14012007
Aku perhatikan, aku terasa, yang sejak seseminggu dua kebelakangan nih, aku semakin malas. Malas segala-galanya. Malas pergi kerja, malas masa kerja, malas masak, malas makan, malas tulis blog. Malas semuanya lah. Itu yang aku terpaksa buat post-mortem tuh, aku terpaksa kaji, apa yang buat aku jadi malas.
--------------------------
"Aku udah bilang, cari kerja fabrik aja, kerja siang. Ini lihat, gara-gara kurang tidur, muka kamu udah kerepot", kata Yanti baru-baru nih. Masa tuh aku baru bangun tidur, tengah cari benda yang boleh dimakan, kat fridge. Aku tak perasan dia ada di dapur, ingatkan tak ada orang.
Rupanya dah dua bulan dah aku kerja di kedai laundry Mr Yong nih. Dah dua bulan jugak aku tak tidur malam. Dulu ada orang kata "mata aku anih kelihatannya", sekarang nih orang kata aku dah kerepot. Sabar jer lah. Aku tak perasan semuanya tuh walaupun aku rasa kulit muka aku macam berat jer, macam menggelebeh gitu. Itu semua sebab kurang tidur lah tuh. Itu baru pasal muka. Badan pulak, aku rasa lembik aje, kadang tuh rasa macam nak melayang aje. Rasa macam tulang aku nih reput aje.
Dalam sehari, aku spend 12 jam di tempat kerja, dari 11 malam sampai 11 pagi. Kadang-kadang tuh lebih, sebab selalu sangat Mr Yong datang lambat. Aku terpaksa tunggu dia sampai, barulah aku boleh balik. Perjalan pergi balik ke tempat kerja pun dah 3 jam kurang-kurangnya. So berapa jam ajelah aku ada di rumah kan? Masa itu lah nak masak, nak online, nak tidur. Nak tidur di waktu siang bukannya senang. So keseluruhannya adalah dalam 5 jam aku tidur, selebihnya tuh waktu untuk masak, online, dan buat benda-benda lain yang patut. Di tempat kerja memang aku ada peluang nak tidur barang sesejam. Tapi jarang sangat aku dapat tidur sejam penuh, akan ada aje lah orang yang tak boleh tengok aku nak rihat sikit. Ada yang nak beli detergent lah, nak hantar pakaian kotor lah, nak ambik pakaian yang dihantar cuci lah. Biaanya dalam pukul 4 pagi tuh aku cuba melelapkan mata kat kerusi. Rasanya baru sekali aku tidur nyenyak, dua jam lebih. Itupun sebab aku makan ubat tidur.
Dan biasalah kan, dah dua bulan kerja, perasaan bosan dan malas tuh akan datang. Sampaikan aku ada terfikir yang aku rasa macam nak berhenti kerja aje. Itu bahaya tuh sebab selama dua bulan aku kerja, tak ada sekelumit pun aku cerita pasal masalah kat tempat kerja. Tak ada pun aku merungut pasal keadaan kerja. Macam selalu-selalu tuh. Kerja aku ok sangat, rileks aje. Dalam 12 jam tuh berapa jam aje yang aku betul-betul kerja? Selebihnya tuh macam jaga aje, macam tunggul aje. Dan yang buat kelasnya, aku kerja sorang-sorang, aku boleh berinternet pulak tuh (walaupun sekejap). Pendek kata, sesuai sangatlah kerja tuh dengan aku yang macam kera sumbang nih, yang tak boleh kerja dengan orang ramai, sebab ada aje yang tak kena nya, ada aje yang aku tak suka pasal seseorang. So bila aku dah ada terfikir yang macam nak cari kerja lain aje, aku jadi sedar dan harus kaji sedalam mungkin apa yang membuat aku termalas gini nih. Apa yang buat aku rasa macam dah hilang mood aje nih.
Macam apa yang aku kata sebelum ini, kerja di kedai laundry nih ok aje. Cuma satu aje masalah yang buat aku tak tahannya. Dan masalah tuh besar pulak. Tempat kerja yang jauh dan aku kerja di waktu malam. Itu masalah paling besar. Dulu aku tahan-tahan kan aje, aku kuat-kuatkan semangat. Aku siap kata yang kat mana lagi aku nak cari kerja yang serileks sekarang ini? Memanglah. Tapi aku tak tahan lah lama-lama kalau begini keadaannya.
Minggu lepas, aku macam biasalah kerja. Dari pukul 11 malam sampai pukul satu, aku memang tekun kerja sebab banyak benda yang nak dibersihkan. Selalunya aku bersemangat aje kerja masa tuh sebab aku kena siapkan cepat-cepat so that aku boleh online untuk sesejam. Bayangkanlah betapa hancurnya hati aku malam tuh bila aku cuba online macam biasa, tapi tak ada signal! Luluh rasa hati aku bila berkali-kali aku cuba tapi tetap tak dapat. Aku bawak ke sana-sini laptop aku, masih tak dapat jugak signal. Aku ingatkan sehari aje gitu. Malam besoknya masih tak dapat. Malam ketiga jugak masih tak dapat. Dan bila tak dapat signal, aku akan berusahalah untuk cari signal-signal di tempat lain. Itu yang aku tersibuk ke sana-sini, menatang laptop aku. Julur sana, julur sini, hulur sana, hulur sini. Tapi hampa. Itu yang langsung aku tak dapat nak tidur tuh. Dan bila tak dapat nak tidur (masa kat tempat kerja), rosaklah routine seharian aku.
Balik kerja aku jadi malas nak masak. Aku beli aje fish sama fries (biasanya) kat kedai Cina depan rumah tuh. Biasanya dalam seminggu, 3 kali aku masak. Tapi last week aku masak sekali aje. Selebihnya aku beli makanan kat luar. Bukan aku tak ada bahan-bahan untuk dimasak, tapi aku jadi malas gitu aje. Dan biasalah kan, termula malas sehari, melaratlah sampai beberapa hari. Baru aku macam sedar yang selama ini aku tak ada masa sangat sebenarnya. Nak masak, nak makan, nak online. 3 benda utama yang harus aku dahulukan sebelum aku tidur yang by that time dah pukul 2 setengah petang.
Nasib baiklah aku nih orang yang gigih, aku berusaha jugak cari signal yang boleh dicuri, sebab aku tahu, kat belakang tempat kerja aku tuh ada kawasan perumahan. Sure ada orang yang guna router, yang tak encrypted. Alhamdulillah, dapat. Cuma masalahnya pulak, aku kena ke ceruk di belakang kedai tuh, aku kena bukak pintu, dan aku kena letak laptop aku di lantai. Gerakkan sikit aje, akan putus signal. Tak bukak pintu, signal tak dapat. Kalau hujan, tak dapatlah aku nak online sebab laptop tuh kena di hulur keluar sikit, kalau tak, tak dapat tangkap signal.
Aku tak boleh imagine macamana life aku tanpa internet connection kalau masa snow turun nanti. Minggu ini gayanya akan sejuk for a few days. Nampak gayanya akan terkulat-kulatlah aku for a few nights nanti.
Dan lagi satu masalahnya, sebab aku terpaksa ke ceruk bangunan, bererti aku akan berada di luar radar kamera CCTV. Aku tak nak nanti Mr Yang ingatkan aku cuba-cuba bersembunyi, cuba-cuba lari dari dikamerakan. Sebab selama ini aku tahu yang pergerakan aku diperhati Mr Yang melalui kamera.
Not only that, kat dalam train masa nak tunggu train bergerak, masa aku balik kerja, masa tu jugak tak ada signal. Biasanya dapatlah aku online dalam 20 minit gitu tapi sekarang moyok aje lah aku.
-----------------------------
Dah lah mengantuk, so bila susah nak berinternet, tak heranlah kalau semangat kerja aku pun jadi kurang. Tak dapat nak online, tak dapat tidur - aku nak makan orang aje lah kerjanya. Tak boleh ada customer yang tanya sikit aje, aku akan mulalah macam nak mengamuk aje. Nak marah aje. Aku akan perli-perli, sindir-sindir lagi. Tapi, tak boleh salahkan aku jugak, memang kalau dah kurang tidur, kurang makan, akan begitulah jadinya.
Customers yang datang itu pun satu hal jugak, diaorang pun bengap jugak. Kadang tuh tanya aku benda yang pelik-pelik, yang sengaja buat aku jadi marah. Tak payah aku cerita lebih-lebih lah, kadang tuh diaorang nih, bila masukkan pakaian ke dalam washing machine, diaorang ingatkan terus aje lah machine tuh berputar. Bangang, kena lah ditekan mana-mana button yang sesuai. Tapi diaorang, gagak especially, panggil aku, komplen kononnya machine rosak. Kadang tuh ada yang taruk sabun banyak sangat, sampai melimpah-limpahlah air buih. Kenalah aku mop lantai. Dan kebanyakannya tuh, masa aku tengah berusaha keras untuk online, atau masa aku tengah cuba-cuba untuk tidur, masa itu lah diaorang cari aku. Memang jenis kurang asam sangat diaorang tuh. Jenis yang tak memikir masalah ummah.
Kemudian pulak, ada yang tamak, yang nak guna semua machines tuh, macamlah dia sorang aje yang ada duit. Itu yang berebut-rebut memasing tuh, berebut carts, berebut washing machines, berebut dryers. Mengalahkan budak-budak lagih. Mungkin ada yang tak percaya kalau aku kata yang ada yang spend lima atau 6 jam untuk mencuci pakaian. Orang sini memang banyak pakaian (bukan macam aku yang ada setakat ada dua tiga helai sepinggang aje). Diaorang, baru aku terperasan, banyak pakaiannya. Sekali datang cuci pakaian, berguni-guni dibawaknya. Patutlah diaorang selalu pergi shopping rupanya.
Aku terperasan ada this one guy tuh yang datang sekali seminggu, dia cuci kasut sampai 5 pasang setiap kali. Pakaian jangan ceritalah. Bergantang-gantang. Tapi dia tuh lain sikit gayanya, jalan terkedek-kedek macam itik. Sah lah bapok. Memanglah bapok banyak pakaian kan?
Itu yang aku kadang tuh tanya jugak customer, apa pasal diaorang tak beli aje washing machine, lebih jimat, daripada terpaksa habiskan duit dua tiga puluh dollars seminggu. Jawapan diaorang lawak-lawak semuanya. Ada yang kata dia ada washing machine kat rumah tapi sebab sedari dulu hantar pakaian kat laundry, diaorang jadi terbiasa. Ada yang kata sebab yang pergi buat laundry tuh macam pergi bar. Ada yang kata sebab diaorang duduk rumah sewa, so tak economical kalau ada washing machine. Macam-macamlah jawapan diaorang. Itu yang buat aku bosan tuh. Tapi, kebanyakan nya kata yang lebih ekonomikal kalau hantar laundry, daripada ada washing machine sendiri sebab bill elektrik akan jadi tinggi.
Itu aku belum cerita yang jenis cerewet tak bertempat. Yang nak semuanya bersih sebelum diaorang guna machines tuh. Terpaksalah aku bersihkan dulu mana-mana yang patut. Ala,kadang tuh takat ada rambut sehelai dua, itupun nak bising-bising panggil aku. Macamlah tak reti nak bersihkan sendiri. Ada yang lebih teruk, yang suruh aku buat itu ini macamlah aku hamba sahaya dia. Disuruhnya aku belikan air kat vending machine, disuruh aku lap meja lepas diaorang makan minum (sementara tunggu pakaian kering).
Kat Amerika nih ramai orang gemuk, kan? Yang gemuk tu lagi lah parahnya. Diaorang nak duduk aje kerjanya. Suruh aku yang push button itu ini. Lepas tuh suruh aku tukar channel tv. Pendek kata tak boleh nampak aku lepak, ada aje disuruhnya. Disuruh tukar channel lain kadang tuh. Coins jatuh suruh aku yang ambil. Nasib baik tak suruh aku kesat bontot diaorang, kalau diaorang berak tuh.
Itu semua yang buat aku bosan sangat tuh (retetan dari tak dapat online, tak dapat nak tidur tadinya tuh).
So itu yang semenjak dua menjak nih, aku rasa hidup macam kucar-kacir jer tuh. Serba serbi semuanya tak kena. Bila dah gitu, itu yang buat aku rasa macam nak berhenti kerja aje, nak cari kerja lain yang normal. Yang macam orang lain-lain jugaklah, kerja di sebelah siang. Kalau dulu aku buat selamba jer kalau Mr Yong suruh aku buat itu ini, sekarang aku rasa malas pulak. Kalau dia suruh aku buat something, aku dah mula nak menjawab. Kadang dia suruh (dia sekadar mengingatkan aku) aku buat something yang sememangnya aku buat setiap hari. Itu yang aku mencarut dalam hati tuh, aku bengang pasal macamlah selama ini aku tak buat apa yang dia cakapkan tuh. Lagi satu, sebab Mr Yong dengan bini dia punya English tak bagus, aku selalu jugak macam terasa hati. Macam kasar aje bunyi bahasa diaorang. Dah lah Cina. Ada satu ayat nih yang selalu diaorang guna, yang selalu buat aku sakit hati, buat aku terasa (sedangkan aku tahu diaorang tak bermaksud gitu), diaorang kalau ada apa-apa hal, selalu kata gini, "You got to thinking....." Use your thinking...."
Tapi, aku rasa sayang pulak nak tinggalkan kerja nih. Serba salah jugak aku nih. Macamana pun, signal-signalnya dah nampak dah nih yang aku macam akan ada cerita jer nanti tuh. Tengoklah macamana nanti perkembangan selanjutnya. Itu belum aku cerita pasal keadaan kat rumah Yanti pulak tuh. Itu lagi satu masalah besar.