Wednesday, October 3, 2012

Hari Berikutnya.....


Menggelabah jugak aku dibuatnya bila nak balik ke rumah Yanti sebab aku harus tergesa-gesa. Dah lah trolley yang dari station di depan kedai dobi tuh pukul 11-30 am, dari 69th Terminal pulak aku kena ambil train/subway pukul 12. Sampai ke rumah Yanti pun dah dekat pukul 1. La, masa bilanya aku nak makan nih? Nak tidur? Nak istirihat? 

Lepas Zohor terus aku tidur, tak mandi pun. Terjaga pun dekat nak masuk Maghrib dah. Lepas tuh aku cuba balik nak tidur, tapi mata aku tak dapat nak lelap, so aku online ajelah. Malam kedua aku berangkat kerja lambat sikit, dalam pukul 9 lebih. Aku cuba-cuba lelapkan mata masa dalam bas/train/trolley tuh tapi rasanya adalah dalam seseminit dua aje yang aku tertidurnya. 

Kerja pun macam semalanya jugaklah, aku rasa tak ada pressure sangat sebab aku kerja sorang-sorang, lagipun aku ada the whole night untuk buat apa kerja yang patut. Kalau ramai orang, kalau rasa malas sikit, aku lepak dulu sambil baca paper, sambil tengok tv. Biasanya bila dah tak ada orang barulah aku mulakan kerja yang penting-penting, macam bersihkan lint compartments, menyapu dan mengemop lantai. Kadang tuh aku buat selingan, sapu sampah dulu, then aku on kan laptop, online barang 15 minit, then barulah aku mop lantai. 

Dah selesai semuanya barulah aku lepak-lepak sambil cuba melelapkan mata. Agaknya mengantuk sangat, dapatlah aku tidur dengan ertikata tidur yang sebenarnya, dalam masa sejam setengah. Bangun tuh fresh rasanya, iyalah, semalamnya aku hanya tidur tak sampai 4 jam kan? So aku dah plan yang akan datang nih aku akan siapkan kerja before 3 am, lepas tuh online sekejap, makan, dan pukul 4 tuh aku akan cuba tidur. By 6 aku dah kena bersiap sedia sebab customers dah mula datang dah biasanya kalau pukul 6 tuh. 

Semakin lama, mungkin sebab tak ada orang sangat malam sebelumnya, semakin malas aku nak bersihkan mesin basuh semuanya tuh. Takat gosok sesikit aje, takat ala kadar aje. Tapi aku dapat idea baru. Aku, kalau masa buat laundry, biasanya sure ada benda yang tertinggal kat dalam washing machine tuh, atau kat mesin dryer. So aku rasa, mungkin orang lain pun ada yang macam aku jugak, iyalah kan, kadang tuh dah seluk poket-poket tapi ada jer benda yang tertinggal. So mula dari mesin pertama tuh aku check betul-betul, siap masukkan kepala kat dalam mesin tuh nak tengok kalau ada apa-apa yang kat dalamnya. Memang pun, adalah coins, adalah a few other things, benda kecik-kecik lain, yang tertinggal. Kalau takat setokin, panties, bra-bra, (tak pernah aku terjumpa saputangan, kat US nih orang tak guna saputangan sebenarnya) tuh aku buangkan aje. So dapatlah lima nam puluh cents aku pagi tuh. Kira oklah, aku dah ada mata pencarian sampingan sekarang nih. Kalau stokin yang ada pasangnya, yang masih lawa, aku simpan aje, aku ambik. Tak payah beli stokin baru nanti. 

Dalam pukul 9 lebih tuh ada orang talipun, mulanya aku biarkan aje sebab mamat tuh nak cakap dengan Mr Yong (yang hanya datang pukul 11 pagi, masa aku dah nak balik nantinya), tapi bila dia banyak kali sangat menalipun, aku tanyalah dia kalau-kalau dia orang Indo. Memang dia orang Indo pun, dulunya dia kerja di kedai tuh. So aku tanyalah dia, cuba korek-korek dari dia. Rupanya dia pernah kerja selama 3 minggu, dah dalam dua minggu dah dia berhenti kerja dari kedai laundry tuh. Aku tanya lah dia apa pasal dia berhenti, dia kata dia dapat kerja lain. Sebab kedai laundry tuh jauh, lagipun kerja malam, nak tidur di sebelah siang memang susah. Exactly apa yang aku alami sekarang. 

"Kamu mahu cari Mr Yong ngapain?", aku tanya dia. 

"Mahu minta uang. Gajian aku masih ada sisanya, udah sering aku telpon tapi nggak dilayanin", kata mamat tuh. 

Dan dia ceritalah yang Mr Yong tuh baik orangnya, keluarga dia baik, tapi kalau pasal duit agak susah sikit. Dia selalu buat-buat lupa. 

"Gajian harus diminta, kalo nggak dia pura-pura lupa", mamat tuh kata gitu. "Aku masih punya 3 hari gajian, aku mahu ke sono, kalo dia kagak bayar aku mahu ngamok, mahu bikin kaco", kata mamat tuh. Ish, ada-ada jer, kata aku dalam hati. Baru hari kedua aku kerja, dah ada benda yang buat aku rasa cuak.

"Kamu ke sini ajalah, datang dalam jam sepuluhan gitu, kita bisa ketemu kerna aku selesei jam sebelas", aku kata kat mamat tuh. 

Cepat-cepat aku blah lepas habis kerja sebab hari tuh Jumaat, aku nak singgah kat University City, nak sembahyang Jumaat kat masjid yang pernah sekali aje aku sembahyang kat situ (ada aku cerita ituhari, yang aku jumpa this guy yang aku ingatkan Malaysia tapi tak sempat nak tegur). Sempat tertidur lagi aku dalam trolley tuh, nasib baik ada this one nigger bangunkan aku. Ngam-ngam aku sampai, sembahyang pun dah mula. Tak dapatlah aku nak lepak-lepak kat luar masjid lepas sembahyang tuh sebab aku harus balik, ngantuk sangat mata aku. 

Cadangnya nak singgah kat kedai yang jual daging halal, kat depan masjid tuh, tapi ramai sangat orang so aku terus balik ajelah. On the way ke rumah tuh aku singgah sekejap kat kedai orang Vietnam. Memang aku dah plan untuk beli barang-barang dapur, aku nak masak sendiri lah gayanya. Sebab aku rasa lah, kalau aku masak sendiri, aku boleh save duit sesikit compared to kalau aku beli makanan kat luar. Lagipun, bosan jugak asyik makan ikan balado, sayur singkong aje. Nak lah jugak aku makan kari ayam, gulai lemak, masakan-masakan Melayu lain. So aku kena masak sendiri aje lah. Bukanlah aku tak reti masak sebenarnya, cuma selama nih aku tak ada kesempatan. Dulu waktu duduk sama Mus, aku selalu jugak masak sendiri. 

So aku beli beras, sayur (peria, terung), rempah ratus, santan, benda-benda gitulah. Sebab aku nak masak benda yang senang aje, yang cepat, so aku cari ikan ajelah. Aku tengok ada this "sliced dirty fish", yang aku rasa macam ikan haruan, ikan keli gituh. Kalau buat gulai lemak, taruk terung, sure sedap nih. Nak masak pun senang dan cepat aje kan? Aku fikir jugak, apanya dirty fish nih hah? Takkan belud kot? Ikan paya agaknya, sebab aku tengok ikan tuh ada ekor, sebijik macam geng-geng ikan haruan. Cuma ikan tuh tak ada kepala. Apa-apa pun, harap-harap bukanlah ular, iyalah, orang Vietnam nih segala macam benda ada dijual, memang makanan diaorang pun benda-benda gitu tuh. 

Sampai di rumah maka bermulalah acara masak memasak. Sebab aku tak ada rice cooker (malaslah nak pinjam/guna rice cooker Pak Yus, atau Yanti's), aku masak guna periuk aje lah. Sekali dengan rebus telur asin. Tak sampai setengah jam, siaplah gulai lemak ikan + terung aku tuh. Ya Rabbi, punyalah sedap sampai ketar kepala aku masa makan tuh. Mungkin sebab aku dah lama tak makan masakan Melayu (masakan yang dimasak oleh Melayu), jadi itu yang aku rasa sedap sangat tuh. Kalau gini lah aku makan setiap hari, boleh jadi gemuk aku dibuatnya. 

Lepas Asar aku tidur, set kan alarm dah nak hujung Maghrib. Tapi pukul 5-30 pm aku dah terbangun dah. Parah lah gaya gini kalau setiap hari tidurnya 3 jam aje. Nak aku sambung tidur balik? Buang masa aje memaksa mata aku tidur, tergolek ke kiri kanan, sure tak boleh tidurnya lah. Sebab kalau aku cuba-cuba tidur time-time gitu, harus terlanjur tidur nantinya. Aku tak pernah terlanjur! 

Tapi, walaupun aku kurang tidur, aku tak rasa pressure langsung untuk pergi kerja. Aku pun tetap pergi awal, sebab aku tak nak lah tergesa-gesa sangat nantinya.