mata terlelap, sejam lebih kemudian aku dah terbangun dah. Tengok jam, baru pukul 3 lebih. Buatlah macamana pun nak tidurkan balik mata aku, tetap aku tak dapat nak lelap. Aku pakai tutup mata Zorro ker, aku bukak baju ker, aku tetap tak dapat tidur lagi. Biasanya aku tidur pakai kain pelikat aje yang tak ada apa-apa aku pakai dah kat dalamnya tuh.
So, daripada buang masa tergolek sana sini nak lelapkan mata, aku bangun ajelah, walaupun aku tahu aku cuma tidur dalam 2 jam aje. Dan aku selalu fikir yang masa kerja nantinya, aku akan tidur jugak dalam 2 jam gituh. So akan dapatlah 4 jam sehari aku tidur. Tapi, bila masa kerja, aku masih jugak tak dapat nak tidur lama. True, aku adalah lelapkan mata jugak tapi biasanya ada jer orang kacau. Ada yang nak beli detergent lah, ada yang datang nak hantar pakaian untuk dicuci lah, ada yang nak ambil pakaian yang dah dicuci. Dalam pukul 4 pagi gitu biasanya.
Masa nak pergi kerja, masa dalam train, dalam subway, masa tuh aku rasa mengantuk sesangat, aku rasa muka aku berkerepot sangat, dan aku suspen jer takut-takut aku terpengsan, terjatuh kat mana-mana. Nak turun naik tangga kat station tuh aku pegang handrail betul-betul, aku buat-buat senaman sesikit, saja nak memakesurekan yang aku ada daya upaya untuk sampai ke arahtuju aku. Eh, betul ker penggunaan perkataan arahtuju tuh? Aku pakai bantai aje
Hari kedua aku begitu, badan aku dah sengal-sengal, rasa macam reput jer tulang belulang aku, rasa lembik jer. Rasa macam badan aku baru lepas direbus. Nak tanggal isi dan kulit gituh rasanya. Korang nak tahu macamana rasanya? Cuba korang rebus dulu badan korang, lepas tuh tahulah apa maksud aku. Aku mulanya cadang nak cuba ambil sleeping pills tapi rasa takut jugak bila Ara (anak Yanti) kata yang "that will mess up your brain". Dah lah brain aku nih brain orang kurang siuman.
Then aku cadang nak ambil ubat batuk sebab aku tahu, kalau minum ubat batuk, boleh tidur lena punya lah. Aku pernah jugak dulu berkecimpung di bidang meminum ubat batuk untuk melenakan tidur nih. Macamana pun, aku akhirnya buat keputusan untuk makan TylenolPM ajelah, ubat pening kepala sebenarnya Tylenol nih cuma jenis TylenolPM tuh untuk kasi lena tidur. Aku makan ubat tuh, dua bijik, dan aku tidur. Lena tidur aku, dapatlah 4, 5 jam aku tidur. Kalau hari off aku, aku telan ubat tuh, lepas Isyak terus aku tidur, sampailah ke pagi. Dan walaupun aku ada terbangun, tapi kalau nak sambung tidur tuh tak jadi masalah sangat.
Cuma masalahnya makan TylenolPM nih, walaupun aku tersedar untuk pergi kerja (ada sekali jer aku terbabas tidur, sedar-sedar dah pukul 9-15 pm, time aku sepatutnya pergi kerja), tapi aku selalu rasa mengantuk aje. Masa dalam train, dalam subway, aku jadi lemah aje. Itu masalahnya. Dan satu lagi, sehari aku tak makan ubat tuh, aku tak boleh tidur, aku akan balik ke cuma tidur sejam dua aje sehari. Ha, itu yang buat aku pening tuh, kalau aku makan TylenolPm tuh setiap hari, takut jugak akan ada side effectnya nanti.
So itu yang aku pelik sangat tuh, apa pasal aku tak dapat nak lelapkan mata waktu tengahari tuh. Bukannya aku ada fikir lain, bukannya aku stress pasal kerja. Cuma aku stress pasal kurang tidur. Itu aje. So, aku tak dapat tidur sebab aku memikirkan pasal aku kurang tidur. Sebab aku memaksa diri aku tidur sebab aku kurang tidur. Sebab aku memaksa diri aku untuk tidur sebab aku nak merasa untuk bermimpi di siang hari.
Sebelum aku pergi kerja, sambil-sambil makan, sambil-sambil bungkus bekal untuk dibawak pergi kerja (yang kadang tuh mengalahkan bekal orang nak ke ladang lagi. Siap dengan dua jenis lauk, bubur, telur asin, biskut), kadang tuh aku sempat jugak sembang-sembang dengan Yanti, dengan Pak Yus. Kadang tuh kitaorang bertiga.
Diaorang selalu jugak tanya aku pasal kerja, aku kata lah yang kerja aku ok aje, rileks jer kerjanya. Cuma disebabkan kerja di sebelah malam, jadi aku kurang tidur sebab memang payah untuk melelapkan mata di waktu siang. Diaorang terkejut bila aku kata kadang tuh aku tidur cuma 2 jam aje sehari, sampaikan aku terpaksa ambil pills. Biasanya diaorang akan kasi pandangan, pendapat diaorang. Suruh aku cari kerja lain, suruh aku jangan main internet.
Diaorang tak tahu pun yang aku kurang tidur bukanlah sebab aku berinternet. Aku main internet pasal aku tak dapat tidur. Itu yang benarnya. Aku rasa lah kan? Mana aku nak mengaku, menyalahkan internet, yang buat aku kurang tidur, kan? Kadang tuh takut jugak bila dengar cerita-cerita diaorang bila diaorang buat contoh beberapa insiden yang terjadi kat orang-orang Indo yang di sini.
"Kamu tahu nggak, si polan tu mati gara-gara kurang tidur, otaknya rusak. Gara-gara kurang tidur, kerja melulu. Otay (overtime) melulu, siang malam", kata Yanti.
"Mereka sering kerja dobel shift, kapan tidurnya?", kata Pak Yus.
Dari dulu lagi memang ada cerita-cerita pasal orang-orang Indo (yang aku kenal semuanya) yang jatuh sakit, yang mati. Mati di tempat kerja, mati di tempat tidur, masa kerja, masa mandi, masa dalam perjalanan balik kerja. Yang mati accident pun banyak jugak. Yang patah riuk, yang putus barai (aku pakai guna jer perkataan nih, betul ker tidak penggunaannya aku tak tahu, rasa macam sesuai jer), itu pun banyak aku dengar.
Aku even pernah mengalami sekali dulu tuh, ada aku cerita kat blog, pasal this one lady yang satu apartment dengan aku (dia di tingkat satu, aku di tingkat 3) masa menunggu orang datang jemput kerja setiap pagi, dia selalu sindir aku sebab aku hanya kerja 8 jam sehari. Sedangkan dia yang dah berumur 60an tuh sanggup bekerja dua kerja setiap hari. Sempat aku cerita dengan orang lagi yang aku malu sebab kena sindir gitu, nampak sangat macam aku nih malas.
"Kita datang ke Amerika mahu cari uang, orang males aja yang kerja 8 jam sehari", aku ingat lagi dia kata gitu kat aku.
Kebetulan masa tuh aku dah nak pindah apartment, sama Mus. Tak lama lepas tuh, a few days later masa aku tengah nak ambil barang-barang, aku dengar cerita yang perempuan tuh dah mati. Mati kat tempat tidur. Ada aku cerita dulu tuh.
Itu yang buat aku ada jugak terfikir, apa kata kalau aku cari kerja lain aje? Kerja di sebelah siang. Bukan apa, aku nih dah tua, aku kenalah jaga kesihatan aku. Dah lah aku sorang-sorang kat sini, kalau jadi apa-apa nanti, mati katak ajelah aku nampak gayanya. Bukan aku mintak, tapi itulah hakikatnya. Bukan doa tapi aku tak boleh lari dari terfikir benda-benda gitu.
Dan yang buat sadisnya, aku dah lah orang gelap. Tak ada insurance, tak ada apa nya. Kat Amerika nih (macam pelik dan susah nak percaya aje) kalau tak ada insurance, sakit lah apa jenis sakit pun, nazak lah macamana pun, tak akan dilayannya lah. Might as well berdoa mintak mati in peace aje lah jawabnya.
Tengoklah macamana nanti, tapi untuk sementara ini (aku pun tak tahu selama mana) biarlah aku kerja di kedai dobi ini dulu kot. Susah nak dapat kerja yang senang macam nih, tak ada pressure, kerja sorang-sorang, boleh main internet masa kerja lagi tuh ini yang buat aku sayang nak tinggal nih. Dapat a few months kerja di sini, dapat aku cari modal sesikit, ok dah kot. Tak boleh lama-lama lah kalau begini gayanya. Takut terlambat nanti.
Ituhari Yanti ada (kononnya lah) menasihat aku. Bukan lah nasihat sangat, lebih kepada pandangan dia aje. "Koq kamu cari pacar kek, baru hidup kamu nggak stress sih. Ini kamu, sedari dulu, sendirian melulu", kata Yanti this one night.
Aku senyum aje lah. I was lost for words sebenarnya. Aku tak ada jawapan, aku tak expect dia akan cakap gitu.
"Manusia hidupnya perlu punya pasangan, kalo nggak hidup kagak keruan", kata Pak Yus pulak.
"Iya, kalo kamu punya pacar hati bisa jadi tenang, hari libur kamu bisa pergi nonton kek, pergi belanja kek. Kamu pun bisa ada pengeluaran", kata Yanti sambil senyum pandang arah Pak Yus.
Pengeluaran? Binatang apanya pengeluaran tuh? Setahu aku pengeluaran tuh macam perbelanjaan, macam dalam ayat, "penghasilan kecil tapi pengeluaran gedek" (pendapatan kecik tapi perbelanjaan besar).
Tapi bila Yanti senyum sinis masa aku pandang dia, sebab aku tak faham, then baru lah aku dapat tangkap maksud dia. Pengeluaran benda tu lah. Macam pancutan air lebih kurang gituh. Sabar jer lah diaorang nih. Lho, emangnya loe kira gue pengen ngentot? Buat malu aku aje, sebab perempuan yang kata gitu kat aku. Kalau lelaki tuh aku tak kisah sangat. Ini perempuan.
"Aku nggak punya uang lah Tie mau cari pacar", aku terjawab gitu. Memanglah jawapan bodoh tapi that was my answer.
"Nggak perlu tunggu punya uang. Kita miskin, nggak bekalan punya uang. Justru cari aja sekarang. Hidup kamu jadi tenang nanti pastinya, ada temen mahu ngobrol. Balik kerja kamu bisa mampir ke apartemennya, bisa jalan-jalan. Begitu!", kata Yanti lagi. Pak Yus pun adalah jugak menambah sesedap rasa, macam-macamlah nasihatnya kat aku. Nak tergelak pun iya, kesian kat diaorang pun sama. Sebab lain sangat cara fikir dan cara hidup diaorang nih.
Dalam hati aku terfikir, begini rupanya cara diaorang fikir. Walaupun half-logic tapi tak ada unsur-unsur ugama langsung. Aku, walaupun ugama tak lah sekuat mana tapi aku tahu lah batasnya. Tapi itulah, dengan orang Indo nih susah sikit, tambah-tambah dengan orang Indo yang di Amerka nih. Aku lupa how the conversation ended tapi aku rasa macam kecik aje, what with Pak Yus yang bangga sangat dengan kehidupan dia, yang ada awek di sini walaupun di Manado sana dah ada anak bini. Ara, anak Yanti, yang aku rasa baru 20 tahun, dah lama duduk sama dengan pacarnya, orang Puerto Rico. Dah macam laki bini pun dah.
Tapi dalam banyak-banyak cerita tuh, ada satu cerita nih yang buat aku sama Yanti berborak panjang lebar. Sampai aku ada tertanya dia, walaupun aku tahu apa jawapannya. Aku ada tanya dia, "Eh, kita bisa jadi gila nggak?". Saja aje lah aku nak tengok apa reaksi dia, apa pandangan dia.