Sunday, September 23, 2012

DiPujuk Aku Menangis, DiTendang Aku Tertawa


01052005

Selama ini aku ceritakan pasal Pak Tua punya kerenah aje kan? Tak sangat aku cerita pasal SiRakus sama SiKecil kan? One of the reasons yang aku tak suka kat sini, pasal itulah. Pasal SiKecil. Dengan SiRakus aku boleh tahan, but not with that son of a bitch.

Kat restoran, kat rumah, dia macam tokey, macam dia yang punya. Berlagak nak mampos. Dahlah dia tak reti sepatah haram pun English (macam SiRakus jugak), tapi kelakuannya yang buat aku bengang sangat tuh.

Aku sebilik dengan dia, when I first came here, aku fikir jugak, apa pasal aku disuruh kongsi satu bilik dengan dia, seharusnya dia sebilik dengan SiRakus pasal diaorang dua-duanya Cina. Rupanya, tak ada siapa yang nak sebilik dengan dia.

Sebab dia orang lama, itu yang dia berlagak sangat tu. Dia pandang kitaorang nih macam sampah jer. Dengan Bayou, dia tak sangatlah sombong pasal Bayou lebih lama kerja dari dia.

Kat bilik tu, hanya tempat aku tidur aje sebenarnya, bangun pagi besoknya, kena berjengket-jengket pasal tak nak ada bunyi walau sedikit pun. Ada jer bunyi, walaupun bunyi tilam berkeriot (?), SiKecil akan tersadar, mengomel tak tentu pasal. Dan aku akan masuk balik ke bilik tu waktu nak tidur, malam nanti. Masuk aje, terus tidur. Beg-beg aku, tak terusik pun, macam keadaan masa aku mula datang sini dulu tuh. Towel, pakaian kerja, semuanya aku gantung di hall (garage sebenarnya) aje, senang untuk ke bilik air.

So, aku habiskan masa aku di hall itu ajelah, ada satu meja besar tempat taruk microwave oven, so aku guna laptop aku di situ ajelah. Balik kerja, di kerusi di ceruk itu ajelah aku duduk sampai waktu nak mandi, nak tidur. Pagi-pagi pun gitu jugak, aku memang bangun pagi, pukul 6 biasanya. Dari 6 to 9 aku akan di situ aje.

SiKecil nih, dulu pernah aku cerita yang dia sepak-sepak tilam aku one day tu bila aku ada berbunyi masa tidur, mengetip (?) gigi. From then on, aku tidur sambil gigit t-shirt sebab aku tak nak kalau-kalau aku terberbunyi lagi. Dia kentut kuat masa tidur, aku tak kisah pun. So, bilik tu memang hak mutlak dialah, aku hanya buat tumpang tidur aje. Aku sembahyang pun kat bilik tempat letak washing machine/dryer. Tak kisah tu tuh.

Yang buat aku bengangnya (dan Sherink jugak), bukan aje bilik yang dia nak control, semuanya, sampai bilik mandi, dan jugak hall tempat kitaorang lepak tu tuh. Barang-barang dia, jangan nak disentuhlah, mengamuk sakan dia. Dimaki-makinya. Dalam fridge, semuanya barang dia dengan barang SiRakus, kalau kitaorang taruk air sebotol dua, dah bising. Dengan Sherink, pernah dua tiga kali nak bertumbuk dah. Sebab dia kerek sangat, orang tak buat apa-apa pun, dia saja cari hal.

Yang buat aku tak sukanya, dia ni, sebab kampung sangat, macam Cina dari mainland China yang lain jugak, diaorang tak pedulkan sekeliling. Jenis yang buat apa-apa pun, selamba jer, cakap kuat ker, meludah sana-sini ker. Sebab sekarang dah agak panas, dia selalu buka pintu, buka pintu garaj (pintu hall kitaorang). Dia tak malu pun kalau neighbours tengok. Lain pulak dengan aku, aku rasa malu sangat pasal aku rasa tentu neighbours tu fikir yang kitaorang ni susah sangat, sampai duduk kat garaj. Dah lah dia cakapnya kuat, semua neighbours boleh dengar, dan tentulah diaorang fikir yang kitaorang ni semuanya macam SiKecil jugak.

Dan yang buat tak senonohnya diaorang nih, kalau nak mandi tu, selamba jer diaorang undress kat hall tuh, jenis yang masuk bilik air pakai underwear, towel sangkut kat bahu. Dan kadang-kadang kalau dia terlupa bawak towel, dia rileks jer keluar dari bilik air tuh. Bogel.

Eleh, kecik jer anu dia tu. Macam baby corn.      

Memang aku tengok adanya perubahan cara Pak Tua layan kitaorang, tak tahulah kalau dia menyindir ker apa, tapi ada a few things yang buat kitaorang gelak. Kalau breakfast, biasanya dibuat macam nak tak nak jer, tapi minggu ni ada ditanya kitaorang kalau nak makan omelett, dia akan buat. Itu satu. 

Tengahari pun dia tanya kalau-kalau dah makan, sebab kalau nak makan, dia akan tolong jaga di bahagian depan. Bekalan kopi dan creamer kitaorang dibeli banyak (guna duit kitaorang), tanya lagi kalau kitaorang nak kirim apa-apa waktu dia nak ke WalMart. Sesuatu. Dulu tak pernah pun tanya bebenda gitu tuh.

Ada jugak dia datang ke bahagian depan tempat kitaorang, nak buat lawaklah kononnya. Kesian aku sama Bayou menengoknya, tapi itulah, masa tak sibuk tu, nampak macam baik jer. Tapi kalau waktu sibuk tu, itu yang tak tahannya tuh, dia macam hilang akal. Dah puas aku cakap kat Bayou yang aku dah meluat sangat kerenah Pak Tua. Kat rumah pulak, meluat tengok SiKecil, sebab dia kalau di restoraan, tak ada peluang sangat nak tunjuk lagak. 

"Aku tamparin kamu kalau kamu kabur nanti, awas kamu", kata Bayou, tiap kali bila aku kata, "Udahlah, dapat gajian nanti aku mahu kabur ajelah. Mahu diajarin sikit Pak Tua ni". Last-last kitaorang gelak ajelah, apa lagi yang dapat kitaorang buat selain gelak?