Sunday, September 23, 2012

Aku Yang Bergoyang


Nyenyak betul aku tidur sampai pukul 2 lebih baru bangun, masa tu lah baru terperasan yang selimut Mus yang aku guna tu rasanya dah berzaman tak dibasuh. Badan aku rasa panas jer, walaupun dah tak pening tapi aku asyik dok terbersin, hingus meleleh-leleh sampai merah-merah hidung aku sebab selalu sangat kena sental dengan tisu. 

Aku kuatkan jugak, aku keluar pergi makan kat restoran Indo, makan nasi gulai ikan, sayur nangka. Minum cendol. Lepas tu aku ke kedai Indo, beli phone cards dan cari barang-barang makanan untuk Bayou. Aku tak beli pun tempeyek pasal besar sangat bungkusannya (isi dalamnya tak seberapa), instead aku beli a few kueh kering yang diimport dari Indo. Sambil tu aku fikir, sure Bayou akan jadi lebih suka kawan dengan aku. Sebab aku baik

Lepas tu barulah aku talipun Nani yang waktu tu terus ajak aku ke rumah dia pasal diaorang nak ajak aku pergi makan kat buffet restaurant di Cherry Hill, New Jersey. Aku kata yang aku tak ada selera makan pasal aku demam, tapi aku tahu yang dia (sama William, boyfriend/suami sementara) nak ketuk aku suruh belanja makan. 

Aku talipun Regina sebab nak ambil beg-beg aku, yang jawabnya laki dia. Macam marah jer. Geram jugak aku jadinya pasal aku yang tolong temankan bini dia semalam tuh, nak marah-marah pulak. Mungkin dia marah pasal dia ingat aku nak kacau bini dia. Kat sini memang biasalah bab-bab kebas bini atau awek orang. Kebas sementara. Dah bosan, kebas yang lain pulak. So aku tunggu kat luar ajelah, laki Regina masa hulur beg-beg tu macam pandang tak pandang jer kat aku, bila aku tanya Regina sama Agung ke mana, dia kata, tidur. 

Aku lepak di rumah Nani, ayah Andy S (abang Nani) ada datang dari Indo sebab adik Andy S nak bersalin di New Hampshire, nak suruh bapak dengan mak dia yang tolong jaga lah kot pasal Mely (adik Andy S) sama Sunny (laki Mely) kerja restoran kedua-duanya. Lepas tuh aku ke cyber cafe sekejap.


On the way ke apartment Mus balik dari cyber cafe tuh, aku terjumpa Yanti. Dia yang ternampak aku sebenarnya, Yanti tengah on the way to the subway station untuk kelas Bahasa Inggeris. Aku katalah yang aku ingatkan dia dah tukar phone number sebab dia kan baru aje pindah rumah baru. Itu pasal aku tak call dia.  Sebab Yanti pun nak cepat, dia suruh aku singgah sekejap tengok rumah dia, Ita pun ada di rumah. Adalah 4 blocks dari rumah lama, kawasan rumah dia tuh kawasan yang agak ramai orang hitam, kotor aje kat luarnya. Tapi bila aku masuk, terkejut jugak aku, besar apartmentnya, 3 lantai, 5 bilik. Ruang tamunya punyalah grand, hiasannya macam kat rumah orang kaya. Memang Yanti hebat orangnya dalam hal-hal rumahtangga. 

Ada 2 keluarga aje yang menyewa di situ, keluarga Yanti sama keluarga kawan dia yang ada anak satu. Massage room dia pun boleh tahan, Yanti pun dah ada beli peralatan untuk buka salon. Yanti dah tiga empat bulan berhenti kerja, right after dia dapat green card, sekarang dia buat massage secara full-time. 

Bosan betul aku melayan Ita yang aku tengok dah jadi macam Cina Vietnam/Cambodia dah, rambutnya dikaler cokelat, make-upnya lebih-lebih, pakaiannya ya teramatlah seksi. Umur baru 10, 11 tahun tapi tak mudahlah, serba serbi menjadi. 

"I tried to kiss him on the lips but I bite his tongue....."kata dia. Macam mak dia jugak perangainya Ita ni nih, kata aku dalam hati. Tak apalah, bukan saudara mara aku. Sebelum aku blah, aku kasilah dia $20, buat beli jajan kat sekolah. 

Aku sembang ajelah petang tu sama Mus. Lama tu baru Mus kata yang dia nak balik Indo ajelah sebelum Raya. Terkejut jugak aku, so aku tanyalah kenapa."Capeklah di Amerika ni, lagipun aku udah tua lah, sampe kapan mau gini? Di sini pun nggak bisa bikin uang, mending aku susah di tempat sendiri", sedih jer aku dengar jawapan Mus. 

Memang Mus tu langsung tak ada kawan, dia jenis yang tak suka sangat bergaul. Sejak geng kitaorang ramai yang balik Indo (Andy S, David, Freddy, Sarina and a few others), langsung kitaorang tak ada kawan. Hari T dah kawin, dah dapat asylum, dia terus buat hal sendiri, tak ada khabar berita dah. 

"Kamu kerja di sini ajalah, banyak kerjaan di sini", Mus kata kat aku. "Kalo kamu kerja di sini, kurang-kurangnya aku punya temen, kita berdua", dia kata lagi. 

"Aku nggak bekalan lama di Maryland lah Mus, aku pasti ke sini lagi nanti, cuma nggak tahu kapan", aku cuba sedapkan hati Mus biar dia tukar fikiran. 

Aku tanya samada dia dah fikir habis-habis pasal kebanyakan yang dah balik Indo, ramai yang menyesal sebab susah nak cari kerja, payah nak cari duit. Ada a few yang aku kenal, yang masuk balik Amerika selepas beberapa bulan balik Indo. Mus kata dia cadang nak balik untuk sementara, kalau dah bekeluarga nanti dan masih susah, dia akan berusaha datang lagi . 

"Dari kamu buang uang ke sono sini, mending kamu terusin aja di Amerika ni. Dua tiga tahun aja lagi, udah tu baru kamu balik Indo, nggak perlu susah payah lagi" aku cuba kasi pendapat aku. 

"Barang kamu masih banyak di Maryland? Nggak usah baliklah, cari aja kerjaan di sini", kata Mus lagi. 

Aku diam ajelah, tak boleh dilayan sangat, kalau ikut hati, nanti terus tak balik ke Hagerstown dah aku. Aku ni bukannya boleh percaya sangat, buat benda ikut hati jer. Tapi bila aku fikir yang barang aku, laptop aku yang lagi satu tu, masih ada di Maryland, dan sehari dua lagi aku akan dapat gaji, aku katalah pada Mus yang aku terpaksa jugak balik. Macamana pun, aku kata yang aku, nampak gayanya tak akan lama di sana. Hati aku dah lama bergoyang sebenarnya. File komplen dah hampir nak penuh sebenarnya. Dan aku ke Philadelhia dan New York tu pun macam to get away from masalah di Maryland for a while.Terus tak ada semangat jadinya aku malam tuh, rasa tak seronok jer. Tak sedar pun pukul berapa aku tidur. 

Besoknya pagi-pagi lagi aku ke Chinatown, ambil bas ke New York. Nak balik ke Maryland dari NYC lah, banyak sikit pilihan. Kalau di Philadelphia pun tak tau nak buat apa. Bas terakhir pukul 5 petang, di NYC, ada bas malam. Lagipun, aku kena pergi beli phone cards yang Sherink kirim tu tuh, kena cari lagi 40 keping. Cards tu hanya ada jual di NYC. Dan aku kena poskan barang-barang untuk kawan aku, aku kena poskan sebelum berangkat balik ke Maryland, nanti aku dah tak ada off for like 3 weeks. 

Yanti talipun masa aku dalam bas so half of the ride tu was spent talking to her kat talipun. Dia kata kalau aku nak menyewa bilik di apartment dia tu, anytime aje. Memang bilik tu dikhaskan untuk aku pun. Yer lah tuh. Dia nak habiskan hutang dia kat aku tuh.

Aku terus naik subway ke Jackson Heights Street, aku nak ke Queens. Tersalah turun pulak tu, terturun di 84th Street, jadi aku terpaksa menapak ke 74th Street. Ok aje, rasa macam kat Mexico City pulak sebab area tu memang dipenuhi dengan orang-orang South America, orang-orang bangsa Spanish. Dari Little Mexico ke 74th Street tu semua kedainya kedai orang Spanish. Kat Little India (74th Street) pulak, dipenuhi dengan orang India, Pakistan dan orang Bangladesh. Syoknya balik kampung aku.   

Puas jugak mencari kedai yang Sherink suruh pergi tuh, dahlah tak ada alamat. Tapi jumpa jugak aku akhirnya selepas beberapa kali pusing area tu. Aku beli 40 keping, harganya $4 sekeping tapi dapat discount, so dikasi $3-75 sekeping. Untung sepuluh dollar, bolehlah cover duit tambang naik subway. 

Aku terus masuk satu restoran halal yang aku pernah beberapa kali makan kat situ, order nasi beryani sama gulai kambing. Sedapnya, rasa nak menjerit-jerit. Ada a few halal restaurants kat kawasan tuh, masjid pun ada. Aku jamak Zohor/Asar kat situ aje. 

Lepas tu terus ke Times Square, aku nak beli barang untuk kawan-kawan (pembaca blogs yang rapat) aku, aku ke gerai-gerai tepi jalan jer. Lantaklah, bukannya kawan aku tahu aku beli benda murah jer kat diaorang. T-shirts yang $20 dapat 3 helai. Kira oklah tuh, the thought that counts, sure diaorang akan kata gitu kan?  

Dah dapat a few things, aku singgah kejap kat easyeverything, internet cafe tempat lepak aku kalau turun NYC. Aku masuk balik ke Port Authority Bus Terminal, puas jugak nak cari post office. Dekat setengah jam tunggu, officer tu kata aku kena ke post office yang di 42nd Street, antara 8th and 9th Ave. Buang masa aku aje. I thought I knw that area pretty well tapi puas jugaklah ke sana sini cari, akhirnya jumpa. Aku masukkan aje barang-barang dalam kotak without even checking apa-apa, salah saiz ker, ada cacatnya ker t-shirts tuh, aku tak ada masa, terkejar-kejar waktu. Aku terus pergi beli ticket, bas pukul 5 petang.

Sementara ada waktu dalam sejam lebih tuh, aku pergi merayap aje lah, rasa nak tercabut lutut dibuatnya. Tapi tak apalah, nak komplen apa lagi, aku di New York kan?