Wednesday, October 3, 2012

Nasi DiSuap Tertumpah Jugak


The first few days kerja, aku bimbang jugak. Bukan bimbang apa, tapi aku bimbang sebab aku kurang tidur. Walaupun makannya banyak dari biasa tapi tidurnya kurang sangat. Dalam 2 jam lebih aje aku tidur setiap hari. Kalaulah dicampur dengan ketersenggukan aku masa kerja, semuanya 3 jam aje dalam sehari aku tidur. 

Aku teringat dulu yang masa aku balik dari Pittsburgh, aku cuba kerja malam. Awal Puasa yang lepas. Tak dan 2 hari aku demam, kan? So aku tunggu jugaklah kalau-kalau aku ada gaya nak demam. Tapi nasib baik kali ini, lepas beberapa hari kerja tuh, aku macam biasa aje. Walaupun muka nampak kuyu dan kelat dan berselebet dan semua term-term yang sewaktu dengan nya, tapi tak ada pun tanda-tanda macam nak demam. Cuma aku rasa badan aku, tulang badan aku, rasa macam rapuh gitu. Tak reti aku nak mengexplain dengan perkataan tapi aku rasa tulang badan aku macam longgar gitu, rasa macam pondok nak rebah gitu. Henjut-henjut sikit, sure akan rebahnya lah. 

Panik jugak aku takut manalah tahu nanti-nanti buatnya terpengsan kat mana-mana. Mintak-mintak dijauhkan lah. Pak Yus ada kata, kalau kurang tidur tapi makannya banyak, itu tak apa. Tak memudaratkan. So itu yang aku cuba jugak untuk jaga makan aku tuh. Jaga makan? No, banyakkan makan. 

Laaa, aku nak cerita pasal lain tadi tuh, tercerita pasal tidur pulak nih. Itulah, kalau dah kurang tidur tuh, banyak merapu jadinya. Mereng. 

--------------------------------------------------- 

Ada satu hari tuh, sebelum Mr Yong balik (masa aku dah nak masuk kerja), dia tegur aku pasal washing machines banyak yang kotor. Bukan kotor semua tapi kat compartment, kat bahagian untuk diisi detergent tuh agak kotor. Ada kesan-kesan sabun. Dia kata lah yang semuanya tuh kena dibersihkan betul-betul. Then dia kata yang ada this Ah So yang kerja membasuh/melipat baju, dia komplen sebab semua mesin tuh kotor. 

Hangat jugaklah aku dibuatnya kan? Bukan apa, aku kalau Mr Yong sendiri yang tegur, aku tak apa sangat. Tapi, orang lain yang tegur. Yang kerjanya tak ada kaitan dengan kerja aku. Kerja ko cuci baju, cuci baju ajelah. Apa nak sibuk pasal kerja orang lain pulak, kan? Nih ada lah orang yang nak dipundekkan nih gayanya. Jadi geram aku dibuatnya kat Ah So yang aku tak kenal pun tuh. But on second thought, aku rasa mungkin Mr Yong saja buat cerita, saja reka-reka, gunakan nama Ah So tuh. 

So malam tuh, aku kerja lama lah sikit membersihkan segala lubang-lubang kat washing machines tuh, panas aje rasa hati. Aku nak sangat jumpa Ah So tuh, nak tengok sangat macamana rupa orangnya. Celupar sangat mulut nya tuh. Nak collect points pun janganlah guna nama aku kan? 

Kebetulan besoknya masa aku nak balik, masa tengah tunggu trolley, aku nampak this one old lady, orang Cina, jalan ke arah laundromat tuh. Sah lah itu dia Ah So tuh. Hmmm, aku tengok pun aku dah boleh agak yang memang muka dia muka suka jaga tepi washing machine kain orang. Aku rasa macam berdendam jer. Sepanjang jalan tuh aku fikir, macamana aku nak buat biar dia tak komplen lagi nanti tuh. True, aku memang kena bersihkan betul-betul machines tuh tapi kalau dah orang jenis tuh, dia akan cari kesempatan lain nanti tuh. So aku kena sentiasa berwaspada. Tapi kalau dapat lepuk dia sebijik sebelum dia lebih-lebih sangat, itu lebih baik, kan? Takkan aku nak confront dia, nak carut-carutkan depan-depan dia? Mana lah dia reti English. Last-last nya nanti aku akan tension sendiri, then aku yang berhenti kerja. 

So setiap hari, lepas kerja, sebelum aku balik, aku panggil Mr Yong, aku suruh dia check mesin-mesin tuh satu per satu. "I don't want that lady to complaint again", aku kata gitu. Mr Yong gelak, merah telinga dia gayanya tuh. Rasa-rasanya dia sengaja guna nama Ah So tu lah, sebab dia gelak kelat aje. Dia tahu aku bengang. 

Itu satu. 
----------------------------

Gaji minggu terakhir aku kerja di KFC dulu masih ada di tangan Armi so aku selalu talipun dia nak tanya bila aku boleh datang ambil duit tuh. Tapi, setiap kali aku talipun, tak pernah dijawab panggilan tuh, ataupun keluar voicemail aje, ataupun voicemail dah penuh. Setiap hari, a few times a day aku cuba talipun. Aku talipun Juragan Gedek, aweknya Armi jugak. Pun sama, tak dapat dihubungi. 

Memanglah geram aku dibuatnya, dan aku dah terbayang yang Armi tak akan bayar gaji aku tuh. Akan rugi ajelah aku kerja selama 7 hari dulu tuh. Kerja bakti, kalau ikut term orang Indo. Pundek betul, terkena lagi aku kali ini rupanya. Apa pasallah kat dunia nih, aku selalu sangat bertemu dengan orang-orang yang macam ini? Dulu, Armi tuh, punyalah baik dengan aku, bila aku berhenti aje, terus gini jadinya.

Macamana pun aku tak nak lah fikir lebih-lebih sangat, kalau ada rezeki aku akan dapatlah duit tu nanti. Kalau tak ada rezeki aku, jadi rezeki Armi lah duit titik peluh aku kerja kat tempat nenek dulu tuh. Tak nak lah aku fikir lebih-lebih tapi aku terkilan jugak, kalau tidak, duit tuh dapatlah bayar sewa bilik kat rumah Yanti nih, dapat jugak aku simpan sesikit. Ini, terpaksalah aku lupakan aje pasal duit tuh, terpaksalah aku macam mulakan dengan kosong balik. 

Aku selalu jugak beryahoo messenger dengan Heru, dia pun suspen jugak kalau-kalau Armi tak bayar gaji dia tapi aku katalah yang Armi akan tetap bayar dia selagi dia kerja di KFC tuh. Armi tak bayar aku, sebab aku dah berhenti, dia buat-buat lupa aje duit aku tuh. 

Sebab aku tak ada masa sangat, aku tak dapatlah nak ke rumah Armi, cuma di hari off aku aje aku ada pergi cari dia di rumah sewa dia tuh. Tak ada orang yang bukak pintu, walaupun berjam-jam aku melilau di sekitaran rumah tuh, sampai malam, nak tunggu dia balik kononnya. 

Satu malam tuh, masa aku nak pergi kerja, aku terserempak dengan dia tengah nak melintas jalan. Dia macam terkejut, aku pun terkejut jugak. Aku tanyalah dia pasal duit gaji aku dan dia kata dia akan datang besok paginya ke rumah Yanti. Tapi sebab masa tuh aku dah agak terlambat untuk pergi kerja, aku tak sempat nak tanya bebanyak, tak sempat nak tanya itu ini. Aku tak rasa yang dia akan datang rumah Yanti besoknya, aku tahu yang dia macam biasalah dengan janji-janji kosong dia tuh. Memang betul pun, tak ada pun dia datang besoknya tuh, bila aku talipun, tak dijawabnya. 

Dua tiga hari lepas (entry aku dah current dah nih), Heru ada talipun aku. Dia ada hantar email, ada hantar YM segala. Dia mintak alamat Armi. Bila aku tanya, dia katalah yang gaji dia dah sebulan tak dibayar dek Armi. Terkejut jugak aku sebab aku ingatkan semuanya ok aje, what with Armi dan juaragan gedek sama pasangan diaorang memasing akan kerja di KFC tuh at the start of the month, macam yang diaorang janji dulu tuh. 

Rupanya Heru dah 4 minggu tak dibayar gaji, memang setiap minggu either Armi atau juragan gedek ada datang ambil cek dari Ivan, tapi setiap kali ada aje alasannya. "Cek masih belum dicairin", "aku bayar kamu setiap dua minggu", "mobil rusak mahu ke sono", excuses macam tuh. Aku bengang jugak dengar cerita Heru tapi at the same time aku rasa nak kata "padan muka ko" aje kat dia sebab dulu masa aku kutuk Armi sebab Armi macam tak nak bayar aje gaji kitaorang dulu tuh, masa Armi asyik dok kasi alasan dan aku tak percaya, bukan main lagi Heru kutuk aku. Dia kata aku buruk sangka kat Armi, dia kata aku fikir bukan-bukan. Aku ada cakap kat Heru yang aku dah lama dah di Amerika nih, dah kenal berbagai ragam orang Indo, semuanya gitu. Kalau pasal duit, boleh jadi rambang mata tuh. 

Tapi itulah, Heru tak percaya aku. Sekarang tengok, 4 minggu tak dibayar gaji, dan dia masih tak ambil keputusan jugak. "Koq sampei kapan mahu kerja bakti?", aku sindir Heru. 

"Ayoh kita bareng-bareng serbu rumahnya Armi? Bajingan itu", kata Heru. Tak ada masa lah aku nak buat benda gitu semua, aku kerja, cuma ada masa free sikit jer. Itu yang Heru mintak alamat aku, dia nak datang ke sini, nak pergi cari Armi. 

Macamana pun aku ada beritahu Heru suruh dia pergi jumpa nenek, suruh ceritakan semuanya. Dan yang pentingnya, mintak nenek suruh Ivan supaya cek gaji Heru yang seterusnya jangan dikasi sama Armi atau juragan gedek. Suruh diaorang pegang dulu cek tuh, sampai semua gaji Heru dibayar. Ataupun, minta nenek tukarkan Heru, masuk di bawah jagaan ajen yang lagi satu, ajen yang budak-budak Indo lain tuh. Heru pun ada fikir gitu cuma dia takut kalau dia tukar ajen, bererti gaji dia yang empat minggu (dan minggu kelima) tak akan dibayar, sebab Armi, sampai sekarang tak ada pun gayanya nak bekerja di KFC, macam apa yang diplan dulu tuh. Aku rasa bersyukur jugak yang aku berhenti dari KFC dulu tuh, kalau tidak, alamatnya jadi mangsa diaorang jugaklah. 

Itu satu. 

-------------------------------------- 

Ini lagi satu. Contoh muka pengelat jugak. 

Dulu, masa hari kedua aku kerja di laundromat ini, bila ada this Indon guy talipun (yang dia nak mintak gaji dia kat Mr Yong), dia ada cakap yang Mr Yong tuh kena jaga-jaga (hati-hati) sikit, licik jugak orangnya, walaupun nampak macam baik. Mamat tuh dulu, minggu pertama dia kerja, disuruh kerja 7 hari, hari kelapan baru dikasi off. Minggu kedua dikasi off setelah 6 hari bekerja, bererti dia kerja 13 hari. Tapi bila gaji, dibayar gaji untuk kerja selama 12 hari, itupun ditahannya 3 hari gajian dan dibayar 4 hari kemudian, yang bererti gaji dia digantung selama seminggu. Gaji dibayar dua kali sebulan. 

Aku pun sama rupanya, sebijik macam tuh. Minggu pertama aku kerja, hari kelapan baru aku dikasi off, disuruh kerja 7 hari. Aku senyapkan aje, sebab aku nak tengok rentak dia macamana. Lagipun aku sebagai orang baru, tak nak lah cakap banyak. Aku sedar yang aku nih orang gelap, benda-benda gitu memanglah lumrah. Dahlah dibayar ikut minimal wage kat State nih. (Aku tengok kat paper, kalau kerja laundry, minimal gaji sejam tuh, double gaji sejam aku. Sabar jer lah) 

Minggu seterusnya baru lah selepas hari keenam, dikasi off. Bererti dia dah untung sehari, dan aku dah rugi sehari. Tak apa, itu semua masuk file dulu, kasik file tebal sikit kan? Dah tebal nanti, barulah aku memfailkan kes kan? 

Dah 2 minggu kerja, aku rasa excited jugak sebab dah nak dapat gaji, kan? Tapi aku tak adalah tanya Mr Yong pasal gaji, sure dia ingat. Aku setiap hari boleh ingat pasal gaji, takkan dia tak boleh ingat, kan? Mamat Indo tuh dulu ada kata yang Mr Yong selalu buat-buat lupa, aku tak percaya sangat cakap mamat tuh pasal dia kerja 3 minggu aje, cuma dapat sekali gaji aje. So, "selalu" dia tuh macam satu pengexaggeration-an dia lah kan? 

Rupanya macam betul Mr Yong lupa. Atau buat-buat lupa. Dia ada cakap kat aku, "I'll pay you tonight", dia kata gitu. Malamnya dia kata lain pulak, "I'll pay you tomorrow, I forgot to bring your money". Aku jawab apa, nak tahu? "That's ok", aku gawab gitu. Hampeh kan, muka bermuka-muka gitu kan? Dalam hati punyalah geram tapi mulut manis jer. 

Adalah 3 hari ditangguh-tangguh gitu, hari keempat barulah dia bayar gaji aku. Walaupun dia kata dia bayar gaji aku untuk 16 hari (aku mula kerja 15 Nov), tapi sebenarnya dia "gantung" gaji aku 3 hari. Dia bayar gaji untuk 13 hari aje. Dan campur 4 hari yang dia lupa tuh, jadi 7 hari lah semuanya. So, ikut perkiraan orang bodoh, samalah macam dia pegang seminggu gaji aku, kan? Pandai rupanya dia, licik gitu. Aku tahu lah, dia buat begitu sebab tak nak kasi orang berhenti. 

Sebab kebanyakan orang (aku nih for example) biasanya akan blah begitu aje bila dah dapat gaji. So dengan dia tahan gaji seminggu tuh, orang akan berfikir banyak kali kalau nak berhenti. Aku for example, ada terfikir yang tak baguslah dia buat macam tuh, lebih baik berhenti dan cari kerja lain, kan? Tapi kalau aku nak berhenti, aku dah rugi seminggu. So aku terpaksalah lupakan niat untuk berhenti kerja. Memang tak ada niat pun untuk berhenti buat masa ini, cuma aku beri contoh aje, sebab ada suatu masa nanti aku akan berfikir begitu. 

So memanglah bijak jugak otak Mr Yong tuh, telor aku dah macam digenggaman dia pulak nih. Tak apalah, bukannya dia jentik telor aku kan, takat dia genggam aje. Bagus jugak dia genggam gituh, untuk kebaikan aku sebenarnya. 

Tapi, dengan lain perkataan, bererti aku setiap bulan tak akan dapat gaji penuh sebab digantung 3 hari punya gaji. Kalau aku nak duit tuh, aku kena berhenti kerja. Lepas tuh barulah dibayar gaji yang digantung 3 hari tuh. Tapi, nak mendapatkan balik duit tuh bukannya mudah, tengoklah mamat Indo tuh, berapa kali dia talipun, dekat sebulan barulah dapat jumpa Mr Yong, dapat mintak duit dia tuh. "Mahu minta uang sendiri persis gembel aja", mamat tuh kata kat aku dulu tuh. 

Tengok aje lah nanti macamana seterusnya.