Bayou sebenarnya dah lama bosan dengan perangai Pak Tua, cerewet, tamak, kasar. Tapi semenjak dua menjak ni tahap kebosanan dia dah agak obvious. Tiap pagi bila sampai aje ke restoran, dia akan geleng kepala, dia kata, "Persis mahu pergi bertempur rasanya, nggak enak banget sih".
"Udah lah kamu, masih pagi udah gitu-gituan", aku selalu cakap macam tu.
Last-last kitaorang gelak aje lah. Bayou buat keputusan yang dia nak cepatkan balik, akhir bulan July, instead of akhir September. Tak apalah harga ticket kapalterbang agak mahal, dalam 700 lebih. Kalau bulan 9, harga ticket ke Jakarta lebihkurang USD 757, aku dah tanya dah itu hari. Dia tetap suruh aku bertahan sampai bulan July nanti, dan kalau nak keluar, biar semuanya keluar serentak.
"Biar mereka pusing, kita ajarin mereka", kata Bayou.
Aku beritahu Bayou yang aku sekarang pun dah tak nak fikir ke depan sangat dah, macam yang aku cakap tu, aku akan tengok keadaannya dalam setiap 2 minggu, lepas dapat gaji. Kalau keadaan makin teruk, aku akan blah. Aku akan cuba stay selama mungkin.
Bila aku cakap gitu, Bayou pun katalah, "Ayuh kita keluar aja, kita cari kerja fabrik di Philadelphia, mau nggak?
Terkejut jugak aku dengar cadangan dia tu pasal aku tahu dia memang dah lama (dah 3 tahun) kerja restoran, sanggup ker kerja kilang yang gaji tak seberapa. Lagi pulak tu, kena live-out, meaning, sewa rumah kena bayar, makan kena masak sendiri. Sure tak dapat nak kumpul duit sebanyak kalau kerja restoran. Kalau kerja restoran, kalau gaji USD 2000, boleh simpan USD 1900 senang-senang. Orang lain lah kan, bukan aku. Kalau kerja kilang, memang tak dapat buat macam tu. Tapi, ada kehidupan, tak macam kerja di restoran yang langsung tak ada kehidupan.
"Kamu perlu kirim uang sih, kalo kerja fabrik, payah mahu cari uang segini, kamu nggak bisa kirimin uang nanti, kamu jugak yang susah nanti. Aku masih mending nggak perlu kirim uang sih", aku kata kat dia.
"Pokoknya aku udah nggak punya hati kerja di sini sih, udah 3 tahun kerja masih dibuat aku bage anak kecil, itu yang bikin aku bosan sekali", kesian aku dengar Bayou cakap gitu tuh.
"Kita tengok ajalah, kalau aku berhenti kerja nanti, aku lihat keadaannya gimana, kalau ada kerja yang bagus, aku ajak kamu, tapi kamu jangan berhenti sekarang, nanti kamu nyesal. Aku nggak apa-apa sih, aku kalau nggak kerja dua tiga bulan, aku masih bisa sih", aku kata kat dia.
"Ayuh kita kabur ajalah, kita bertiga, Sherink mahu kabur jugak, dia nggak senang sama mereka sedari hari pertama kerja lagi", bersemangat Bayou nak blah.
Yang nak buat tergelaknya aku, lepas pada tu, Bayou asyik nyanyi lagu Michael Jackson aje kerjanya,
All I wanna say is that
They don’t really care about us
All I wanna say is that
They don’t really care about us
Walau macamana pun, kepala aku jadi macam lega jugak sesehari dua lepas aku kata yang aku fikir jalan nak berhenti kerja, aku rasa macam tak ada pressure sangat. Pressure yang macam dulu bila aku fikir yang aku harus teruskan kerja sekurang-kurangnya sampai masa that other Bangla kawan aku tuh, datang Amerika.