Sunday, September 23, 2012

The Only Way Is Out


28042005

Aku ceritakan pada Bayou pasal Richard nak naikkkan gaji aku bulan depan. 

"Mereka ni gitu lah, mereka kira kita bisa disenyapin dengan uang. Kita bukan seperti orang mereka sih, bukan gara-gara uang", kata dia. 

"Justeru, aku nggak bekalan lama di sini, aku nggak mahu mereka kira aku pepet uang, mereka kira aku butuhkan kenaikan. Nggak sih, bukan gara-gara uang. Aku nggak senang sama mereka, aku paling nggak senang sama SiKecil", geram jugak aku. 

"Nggak apa-apa sih, mereka kasi kamu uang, kamu ambil aja, kalau kamu mahu kabur, kabur aja. Kita kabur bareng (lari/keluar sama-sama) ajalah Juli nanti. Aku udah pasti mahu pulang Juli, pokoknya aku udah males di sini, kalau nggak kerna uang, udah lama aku kabur", kata Bayou. 

Malam tu aku sama Bayou asyik cerita pasal plan kitaorang untuk keluar sama-sama nanti. Aku kata pada Bayou yang aku boleh bertahan kerja di situ, or aku akan cuba sedaya upaya aku tunggu sampai Bayou berhenti, nanti aku akan sama-sama berhenti. Sherink mungkin akan keluar lebih awal pasal dulu dia ada kata yang dia nak cari duit takat  tiga empat ribu, lepas tu dia nak blah, memang dia tak suka langsung kerja di restoran tuh, tapi dia cuba kuatkan jugak. 

Walau macamana pun, aku kata yang aku tak boleh janji. 3 bulan tuh lama, anything can happen. Bayou ajak aku teruskan kerja di situ sampai dia berhenti nanti, akhir bulan June. Lepas tu baru berhenti sama-sama so dapatlah dia ikut aku ke Philadelphia sebab dia cadangnya nak bertolak ke Newark Airport melalui Philadelphia. Kesian jugak siapa yang nak send him off nanti, Bayou memang tak ada kenal sesiapa di sini. 

Aku dah terasa sedih bila kenangkan yang 3 bulan lagi Bayou akan balik ke Indo, tinggallah aku sengsorang nanti. Tak apalah, mungkin masa tu aku dah ke Philadelphia, di sana ada Mus. Tapi Mus nak balik Indo jugak kan? Tak apalah, kawan aku yang nak jadi Bangla tu dah nak datang nanti kot, sure masa tu aku akan sibuk untuk buat persiapan besar-besaran menyambut kedatangan seorang bakal Bangla.      

Itulah, aku ada cakap dengan Bayou yang aku pun perlu kumpul duit jugak, ada banyak benda yang aku kena fikirkan sekarang. Walaupun bukan di masa terdekat ini, tapi, in a few months, besar kemungkinan aku akan mengalami gaya kehidupan yang lain. 

Kalau diikutkan plan, aku akan balik ke Philadelphia, mungkin akan cari kerja di sana so that Mus akan tukar fikiran. Supaya dia tak buat keputusan untuk balik Indo sebelum Raya. Tak sanggup aku nak hadapi hakikat yang dua orang kawan aku paling rapat dan baik, Mus dan Bayou, akan meninggalkan aku terkontang kanting hidup sendirian di Amerika ni nanti. Aku dengan Mus memang bagai beliung dengan asahan, saling perlu memerlu, saling bantu membantu. 

Aku pun harus ingat yang kawan aku akan datang Amerika nanti, aku betul-betul mengharap yang plan kitaorang ni jadi lah, dah bosan aku hidup sendiri-sendiri, dah lama aku tak jumpa Melayu, dan aku kalau boleh nak lah jumpa Melayu yang sekepala dengan aku. Melayu yang lain wavelengthnya dengan aku, tak nak lah. 

Aku kena buat persediaan untuk semua itu, biar nanti taklah susah sangat hidup aku. Dan kawan aku pun nanti taklah terkejut sangat kalau tengok cara kehidupan aku yang simple. Dan aku tak nak lah dia fikir nanti yang aku ni bagai bertanak di kuali, menolong orang sampai menyusahkan diri sendiri pulak. 

Entahlah, mintak-mintak jadilah plan kitaorang, that's the only thing yang aku look forward to now, at least hidup aku taklah semundane sekarang ini, at least aku dapat tolong kawan sebangsa, at least aku ada kawan seperjuangan. Takut jugak aku kalau kawan aku tu give up cepat sangat. Iyalah, Melayu kan? Gah macamana pun, sifat manja tu tak akan hilangnya lah. Manja dengan kesenangan. 

Aku lempang jer kawan aku tu nanti kalau dia kata things like, "Dah lah Joe, tak sanggup aku, aku balik Malaysia ajelah". Tak pun aku tinggalkan aje dia kat NYC sengsorang. Biar aku seronok baca blog dia nanti, kan?