Wednesday, October 3, 2012

Keluarga 69


Rupanya Ita ditahan dilokap pasal she was caught fighting dengan a few budak-budak sekolah dia (Asian-Americans berbangsa Laos, Kemboja dan Vietnam). Terpaksa Yanti sama Will ke police station untuk menjemput Ita. Aman lah sekejap rumah a few days selepas Ita dibebaskan sebab dia kena grounded, kawan-kawan dia pun tak dibenarkan datang ke rumah. 

Ara, walaupun tak tinggal sama Yanti, tapi dia selalu jugak datang. Especially lepas balik kerja. Dia kerja malam jugak, kat convenient store di New Jersey. Aku tak ada lah sembang sangat dengan Ara sebab biasanya masa dia sampai, aku tengah sibuk memasak/makan. Atau aku dah bersedia untuk tidur. Cuma ada sekali tuh, masa aku tengah nak makan, kebetulan dia ada di dapur. 

"Life's full of shit", dia kata gitu sambil gelak-gelak. 

Aku terasa macam dia perli aku aje, walaupun she knows nothing about me. Apa yang dia tahu pasal aku, aku datang Amerika nih, like thousands of other Indons, hanyalah untuk kerja. 

"What's up? You look happy aja", aku kata gitu. 

"Om kata happy? My life's full of shit right now Om", kata Ara lagi. 

"Kenapa? I don't get it, You sound ok. You look happy", aku kata gitu. 

"Om, can you keep a secret?", Ara tanya aku. Terkejut jugak aku, sambil tuh aku fikir jugak, apa lagi lah rahsia dia nih yang aku belum tahu? 

"Yea, what is it?", aku tanya sambil gelak-gelak. 

"I haven't told my Mom yet. Nobody knows this", kata Ara. 

"Iya, what is it then?", aku memang jenis tak sabar.

"I'm pregnant", kata Ara. Aku tak tahu nak jawab apa sebenarnya, so aku senyap aje lah mula-mula tuh. 

"Kapan due nya? Are you going to keep the baby?", aku tanya Ara, sambil buat muka tak terkejut. Memanglah aku tak terkejut sangat dengar cerita diaorang nih. With orang-orang Indo nih, segala macam bentuk cerita boleh didengar. Dan aku pun macam dah lali dah dengar benda-benda gitu. Dah biasa sangat. 

"I'm going to keep the baby", kata Ara. "Bulan Juli nanti, tanggal dua lapan", kata dia lagi. 

Lega aku mendengarnya. Bukan lega pasa tahu dia bunting tapi lega sebab dia tak ada pun kata nak buat abortion ker apa ker. Sebab aku teringat kisah aku dulu. Ingat dak cerita yang masa aku jumpa this one Indon girl, masa aku tengah tunggu library nak buka, then dia mintak tolong aku jadi interpreter dia? Yang aku tak tahu pun dia sakit apa, cuma bila sampai klinik baru aku tahu yang dia nak buat abortion. Yang aku punyalah blurnya masa tuh, aku ikut aje masa kaunseling tuh? Yang masa tuh aku sorang jer lalaki, yang Doktor tuh asyik pandang aku sebab aku macam resah aje, sebab sure dia ingatkan aku resah pasal membuntingkan perempuan tuh. Sedangkan dia tak tahu yang aku resah masa tuh sebab aku tengah cari idea macamana nak keluar dari perangkap. Yang aku fikir, macamana caranya supaya tak jadi abortion tuh pasal aku tak nak terlibat. 

Bila diingatkan balik, macam lawak aje rasanya, itu masa-masa aku bodoh dulu tuh. Tapi, tak boleh jugak nak kata bodoh. 

"So when are you going to tell your parents?", aku tanya Ara. 

"I don't know yet, mungkin kalo udah discan nanti", kata Ara. 

"You sure nobody knows about your pregnancy?", aku tanya lagi.

"Cuma aku, Papo (her live-in boyfriend) sama Om aja yang tahu", kata Ara. "Keep it that way for the time being", kata dia lagi. 

------------------------------

"Tadi Will masuk kamar mu, ada tikus sih. Kamu buang sampah-sampah mu dong!", kata Yanti di talipun, one morning tuh. 

"Ada tikus?", aku tanya gitu. Aku rasa macam bengang aje pasal diaorang masuk bilik aku. 

"Iya, tadi Will ngelihat ada tikus masuk ke kamar mu. Dilihatnya banyak sampah bergantungan, ada sisa-sisa makanan. Kamu buang aja, jangan disimpan di kamar", kata Yanti. 

Aku jadi bengang sangat, terus aku mati kan phone. Bengang pertama pasal diaorang masuk bilik aku. Bengang kedua pasal sebelum ini memang aku buang sampah, kebetulan malam semalamnya aku lupa nak bawak sekali plastic bag sampah tuh sebab aku nak cepat. Bengang ketiga sebab aku rasa macam bebudak aje. Bengang keempat sebab aku baru terperasan yang diaorang tipu aku. Pintu bilik aku tertutup, tak ada lubang pun. So macamana tikus boleh masuk? Ikut lubang kunci? Sure diaorang saja buat-buat cerita. Agaknya diaorang masuk bilik aku dan bila tengok banyak sampai (dalam plastic bags), itu yang diaorang kata ada tikus tuh. 

Entah apa pasal tapi aku jadi bengang sangat lepas tuh. Itu yang aku rasa nak pindah aje lah. Dan aku pun terfikir, yang dengan aku nih, dengan benda-benda gitu aku akan mudah sangat tersinggung. Aku akan mudah sangat terasa. Kecik hati. Benda-benda lain yang besar-besar, pasal duit ker, pasal apa ker, aku tak mudah jadi bengang. Tapi kalau benda-benda yang menyerlahkan ketidaksenonohan, kemalasan, kepengotoran aku, aku akan jadi cepat emosi. 

So tengahari tuh masa aku balik, aku macam malu-malu gitu. Terus aku kemas-kemaskan bilik. Dan malam tuh, sebelum aku keluar pergi kerja, aku tinggalkan note kat atas meja. Aku tulis, "Now, what the hell are you doing in here?". Aku siap buat tanda lagi, kalau-kalau ada orang sentuh kertas tuh, sure akan ada kesan. Besoknya, masa aku check bilik lepas balik kerja, aku tengok ada kesan-kesan orang masuk bilik. Adalah orang terasa hati kot, pasal aku tengok, kertas tuh kedudukan dia dah lain. Sure ada orang baca. Malam tuh, masa aku tengah bersiap nak pergi kerja, Yanti sama Will, malu-malu aje, sambil kata kat aku yang ada tikus masuk bilik aku. Itu pasal diaorang buka pintu bilik. Aku senyap ajelah. Diaorang masih tak fikir yang aku nih taklah sebengap itu. Mana ada lubang untuk tikus masuk, sebab pintu bilik aku ditutup. Unless ada orang lain yang buka bilik then biarkan pintu tuh ajar, then tikus masuk. Itu lain lah. 

--------------------------------- 

Minggu lepas, Ara ada datang. Masa tuh aku baru aje sampai, baru balik kerja. "Om kelihatan nggak perut ku?", tanya Ara sambil dia selak jacket dia. Nampaklah perut dia yang dah bulat tuh. "Ga'pa'pa, wear a jacket then", aku kata gitu. Ara nih rendang orangnya so tak ada lah obvious sangat nampaknya kebuntingan dia tuh. 

"Om, Ita minggat lagi! Udah seminggu!", kata Ara. 

"Haaaa??????????