Wednesday, October 3, 2012

Kalau Tidak Kerana Puan


Ituhari aku ada cerita yang dua minggu lepas aku ada jumpa KL, the first Malaysian yang di Philadelphia nih yang aku jumpa sejak berada di Amerika. Ok, that was two Thursdays ago. 

Hari Sabtu petang dua minggu lepas, KL ada talipun aku. Lega rasa hati aku bila tengok nombor talipun KL kat screen cellphone aku. At least dia ada nak contact aku sebab aku ingatkan itu yang kali pertama dan terakhir aku jumpa dia. 

"Eh, I dah talipun kawan I yang kat Embassy tuh. There's no problem kalau you nak balik. There are cases yang lebih teruk dari you. Ada yang langsung tak ada passport, tak ada apa-apa, diaorang dapat balik jugak", kata KL."You pergi aje lah ke Embassy", kata KL lagi. Itulah, aku kena ke Embassy jugak nanti. And they will send me home, kata aku dalam hati. 

"Thanks for the info KL, I'll do just that in two, three years", aku kata gitu. 

"Laaa....you kata you nak balik?", tanya KL. 

"Memang I nak balik but not now. I tak ada duit. I have to have some money kalau nak balik. I don't want to have to start from scratch all over again", aku kata gitu. 

"Tapi you kata you ada duit kat bank?", KL tanya lagi. Then aku ceritalah yang kisahnya dengan account aku tuh. 

"Itulah, I rasa I boleh make up for that lost time, that few years. I tak kisah jadi kuli orang kat sini, nobody knows me. But I have to have money kalau nak balik. Until then I akan jadi Bangla aje lah kat sini", aku kata gitu. "Macam nih...why don't we go for lunch one of these days? Nanti I ceritakan kat you what my plans are. Semuanya lah. I rasa I boleh buatlah, cari duit from here. And I don't care how long it takes", aku kata lagi. 

Dan KL setuju untuk pergi lunch kat Penang Restaurant. 

"And I promise yang I won't be crying this time around", aku kata gitu sambil gelak-gelak. 

"I understand. You had a very difficult life", kata KL. 

----------------------------

Dah dekat 11-30 aku terus ajelah ke Penang Restaurant, dan bila sampai tuh terus aku talipun KL nak beritahu dia yang aku nak order makanan dulu sementara tunggu dia datang pukul 12 nantinya. 

"It's too early lah, you makanlah snack ker apa-apa dulu", kata KL. 

"Tak apalah, I order dulu sambil tunggu you", aku kata gitu. 

"Kalau tidak pun, you order dulu, suruh diaorang hidangkan twelve o'clock nanti. My husband pun will be joing us", kata KL lagi. 

Oh tidakkkkkkkkkkkk!!!!!!! 

-----------------------------

So my lunch date dengan KL and her husband tuh went well. Orang lain tak payah tahu lah apa yang kitaorang ceritakan. As promised, I did not shed any tears walaupun towards the end tuh masa KL nasihat aku pasal "asal kapas, jadi benang", aku rasa kalaulah lama KL cakap, harus terkeluar airmata jugak akhirnya. Itu yang aku pandang siling aje tuh, sambil anguk-angukkan kepala. Sebab apa yang KL cakap tuh memang betul, memang masuk sangat kat kepala otak aku yang bengap nih. Keduanya, aku nak KL tahu yang aku bukan aje faham nasihat dia tuh, tapi aku appreciate her effort tuh. Itu yang aku mengangguk tak henti-henti, mengalahkan orang berzikir yang tengah naik sheikh lagi. 

Banyak sebenarnya benda yang aku nak tulis pasal my lunch date tuh tapi tak yah lah aku cerita, kan? Right from the moment yang aku tahu D, husband KL nak join sama. Kecut telur aku dibuatnya. Iyalah, dengan KL pun aku tak berapa kenal sangat, inikan pulak nak bersemuka dengan husband dia. Mat Salleh pulak tuh. Cara Mat Salleh fikir, memang lain dari cara kita Melayu nih fikir. Walaupun aku rasa, cara aku fikir tuh kadangnya macam cara Mat Salleh fikir. 

Yang buat aku paniknya bukan apa. Aku tak tahu samada KL ada cerita kat husband dia pasal aku atau tidak. Aku sure dia ada cerita, tapi setakat mana? Itu yang aku buat keputusan nak diam ajelah, tak nak cakap banyak sangat memula tuh, nak tengok sejauh mana dia tahu pasal aku. 

Bukan ker masa aku tunggu KL tuh aku lapar? Memang rude lah kalau aku makan sebelum KL sama husband dia datang kan? Kat sini, kalau tak salah aku, itu memang rude tuh. Tapi kalau kat Malaysia, itu tak pun rude kan? Selamba jer aku akan makan dulu sementara tunggu yang lain-lainnya datang. So aku suruh jugak waiter tuh bawakkan makanan aku, Nasi Goreng Ikan Masin. Aku keruk sikit-sikit, kat tepi-tepi, aku makan. Dapatlah tiga empat sudu aku makan. Then aku repair-repair balik tompokan nasik tuh, biar nampak macam belum disentuh. Mintak-mintak KL tak perasan. Nak buat macamana, aku lapar. Lagipun aku Melayu, tak akan hilang punyalah keburukan Melayu aku tuh.  

Pukul 12 sharp aku nampak KL datang. Dia sorang jer. Tak lama lepas dia duduk, terus dia bukak handbag dia, dia keluarkan sekeping kertas. "Sebelum I lupa, you ambik nih. You balik!", kata KL. "Ish KL nih", kata aku dalam hati.Aku tak bukak pun kertas tuh, terus aku masukkan dalam pocket.

So kitaorang sembang ajelah, pasal kisah-kisah Adik Syazwan, pasal internet, pasal apa lagi pun aku dah lupa. Makin lama aku makin rasa comfortable sembang dengan KL, aku siap tanya umur dia. Aku pun tercakap yang aku ingatkan dia mana-mana Datin, atau royal family. Kadang-kadang aku rasa macam aku bercakap dengan Marina Mahathir. Entahlah, ker aku nih kampung sangat, inferior sangat kot? Dia tuh orang biasa aje, aku jer yang pandang dia macam tinggi sangat. 

Tak lama tuh aku nampak sorang Mat Salleh ni masuk ke restoran, aku dah agak dah itulah D, suami KL. Tegur-tegur gitu ajelah, dah lama tuh baru aku tahu yang dia tahu sesikit pasal aku. Tak adalah details sangat. Aku, kalau dia tanya, aku jawab gitu-gitu aje, tapi kalau KL tanya, aku baru rasa macam comfortable nak jawab. Entah, mungkin sesama Melayu nih, senang sikit nak bercerita kot? 

Adalah a few awkward moments bila D tersalah tanya, ataupun kitaorang tersalah dengar. Ada sekali tuh sampaikan aku sampai kata, "Please...." bila D tanya, something yang sensitif jugak. Aku tengok KL pandang D, tenung D lama jer. Sampaikan aku jadi tergelak. Aku faham cara KL pandang tuh, walaupun dia tak kata apa tapi ada seribu makna. Itu yang buat aku gelak tuh. Tapi generally, D tuh very sporting, KL apa tah lagi. Seronok gila sembang dengan KL sebenarnya , dan yang buat aku respect sangat kat dia, walaupun dah lebih 20 tahun di Amerika, tapi Melayu dia tak ada cacat celanya langsung, Dia even tahu term "banyak cekadak' (bukan dia kata aku banyak cekadak), bila aku cerita yang kat Amerika ramai orang Indo, dan kebanyakan perempuan Indo, diaorang datang sini tujuan utamanya nak cari laki. Tak kira lah kalau kat negara sendiri dah ada laki. 

Dan punya lah ralit sembang sampaikan aku tak sedar waitress tuh kasik bill, walaupun aku ada terdengar yang dia tanya kitaorang samada dah siap makan atau belum. Nak melamakan masa, aku order cendol. Nasib baik aku ternampak D keluarkan duit, taruk atas meja, USD 40. Terus aku berdiri, aku rampas (itu bukan exaggeration tapi itu perkataan yang sesuai kot, rampas) bill tuh. Oklah, aku "rampas yang slow" bill tuh sambil taruk duit D atas meja, sambil aku kata, "No". Dengan muka serious. Dengan Mat Salleh nih senang, sekali kita cakap aje,diaorang faham. D terpaksa blah lebih awal so aku sembang lagi lah dengan KL. 

O, aku tak boleh lupa yang masa kitaorang nak blah, masa tengah jalan ke pintu, aku katalah kat KL, "I'm so happy to have met you". KL tak dengar kot, so aku ulang. (Kalau orang kata gitu kat aku, aku akan buat pura-pura tak dengar, so orang tuh akan ulang lagi kata sampai aku betul-betul dengar). Tapi KL betul-betul tak dengar sebab masa tuh bising, lagipun aku cakap perlahan jugak. "I rasa bersemangat aje lah lepas jumpa you nih, I don't know why tapi I rasa betul-betul bersemangat". Sedih jugak rasanya bila aku tengok KL senyum aje bila aku cakap gitu. Iyalah kan, apa lagi yang dia nak kata, kan? Then aku tercakap apa entah tapi perkataa-perkataan terakhir tuh " ....sebab you boleh tolong I". Apalah bangang sangat aku masa tuh. Terus KL kata, "I tak boleh tolong you."

Aku rasa nak terus aje kata "I didn't mean that lah KL", tapi masa tuh aku dah ke kiri, KL pun dah ke kanan. Tapi bila aku fikir yang kalau aku jadi KL pun aku akan spontan aje jawab the same thing. Harap-harap KL faham yang aku jumpa dia tuh bukan sebab aku nak mintak tolong. 

So dalam sepanjang masa balik ke rumah tuh aku dok fikir pasal aku. Tak betul ker tindakan aku selama ini? Tak betul ker plan aku selama ini, yang alang-alang aku jadi Bangla, might as well teruskan penbanglaan aku for a few more years. Mungkin tak salah, mungkin betul cara aku. Di mata aku lah. Mungkin di mata orang, itu semua bukanlah tindakan, bukanlah plan yang baik dan menguntungkan aku. KL pun ada cakap yang lebih baik susah di tempat sendiri. Aku tahu yang dia kesian dengan aku bila aku kata yang hidup sebagai orang gelap, memang tak ada apa pun. Nak itu ini, ke sana ke sini, semuanya susah. Aku kata yang jangankan nak ada health insurance, nak ke New York pun terpaksa naik bas Cina. (Dalam hati aku bermaksud lain pulak. Walaupun aku orang gelap, tapi aku dapat jugak ke New York) Pendek kata, semuanya nak kan proper ID, nak kan legal papers. Kalau tak ada semuanya tuh, tak payah cakap banyaklah. Memang banyaklah payahnya. Agaknya gerun KL dengar bila diaorang tanya aku pasal health insurance, dan aku sambil geleng kepala, aku kata , "Mati katak jer KL. Mati katak jer". Then aku kata lah yang dah bertahun aku tak drive, dah bertahun aku tak ada even ATM cards. Entah, aku tak ada lah sedih masa aku cakap semuanya tuh, ada sikit bangga pulak sebab walaupun tak ada semuanya tuh, aku happy aje. 

Aku rasa, itu pasal KL beria suruh aku berusaha cari jalan balik sebab dia kesian dengan cara hidup aku. Even D pun kata yang aku don't deserve this kind of life. Yang buat aku terasa macam nak jawab jer yang ada orang lain yang kata gitu kat aku. Tapi aku diamkan aje sebab rasa macam rude pulak. Aku tahu KL takut jadi apa-apa dengan aku, itu yang dia beberapa kali kata kat aku, "Don't push your luck". Aku tak ada apa sangat nak jawablah, cuma aku kata "I survived New York, so kalau apa-apa jadi kat I nanti, I terima aje lah". (Baca betul-betul tuh, aku kata "I survived New York", aku tak kata "I survived New York lah", yang ada unsur-unsur kebongkakan dan ketakburan. Cuma tak ada lah tuh, itu lebih kepada unsur-unsur keputus-asaan)

Aku ada cakap dengan KL yang dia baru dua kali jumpa aku, baru tahu kisah aku sesikit, sedangkan aku dah beberapa tahun mengalaminya, so it's only fair lah kalau ada aje benda yang terbuku di hati aku, macam berdendam gitu, hence keputusan aku untuk meneruskan perjuangan seorang Bangla aku. Yay Hidup Bangla! Sedangkan orang yang baca blog aku dari awal pun, yang tahu kisah aku dan diaorang cuba-cuba kasi pendapat pun, yang itu siap aku carut-carutkan lagi, kan? 

Macamana pun, aku puas hati sesangat dapat berjumpa KL, dapat tahu pasal Malaysian Community di sekitaran sini. KL even suruh aku jadi cook untuk gathering Raya tahun depan bila dia tanya aku samada aku pandai masak ker tidak dan aku termengaku kata aku pandai masak. Sabar jer lah aku nih, aku kerja restoan Cina dulu tuh, doesn't mean aku pandai masak. Dan aku akan sentiasa ingat yang semuanya ini berpunca dari that boy, Syazwan.