Bosan dah sebenarnya aku asyik cerita pasal Pak Tua, tapi, Pak Tua jugaklah sebenarnya sumber-sumber yang buat aku sama Bayou selalu gelak. Pak Tua memang jadi bahan ketawa kitaorang. Aje ada yang tak kenanya dengan Pak Tua yang buat aku sama Bayou terkekeh-kekeh.
Ada baik dan ada buruknya kitaorang gelak gitu tuh. Baiknya, dapat melepaskan geram masing-masing, sambil itu kitaorang rasa macam terhibur aje. Yang tak bagusnya, sebab aku sama Bayou selalu sangat gelak, Pak Tua ingatkan kitaorang happy sangat kerja di situ, diaorang ingatkan aku sama Bayou memang rapat sangat.
Memanglah kitaorang rapat, hanya dengan Bayou aje lah tempat aku mengadu, dan hanya dengan aku aje lah tempat Bayou menceritakan semuanya. Selama aku di Amerika, belum pernah aku dapat kawan yang sekepala macamn Bayou, kawan aku, Mus, dia baik dengan aku tapi tak lah sekepala sangat, dia pendiam dan dia banyak dengar cakap aku jer.
Tapi dengan Bayou, banyak persamaan aku dengan dia. Kitaorang dua-dua suka internet, suka music, filem (walaupun dia suka filem Hindustan dan aku tak suka) etc. Dia pun banyak tahu nama-nama tempat, pernah dengar nama-nama apa-apa benda yang biasanya kebanyakan orang Indo tak tahu. Itu yang buat aku seronok berkawan dengan Bayou, dan itu jugaklah yang buat aku kuatkan semangat untuk terus bekerja di sini setakat terdaya aku, at least sampai Bayou berhenti nanti.
Bila Sherink berhenti kerja, jadi bertambah berat jugaklah kerja kitaorang sebab dah kurang seorang. Richard ada talipun, dia kata Pak Tua dah buat iklan di Chinatown, sementara tunggu orang baru, terpaksalah aku kerja sama Bayou aje dulu.
Hari Selasa baru ni, Bayou off. Jadi, yang kerja di bahagian depan hanyalah aku dan Pak Tua. Ya, punyalah letih aku pasal tak duduk pun, berdiri sepanjang masa, ke sana sini melayan orang, jaga cash register. Nasib baik tak ada tour buses yang datang.
Pak Tua pengelat, dia ada jugaklah jenguk-jenguk ke depan, sekejap jer, lepas tu dia duduk sambil baca paper. Haa... tahu pun yang tak boleh berdiri lama sangat takut telor jadi lanjut. Pak Tua, aku tengok, cukup punya layan aku. Kononnya lah. Berapa kali dia tanya aku, dah minum ker belum, dah minum kopi ker belum. Breakfast pun dihantar kat aku, dalam pinggan lagi. Biasanya ambik sendiri jer. Bila aku sengsorang berdiri tunggu orang datang makan, dia datang kat aku, dia usap-usap bahu aku. Aku gelak-gelak aje lah.
Bila dah ada kesempatan begitu, aku pun apa lagi, aku asyik dok fikir macamana nak mengenakan Pak Tua. Ada a few times, aku buat pura-pura sibuk layan orang yang nak beli air, yang nak bayar harga makanan. Aku jeling-jeling tengok Pak Tua yang terpaksa melayan orang, dah lah dia tak reti English, perkataan-perkataan yang dia tahu pun, orang tak boleh faham pulak. "Lice loo(d)le, lice loo(d)le)", kata dia. Maksud dia, "You want rice or noodle?". "For lie-tee-lie, for lie-tee-lie" (Four ninety-nine, harga makanan standard), "For year, go? For year, go?" (For here or to-go?), puas dia melayan orang.
Ada a few orang yang macam marah bila Pak Tua buat selamba jer bila dia tak faham apa yang orang tanya. Last-last diaorang blah gitu jer. Kadang tu bila aku rasa kesian, bila aku rasa cukuplah penderitaan Pak Tua tuh, aku pergilah tolong dia.
Bila Pak Tua tolong di bahagian cashier pulak (aku terus ke bahagian makanan), aku biarkan jugak dia, tambah-tambah kalau customers tu orang hitam. Orang hitam memang banyak songehnya, nak itu, nak ini. Pak Tua, yang dia tahu, hanyalah a few drinks macam Pepsi, Coca-Cola, minuman-minuman biasa jer. Tapi bila ada yang mintak drinks like Mello-Yellow, Live Wire Mountain Dew, Ribb, minuman-minuman yang jarang orang beli, mulalah dia meraba sana sini.
Manalah dia faham kalau orang kata, "No, not that one, the one on your right". "Second from the top". "The one right next to that fruit juice". Manalah dia faham sentences like that. Tapi, yang buat aku rasa puas hati, rasa nak tergelak memanjang, bila aku kenakan dia waktu dia guna cash register.
Pak Tua mata dia agak rabun (tapi kalau tengok duit, tak pulak) so kalau nak guna cash register memanglah dia terkial-kial nak key-in harga makanan/minuman. Tambah-tambah kalau ada keys yang tersalah tekan, dia tak reti nak delete, nak clearkan apa yang ada kat screen cash register tu tuh. Dia cuma pandai bila nak totalkan total sales, itu memang dia pakar.
Bila ada peluang aje, aku key-in kan harga makanan/minuman, tapi aku tak tekan "enter", instead aku biarkan aje. Kalau aku tekan "enter", next time ada entries yang baru, entry yang lama tu akan hilang begitu jer. Bila ada orang datang, aku picit harga makanan, aku tinggalkan cash register, aku terus pergi layan orang. Pak Tua, bila dia tengok ada orang datang, dan aku pun sibuk melayan orang, dia akan terus ke cash register. Dan dia akan key-in harga makanan, harga minuman. Bila dia tekan "enter" harga akan jadi dari harga sebenar pasal entry yang aku dah key-in tu dikira jugak.
Itu yang beberapa kali Pak Tua jadi kelam kabut, kadang dia tak perasan, bila dia kembalikan duit, bila orang komplen, barulah dia sedar yang total tu salah. Adalah a few customers yang marah-marah, dia jadi kelam kabut, dia cuba buang entries tuh, tapi bila dia key-in yang lain, harga jadi semakin bertambah.
Aku buat-buat sibuk, buat-buat tak nampak, tak perasan. Bila dia rasa memang dah tak boleh dihandle, dia panggil aku. Aku buat selamba ajelah, picit sana picit sini, sambil senyum-senyum, kenyit mata kat customer yang by that time dah bengang dah kat Pak Tua.
Itu ajelah yang aku buat beberapa kali, walaupun kadang-kadang aku rasa kesian dengan Pak Tua, tapi kadang tu memang geram sangat. Jenis yang tak sedar diri, ingat duit aje kerjanya. Lagi satu, tak percaya orang. Kalau aku atau Bayou yang jaga cash register, dia akan berdiri jer belakang kitaorang, tengok jer kitaorang.